MEMULAKAN PROSES KAUNSELING
Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PENGENALAN
Dalam membincangkan kemahiran yang digunakan dalammemulakan proses temuduga, beberapa langkah akan dibincangkanseperti penjelasan perhubungan dalam kaunseling, penjelasanmengenai proses kaunseling, pembinaan model persoalan klien,mengenal pasti persoalan klien, memilih persoalan untuk kaunseling,mengenal pasti komponen persoalan klien, mengenal pasti pengekalanuntuk pengukuhan dan mengesahkan model persoalan klien (Stewart,et, al, 1978).
Langkah Satu: Penjelasan Perhubungan Dalam Kaunseling
Setelah menyemak data klien dan masa temujanji telahditetapkan, maka kaunselor dan klien akan bertemu dan memulakan proses kaunseling dalam bentuk temuduga. Berdasarkan
Loughary
dalam
Stewart
et al(1978), dua tujuan penstrukturan adalah :a.membantu klien mengetahui jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling. b.memberitahu klien beberapa idea yang terlibat dalam metod dantujuan kaunseling.Dalam melaksanakan penstrukturan dalam kaunseling, dua perkara penting yang perlu ditanyakan ialah adakah penstrukturansecara formal diperlukan atau adakah ini masa yang bersesuaian.Dalam menjawab persoalan di atas, penstrukturan formal perlu apabilaterdapat klien yang bersifat rujukan dan klien yang berjumpa untuk kali pertama walaupun pernah menghadiri sesi kaunseling dengankaunselor lain.Penstrukturan formal pula tidak diperlukan apabila klien telah berjumpa kaunselor tersebut dan penstrukturan telah dilakukan.Dalam keadaan ini, klien bercerita mengenai persoalannya sebaik sahaja dipelawa oleh kaunselor. Masa yang sesuai untuk penstrukturanialah kepada klien rujukan yang tidak memberi tindak balas terhadap