You are on page 1of 10

PERANAN IBU BAPA MENANGANI MASALAH PENAGIHAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA

Kes penagihan dadah merupakan antara isu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ibu bapa sering
dipersalahkan apabila isu ini menimpa anak-anak mereka.Bincangkan pernyataan di atas dengan menghuraikan
peranan ibu bapa bagi memantau anak-anak mereka daripada terlibat dalam gejala penagihan dadahSaban hari
cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang penagihan dadah dalam kalangan remaja. Berdasarkan
maklumat daripada laman web Buletin Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2007, seramai 1207 orang menagih dadah
setiap bulan . Hal ini amat serius dan memerlukan pengawasan yang rapi oleh semua golongan masyarakat
terutamanya ibu bapa. Malah, ibu bapalah yang sering diletakkan beban kesalahan apabila anak-anak terjerumus ke
dalam gaung jijik penagihan dadah. Yang tersirat di sebalik pandangan ini ialah tanggungjawab untuk memantau
anak-anak amat besar dalam menangani isu penagihan dadah ini berbanding golongan masyarakat yang
lain.Sebenarnya , peranan ibu bapa bermula sejak anak-anak masih di peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Dr Haji
Zahazan Mohamed seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bukunya “Anakku Hebat
Anakku Soleh”,“ Zaman kanak-kanak ialah suatu zaman kanak-kanak itu mendapat pendidikan di rumah daripada
ibu bapanya …"Berdasarkan pandangan ini , maka tugas membimbing dan mendidik serta menyerapkan nilai-nilai
murni merupakan tugasan besar ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang lain hatta oleh saudara mara di
sekeliling. Proses pentarbiahan tentang perkara-perkara positif terutamanya nilai-nilai agama perlu dimulakan di
dalam rumah. Segala kehendak baik oleh ugama seperti bercakap benar perlu diamalkan dalam kalangan ahli
keluarga. Dengan kata lain, proses pemantauan dan pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.Apabila anak-anak
telah dapat menerima ajaran agama dengan baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudah pastilah
mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif iaitui penagihan dadah.Hal ini kerana, perasaan sangat takut
akan tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati najis dadah. Situasi ini juga berlaku kerana anak-
anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang tidak bermoral. Oleh itu,pemantauan yang serius oleh
ibu bapa terhadap pengamalan ugama anak-anak akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis
pengaruh penagihan dadah kepada anak-anak.Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih antara
anak-anak perlu dihindari. Perilaku ini mampu melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak.
Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit hati , benci dan cemburu sesama anak-anak.
Implikasinya , anak-anak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan bertindak melakukan apa-apa sahaja
untuk menarik perhatian ibu bapa seperti melibatkan diri dalam dunia penagihan dadah. Intihanya, perhatian yang
sama rata dan adil perlu menjadi keutamaan untuk menghindari pengaruh buruk dadah.Selain itu, hubungan
kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan penagihan dadah dari menerobos masuk ke dalam
keluarga. Hubungan erat dengan keluarga kembangan seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu-
sepupu akan melahirkan ikatan yang intim. Keadaan ini dapat membantu ibu bapa memantau kelakuan anak-anak
kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah meluahkan isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapa sendiri.
Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak dari terjebak dengan penagihan dadah, ibu bapa perlu sentiasa
berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar anak-anak berasa diri mereka sentiasa disayangi diberi
perhatian oleh semua kaum keluarga. Akibatnya, anak-anak akan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang ingin
dilakukan.

Hal ini dapat membantu ibu bapa memantau fiil anak-anak lalu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke
dalam kancah dadah yang kotor itu. Intihanya, ibu bapa mesti menguatkan ikatan ukhwah dengan saudara-mara
yang lain supaya mereka boleh menjadi mata-mata yang bersedia memerhati tindak- tanduk anak-anak seterusnya
dapat mengawal anak-anak dari terlibat dengan najis dadah.Dalam mendidik anak-anak pada awal zaman remaja,
ibu bapa perlu menjadi ‘rakan’ kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar motivasi terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah
dalam sebuah rancangan motivasi stesen televesen TV3 pernah menyarankan agar seorang bapa ‘bertukar’ menjadi
kanak-kanak lelaki untuk memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yang menjadi watak “ultraman”.Bagi
Dr. Fadzilah Kamsah , perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental dan emosi anak-anak kerana dapat
mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga. Dalam erti kata lain ibu bapa perlu memahami naluri anak-anak
tentang kegemaran dan kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Jika ada anak-anak remaja,ibu bapa boleh
melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki gunung. Dengan cara
ini, anak-anak akan berasa dihargai dan disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-sama keluarga .
Natijahnya , anak-anak akan lebih gemar bersama-sama keluarga berbanding rakan-rakan di luar rumah. Oleh itu,
kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak amat perlu, agar anak-anak tidak berasa terpinggir dan menghabiskan
masa bersama-sama rakan sebaya yang boleh menarik mereka ke lembah penagihan dadah.Akan tetapi, ibu bapa
tidak boleh menyekat sepenuhnya pergaulan anak-anak di luar rumah. Lebih-lebih lagi, jika anak-anak sudah mula
menapak kaki ke dalam alam persekolahan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap
rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Hal ini kerana ,kebanyakan penagih mendakwa mereka menjadi
penagih kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan. Malah, di peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya lebih
besar berbanding ibu bapa. Sehubungan dengan itu, latar belakang rakan-rakan anak-anak perlu diselidik dengan
teliti. Adalah sangat baik jika ibu bapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan ibu bapa kepada rakan-rakan
anak-anak. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau
gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat meyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini
menular dalam kehidupan keluarga.Selain menjalinkan ikatan persahabatan antara ibu bapa, kerjasama yang erat
juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah tempat anak-anak belajar. Keprihatinan ibu bapa tentang hal
ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat anak-anak dari terus leka dan tidak
menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklumat tentang anak-anak daripada pihak sekolah perlu diberi perhatian
positif. Hal ini kerana, sebahagian besar waktu siang anak-anak dihabiskan di kawasan sekolah ,iaitu lebih kurang
lima jam sehari. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal di asrama ; mereka hanya bertemu keluarga pada setiap hujung
minggu sahaja. Maka , ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk bersama-sama mengawal
disiplin dan tingkah laku anak-anak mereka. Melalui tindakan ini, anak-anak akan berasa sentiasa diawasi dan tiada
peluang untuk melakukan hal-hal yang kurang baik seperti merokok di kawasan sekolah. Hal ini kerana, punca awal
penagihan dadah datangnya daripada kegemaran merokok. Kesimpulannya, jalinan kerjasama antara ibu bapa dan
sekolah juga mampu mengelak unsur buruk ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan memporak-
perandakan kebahagian keluarga.Secara tuntasnya, pencegahan penagihan dadah dalam kalangan anak-anak
memang terletak di bahu ibu bapa Namun begitu, ibu bapa tidak dapat bergerak sendirian bagi menanganinya.
Permuafakata

dengan masyarakat amat penting. Masyarakat tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan hanya menuding jari kepada ibu bapa yang terbabit. Hal ini kerana, wabak dan najis dadah boleh
menyusup masuk ke dalam setiap keluarga jika tidak diawasi bersama-sama. Sikap prihatin perlu ada, umpama
peribahasa Melayu, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Oleh itu, semua ibu bapa yang merupakan salah satu entiti
dalam masyarakat perlu saling membahu untuk membanteras isu negatif ini daripada terus memburu anak-anak
mereka lalu membarah dalam komuniti.

CIRI-CIRI GENERASI BERWAWASAN


GENERASI BERWAWASANPujangga pernah mengatakan “generasi berwawasan pemangkin pembangunan
negara” sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi. Apakah maksud di sebalik frasa generasi
berwawasan itu? Generasi bermaksud pewaris masyarakat yang bakal memimpin negara untuk menstabilkan politik,
memantapkan ekonomi dan mencapai kejayaan sosial. Wawasan pula dapat kita takrifkan sebagai suatu matlamat
untuk mencapai cita-cita ngara pada tahun 2020. Manakala jika kita gabungkan kedua-dua perkataan tersebut,
generasi berwawasan dapat kita definisikan sebagai golongan muda masa kini yang akan menerajui negara pada
masa akan datang dengan ciri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan
visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dengan sasaran dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, isu generasi
berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita saban hari pantas meniti dari bibir ke bibir.
Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya. Hal ini kerana,
generasi berwawasan merupakan generasi pelapis pemimpin masa hadapan.
Sebenarnya kelompok generasi berwawasan ini mempunyai banyak kepentingannya dalam kehidupan seharian kita.
Antaranya, negara tidak akan mundur dengan adanya generasi yang berwawasan, mereka akan dapat memimpin
negara dengan lebih kreatif dan optimis. Generasi ini akan dapat mengatasi segala masalah negara dengan lebih
bijak. Selain itu, pembangunan negara juga akan menjadi lebih pesat. Generasi berwawasan ini dapat menjamin
masa depan negara yang baik dan meningkatkan lagi ekonomi negara. Negara juga dapat berkembang maju dan
nama negara juga dapat diperkenalkan di persada dunia. Akan tetapi,dewasa ini, jika kita menyoroti isu-isu semasa,
terdapat pelbagai halangan untuk melahirkan generasi berwawasan. Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor,
antaranya generasi kini kurang kawalan dan limpahan kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini kerana, ramai ibu
bapa yang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri. Di samping itu,
pemikiran generasi kini masih belum matang dan mereka sentiasa mahu melakukan sesuatu tindakan secara terburu-
buru sehingga sanggup menjebakkan diri dalam kancah masalah sosial. Oleh yang demikian, semua pihak perlu
melangkah sederap untuk membina satu kelompok generasi muda yang berkualiti demi merelisasikan misi nasional
negara iaitu menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Oleh sebab hasrat murni kerajaan perlu dicapai sebaik sahaja kaki melangkah ke tahun 2020, maka remaja sendiri
perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah untuk mencapai misi negara itu seiring dengan
panduan dan tunjuk ajar daripada golongan dewasa. Untuk itu,generasi kita perlulah berpengetahuan luas dan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, mereka perlu melengkapkan diri mereka
dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek, seperti ekonomi,politik dan sosial. Hal ini penting kerana apabila
seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang, mereka akan dapat membuat penilaian
dan keputusan yang bijak dan rasional. Golongan ini juga perlulah menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba
ilmu pengetahuan ,bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih’. Ilmu yang diperoleh hendaklah
dipraktikkan supaya tidak menjadi sia-sia sahaja. Rentetan itu, generasi muda juga hendaklah berusaha bersungguh-
sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain. Hal ini merupakan satu amalan yang baik kerana
selain dapat meningkatkan mutu prestasi kerja individu,amalan ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama
manusia walaupun berlainan kaum. Selain itu, bagi merealisasikan impian negara, generasi muda sekarang perlulah
mempunyai sifat keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya
dapat menerima teguran dan pandangan orang lain.
Dalam nada yang serupa, generasi yang berwawasan turut memberi kesan kepada negara kita. Kesan yang menjadi
pokok kepada persoalan di sini ialah generasi berwawasan dapat menjamin kestabilan politik. Mereka merupakan
pendukung sistem demokrasi berpelembagaan di Malaysia dan bertanggungjawab untuk mencapai kestabilan politik
melalui pilihan raya. Direnung dari aspek yang lain, generasi berwawasan akan menerajui tampuk kepimpinan
negara untuk mencapai mercu kejayaan. Jika kita menyingkap dari aspek ekonomi pula, generasi yang berwawasan
dapat memantapkan ekonomi negara. Mereka juga memikul tanggungjawab dan mempunyai matlamat untuk
membangunkan ekonomi negara supaya Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-
negara maju yang lain. Seterusnya, generasi berwawasan juga dapat mencapai kejayaan sosial iaitu kesejahteraan
sosial. Generasi berwawasan akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau dengan kata lain
mencapai integrasi nasional. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi dan bertolak ansur demi mencapai
misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni satu bangsa, satu bahasa
dan satu negara. Kita perlu mengetahui, jika kita tidak mempunyai generasi yang berwawasan, sudah pasti negara
kita akan mundur dan porak peranda. Pelbagai masalah akan timbul dan masyarakat juga akan berpecah belah.
Maka, kita semua perlulah bersatu hati demi mewujudkan generasi yang mempunyai wawasan untuk dijadikan
pedoman hidup.
Kesimpulannya, generasi berwawasan sememangnya memberikan pelbagai maslahat kepada kita. Kita boleh
menjadi generasi berwawasan jika kita sentiasa berfikiran kehadapan. Generasi muda terutamanya golongan remaja
perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri ,bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna. Mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada
masa hadapan. Maka adalah menjadi suatu kewajipan bagi generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran
dan skil-skil yang kontemporari agar Malaysia dapat terus bersaing dengan yang lain. Akhirul kalam, generasi
berwawasan sememangnya merupakan tonggak pembangunan negara, maka kita semua perlulah berusaha untuk
menjadi generasi yang berwawasan demi menyerbakkan keharuman nama negara kita di persada antarabangsa.
(802 patah perkataan)
KEMPEN GALAKAN MEMBACA ( KARANGAN BAHAGIAN A- BERPANDU GRAFIK
KEMPEN GALAKAN MEMBACA DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.Para ahli bijak pandai ada
menyatakan bahawa orang yang mendapat kebahagiaan hidup ialah orang yang menimba ilmu pengetahuan. Ada
juga yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang diukur berdasarkan kekuatannya tetapi sebenarnya ‘kekuatan’
itu merujuk kepada kekuatan dan kekayaan ilmu pengetahuan. Bagaimanakah lagi caranya untuk memperkaya ilmu
pengetahuan? Tentulah melalui jambatan ilmu iaitu membaca. Marcapada ini, pelbagai kempen galakan membaca
sedang dan telah dilaksanakan di negara ini, namun keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak
mendapat sambutan masyarakat. Masa inilah saatnya untuk tenaga semua pihak yang bersepadu digemblengkan bagi
membentuk masyarakat yang gemar membaca.Minat membaca dalam setiap ihsan seharusnya dipupuk sejak kecil
lagi. Para ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak kerana kanak-kanak seperti sehelai
kain putih, ibu bapalah yang mencorak dan mewarnai kehidupannya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mewujudkan
suasana membaca di rumah dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan amalan membaca , bukan
sahaja sekadar hobi tetapi untuk mencari maklumat tentang sebarang perkara yang tidak diketahui juga. Didiklah
anak-anak supaya menjadi ihsan yang cemerlang kerana anak-anak semasa kecil mudah diajar dan dibentuk, bak
kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Selain itu, pihak sekolah juga sedikit sebanyak memainkan
peranan penting dalam mendidik ihsan kelas pertama supaya gemar membaca. Pada tahun 2002, Kementerian
Pendidikan dan Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program NILAM di setiap sekolah. Kempen ini bertujuan
untuk mengisi masa lapang para pelajar dan mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif, di samping
menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid-murid. Sehingga kini, pihak sekolah masih menjalankan sesi
pembacaan iaitu akitiviti NILAM di sekolah dan menjadikan pusat sumber sekolah sebagai satu tempat rujukan
maklumat serta dimuatkan dalam jadual kelas untuk pergi ke perpustakaan sekali-sekala. Usaha yang mulia ini perlu
ditingkatkan lagi dengan berlipat ganda kerana murid-murid masih sukar dan tidak gemar melakukan aktiviti
membaca. Sebaliknya, mereka lebih suka menggunakan ICT untuk menyelesaikan sebarang masalah yang
dihadapi.Tidak lupa juga kepada pihak media massa dan elektronik pada masa ini. Peranan mereka dalam
menjayakan kempen galakan membaca amat besar kerana media massa dan elektronik berperanan sebagai ‘Penyebar
maklumat untuk negara’. Hal ini telah dibuktikan melalui penyebaran ilmu melalui surat khabar, majalah, tayangan
televisyen, siaran radio dan juga ruangan siber di Internet. Pada zaman teknologi dan maklumat ini, masyarakat
menggunakan bahan-bahan elektronik sekurang-kurangnya enam jam sehari dan mereka lebih menumpukan
perhatian pada berita-berita hangat dan cerita-cerita sensasi yang dipaparkan oleh media massa terutamanya surat
khabar. Oleh yang demikian, pihak media massa dan elektronik perlu menyeru dan menggesa masyarakat supaya
membaca dan menyatakan sekali kebaikan-kebaikan membaca. Jika pihak media massa berbuat demikian, tentulah
masyarakat negara ini akan menuruti tuntutannya. Begitulah besarnya pengaruh media massa dan elektronik dalam
kehidupan masyarakat.Dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak, minat membaca ternyata menurun dengan drastik.
Kesedaran terhadap minat membaca terbukti menurun dengan begitu ketara sekali dalam kalangan dewasa khusunya
mereka yang tidak terlibat dengan bidang pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan keberkesanan kempen yang
masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan daripada masyarakat. Apabila memasuki alam pekerjaan,
kesibukan tugas dan kesuntukan masa menjadi hambatan utama seseorang itu kurang berminat untuk membaca.
Sekiranya ada yang berminat, pembacaan mereka sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja.
Bahan bacaan yang dipilih pula hanya bahan-bahan ringan dan bahan hiburan. Sindrom ini sebenarnya menjurus ke
arah pembentukan bangsa yang lemah, jumud dan tidak bermaklumat. Kejumudan dalam berfikir yang dipengaruhi
sikap tidak gemar membaca dapat menjejaskan kemajuan negara dalam arus globalisasi yang mementingkan
pemerolehan maklumat terkini. Oleh yang demikian, langkah yang proaktif dan kondusif perlu diambil untuk
meningkatkan keberkesanan kempen dan secara tidak langsung menyedarkan masyarakat Negara kini tentang
kepentingan dan faedah membaca.Intihanya, semua pihak yang bertanggungjawab dan berautoriti perlulah segera
bekerjasama sepetri aur dengan tebing untuk memastikan minat membaca dalam sanubari setiap insan tidak lupus
dek teknologi moden yang sedang berkembang dengan deras dan maju seiring dengan pembangunan dan
perkembangan negara. Setiap insan juga perlu berusaha sendiri untuk menggiatkan lagi aktiviti membaca dalam
proses melahirkan dan membentuk pelapis generasi akan datang dan juga pemimpin berwibawa yang berkaliber dan
berwawasan tinggi serta mempunyai ilmu pengetahuan yang dalam dan tiada tandingannya kecuali dengan Tuhan.
Menurut Saidina Ali bin Abi Talib, berdagang dengan ilmu lebih baik daripada berdagang dengan harta; ilmu akan
bertambah jika diperdagangkan, manakala harta pula akan berkurangan jika diperdagangkan. Oleh itu, marilah kita
sama-sama menyambut kempen galakan membaca yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan hati yang terbuka dan
muka yang manis.

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


KEPADA ANAK-ANAK DIDIK, MAAF KERANA FORMAT SEBENAR FORUM TIDAK DAPAT
DIPAPARKAN. NAMUN BEGITU, FORMATNYA MENYAMAI FORMAT WAWANCARA1WARISAN
BANGSAAKTIVITI: FORUMSetiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga
dinegara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan danIban. Namun begitu,
akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikitamalan dan cara hidup yang menjadi
pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana ,masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam
masyarakat, sebagai contoh,pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai
kainsarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGIpada pagi ingin
membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang
setia berada dihadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakahsebenarnya warisan
bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apapula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan
warisan bangsa ini?Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai puncahilangnya penghargaan
generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga
orangtokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaituDatuk Seri Atiq Azman. Di
sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara,Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara,
Datuk RadinSyamel.Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuaisekali jika Datuk
Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. BaiklahDatuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk
kita pada hari ini?Datuk RadinSyamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan
bangsamembawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan olehsegolongan masyarakat. Misalnya,
dalam masyarakat Melayu, terdapatpelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapatimereka
memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golonganlelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’.
Dalam kalangan kaum Hindusendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalamkaum India
seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budayaCina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh
kaum Cina, ada makananCina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.Sementara
itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus padapeninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada
bangunan-bangunanyang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kitayang terdahulu.
Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor danbangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan
sebuah bangunan binaanInggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudanbangunan ini
amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amatberlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain
menjadi bukti dalamsejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing.Itu sahaja pandangan saya
tentang maksud warisan bangsa.2Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah
takrifanringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakanelemen penting untuk membina jati
diri dan semangat patriotik dalamkalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang.Maka,
kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingankepentinganmengekalkan warisan bangsa kita.
Silakan Datuk Seri.Datuk SeriAtiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan
penonton,kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu.Saya fokuskan pada
penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi,
warisanbudaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialahpenggunaan bahasa kebangsaan
dan ibunda dalam masyarakat. Untukmembentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari
menghargaidan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negaramaju, baik Jepun, Korea,
Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negaratersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan
mereka. Namun ,pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya,Jepun merupakan
negara industri robotik paling canggih di dunia.Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi
ialah, semuanegara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dankebangsaan masing-
masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-matauntuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka
untukdimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara majudalam acuan dan budaya kita
sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perludimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang
tidakmenghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amatlonggar jati diri dan semangat
patriotiknya.Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisanbangsa ialah kesannya
kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda.Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup
nenek moyang yangpenuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam ,yang merangkumi
cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perluberterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah
bangsa yangberjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenekmoyang yang positif. Saya
rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantanPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu,
beliau mahuMalaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru manamanabudaya negara lain.
Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlupastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap
anak muda.Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali
penjelasan sebentar tadi. Yang palingmenarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada
golonganmuda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa iniseolah-olah ditelan oleh arus
pemodenan yang amat laju pergerakannya.Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq
Agosuntuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.3Dato’Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi.
Berbicara tentang arus pemodenan ini, kitatidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk
KamusDewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yangmembolehkan sesuatu aktiviti
( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya)disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh
dunia,terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.Jadi, dapat disimpulkan
pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilainilaihidup dalam masyarakat.Dalam dunia yang tiada lagi
sempadan, siapa-siapa yang kuat memangberupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh,
negaramaju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktivitidunia, dari bidang sosial hinggalah
ketenteraan. Masyarakat dunia cenderungmelihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-
samadapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasimuda sehingga kita lihat
pengagungan terhadap pakaian dari Barat amatdominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak
mudanyajarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malahtidak juga menjadi pilihan
semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satukerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina
selainbahasa ibunda.Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnyapenghargaan
terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangannenek moyang. Kita dapati kerakusan membina
bangunan berciri moden telahhampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kitalihat
masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cinadan India. Sehinggakan pelbagai langkah
diambil untuk mengekalkanpengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman MiniMalaysia di
Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenalirupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat
Malaysia yang terdiri daripadapelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentangperkara
ini.Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahlipanel kita . Saudara
penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisanbangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai
usaha dilaksanakanbagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupanmasyarakat. Saya amat
tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah DatinSeri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang
berusaha gigih agarbatik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantanMenteri Pertanian,
Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja kerasmempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan
talapiadan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketikaitu, pelbagai promosi dilakukan
di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasarpasarmalam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan
bangunanbangunanbersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana,Banda Hilir ialah mercu tanda
sejarah negara kita. Semangat cinta akan negarasewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila
melihat kesan-kesanpeninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargaiwarisan bangsa
kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.4Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI.
Saya sudahi dengan assalamualai’kum.Sehingga jumpa lagi.( TEKS UJIAN LISAN BERKUMPULAN )

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan
dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi
oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang
perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas,
satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena
kempen “Sayangi Bumi Kita”Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim
mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam
majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh
negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu
kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan
kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat
mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.Oleh itu, bagi
membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh
yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali ,
Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang
sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan
Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi
Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang
berlaku mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi
tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini.
Silakan Doktor.Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya,
saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud
perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan
dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.Antara
punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran
yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan,
gempa bumi dan sebagainyaPencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh
faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya
ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,
jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air
kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya, pemusnahan
hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti
manusia sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan
raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu,
kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya
ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki
10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk
Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP,
Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang
mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang
merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan
menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi
hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan
pencemaran alam yang sangat dahsyat .Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-
tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut
taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.Pengerusi: Terima
kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak
dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi
menjadi pegangan . yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan
kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan
permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara
Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan
menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah
pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem
iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara
global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida
iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi
unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .Seterusnya kita
lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran
toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang
tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan
oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya dikenali sebagai
penyakit Minamata .Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di
perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak
berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung .
Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang pembiakan
makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.Antara kesan yang dianggap
kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan
badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara pengerusi.Pengerusi: Terima
kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi .
Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Datuk
Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh
kementeriaannya.Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut Kementerian Sains
& Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.Antara langkah yang
telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita,
ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara
tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia
praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai
konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula,
Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka .
Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah
diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau
untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di
perairan Malaysia .Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani
isu ini.Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semuga , segala
maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah,
pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi
ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita.
Assalamualaikum.
WARISAN BANGSA - FORUM
HARAP MAKLUM: FORMAT FORUM TIDAK TEPAT DARI ASPEK SUSUNAN-TIDAK DAPAT DISUSUN
DENGAN BAIK. DIHARAP PARA PELAJAR DAPAT MENGENAL PASTI SUSUNANYANG
SEBENAR.WARISAN BANGSAAKTIVITI: FORUMSetiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang
tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan
Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup
yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika
yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak
muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI
pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah. Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para
penonton yang setia berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah
sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu
mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca
hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?Bagi membincangkan persoalan-persoalan
yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk
Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah,
Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel.Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat
sesuai sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang
paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?Datuk RadinSyamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari
sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan
masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu
Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan lelakinya lebih gemar
memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili
pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita
rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang
mempunyai sedikit kelainan.Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada peninggalan-
peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-
bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan
Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British
di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan
dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah
oleh suatu kuasa asing.Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.Pengerusi: Terima kasih Datuk
Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa
merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih
lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang
kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.Datuk SeriAtiq Azman: Terima
kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek
pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup
masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk
membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat
paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-
negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka
merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.Yang
dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan
memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata
untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita
bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu
dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan
kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya.Seterusnya, saya melihat
kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang
masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai
ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara
bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon
dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan
oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai
negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini,
kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.Itulah sahaja pandangan
saya saudara pengerusi.Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling
menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua
lihat sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Untuk
melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang
gejala serius ini.Dato’Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak
lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi
membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya)
disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan
sistem komunikasi dan dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-
nilai hidup dalam masyarakat.Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya
mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan
gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat
negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini
banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan.
Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam
sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian
kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda.Pengaruh modenisasi yang kedua
terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni
pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam
keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran
budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan ini dalam
minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita
dapat mengenali rupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah
pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan
bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan
warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan songket
kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang
bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di
bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar
tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di
Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat
cinta akan negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan peninggalan
penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati
diri ialah bangsa yang dihormati.Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum.
Sehingga jumpa lagi.

You might also like