You are on page 1of 2

FATIN NATRAH BT MOHD SALLEH PISMP PK4 JAN 2010

Kepentingan Permainan Tradisional Kepada Sosioemosi, Intelek Dan Fizikal


Kanak-Kanak

(Galah Panjang)

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan


budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga
oleh golongan dewasa. Ia merupakan aktiviti yang dimainkan ketika waktu lapang
disamping ia turut dipertandingkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Permainan ini
boleh dimainkan daripada seluruh peringkat umur tidak kira daripada kanak-kanak
sehinggalah kepada golongan dewasa. Di sini kita ingin lihat akan kepentingan
permainan tradisional iaitu galah panjang kepada sosioemosi, intelek dan fizikal
kanak-kanak.

Dari aspek sosioemosi, permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak


tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.
Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat
disekitarnya terutama yang sebaya dengannya. Permainan ini memerlukan kerjasama
antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak
ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.
Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka
akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai
terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira
Seterusnya dari aspek fizikal, permaian ini memerlukan strategi serta kepantasan
pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membina
gaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini
kerana dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika
dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang
tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya. Permainan galah panjang ini juga boleh
dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memansakan badan dan membina
pergerakan otot kasar mereka.

Akhir sekali dari aspek intelektual. Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan
kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang
sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara
untuk bermain.

You might also like