You are on page 1of 38

BAB 2

AKIDAH TERAS
PEMBANGUNAN MUSLIM
Pendahuluan
 Manusia adalah makhluk yang terdiri
daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani
 Rohani atau jiwa pula terdiri daripada dua
naluri (penggerak semulajadi) iaitu naluri
baik yang sentiasa mengarahkan manusia
melakukan kebaikan, kebenaran,
kebajikan ,keadilan dan sebagainya.
 Naluri kedua ialah naluri yang cenderung
kearah kejahatan, marah, angkuh, sombong
dan sebagainya. Manusia berupaya untuk
mengelakkan diri mereka daripada nafsu
yang ke dua di atas melalui penerapan
akidah dan nilai-nilai keimanan ke dalam
jiwanya.
1. Pengertian Akidah, Iman dan Tauhid

1.1 Akidah

1.2 Iman

1.3 Tauhid
1.1 Akidah
Bahasa:
- Simpulan iman, pegangan yang kuat @ satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.
- Ikatan yang tersimpul rapi, sukar untuk dibuka,
kepercayaan, keyakinan, pegangan dan ideologi
seseorang di dalam kehidupannya
Istilah:
- keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh
mana-mana pengaruh samada dari luar ataupun dari
dalam diri seseorang itu
- Pegangan, kepercayaan dan keyakinan yang kuat dan
mantap kepada Allah S.W.T berdasarkan rukun Iman
sehingga sebati menerusi amalan seharian
Akidah Islam:
kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt sebagai Rabb
dan Ilah serta beriman dengan Nama-namaNya dan segala
Sifat-sifatNya, beriman dengan malaikat, kitab-kitab, para
rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar Allah
samada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang
dari Allah
1.2 Iman
Bahasa:
 aman, selamat dan sejahtera.
 ‫ إيمان‬percaya kepada (iman).
Istilah:
 Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah serta
beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
 Seorang yang beriman mesti melibatkan tiga unsur:
1. Mengaku di dalam hati bahawa Islam adalah agama benar.
2. Menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam adalah agama
yang benar.
3. Mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam
syariat Islam.
 Mesti memahami serta menghayati rukun-rukun Iman
dengan penuh yakin meliputi kepercayaan tentang
keEsaan Allah, kewujudan para Malaikat, kitab-kitab Allah,
para Rasul, hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.
‫‪DALIL PENGERTIAN IMAN‬‬

‫‪‬‬ ‫‪Sabda Rasulullah s.a.w:‬‬

‫‪‬‬ ‫قال فأخبرنى عن اإليمان؟ قال صلى هللا عليه وسلم‪ :‬أن‬
‫تؤمن باهلل ومالئكة وكتبه ورسله واليوم اآلخر وتؤمن‬
‫بالقدر خيره وشره قال صدقت‬
1.3 Tauhid
 Bahasa:
 (wahhada) iaitu mengEsakan.
 Istilah:
 mengEsakan Allah S.W.T sebagai tuhan
(Ilah) pada keyakinan, ucapan dan
pengamalan seharian dengan penuh
kesedaran, kefahaman, keyakinan yang
mendalam tanpa sebarang paksaan.
PEMBAHAGIAN TAUHID
1. Tauhid Rububiyyah
Kepercayaan bahawa Allah S.W.T sahaja
yang mencipta, mentadbir, menghidup
dan mematikan, memberi kebaikan dan
keburukan, mengkabulkan permintaan
hambaNya dan Maha Berkuasa atas
sesuatu.
”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
telah menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa, lalu Dia bersemayam di atas
arasy. Dia menutupkan malam kepada siang
yang mengikutinya dengan cepat dan
(diciptakannya pula) matahari, bulan dan
bintang-bintang (masing-masing) tunduk
kepada perintahNya. Ingatlah, yang mencipta
dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha
suci Allah, tuhan semesta alam”.
(7: 54)
2. Tauhid Uluhiyyah
Kepercayaan bahawa hanya Allah S.W.T
sahaja yang layak disembah, ditaati,
ditakuti, memanjatkan doa dan
harapan, bertawakkal dan beribadah

“Apakah kamu pernah melihat orang


yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhan (Ilah)?
(45:23)
3. Tauhid Asma Wa Sifat
Kepercayaan bahawa Allah S.W.T bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan dan
suci dari sebarang sifat kekurangan
seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran
dan al-Hadith.
Antara nama-nama Allah:
- Allah ( ُ ‫ ) ٱ هَّلل‬iaitu lafaz yang maha mulia
- Al-Hayy (‫ ) ٱ ۡ ل َح ُّى‬iaitu Yang Maha Hidup
- Al-Razzak (‫ ) ٱ ل َّر َّز ُاق‬Yang Maha Pemberi
rezeki
- Al-Alim ( ‫ِيم‬ ُ ۢ ‫ ) َعل‬Yang Maha Mengetahui
2.1 Perkaitan antara Akidah, Iman dan Tauhid
 Akidah, iman dan tauhid mempunyai
pertautan yang sangat rapat.
 Akidah merupakan suatu pegangan yang
merupakan kepercayaan-kepercayaan
tertentu iaitu keimanan.
 Keimanan pula akan melahirkan rasa
ketauhidan (pengabdian) kepada Allah swt.
 Cth: seseorang yang mempunyai pegangan
yang kuat kepada rukun iman akan
beriman kepada Allah swt dan mengakui
Allah swt sahaja Tuhan yang maha esa.
3. Asas-asas Akidah
3.1 Beriman kepada Allah s.w.t
3.2 Beriman kepeda Malaikat
3.3 Beriman kepda kitab-kitab
3.4 Beriman kepada Para Rasul
3.5 Beriman kepada Hari Akhirat
3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar
Asas-asas akidah
 Rukun iman merupakan asas akidah Islam
 Rukun-rukun Iman itu enam perkara
 Sabda Rasulullah saw:
“Iman itu ialah bahawa engkau percaya
kepada Allah, malaikatNya,kitab-kitabNya
dan Rasul-rasulNya,Hari kemudian dan
dengan Penentuan Baik dan Buruk itu
daripada Allah swt.”

(riwayat Muslim)
3.1 Beriman kepada Allah s.w.t
 Meliputi kepercayaan bahawa Allah itu
ada dan esa,percaya bahawa Ianya
bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan.
 Dialah menjadikan alam dan akhirat,
Dialah yang menghidup dan
mematikan, mempercayai bahawa
semua mahkluk adalah milikNya.
 Tuhan yang layak disembah.
Bukti kewujudan Allah s.w.t
 Menurut para ulama’:
1. Wahyu (al-Quran @ dalil naqli)
2. Hujah akal ( dalil aqli)

1. Wahyu (al-Quran @ dalil naqli)

”Segala puji bagi Allah, Tuhan yang


memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Yang amat pemurah lagi yang amat
mengasihani. Yang menguasai
pemerintahan hari pembalasan (hari
akhirat)”. (1:2-4)
 Dr Martin Stanley:
Sesungguhnya segala yang ada di alam
semesta adalah membuktikan keesaan dan
kewujudan Allah dan mununjuk
kekuasaanNya.

2. Hujah Akal (dalil aqli)


- Setiap perkara yang wujud di alam ini ada
penciptanya.
- Cth: komputer, televisyen, lori dll.. Dicipta
oleh manusia dan mustahil benda ini wujud
dengan sendirinya.
- Cth: bulan, bintang, matahari, gunung, lautan
dll…
Cara-cara mengenal Allah s.w.t
1. Melalui ayat maktubah (al-Quran)

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan


bumi dan pada pertukaran malam dan
siang ada tanda-tanda
kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan
rahmat Allah bagi orang-orang yang
berakal”.
(3:190)
2. Melalui ayat maftuhah (alam semesta)

”Dan kamu melihat gunung-ganang itu,


kamu sangka ia tetap di tempatnya,
pada hal ia berjalan sebagai jalannya
awan. (Begitulah) perbuatan Allah
Allah yang membuat dengan kukuh
tiap-tiap sesuatu;sesungguhnya Allah
maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan”.
(27.88)
3.2 Beriman kepada malaikat
1. Penciptaan Malaikat
- Cahaya (nur)
“Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin
diciptakan dari nyala api dan Adam
diciptakan dari apa yang diterangkan
padamu semua”
(Riwayat Muslim)
- Makhluk halus yang ghaib dan tidak
dapat disaksikan dengan pancaindera
kerana ia bukanlah benda atau jisim
- Makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap
yang banyak sehingga membolehkan
melakukan pergerakan yang pantas.
“Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta
langit dan bumi, menjadikan malaikat sebagai
utusan. Pada malaikat ada sayap-sayap; ada
yang punya dua sayap, tiga sayap, empat sayap.
Allah boleh menambahkan pada ciptaannya
apa yang Allah kehendakki, sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa terhadap segala-galanya”.
(35:1)
- Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga
bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka
tidak tidur , tidak mempunyai nafsu, tidak
mempunyai kuasa memilih dan seumpamanya.
2. Tugas Malaikat

 Membawa wahyu kepada para nabi dan


rasul.
 Bertasbih, patuh serta sujud kepada Allah.
 Menanggung arash Allah.
 Ditugaskan untuk mencatat amalan
manusia.
3.3 Beriman kepada kitab-kitab
 Kitab-kitab Allah terbahagi kepada dua:
1. Suhuf
- Merupakan pedoman yang tidak begitu
lengkap.
- Kandungannya hanya penjelasan hukum-
hukum dasar yang perlu diterangkan
kepada manusia umumnya.
- Suhuf hanya berjumlah 100 buah iaitu
diberikan kepada nabi Shith (50 buah),
nabi Idris (30 buah), nabi Ibrahim (10
buah) dan nabi Allah Musa (10 buah).
2. Kitab
- Satu peraturan lengkap untuk segala
peraturan dan dasar ketuhanan baik yang
berhubung dengan dunia dan
akhirat,berhubung dengan perkara zahir
mahupun batin
- Jumlah kitab adalah empat:
1. Taurat (nabi Musa a.s )
2. Zabur (nabi Daud a.s )
3. Injil (nabi Isa a.s )
4. al-Qur’an (nabi Muhammad saw )
- Tujuan: memberi petunjuk kepada manusia
ke arah jalan yang betul.
Persamaan dan perbezaan antara al-
Quran dengan kitab-kitab lain
 Persamaan
Semua kitab-kitab Allah yang diturunkan membawa
konsep akidah tauhid yang sama iaitu mengajak
manusia menyembah Allah swt, mentauhidkanNya
dan supaya mereka menjauhi taghut (anasir
kesesatan).
 Perbezaan
1. Konsep:
- al-Qur’an bukan sekadar percaya bahawa al-Qur’an
itu daripada Allah tetapi lebih dari itu mesti
mempelajari, memahami dan melaksanakannya
- kitab-kitab lain kita hanya diperintah
mempercayaainya sahaja tanpa dituntut untuk
mempelajarinya kerana kita telah mempunyai al-
Qur’an yang lebih lengkap
2. Kandungan:
- al-Qur’an mengandungi isi kandungan yang syamil
dan lengkap
- kitab-kitab lain tidak syamil dan belum sempurna
3. Keaslian :
- al-Qur’an tetap asli tidak ada perubahan dan tidak
mampu dipinda oleh sesiapa.
- kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
4. Al-Qur’an sesuai untuk semua zaman dan tempat,
manakala kitab-kitab lain untuk tempoh tertentu
sahaja
5. Bahasa al-Qur’an adalah bahasa Arab yang hidup
pemakaiannya sepanjang masa iaitu sentiasa
digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh
dunia berbanding dengan kitab-kitab lain yang
bahasanya telah pupus dan tidak lagi dipakai oleh
manusia
3.4 Beriman kepada para rasul

 wajib percaya bahawa Allah telah


mengutuskan rasul-rasul dari kalangan
manusia untuk mengajak manusia
menyembah Allah yang satu
 Terjemahan:“Dan Kami telah mengutuskan
kepada ummah seorang rasul untuk
mengajak manusia menyembah Allah dan
menjauhi taghut”. ( 16:36)
Peranan Rasul
1. mempunyai tugas yang sama atau dengan
perkataan lain mereka pemangku kesatuan
risalah ketuhanan.
2. mengajar manusia mengenal Tuhannya dengan
pengetahuan yang sebenar
3. mengajar manusia tentang akidah dan ibadat
mengikut garis-garis yang ditentukan Allah
4. memandu manusia di dalam kehidupan di dunia
ini supaya membersihkan rohaninya, bebas dari
penghambaan hawa nafsu agar manusia
menjadi insan kamil.
Kebenaran Rasul
 Mukjizat

Nabi Muhammad Rasul Terakhir


 Risalah nabi Muhammad adalah
penutup semua risalah dari langit
dan ia membatalkan risalah yang
terdahulu
 sesuai dengan segala zaman, segala
keadaan dan semua umat manusia
3.5 Beriman kepada hari akhirat
 Wajib percaya kepada hari akhirat
 Kerana tuhan mewajibkan kehidupan di dunia dan akan
dilanjutkan oleh kehidupan akhirat yang ghaib bagi manusia
setelah mereka mati
 Akhirat ialah bermula dengan kematian seseorang.
 Dalil naqli: :“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu
perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-
peristiwa yang nmengerikan) itu, tiap-tiap ibu yang
menyusukan akan melupakan anak yang disusukan, dari tiap-
tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang
dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk,
padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah
amatlah berat ”. (22:1-2)
 Dalil Aqli: Di akhiratlah manusia akan dibalas dengan balasan
yang setimpal dengan amalan samada baik atau jahat.
Peringkat-peringkat di hari akhirat
1. Alam kubur (barzakh)
2. Hari kebangkitan
3. Manusia dihimpunkan
4. Pembentangan amalan
5. Kiraan dan timbangan amalan
6. Meniti titian
7. Balasan syurga dan neraka
3.6 Beriman kepda Qada dan Qadar Allah
 Mempercayai bahawa segala yang terjadi dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah ketentuan
dan ketetapan Allah
 Ketentuan Allah ke atas manusia dapat
dibahagikan kepada dua:
1. Ketentuan Allah ke atas alam semulajadi yang
mengandungi sebab dan akibat seperti api
membakar, makan boleh mengenyangkan dan
seumpamanya.
2. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya
khususnya manusia. Allah swt menentukan
seseorang dilahirkan lelaki atau perempuan, cacat
atau sempurna kejadian, bangsa Melayu, Cina,
India atau lainnya. Ini semua adalah takdir Allah
swt dan jelas termaktub di dalam SunnahNya.
Kepentingan beriman dengan qada dan
qadar
1. seseorang muslim itu memahami konsep qada dan qadar,
nescaya akan memperolehi kehidupan yang bahagia.
kerana bersedia menerima segala ketentuan dengan hati
yang terbuka.
2. apabila seseorang itu diuji oleh Allah swt dengan pelbagai
ujian dan cabaran, sudah pasti ia tidak akan mudah
berputus asa, mengalah atau kecewa kerana ia sedar
bahawa semua yang Allah timpakan kepadanya adalah
dugaan, ia akan bersifat reda di atas ketentuan Ilahi.
3. Qada dan qadar Allah mengandungi pelbagai hikmah di
sebaliknya. Individu muslim yang sentiasa menerima
ketentuan Allah tanpa merungut akan menjadikan hidup
mereka lebih tenang dan damai, yang akhirnya mereka
akan memperolehi kehidupan yang lebih cemerlang dan
bahagia di dunia ini.
Kekeliruan dalam memahami konsep
takdir
 Wujud dalam kehidupan manusia berkaitan
dengan takdir adalah disebabkan kejahilan
ataupun mereka menolak keimanan konsep
takdir secara sengaja.
 Oleh yang demikian, suatu kejahatan yang
dibuat seperti berzina, mencuri, minum arak
dan lainnya apabila ditangkap ia mendakwa
bahawa Allah takdirkan ia mencuri.
Sikap orang Islam dalam menerima
takdir Allah
1. Menerima dengan reda
2. Bersabar
3. Bersyukur
4. Sentiasa berusaha dan berwaspada
5. Sentiasa berdoa
Pembinaan dan pengukuhan akidah
1. Pemahaman
2. Membina akidah yang teguh
3. Sentiasa berjihad melawan hawa nafsu
dan syaitan serta beriltizam dengan
Islam
4. Sentiasa bersama-sama bergaul dengan
orang-orang soleh
5. berwaspada dengan segala bentuk
kemaksiatan dan kemungkaran yang
mengelilingi mereka.
Faktor-faktor pembatalan akidah
1. Melalui iktiqad di dalam hati.
2. Melalui perbuatan
3. Melalui percakapan atau perkataan
Peranan akidah dalam pembangunan ummah
1. Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada
ajaran Allah dan RasulNYa
2. Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan
matlamat hidup yang jelas
3. Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul
4. Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan
dinamis
5. Membangunkan ekonomi ummah secara komprehensif
6. Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil
Kesimpulan
Akidah merupakan asas Islam yang terpenting.
Tanpanya , Islam seseorang itu tidak akan
sempurna kerana akidah merupakan parameter
utama untuk menentukan keimanan dan ketakwaan
seseorang. Seorang muslim yang mempunyai
akidah yang mantap kepada semua rukun iman
yang enam akan memanifestasikannya dalam
bentuk kehidupan secara praktikal. Pembinaan yang
berterusan dan pengukuhan akidah yang jitu dapat
mengelakkan individu muslim terjebak di dalam
kesesatan dan penyelewengan akidah. Justeru itu,
setiap muslim seharusnya sentiasa menyemai dan
membajai akidah agar menghasilkan buah iman
yang manis.

You might also like