You are on page 1of 35

BAB 1

ISLAM SEBAGAI AD-DIN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

1.1 MANUSIA DAN AGAMA 3

1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya 3

1.1.2 Pengertian Agama dan Ad- Din 5

1.1.3 Keperluan Manusia Kepada Agama 6

1.2 PENGERTIAN ISLAM 8

1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek Bahasa 8

1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah 8

1.3 SKOP AJARAN ISLAM 11

1.3.1 Asas Ajaran Islam 12

1.4 PENGAWALAN ISLAM 14

1.4.1 Dakwah 14

1.4.2 Jihad 15

1.5 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM 17

1.5.1 Sumber Asasi 17

1.5.2 Sumber Ijtihadi 27

1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM 32

1.7 KESIMPULAN 35

1.8 RUJUKAN 36

1
BAB 1
ISLAM SEBAGAI AD-DIN
(Disediakan oleh Zulfikri Mohd. Zain)

1.0 PENGENALAN

Manusia sejak zaman awal kejadiannya telah berusaha untuk mengenali hakikat kejadian
diri. Pencarian itu hanya akan terjawab apabila mereka bersedia menerima hakikat kejadian
diri sebagaimana yang dikemukakan oleh Allah s.w.t. Pencipta manusia. Dialah yang
mengetahui asal kejadiaan, kelemahan dan kesempurnaannya, kedudukan dan matlamat
kewujudannya, serta mengetahui tentang kepastian kehidupannya yang abadi. Akal
manusia yang lemah tidak akan mampu untuk menjawab rahsia penciptaan Tuhan
melainkan dengan bimbinganNya jua.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mulk, ayat 14:


       
Terjemahan:Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu
mengetahui (segala-galanya)? Sedang ia Maha Halus urusan
pentadbiranNya, lagi Maha mendalam pengetahuanNya!

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Najm, ayat 32:


            
              
       

Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta


perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang
mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya
Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan
kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu
berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut
ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci
bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang bertaqwa.

Dalam konteks hubungan dengan agama, sejarah kehidupan dan ketamadunan manusia
telah memperlihatkan bahawa manusia tidak terkecuali daripada menganut sesuatu doktrin
atau dasar kepercayaan yang disebut sebagai kehidupan beragama. Ahli sejarah tamadun
manusia pernah menyatakan bahawa pernah terdapat dalam sejarah, kewujudan bandar-
bandar tanpa istana, tempat-tempat perusahaan tanpa kota, tetapi tidak pernah terdapat
bandar-bandar tanpa rumah ibadat (Al-Qaradawi, 1977:14).

Begitulah hakikat kehidupan manusia yang berkait rapat dengan kepercayaan dan
kehidupan beragama. Cuma suatu yang membezakan antara mereka ialah sama ada
berjaya dalam pencarian agama yang sebenar atau kecundang dalam kesesatan kerana
faktor-faktor lingkungan kehidupan.

1.1 MANUSIA DAN AGAMA

1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya

2
Menurut al-Quran, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. hasil dari kombinasi dua unsur
utama, iaitu unsur jasmani dan unsur rohani.

1.1.1.1 Unsur Jasmani

Kejadian manusia dalam bentuk jasmani bermula dengan kejadian Adam a.s. Al-Quran telah
menyebut beberapa istilah mengenai proses penciptaanya, iaitu: Dari air / min al-maa i
(Surah al- Furqan,25:54). Dari tanah / min al-turab (Surah al-Anbiya,21:30). Dari pati tanah /
min al-tin (Surah al-Mukminun,23:12). Dari tanah liat dan sebati / min al-tin al-lazib (Surah
al-Saffat,37:11). Dari tanah yang panas dan berbau / min hamaain masnun (Surah al-
Hijr:28). Dari tanah yang keras seperti tembikar / min salsal kalfakhkhar (Surah al-
Rahman:14). Dari tanah bumi / min al-ard (Surah al-Najm,53:32). Peringkat terakhir
penciptaan jasad Adam a.s. ialah Allah s.w.t. menjadikan bentuk rupanya / faiza sawwaituhu
(Surah al-Hijr,15:29).

Mengenai kejadian keturunan Adam (Bani Adam) pula al-Quran menjelaskan dengan
beberapa istilah. Kejadian janin dalam perut ibu (Surah al-Najm,53: 32). Zuriat keturunan
Adam dari pati air yang hina (Surah al-Sajdah,32:9 , Surah al-Mukminun,23:9). Diciptakan di
dalam perut ibu secara berperingkat-peringkat (Surah al-Zumar:6). Diciptakan dari nutfah
(Surah al-Insan,76:2). Diciptakan dari nutfah, alaqah, mudghah, idzham, lahm, satu ciptaan
lain (dalam bentuk manusia) dan Allah menyempurnakan penciptaan bentuk rupa manusia
(Surah al-Mukminun,23:12-14). Firman Allah s.w.t.:
              
          
           

Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati


(yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih
pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi
sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah al-Mukminun,23:12-14)

Secara umumnya, unsur kejadian manusia sama ada secara langsung (Adam a.s.) atau
tidak langsung (Bani Adam), adalah dari tanah di bumi. Ilmu sains telah membuktikan
bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi. Menurut
Profesor Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar, bumi mengandungi 92
unsur semuanya, dan dijadikan manusia dari semua unsur bumi ini (Mohd.Ali,1991:55).
Firman Allah dalam Surah Taha,20:55:
         
Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan
mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu
sekali lagi.

Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap sebagai hakikat ilmiah yang mutlak
sehingga dapat mentafsirkan hakikat kandungan al-Quran dengan tepat, namun ia dapat
menjadi penyuluh kepada akal kita untuk memahami rahsia kejadian diri secara yang lebih
mendalam serta memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap kebenaran al-Quran yang
sebenarnya telah mendahului sains.

3
Peringkat-peringkat atau proses penciptaan Adam a.s. merupakan sesuatu yang perlu
diimani dalam konteks perkara-perkara samiyyat, iaitu perkara yang berhubungkait dengan
persoalan metafizik yang di luar jangkauan akal dan kemampuan fizikal manusia yang
terhad. Hakikat penciptaan Adam a.s sebagai bapa manusia atau sebagai manusia yang
pertama telah sedia disebut di dalam kitab-kitab samawi terdahulu, seperti Kitab Taurat,
Zabur dan Injil. Akal manusia perlu menerima hakikat ini untuk mengelakkan dari
terperangkap dalam prinsip keberangkaian sebab yang tidak berkesudahan (successive
reasons/tasalsul al-sabab). Segala yang wujud mesti ada permulaan (kecuali Allah s.w.t),
dan permulaan bagi manusia ialah Adam a.s. Sekiranya manusia mengingkari hakikat ini,
maka akal mereka tidak akan mampu memberi jawapan tentang asal atau punca bagi
kejadian manusia.

Oleh kerana asal kejadian jasmani manusia dari tanah, maka segala keperluan dan
tuntutan hidupnya yang bersifat jasmani adalah juga dari tanah. Tuntutan dan keperluan
tersebut merangkumi tiga perkara pokok: makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan,
kediaman atau tempat berlindung dan keamanan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Taha,
20:117-119:
            
              

Terjemahan: Maka Kami berfirman:”Wahai Adam,sesungguhnya Iblis ini


musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu
berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan
isterimu) akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat
bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan
bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam
Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari”.

1.1.1.2 Unsur Rohani

Kejadian dan penciptaan manusia disempurnakan lagi oleh Allah s.w.t. dengan unsur
rohani. Al-Quran menjelaskannya dalam Surah al-Hijr,15: 29. Firman Allah s.w.t:
         
Terjemahan: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud
kepadanya.

Ayat di atas menjelaskan Allah telah meniupkan roh ciptaanNya pada jasad Adam atau
jasmani zuriat keturunannya setelah dijadikan bentuk rupa sebagai manusia. Namun Allah
tidak menceritakan bagaimana roh itu ditiupkan. Cara atau kaedahnya menjadi rahsia dan
hak keistimewaan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya akal manusia tidak
mampu untuk memikirkan persoalan roh yang menjadi urusan Tuhan. Oleh itu aqidah yang
benar dan terjamin selamat ialah kita mengimani bahawa Allah meniupkan roh ciptaanNya
itu mengikut cara yang layak dengan keagungan dan kesempurnaanNya sebagai Pencipta
(al-Khaliq). Kita tidak selayaknya memaksa akal untuk mengkaji dan mencari jawapan yang
di luar kemampuannya. Emmanuel Kant, ahli falsafah Jerman menegaskan dalam bukunya,
“The Critic of Pure Reason ” (Kritik Akal Tulen), bahawa akal manusia tidak mampu untuk
memahami hakikat-hakikat yang tidak terbatas. Kesanggupan akal manusia hanya untuk
memahami juzuk-juzuk kecil sahaja (Yusuf Zaki, 1987:36).

Dari nas-nas yang dibentangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran sebagaimana tersebut,
telah terbukti dengan jelas bahawa manusia diciptakan hasil kombinasi dua unsur utama,

4
iaitu jasmani dan rohani. Kesepaduan antara dua unsur ini melambangkan kesempunaan
kejadian manusia dan kehebatan Allah sebagai Pencipta. Sudah pasti kedua-dua unsur
tersebut mempunyai tuntutan dan keperluan yang berbeza sesuai dengan sifat masing-
masing. Jasad mempunyai keperluan yang bersifat kebendaan, manakala ruh pula
mempunyai keperluan yang bersifat rohaniah yang terangkum pada akidah, syariah, akhlak
dan pengabdian, atau ringkasnya yang tersimpul dalam kalimah “ISLAM”.

1.1.2 Pengertian Agama dan Ad - Din

Menurut Kamus Dewan, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan; sifat-sifat dan
kekuasaan Tuhan, serta penerimaan ajaran dan perintahNya. Islam dikategorikan sebagai
agama langit yang bukan ciptaan manusia. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan
kepada Allah disebut sebagai mukmin.

Kamus Dewan juga memberikan maksud agama itu sebagai kepercayaan kepada sesuatu
yang dipuja dan diangap berkuasa seperti dewa dan lain-lain (Kamus Dewan,2002:12). Ini
berpunca daripada perkataan agama yang ada dalam Bahasa Melayu berasal dari pada
Bahasa Sanskrit yang bermaksud: Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke satu
generasi yang lain. Istilah agama ini digunakan oleh orang-orang Hindu bagi merujuk
kepada kitab-kitab Verdik, iaitu kitab suci Hindu.

Menurut Kamus Bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen. Kamus Dewan
menyebut sebagai ‘din’. Ia mempunyai makna yang umum dengan pelbagai pengertian.
Manakala perkataan ad-deen (dalam bentuk ma’rifah / definite noun) bermaksud cara hidup
yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun jika perkataan deen (dalam bentuk
nakirah / indefinite noun), digabungkan dengan dengan perkataan Allah, menjadi deenullah,
atau perkataan al-Haq, menjadi deenulhaq, maka ia bermaksud agama yang benar. Firman
Allah dalam Surah at-Taubah,9:33:
           
  
Terjemahan: Dialah yang mengutuskan RasulNya (Muhammad) dengan
membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk
dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-
orang musyrik tidak menyukainya.

1.1.3 Keperluan Manusia Kepada Agama Islam

Hakikat keperluan hidup beragama sudah sekian lama diperakukan oleh cendikiawan dan
ahli falsafah sekalipun ada di antara mereka yang belum beragama Islam. Issac Newton,
seorang ahli falsafah sains yang terkenal berkata: “Jangan sekali-kali kamu meragui tentang
adanya al-Khaliq, Tuhan yang mencipta segala-galanya, kerana tidak masuk akal alam ini
wujud secara kebetulan semata-mata. Sebenarnya semakin bertambah pengetahuan
manusia mengenai rahsia dan keajaiban alam semesta ini, maka semakin bertambahlah
iman untuk mempercayai tentang wujudnya al-Khaliq, kebijaksanaan, kebesaran dan
kesempurnaan sifat-sifatNya”. Seorang penulis tentang asal usul agama, antara lain
mengatakan, “No tribe or people in the world, however primitive or highly civilized, are
without a belief in the existence of superhuman powers or deities, is consequently without a
religion ” (Stephen Fuchs,1977:14).

5
Berdasarkan penjelasan daripada al-Quran, hujah para ulamak dan cendikiawan, terdapat
banyak faktor yang menunjukkan manusia amat perlukan agama, khususnya agama yang
benar, iaitu Islam. Antaranya ialah:

1.1.3.1 Kelemahan akal manusia

Manusia tidak boleh terlalu taasub dengan kedinamikan atau kesempurnaan akal fikirannya,
kerana hakikat akal fikiran manusia itu lemah. Walaupun saintis mengatakan bahawa di
dalam otak manusia terdapat kira-kira 30 bilion neuron, tetapi akal manusia banyak
melakukan kesalahan dan kesilapan. Sekalipun akal dapat membezakan antara perkara
yang baik dan buruk, tetapi akal tidak mampu untuk menjangkau semua perkara di alam
zahir ini, terutama dalam persoalan yang semakin mengecil,halus dan kompleks. Malahan
akal manusia sama sekali lemah dalam menjawab perkara-perkara metafizik (ghaibiyyat)
seperti persoalan dosa, pahala, syurga, neraka, roh dan sebagainya. Sesungguhnya tiada
manusia yang serba tahu, atau mengetahui segala-galanya. Oleh itu manusia memerlukan
bimbingan agama. Sebagai contoh, Allah menjelaskan tentang kejahilan manusia tentang
hakikat roh dengan firmanNya dalam Surah al-Isra’,17:85 :
               
Terjemahan: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu
dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja.

1.1.3.2 Kesesuaian Islam dengan fitrah manusia.

Perkataan fitrah berasal dari akar kata fatara dalam bahasa arab yang bererti membuka
atau menguak. Fitrah membawa maksud; asal kejadian, keadaan yang suci dan kembali ke
asal.

Dalam Islam terdapat konsep bahwa setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah
dalam hal ini bererti bayi dilahirkan dalam keadaan suci, tidak memiliki dosa apapun.
Seseorang yang kembali kepada fitrahnya, mempunyai makna ia mencari kesucian dan
keyakinannya yang asli, sebagaimana pada saat ia dilahirkan.

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah atau sifat semulajadi manusia. Ini dapat
dibuktikan apabila segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Firman Allah
dalam Surah al-Rum,30:30 :
               
         

Terjemahan: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu


(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) kearah agama yang
jauh dari kesesatan; (turutlah terus) “agama Allah” – iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak
mengetahui.

Maksud ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kehidupan beragama itu adalah
tuntutan (fitrah) naluri semulajadi manusia. Manakala agama yang menepati fitrah manusia
sebagaimana dimaksudkan ialah agama Islam. Sebagai contohnya dalam soal perkahwinan,

6
Islam menggalakkannya bagi memenuhi tuntutan naluri semulajadi manusia yang
mempunyai nafsu atau keinginan untuk berkahwin, sedangkan terdapat agama lain yang
menghalangnya. Dalam soal makan minum, Islam menetapkan perbuatan makan minum itu
sebagai suatu sunnah, dengan syarat ianya hendaklah dibataskan kepada makanan dan
minuman yang baik-baik, halal dan tidak memberi mudharat kepada manusia. Begitu jugalah
dalan soal menutup aurat. Demi menjaga maruah atau kehormatan dan keselamatan
manusia sama ada lelaki atau wanita, maka Islam membataskan had-had anggota badan
yang boleh didedahkan.

1.1.3.3 Kesempurnaan Islam

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Syariatnya merangkumi semua
perkara asas sebagaimana dijelaskan dalam bab aqidah, syariah dan akhlak. Cabang-
cabang syariat Islam mampu membimbing manusia dalam kehidupan berkeluarga,
bermasyarakat dan bernegara. Tegasnya, al-Quran menjelaskan semua perkara yang
mencakupi hubungan manusia dengan Tuhannya, manusia sesama manusia dan
hubungannya dengan lain-lain makhluk. Segala yang diperlukan mengenai dunia dan
akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al-Quran. Firman Allah dalam
Surah al-An‘am,6:38:
     
Terjemahan: Tiada kami tinggalkan sesuatu apa pun di dalam Kitab al-Quran
ini.

Bagi meraikan sifat diri manusia yang lemah dan memerlukan pembimbing, maka Allah
s.w.t. telah mengutuskan RasulNya sebagai pembawa risalah; menyuluh dan membimbing
kehidupan manusia berlandaskan al-Quran dan Sunnahnya ke jalan yang benar dan lurus.
Firman Allah dalam Surah Saba’,ayat 28:
            
Terjemahan: Dan tiadalah kami mengutuskanmu (wahai Muhammad)
melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita
gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran kepada
orang-orang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(hakikat itu).

Firman Allah lagi dalam surah al-Ahzab,33:21:


             
   

Terjemahan: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu


Uswah Hasanah (contoh ikutan yang baik).

1.2 PENGERTIAN ISLAM

1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek Bahasa

Islam merupakan satu nama bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nama
ini bukanlah rekaan Rasulullah, tetapi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana
firmanNya dalam Surah al-Maidah,5:3:

   

7
Terjemahan: Dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…

Dalam bahasa Arab, al-Islām ‫اإلسالم‬, bererti “berserah diri” dan merupakan suatu Dīn yang
bererti "aturan" atau "sistem" (Surah Al-Maidah,5:83). Dari sudut etimologi, perkataan
tersebut diturunkan dari akarkata yang sama dengan perkatan salām yang bererti “damai”.
Perkataan 'Muslim' (sebutan bagi pemeluk agama Islam) juga berhubungan dengan kata
Islām. Ia bermaksud, “orang yang berserah diri kepada Allah" dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah

Rasulullah s.a.w. menjelaskan maksud Islam dengan beberapa takrif mengikut suasana
majlis dan keadaan orang yang bertanya. Seterusnya diperjelaskan lagi oleh ulama dengan
pelbagai definisi untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam. Umumnya semua
definisi itu membawa maksud yang sama dan tidak wujud pertentangan atau pertembungan.

Antara Definisi tersebut ialah:

Pertama

Pengertian Islam berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w. terhadap pertanyaan Malaikat Jibril
a.s. sebagaimana hadis daripada ‘Umar Ibn Al-Khattab r.a.,Nabi s.a.w. bersabda, yang
bermaksud:

‘Al-Islam’ itu ialah, bahawa engkau bersaksi tiada tuhan (yang berhak
diabdikan diri dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah sahaja, dan
(engkau bersaksi) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, engkau
mendirikan solat,engkau mengeluarkan zakat, engkau berpuasa pada bulan
Ramadhan dan engkau mengerjakan haji ke Baitullah kiranya mampu ke
sana…(Matan al-Arba’in al-Nawawiyyah:hadis ke 2)

Kedua

Al-Islam ialah kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan yang lahir daripada kesedaran diri, bukan
kerana terpaksa (Zaidan,1972:13).

Kepatuhan dan ketundukan sebagaimana dalam pengertian di atas hendaklah dilakukan


secara ikhlas,sukarela bukan kerana terpaksa. Firman Allah dalam Surah al-Nisa,4:125:
        
Terjemahan: Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang
menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha
mengerjakan kebaikan..

Allah s.w.t. juga berfirman sebagaimana dalam Surah Luqman,31:22:


           
Terjemahan: Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
(dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang
teguh…

Ketundukan secara terpaksa tanpa rela hati tidak akan menghasilkan sebarang kesan
pahala atau siksaan. Ketundukan seperti itu dijelaskan oleh al-Quran sebagai ketundukan
orang kafir. Walaupun mereka mengingkari perintah Allah, namun mereka terpaksa tunduk

8
di bawah naungan keagungan dan kekuasaan Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah
dalam Surah Ali-‘Imran,3:83:
            
 
Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu,
mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNya lah tunduk taat
sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela
ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Ketiga

Al-Islam ialah berupa peraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan
menyeluruh; mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, dalam mengatur perancangan
dan sistem kehidupan mereka. Orang yang mentaatinya diberi pahala, sementara orang
yang mengingkarinya dikenakan dosa (Zaidan, 1972:10).

Dalam hubungan dengan definisi di atas, Allah menjelaskan penolakan terhadap agama lain
selain dari Islam dan penganutnya termasuk dalam golongan yang rugi. Firman Allah s.w.t.
dalam Surah Ali-‘Imran,3:85:
            

Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.

Keempat

Al-Islam ialah agama yang terkumpul di dalamnya akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan
sejarah-sejarah, sebagaimana yang terkandung di dalam Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah
RasulNya yang diperintah supaya disampaikan kepada umat manusia (Zaidan, 1972:10).

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah,5:67:


               
            

Terjemahan: Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan


kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan
menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan
perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan)
manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
yang kafir.

Kelima

Al-Islam ialah jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu:
Dari mana manusia datang? Mengapa? Dan kemana kesudahan manusia?

Ketiga-tiga persoalan tersebut hanya dapat dijelaskan oleh Islam, dan tidak mungkin akan
dapat dijawab dengan tepat oleh sebarang agama ciptaan manusia. Oleh sebab itu, antara
tugas para rasul diutuskan kepada manusia sepanjang zaman ialah untuk menjelaskan
hakikat persolan tersebut. Antara jawapan sebagaimana terdapat di dalam al-Quran, ialah:

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah,32:7-9:

9
               
              
      
Terjemahan: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya,
dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah.Kemudian ia
menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang
sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta
meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Firman Allah dalam Surah al-Zariyat,51:56:


      

Terjemahan: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Firman Allah dalam Surah al-Rum, ayat 11:


        

Terjemahan: Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia


mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian
kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

Keenam

Al-Islam ialah roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi di dalam kehidupan, ubat yang
paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang menjalaninya
dari kesesatan (Zaidan, 1972:11).

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Syura, 26:52 -53:


             
             
                
 

Terjemahan: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-


Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak
pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-
Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami
jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan
Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk
dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. Iaitu jalan Allah yang memiliki dan
menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! kepada
Allah jualah kembali segala urusan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Isra’,17:82:


            
 
Terjemahan: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-
ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-
orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

10
1.3 SKOP AJARAN ISLAM

Keluasan ajaran Islam merangkumi prinsip-prinsip asasnya yang terdiri daripada konsep
akidah, syariah dan akhlak. Akidah merupakan perkara asas bagi keislaman seseorang.
Asas yang kedua ialah syariah dan diikuti dengan akhlak. Ketiga-tiga asas ini mempunyai
hubungkait di antara satu sama lain. Seseorang yang berpegang kepada akidah Islam akan
menghayati tuntutan syariah dan seterusnya akan lahir pada dirinya akhlak yang sempurna
sebagai manifestasi daripada ketaatan terhadap tuntutan syariah yang berpaksikan akidah
yang murni. Penghayatan yang tidak sepadu terhadap ketiga-tiga asas utama ini
menggambarkan ketidaksempurnaan Islam seseorang itu. Ajaran Islam tidak mengiktiraf
seseorang itu sebagai insan yang baik sekiranya pegangan akidahnya longgar dan hidup
tiada ketaatan pada syariah sekalipun peribadi lahirnya nampak terpuji.

1.3.1 Asas Ajaran Islam

Berikut ini akan diterangkan secara umum tiga asas utama bagi Dinul Islam. Penjelasan
yang lebih luas dan mendalam akan dikhususkan dalam bab-bab yang berikutnya.

1.3.1.1 Akidah

Akidah (‫ ) العقيدة‬berasal dari bahasa Arab ( َ‫)ع َقد‬


َ yang ertinya: 'ikatan' atau 'sangkutan' atau
'menyimpulkan sesuatu'. Secara terminologi, 'akidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau
'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai atau terungkai oleh sebarang pengaruh
sama ada dari dalam ataupun dari luar diri seseorang.

Pengertian Akidah dalam al-Quran adalah keimanan kepada Allah s.w.t., iaitu mengakui
kewujudanNya. Dari segi fungsinya Allah s.w.t. berperanan sebagai Rabb (‫)رب‬, Malik (‫)مل\ك‬,
dan Ilah (‫ )إل\ه‬seperti dapat dilihat dalam Surah al-Fatihah, ayat 2 dan 4, dan Surah al-Naas,
ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan
Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah.

Akidah menjadi asas utama dalam kedudukan Islam sebagai ad-Din. Ia merupakan titik
permulaan bagi keislaman seseorang. Oleh itu, segala aktiviti yang dilakukan oleh
seseorang dalam kehidupannya seharusnya berasaskan penghayatan terhadap akidah
yang menjadi pegangannya. Tinggi atau rendah nilai diri dan kehidupan manusia
bergantung kepada kepercayaan yang dimilikinya.

Terdapat enam elamen utama yang menjadi asas kepada akidah Islam :

1. Keimanan kepada Allah s.w.t. sebagai yang Maha Mutlak kekuasaanNya di


mana setiap muslim perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.
2. Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah
s.w.t. sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaanNya.

3. Keimanan kepada kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan menjadikannya
panduan dalam berbagai aspek kehidupan.

4. Keimanan kepada para rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai utusan
yang menyampaikan risalah Allah s.w.t.

11
5. Keimanan tentang kewujudan hari akhirat sebagai matlamat akhir bagi manusia.

6. Keimanan kepada qada dan qadar sebagai hak mutlak Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. mengumpamakan Islam sebagai satu binaan di mana akidah menjadi
tapak atau asasnya. Islam sebagai ad-Din yang benar, tidak akan tegak tanpa akidah yang
jelas dan benar. Akidah selain daripada Islam merupakan pegangan dan kepercayaan
ciptaan manusia yang mempunyai berbagai kelemahan. Ia tidak menjamin keselamatan
sekalipun penganutnya mempunyai pegangan yang teguh. Firman Allah dalam Surah al-
Taubah,9:109:

              
             

Terjemahan: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang


didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan
Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang
didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan
yang membangunkannya ke dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak
akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

1.3.1.2 Syariah

Syariah atau syariat yang biasa disebut dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab (
‫)شرع‬yang bererti sumber air atau jalan yang lurus. Untuk menghubungkaitkannya dengan
undang-undang Islam, perlu difahami terlebih dahulu penggunaan istilah-istilah; al-Syariah
al-Islamiah atau syariah Islam, dan al-Fiqh al-Islam atau hukum fikah Islam. Terdapat ulama
yang secara umumnya memahamkan syariah itu seperti fikah dengan maksud ilmu hukum
atau undang-undang. Tetapi jika dihalusi, ternyata bahawa istilah syariah atau al-Syariah
al-Islamiah itu lebih umum dan luas maksudnya dari istilah fikah atau al-Fiqh al-Islami.

Perkataan fiqh (fikah di dalam Kamus Dewan) menurut al-Imam al-Ghazali, ialah
mengetahui dan memahami hukum-hukum syarak yang berhubung dengan perbuatan
manusia yang makallaf, sama ada berupa ibadah, kira bicara atau kehakiman dan
sebagainya (Harun Din,1988:225). Hukum-hukum ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu
wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sedangkan syariah (al-syariah al-Islamiah) pula
ialah hukum-hukum Allah atau undang-undang Allah yang mencakupi aspek akidah
(kepercayaan), syariah (perundangan) dan segala sesuatu yang berhubung dengan
muamalat (urusan kehidupan bermasyarakat) dan sebagainya Perkataan syariah bukanlah
sesuatu yang diilhamkan manusia, tetapi satu istilah yang didapati di dalam al-Quran, dan
merupakan hukum dari Allah, sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Jaatsiyah,45:18:
            

Terjemahan: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan
utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-
hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Syariat Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asasi dan qias serta
ijmak sebagai sumber ijtihadi. Hak menentukan hukum adalah hak Allah dan rasulNya,
sementara ulama dibenarkan berijtihad mengenai perkara-perkara yang tidak dinaskan
secara jelas dan pasti (qat’ie) di dalam al-Quran dan al-Hadis. Islam melarang keras sesiapa

12
yang menyimpang dari panduan Allah dalam menentukan sesuatu hukum. Firman Allah
s.w.t. dalam Surah al-Syura,26:21:
               
        

Terjamahan: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan -


mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang
tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang
menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu
masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada
mereka (yang berbuat demikian). dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

1.3.1.3 Akhlak

Akhlak dari aspek bahasa berasal dari perkataan ‘al-khulq’ (‫ )الخلق‬yang bererti perilaku atau
budipekerti. Imam al-Ghazali telah mentakrifkan akhlak sebagai suatu keadaan dalaman
peribadi yang teguh yang mana daripadanya lahir sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan fikiran dan renungan.

Akhlak merupakan manifestasi atau sesuatu reaksi manusia yang lahir hasil dari gerakan
dalaman yang merangkumi pemikiran, perasaan serta niat di hati. Akhlak tidak terbatas
kepada perbuatan zahir atau luaran semata-mata.

Akhlak dalam Islam bermula dari pengabdian kepada Allah s.w.t. dan mengikut Sunnah
Rasulullah s.a.w. Baginda menjadi model sebagai insan yang berkeparibadian yang tinggi
dan contoh yang terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah
s.a.w. adalah dikira tidak berakhlak. Firman Allah dalam Surah al-Qalam, ayat 4:
    
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang
amat mulia.

Saidatina ‘Aisyah pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w . Beliau menjawab:
‫كان خلقه القرْ آن‬
Terjemahannya: Akhlak baginda adalah al-Quran.

1.4 PENGAWALAN ISLAM – DAKWAH DAN JIHAD

Suatu perkara yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam dan perlu dikerjakan secara
kolektif, ialah menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat manusia, memelihara dan
mengawalnya dari serangan musuh. Seluruh sistem hidup yang dianjurkan Islam tidak akan
memberi makna dan tidak akan berjalan dengan sempurna sekiranya tiada dakwah dan
jihad. Usaha seperti inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seawal baginda dilantik
menjadi nabi.

1.4.1 Dakwah

13
Dakwah merupakan seruan ke arah kebenaran, meliputi persoalan aqidah, syariah dan
akhlak. Dakwah juga merupakan usaha untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada
mereka yang lalai, membawa berita gembira tentang nikmat dunia dan akhirat, serta
memberi peringatan tentang azab neraka dan siksanya bagi mereka yang lalai, sesat dan
derhaka. Islam mewajibkan setiap Muslim yang berkemampuan untuk melaksanakan
tanggungjawab berdakwah dalam apa jua bentuk dan keadaannya.

Pelbagai pendekatan boleh digunakan dalam berdakwah, sama ada melalui perkataan
(lisan) atau perbuatan. Misalnya melalui ceramah, seminar, forum, penulisan atau
persembahan melalui media elektronik. Antara pendekatan yang paling berkesan ialah
dengan mempamerkan contoh teladan dan keperibadian yang tinggi.

1.4.1 Jihad

Jihad pula merupakan suatu usaha mencurahkan daya tenaga dan segala kekuatan yang
ada untuk mencapai sesuatu matlamat Islam yang murni. Gabungan antara dakwah dan
jihad bukan sahaja mampu menyebarkan Islam, malah mampu membina tasawwur Islam
yang sebenar di saat umat Islam kini ketika berhadapan serangan dan penjajahan pemikiran
oleh barat dalam era globalisasi.

Dalam hal ini banyak ayat al-Quran yang memerintah umat Islam agar berusaha melakukan
dakwah dan jihad. Antaranya ialah: Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran,3:110:

          
            
 
Terjemahan: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan
beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis serta penjelasan ulama, jihad dalam Islam dibahagikan
kepasda beberapa jenis iaitu:

1.4.2.1 Jihad menentang hawa nafsu.

Jihad dalam bentuk ini merupakan yang paling asas kerana kerana ianya merupakan musuh
dalaman manusia dan menjadi tanggungjawan tiap individu untuk membendung nafsunya
supaya ia tidak terdorong kepada keburukan. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang
bermaksud:

“Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang berada diantara dua


lambungmu”.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Asy-Syams,91:7-9:


            
Terjemahan: Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

14
1.4.2.2 Jihad menentang syaitan.

Bagi jihad dalam bentuk ini, seseorang perlu sentiasa berhati-hati kerana syaitan
menyerang manusia secara halus dengan membisikkan dalam hati manusia sehingga
mendatangkan was-was dan keraguan terhadap sesuatu kebenaran dan melemahkan
seseorang untuk taat kepada perintah Allha dan RasulNya. Syaitan juga terdiri dari
kalangan jin dan manusia, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An-Nas,114:4-6:
              
Terjemahan: Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang
membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan
manusia.

1.4.2.3 Jihad menentang golongan kafir.

Jihad dari jenis ini bermaksud perjuangan menentang golongan bukan Islam yang
menentang Islam dan bermusuhan dengan umat Islam. Musuh ini adalah jelas dan dapat
kenali dengan pasti. Mereka sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dan umat
Islam serta berusaha supaya umat Islam meninggalkan Islam sekalipun tidak menganut
agama mereka. Sebagai contoh ialah golongan Yahudi dan Nasrani.Firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Baqarah,2:105:
              
            
Terjemahan: Orang-orang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada
menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu.
dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-
Nya (kenabian); dan Allah mempunyai karunia yang besar.

1.4.2.4 Jihad menentang golongan munafik

Jihad dalam bentuk ini agak susah kerana golongan munafik merupakan mereka yang
sentiasa berpura-pura Islam, sedangkan hakikatnya mereka bukan Islam. Mereka
menentang Islam dan bermusuh dengan umat Islam. Untuk mengenali mereka al-Quran
telah memaparkan sifat-sifat dan perangai mereka agar umat Islam sentiasa awas dan
berhati-hati dengan tipu helah mereka. Untuk mengenali sifat-sifat mereka bolehlah dilihat
dalam al-Quran seperti surah al-Munafiqun,63:4, al-Baqarah,2:8-10,14,204-205, al-
Taubah,9:44-45,47,56,62,67,107 dan lain-lain.

1.4.2.5 Jihad terhadap golongan zalim dan fasik

Jihad dalam bentuk ini ialah berusaha mengajak mereka kearah kebaikkan dan
menghalang mereka dari perbuatan munkar. Oleh kerana golongan ini terdiri dari mereka
yang bukan beragama Islam dan juga mereka yang beragama Islam, dan perbuatan mereka
tidak mengancam Islam secara terbuka, maka pendekatan dalam menangani perbuatan

15
munkar mereka dilakukan dengan dakwah; amar ma’ruf dan nahi munkar. Al-Quran
menganjurkan kita berdakwah dengan penuh kebijaksanaan (hikmah), iaitu memberi
nasihat pengajaran dengan baik, tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang
hak dengan yang bathil serta berbahas (mujadalah) dengan cara terbaik. Firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Nahl,16:125:
            
            

Terjemahan: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan


pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.

Demikianlah beberapa garis panduan yang ditunjukkan oleh Islam dalam usaha untuk
menjalankan kerja-kerja dakwah dan jihad. Dakwah dan jihad merupakan senjata dan
perisai yang bertindak untuk menyebar, mempertahankan dan mengawal keseluruhan
kandungan ajaran Islam supaya ia benar-benar menjadi panduan dan sistem hidup
manusia.

1.5 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM

Islam merupakan agama yang lengkap mencakupi seluruh kehidupan manusia dan sentiasa
sesuai untuk dihayati sepanjang zaman. Ini disebabkan sumber ajarannya tidak
berlandaskan pemikiran manusia yang ternyata lemah, tetapi barlandaskan sumber wahyu.

1.5.1 Sumber Asasi

Sumber asasi bagi ajaran Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini
berlandaskan wahyu Allah s.w.t. dan tidak boleh dipertikaikan ajaran yang terkandung di
dalamnya.

1.5.1.1 Al-Quran

Al-Quran dalam bahasa Arab (‫ ) ُقرْ آن‬adalah kitab suci agama Islam. Umat Islam
mempercayai bahwa Al-Quran merupakan puncak dan penutup wahyu Allah yang
diperuntukkan bagi manusia, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril.

Ditinjau dari aspek bahasa (etimologi), al-Quran berasal dari bahasa Arab yang bererti
"bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata al-Quran adalah bentuk kata
benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang ertinya membaca. Konsep pemakaian kata ini
dapat juga dijumpai pada salah satu surah al-Quran sendiri, iaitu pada ayat 17 dan 18,
Surah al -Qiyamah. Firman Allah s.w.t.

         

Terjemahan: Sesungguhnya Kami lah yang berkuasa mengumpulkan al-


Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).

16
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu,
dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.

Al-Quran menurut istilah ialah Kalam Allah dari segi lafaz dan makna yang diturunkan
dalam bahasa Arab kepada nabi Muhammad s.a.w. secara beransur-ansur melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s., bersifat mukjizat, diturunkan secara mutawatir dan
membacanya adalah ibadah.

Nama-nama lain bagi Al-Quran

1. Al-Kitab, yang bermaksud Kitab iaitu al-Qur‘an. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,2:2:
         
Terjemahan: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

2. Al-Furqan, yang bermaksud pembeza antara yang benar dan salah. Firman Allah dalam
surah, al-Furqan,25:1:
         
Terjemahan: Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada
hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh
penduduk alam.

3. Al-Mau'idhah, yang bermaksud pelajaran atau nasehat. Firman Allah dalam surah
Yunus,10:57:
          
   
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang
menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu,
dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman.

4. Al-Hukm, yang bermaksud peraturan atau hukum. Firman Allah s.w.t. dalam
surah al-Ra’d,13:37:
        
           
Terjemahan: Dan demikianlah kami menurunkan al-Quran sebagai hukum
dalam bahasa Arab. dan demi sesungguhnya, jika Engkau (Wahai
Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi
perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain daripada nama-nama di atas al-Qur‘an juga disebut dengan nama; al-Hikmah
(kebijaksanaan): QS(17:39), asy-Syifa' (obat/penyembuh): QS(10:57), QS(17:82), al-Huda
(petunjuk): QS(72:13), QS(9:33), at-Tanzil (yang diturunkan): QS(26:192), ar-Rahmat
(karunia): QS(27:77), ar-Ruh (ruh): QS(42:52), al-Bayan (penerang): QS(3:138), al-Kalam
(ucapan/firman): QS(9:6), al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102), an-Nur (cahaya):
QS(4:174), al-Basha'ir (pedoman): QS(45:20), al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52) ,
dan al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51).

Penurunan Al-Quran

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Para ulama membahagikan


masa penurunan ini kepada dua peringkat, iaitu periode Makkah dan periode Madinah.

17
Period Makkah berlangsung selama 13 tahun masa kenabian Rasulullah SAW dan surah-
surah yang turun pada waktu ini tergolong Surah Makkiyyah. Sedangkan period Madinah
yang dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun dan surah yang turun pada
tempoh waktu ini disebut Surah Madaniyyah.

Penurunan al-Quran berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak
panjang, kira-kira dua puluh tahun lamanya. Ia bermula dengan ayat 1-2 surah al-Alaq dan
berakhir dengan ayat 3, surah al-Maidah.

Antara tujuan al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah bagi meneguh dan
menetapkan hati Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas yang berat dan mencabar. Ia
juga bertujuan memudahkan umat Islam dalam menghafal ayat-ayat yang diturunkan dan
terus beramal dengannya tanpa merasa berat dan terbeban. Ia juga merupakan satu proses
pendidkan secara beransur-ansur kepada umat Arab pada waktu itu mengenai perkara-
perkara yang berhubung dengan sistem kepercayaan, sistem nilai dalam kehidupan dan
hukum.

Ciri-Ciri Khusus Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya daripada kitab-kitab lain.
Di antaranya seperti berikut:

Pertama:

Ia diturunkan di dalam bahasa Arab. Ini membezakannya daripada semua kitab-kitab


samawi (turun dari sisi Allah) yang lain. Tidak pernah terdengar pun wujudnya kitab yang
lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dengan
firmanNya dalam surah Yusuf,12:2:

‘Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebagai) bacaan yang berbahasa Arab


supaya kamu befikir.

Kedua:

Al-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah S.W.T. kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz
dan maknanya sekali. Dengan ini tidak boleh hadis-hadis Nabi atau hadis-hadis qudsi
dinamakan al-Quran. Ini adalah kerana kesemua hadis-hadis ini hanya maknanya sahaja
dari sisi Allah s.w.t. Manakala lafaznya adalah dari sisi Rasulullah s.a.w.

Terjemahan al-Quran juga tidak boleh dinamakan sebagai al-Quran dan tidak boleh
dijadikan sandaran hukum hakam. Hukumnya samalah seperti tafsir al-Quran. Ia tidak boleh
dijadikan pegangan di dalam mengistinbatkan (mengeluarkan) hukum hakam syara’.

Ketiga:

Al-Quran turun menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. telah mencabar orang-
orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti al-quran atau membuat sepuluh
surah sepertinya, atau membuat satu surah sahaja yang dapat menandinginya. Kesemua
mereka tidak mampu melakukannya sedangkan mereka adalah ahli-ahli falsafah dan
balaghah (kesenian bahasa) yang cukup mahir. Dengan sendirinya ia menjadi bukti yang
paling jelas bahawa al-Quran bukanlah ciptaan baginda s.a.w. Sebaliknya ia adalah dari sisi
Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

18
Keempat:

Al-Quran disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan
penulisan dari sisi Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini. Ketetapannya adalah diyakini, tidak
diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau pemindaan. Di dalam hal ini Allah s.w.t.
menyatakan kepada kita dengan firmanNya dalam surah, al-Hijr,15:9:

Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan


sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Kelima:

Bahawa membacanya di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah
dan diberikan pahalanya. Allah s.w.t. mewajibkan kita membaca surah al-Fatihah di dalam
sembahyang. Nabi s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan
diberikan ganjaran pahala bacaannya setiap huruf dengan sepuluh kebaikan (Fadilah
Sarnap,l998:335).

Kewajiban Berpegang Kepada Al-Quran

Al-Quran adalah kitab hidayah yang tidak diragui kebenarannya. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah,2:21, yang bermaksud:

Terjemahan:Kitab (al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi


mereka yang bertaqwa.

Ianya diturunkan oleh Allah dan dijamin ketulinannya. Tiada satu kuasa mahupun pakatan
yang mampu mengubah atau memesongkannya sepertimana yang dijanjikan Allah s.w.t. di
dalam firmanNya dalam surah al-Hijr,15:9 yang bermaksud:

Terjemahan: Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan al- Quran, dan


sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Al-Quran juga adalah hujah yang disepakati oleh semua ulama dan merupakan salah satu
dari rukun iman.Oleh itu wajib setiap orang Islam beriman serta beramal dengannya dan
tidak harus bagi mereka mengenepikannya melainkan apabila tidak terdapat sesuatu hukum
di dalamnya. Namun begitu pengertian ayat-ayat al-Quran ini tidak semuanya pasti (qat’i).
Bahkan ada yang pasti dan ada pula yang kurang pasti (dzanni). Ayat-ayat yang
memberikan pengertian secara pasti ini ialah yang memberi erti yang sangat jelas dan tiada
kemungkinan mengertikan sesuatu yang lain darinya, seperti firman Allah s.w.t. dalam surah
an-Nur,24:4, maksudnya:

Terjemahan:Dan mereka yang menuduh zina terhadap perempuan-


perempuan muhsan dan kemudianya tidak membawa empat saksi maka
hendaklah kamu sebatnya sebanyak lapan puluh sebatan dan jangan
menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya.

Ayat-ayat yang pengertiannya kurang pasti seperti perkataan Quru’ dalam ayat 228, surah
al-Baqarah, yang bermaksud:

Terjemahan: Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri


(menunggu) selama tiga kali quru’.

19
Ini kerana perkataan Quru’ boleh bererti haid dan boleh juga bererti suci dari haid.

Jenis-Jenis Hukum Dalam Al-Quran:

Meneliti isi kandungan Al-Qur’an kita dapati secara umumnya Ia mengandungi hukum-ukum
berikut :

i- Hukum-hukum mengenai akidah seperti beriman dengan Allah dan para Rasulnya
serta juga hari akhirat dan sebagainya.Hal-hal ini diistilahkan sebagai bidang akidah.
ii- Hukum-hukum mengenai pembersihan dan penyucian jiwa’ dan yang menentukan
akhlak-akhlak yang mulia dan teguh yang perlu dihayati serta juga akhlak-akhlak yang
buruk yang perlu dihindari. Hukum-hukum tersebut bersangkut-paut dengan ilmu
tasawwuf.
iii- Hukum-hukum amaliyyah yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia
yang mukallaf ,seperti ibadah, mua’malat, munakahat dan jinayat. Hukum-hukum ini
bersangkut paut dengan ilmu fikah yang dikenali juga dengan undang-undang Islam
(Abu Husni, l987:47).

Metodologi Al-Quran Dalam Menerangkan Hukum

Terdapat tiga cara al-Quran dalam menerangkan hukum iaitu:

a. Kadangkala al-Quran memberi keterangan secara menyeluruh (kulli). Ayat-ayat dalam


bentuk ini hanya menyebut kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip umum untuk dijadikan
pegangan atau asas kepada hukum-hukum yang terperinci selanjutnya. Antara contohnya:

i. Prinsip Syura. Firman Allah (bermaksud), “Dan bermesyuaratlah kamu dengan


mereka dalam urusan itu.” (Ali Imran,3:159).

ii. Prinsip keadilan. Firman Allah (bermaksud), “Sesungguhnya Allah menyuruh


kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan”. (a-Nahl,16:90).

Keterangan secara ringkas inilah yang biasa dibuat dan dengan itu sesebuah masyarakat di
mana saja atau bila-bila masa saja (dulu dan sekarang) dapat mengambilnya mengikut
keperluan dan kesesuaian mereka.

b. Kadangkala al-Quran memberi keterangan secara ringkas (ijmali). Kebiasaannya


ayat yang diturunkan dalam bentuk ijmali ini berkaitan dengan persoalan ibadat. Justeru itu
ia memerlukan keterangan lanjut dari As-Sunnah. Antara contohnya perintah mengerjakan
solat seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur,24:56, maksudnya:

Terjemahan: Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan taatlah kepada
Rasul supaya kamu diberi rahmat.

Dalam ayat ini Allah tidak menerangkan berapa rakaat sembahyang itu dan bagaimana ia
harus dilakukan. Keterangan-keterangan seterusnya mengenal persoalan ini diterangkan
secara terperinci oleh Rasulullah s.a.w. kemudiannya di dalam sabda baginda yang
bermaksud:

‘Sembahyanglah kamu seperti kamu melihat aku sembahyang”.

c. Terdapat juga ayat-ayat yang di turunkan secara terperinci (tafsili) namun ianya
sangat kurang berbanding kedua-dua cara yang di atas. Di antaranya yang terdapat pada

20
ayat-ayat mengenai pembahagian harta pusaka, cara melakukan talak, li’an, golongan
wanita yang haram dinikahi. Hukum hudud seperti zina, menuduh orang berzina, mencuri,
merompak, murtad dan derhaka kepada pemerintah. Di antara contoh-contoh ayatnya:

a. Mengenai sebatan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Nur,24:2, maksudnya:

Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan sopan,


kemudian mereka tidak sanggup mengemukakan empat orang saksi, maka
sebatlah mereka (yang menuduh) itu dengan lapan puluh kali sebatan, dan
janganlah diterima kesaksiannya buat selama-lamanya. Mereka adalah
orang-orang yang jahat.

b. Mengenai perwarisan, firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa’,4:11,bermaksud:

Terjemahan: Allah telah menentukan kepada kamu (tentang pembahagian


pusaka) untuk anak-anakmu bahagian seorang laki-laki sama dengan
bahegian dua orang perempuan. Tetapi jika semua anaknya perempuan
lebih dari dua orang, mereka mendapat dua pertiga peninggalan. Dan kalau
anak perempuan itu hanya seorang saja dia mendapat seperdua.

Dalam menerangkan hukum-hukum ini, al-Quran menggunakan berbagai-bagai gaya. Ini


mungkin sebagai suatu cara untuk menarik minat supaya hukum-hukum yang diterangkan
itu dihormati dengan baik dan tidak dilanggari begitu sahaja. Dalam sesetengah keadaan ,
al-Quran menerangkan hukum WAJIB dengan mengguna kata suruh. Contohnya di dalam
firman Allah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu bersembahyang”. (Al-Nur,24:56).

Kadang-kadang pula untuk tujuan yang sama al-Quran menjanjikan pembalasan yang baik
serta pahala kepada orang yang melakukan sesuatu itu atau memuji sipelakunya.
Sebaliknya untuk menerangkan pengharaman al-Quran kadang-kadang menggunakan kata
larang seperti yang terdapat dalam firman Allah yang bermaksud :

“Janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke lembah kehancuran ‘- (al-


Baqarah,2:195).

Dalam sesetengah hal ia mencerca orang yang melakukan perbuatan yang dimaksudkan
itu atau menjanjikan azab dan neraka serta laknat ke atas orang yang melakukan.

1.5.1.2 Al- Sunnah

Al-Sunnah dari segi bahasa bererti “jalan” atau “cara”, baik yang terpuji atau pun yang
tercela.

Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber dari
Rasulullah s.a.w., baik dalam bentuk qauli (ucapan), fi’li (perbuatan) maupun taqrir nya
(pengakuan). (As Sibai, Mustafa:68).

21
Al-Sunnah adalah sumber asasi perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Ianya
berperanan menerang dan memperincikan isi kandungan al-Quran dan juga menunjukkan
contoh secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quran.

Dari pengertian di atas ternyata al-Sunnah itu terbahagi kepada tiga bentuk:

i. Sunnah Qauliyyah

Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai
keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya hadis baginda tetang kedudukan sesuatu
perbuatan itu bergantung pada niat.

Terjemahan: Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah
saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi
setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka
barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala
hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana
dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak
dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia
hijrah".
( Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0001).

ii. Sunnah Fi’liyyah

Sunnah Fi’liyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w..dalam menjelaskan
sesuatu yang disyariatkan kepada umatnya. Kemudiannya mengarahkan orang ramai
melakukan seperti mana yang dilakukannya. Umpamanya cara baginda melakukan ibadah
solat, haji, jual beli dan sebagainya

iii. Sunnah Taqririyyah

Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w. terhadap apa yang diucap dan apa
yang dilakukan oleh sahabat r.a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah s.a.w. tidak
membantah atau mendiamkan diri ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu
dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui
mereka telah melakukan sesuatu di belakangnya. Keadaan tidak membantah atau
mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan
tidak bercanggah dengan syarak Contohnya, Rasulullah tidak menegah sahabat memakan
dhab dengan mendiamkan diri.

Kewajipan Mentaati Al-Sunnah

Para ulama sepakat berpendapat bahawa al-Sunnah adalah sumber kedua perundangan
Islam selepas al-Quran. Ia menjadi hujah bagi perundangan Islam. Hal ini dinyatakan oleh
al-Quran dan al-Sunnah melalui dalil-dalil berikut:-

Dalil al-Quran

i- Firman Allah bermaksud:

‘Apa yang diberi oleh Resul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang

22
dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah ia….” (al-Hasyr,59:7)

ii- Firman Allah bermaksud:

‘Wahai, orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul dan ulil
amri (pemerintah) di kalangan kamu”. (al-Nisa’,4:59).

iii- Firman Allah bermaksud:

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga


mereka menjadikanmu sebagai hakim di dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan
sepenuhnya..” (al-Nisa’,4:65)

iv- Firman Allah bermaksud:

“Sesiapa yang menta’ati Rasul Ku maka sesungguhnya dia telah menta’ati


Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari keta’atan) maka kami tidak
mengutuskanmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (al-Nisa’,4:80)

Kesemua ayat-ayat diatas menunjukkan kewajipan mentaati dan beramal dengan Sunnah.
Ia menunjukan bahawa Sunnah merupakan satu hujjah untuk menentukan hukum syarak.
Berpegang dan beramal dengan Sunnah bererti beramal dan berpegang dengan Kitab Allah
kerana semua perkara itu terbitnya dari Allah s.w.t. juga. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya,


Sesungguhnya ucapannya itu tidak lain daripada wahyu yang diwahyukan”.
(Surah al-Najm,53:3-4)

Dalil Al -Sunnah

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang apabila kamu berpegang
dengan keduanya kamu tidak akan sesat selamanya, Kitab Allah Dan Sunnah
Nabinya”.(Ibnu Abdilbar)

2. Mu’az ibn Jabal semasa beliau hendak diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ke Yaman
sebagai hakim, baginda menyoalnya dengan sabdanya bermaksud:

“Bagaimana kamu hendak mengadili di kalangan manusia?”


Jawabnya,”Dengan kitab Allah”.Rasulullah bertanya lagi,’ Bagaimana kalau
tiada penyelesaian dalam Kitab Allah?’. Jawab Mu’az,”Dengan
SunnahRasulullah…..”

Hadith-hadith di atas jelas menyatakan bahawa sunnah sama seperti Kitab Allah.
Berpegang dengan kedua-duanya sekali dapat menyelamatkan dari kesesatan. Ulama
sepakat wajib berpegang kepada al-sunnah sebagai sumber kedua selepas al-Quran dalam
mengistinbatkan hukum syarak (Badran,1984:81-82).

Peranan Al-Sunnah Terhadap Al-Qur‘an

23
Kedudukan al-Sunnah adalah di tempat kedua selepas al-Quran. Ia adalah sebagai
penyokong, penghurai atau penambahan kepada al-Quran. Oleh itu peranannya terhadap
al-Quran dari segi penentuan hukum syarak amat penting dan ianya dapat dilihat seperti di
bawah:

a. Sebagai penyokong atau penguat kepada apa yang dibawa oleh al-Quran,
contohnya al-Quran menyuruh menunaikan solat dan keluarkan zakat Allah SWT berfirman
dalam surah al-Baqarah,2:43:

       

Terjemahan: Dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta


orang-orang yang ruku'.

Al-Sunnah menyokong dan menguatkan perintah Allah ini dengan sabdanya yang
bermaksud:

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia mendirikan


agamanya, sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkan agamanya”.
(Riwayat setengah ahl sunan)

b. Sebagai penerang penjelas atau pentafsir ayat-ayat al-Quran dengan berbagai


bentuk dan cara kerana Rasulullah Iebih mengetahul maksud dan tujuan ayat-ayat
diturunkan:

i. Menghuraikan perkara yang disebut secara ringkas dan umum, contohnya :


Allah s.w.t memfardhukan solat tetapi tetapi tanpa penerangan tentang waktu,
rukun, raka’at dan sebagainya. Maka al-Sunnah menerangkannya secara
terperinci di dalam sabda baginda yang bermaksud:

“Sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.”


(Riwayat Bukhari)

ii. Menentukan ayat-ayat yang mutlak, contohnya firman Allah dalam surah al-
Maidah,5:38:

            
 

Terjemahan: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri,


potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka
kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.

Al-Sunnah kemudiannya datang menentukan pemotongan tangan itu hendaklah


dari pergelangan sahaja, dan kadar yang dicuri itu lebih dari satu perempat
dinar.

c. Mengkhususkan yang umum, contohnya Allah berfirman dalam surah al-Nisa’,4:11:

         

Terjemahan: Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk)


anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian

24
dua orang anak perempuan

Rasulullah mengkhususkan dengan sabda baginda yang bermaksud:

‘Kami tidak diwarisi sebab peninggalan kami adalah menjadi sedekah.”

d. Membawa hukum-hukum yang tidak dinaskan di dalam al-Qur’an, contohnya haram


makan binatang liar yang bertaring dan haram mengahwini perempuan berserta emak
saudaranya, haram memakai emas dan sutera bagi lelaki dan sebagainya.( Mohd. Napiah
Abdullah,1986:17).

Jelas dari apa yang di utarakan di atas bahawa al-Sunnah begitu penting didalam
memahami al-Quran dan mengamalkan ajarannya. Oleh itu setiap muslim hendaklah
berusaha mempelajari dan menghayati al-Sunnah dan al-Quran dalam kehidupannya.

Kategori Al-Sunnah Sebagai Sumber Hukum:

i. Sunnah Mutawatirah

Sunnah yang disampaikan oleh sekumpulan periwayat yang sangat ramai, dari zaman
sahabat hinggalah ke zaman berikutnya. Oleh kerana jumlah perawinya yang begitu ramai
tidak memungkinkan mereka bersepakat untuk berbohong atau belaku pembohongan
secara kebetulan tanpa pakatan diantara mereka.

ii. Sunnah Masyhurah

Sunnah yang diriwayatkan oleh seorang atau beberapa orang sahabat yang bilangannya
tidak sampai tahap mutawatir, kemudian menjadi masyhur pada zaman tabi’in dan tabi’
tabi’in.

iii. Sunnah Ahad

Merupakan Sunnah yang diriwayatkan oleh seorang atau beberapa orang sahabat yang
bilangannya tidak sampai tahap mutawatir. Begitu juga pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Sunnah Mutawatirah adalah sabit daripada Rasulullah s.a.w. secara qat’i dan wajib beramal
dengannya tanpa ragu-ragu. Begitu juga Sunnah Masyhurah, walaupun tidak sampai ke
tahap qat’i. Ia dikira sebagai dzon yang rajih.

Manakala Sunnah Ahad pula, umat Islam telah sepakat mengatakan bahawa wajib beramal
dengannya walaupun periwayatnya tidak sampai ke tahap mutawatir, asalkan ia memenuhi
syarat-syarat berikut:

i. Periwayatnya terdiri daripada mereka yang adil dan diyakini kejujurannya.


ii. Sanad atau rangkaian periwayatnya bersambung secara berterusan tanpa terputus.

1.5.2 Sumber-Sumber Ijtihadi

25
Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan al-Quran dan
Hadis setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sumber ijtihadi ialah setiap hukum yang
diputuskan oleh individu tertentu atau para ulama berhubung dengan sesuatu perkara yang
tidak dinaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah secara qat’i. Sumber ijtihadi, yang disebut juga
sebagai sumber tafsiran seperti ijmak dan qias telah disepakati ulama sebagai sumber
hukum selepas al-Qur‘an dan al-Sunnah.

1.5.2.1 Al-Ijma’

Ijmak dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertamanya bermakna keazaman.
Dalilnya ialah sepertimana yang terdapat di dalam firman Allah swt dalam surah Yunus,10:
71:

              
           
       

Terjemahan: Dan bacakanIah kepada mereka berita penting tentang Nuh di


waktu dia Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, jika terasa berat bagimu
tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah,
Maka kepada Allah-lah Aku bertawakal, Karena itu bulatkanlah keputusanmu
dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian
janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan
janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.

Keduanya ia bermakna persepakatan. Oleh itu ijmak berdasarkan makna pertama boleh
terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijmak dengan makna kedua tidak
mungkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua orang atau lebih. Menurut istilah para ulama
usul, ijmak ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad SAW. selepas
kewafatan baginda di dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syarak. Berdasarkan
pengertian diatas maka jelaslah bahawa ijmak itu tidak akan tercapai kecuali sempurna
syarat-syarat berikut:

i. Hendaklah persepakatan itu berlaku di kalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan
mereka,maka tidak dikira ijma’, ia itu dari kalangan orang awam.
ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku di kalangan semua mujtahid. Jika sebahagian
besarnya sahaja, tidak boleh dikira ijma’ ini kerana masih ada yang tidak sepakat -
mungkin kebenaran itu ada pada mereka yang tidak sepakat walaupun mereka itu tidak
ramai.
iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Ijmak tidak perlu semasa hayat baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quran yang
diutuskan dan Sunnahnya.
iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syarak sahaja seperti, wajib, haram, harus
dan sebagainya. Terkeluar darinya hukum akal dan adat.
v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Muhammad sahaja , terkeluar darinya
ketua-ketua agama lain, kerana ia mungkin di pengaruhi oleh akidah agama mereka.
vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman
tersebut. Tidak disyaratkan dari zaman sebelum atau selepasnya, kerana ini
menyebabkan kewujudan ijmak adalah mustahil.

26
ljmak Sebagai Hujah Syarak

Para ulamak telah sepakat menerima ijmak sebagai sumber hukum yang ketiga selepas al-
Quran dan al-Sunnah berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:

Dari al-Quran pula Allah berfirman:

Terjemahan:‘Dan sesiapa yang menentang Rasulullah sesudah jelas


kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan oranq-orang
mu’min,nescaya Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam, dan
Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”.(Surah An-Nisa’,4 :115)

Di dalam ayat di atas Allah telah mengancam orang yang tidak mengikuti jalan orang
mukmin dengan azab yang amat pedih iaitu neraka Jahannam. Dengan ini nyatalah bahawa
jalan orang yang beriman itu jalan yang benar dan wajib diikuti oleh semua manusia.

Dari al-Sunnah pula Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

i. “Apa yang difikirkan baik oleh orang mumin itu maka baiklah ia disisi Allah s.w.t”

ii. “Tidak bersepakat umatku di atas kesesatan’.

Hadis-hadis di atas menunjukkan RasululIah s.a.w. memberi jaminan bahawa setiap perkara
yang. diijmakkan oleh para mujtahid adalah berada dalam lingkungan kebenaran dan segala
keputusan yang diambil oleh mereka adalah muktamad. Dengan itu keputusan tersebut
mesti diikuti dan dipatuhi (Badran,1984:116-117).

Jenis-Jenis Ijmak:

i. Ijmak Soreh : iaitu ijmak yang berlaku melalui pernyataan pendapat oleh setiap mujtahid
secara terus terang sama ada dengan lisan atau pun tindakan terhadap sesuatu hukum
syarak. Menurut jumhur fuqahak ijmak soreh ini menjadi hujah yang qat’i.
ii. Ijmak Sukuti : Iaitu ijmak yang lahir dari sebahagian mujtahid dan diketahui oleh
sebahagian yang lain tetapi tiada bantahan dan fatwa baru yang berbeza dikeluarkan
oleh mereka walaupun masa yang ada itu sudah cukup untuk mereka membentuk satu
pendapat tentang masalah tersebut. Diamnya mereka itu bukan kerana adanya
ancaman atau sakit. Sebahagian ulama berpendapat ijmak sukuti ini sebagai hujah yang
qat’i dan sebahagian lain sebagai hujah yang zanni.

1.5.2.2 Al-Qias

Qias dari segi bahasa bererti menyamakan.,iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu
yang lain. Menurut istilah Ulama Usul, qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak
ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya
persamaan illah antara kedua-duanya, contohnya: Rasulullah s.a.w. menyamakan hukum
mengumpulkan antara anak gadis dengan makciknya (dalam perkahwinan) dengan
mengumpulkan adik dengan kakak kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya,
iaitu akan memutuskan tali persaudaraan. Kedua-duanya adalah haram hukumnya.(Abdul

27
Wahab Khallaf,Dr.,1984:18).

Rukun Qias

Bagi membentuk sesuatu qias hendaklah terlebih dahulu menyempurnakan empat rukun
berikut:

i. Asal (al-asl) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas.
ii. Furu’ (al-far’u) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenal hukumnya sama
ada dari al-Quran, sunnah maupun ijmak.
iii. Hukum asal (hukm al-asl) iaitu hukum perkara asal yang terdapat nasnya di dalam
al-Quran atau al-Sunnah.
iv. Sebab hukum (i’llah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal
dengan yang baru (far’u).

Qias Sebagai Hujah Syarak

Jumhur ulamak berpendapat bahawa qias adalah hujjah syarak dan sumber hukum yang
produktif bagi menghadapi masalah-masalah baru yang timbul ditengah-tengah masyarakat
Islam dari masa ke semasa.lni bardasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah:

i. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah al-Hasyr, 59:21:

Terjemahan:Maka ambil l’tibarlah wahai orang-orang yang berakal’.

Ayat diatas menggambarkan apa yang terjadi kepada Bani Nadhir yang ditimpa pelbagai
mala petaka akibat kederhakaan mereka. Allah meminta orang-orang yang berakal supaya
mengambil iktibar dengan mengqiaskan diri mereka juga akan ditimpa petaka jika
menderhakai Allah SWT. dan RasulNya. Kederhakaan dalam ayat ini menjadi sebab
berlakunya petaka.

ii. Rasulullah saw. juga mengqiaskan bercium di bulan puasa dengan berkumur
sewaktu mengambil wudhu’. Kedua-duanya tidak membatalkan (puasa dan wudhu’).

Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas bahawa ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah dapat
menyelesaikan segala permasalahan yang sudah,sedang dan akan berlaku, iaitu melalui
qias yang termasuk satu alat yang kuat bagi para mujtahid setiap zaman. Rasulullah s.a.w.
sendiri menggunakan qias dan bersetuju dengan dasar ini sebagai hujah dalil hukum syarak.
Oleh itu wajiblah setiap muslim beramal dengannya.

Selain daripada ijmak dan qias, terdapat juga lain-lain sumber ijtihadi atau sumber
berasaskan tafsiran ulama seperti al-masalih al-mursalah, al-istihsan, sad al-dzarai’ al-urf
dan syar’un man qablana. Semuanya merupakan sumber atau kaedah yang digunakan oleh
oleh individu tertentu atau para ulama berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak
dinaskan oleh al-Quran dan al- Sunnah secara qat’i (pasti). Sumber ini tidak disepakati
ulama sebagai sumber hukum yang kuat sebagaimana ijmak dan qias. Berikut ini
diiterangkan secara ringkas sumebr-sumber tersebut:

i) Al- Masalih Al- Mursalah

28
Masalih Mursalah (istilah) dari sudut bahasanya bererti mencari kemaslahatan dan
kebaikan. Menurut istilah usul pula ia bermaksud menentukan hukum bagi sesuatu perkara
yang tidak terdapat nasnya di dalam al-Quran dan sunnah dan tiada keputusan ijma’
mengenainya, berdasarkan penelitian maslahat, iaitu kemaslahatan yang ditujukan untuk
memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum syara’, serta mendatangkan
manfaat dan menolak mudharat sahaja.

Contohnya: Khalifah Umar lbnul Khattab telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap
sekumpulan orang ramai yang membunuh seorang mangsa, sedangkan di dalam al-Quran
atau sunnah tidak ada nasnya. Hukuman ini dibolehkan berdasarkan kemaslahatan untuk
memelihara jiwa manusia daripada pembunuhan yang kejam.

Dengan itu, masalih al-mursalah merupakan jalan untuk mengatasi serta menyelesaikan
masalah-masalah baru yang tidak didapati nasnya dengan jelas didalam al-Quran atau al-
Sunnah. Walaupun demikian penggunan hukum masalih mursalah ini hanya dibenarkan
dalam bidang muamalat sahaja serta hendaklah terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.( Abu Husny,1987:102)

ii) Al- Istihsan

Istihsan dari segi bahasa bererti baik dan elok atau menganggap sesuatu itu baik, sama ada
ia sebenarnya baik atau sebaliknya. Menurut Ulama Usul, istihsan ialah penetapan hukum
dari seorang mujtahid terhadap sesuatu masalah, berlainan daripada ketetapan yang
diterapkan pada masalah-masalah yang ada persamaan dengannya, kerana ada alasan
yang lebih kuat yang menghendaki kelainan itu dilakukan seperti menjaga kepentingan
awam atau individu atau menjaga keadilan yang selaras dengan matalamat syari’ah.

Contohnya: Orang yang bodoh (al-safih) wajib dihalang daripada mengurus hartanya demi
kebaikan diri dan keselamatan hartanya. Dia tidak boleh menjual, melabur, menggadai dan
lain-lain tanpa keizinan walinya.Namun begitu jika dia mewasiatkan hartanya kepada jalan
kebaikan, maka wasiat itu sah walaupun tanpa izin walinya kerana wasiat itu hanya
terlaksana selepas kematiannya. Jadi keharusan ini tidak menjejaskan tujuan menghalang
yang asal, iaitu memelihara harta dari dipersia-siakan.

iii) Sadd al-Dzarai’

Ia bermaksud menghalang jalan atau perantaraan kearah sesuatu, sama ada baik atau
buruk, sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Kebiasaannya banyak digunakan
untuk maksud atau jalan yang membawa kepada kerosakan.

Dzari’ah dikira sebagai sumber hukum berdasarkan dalil serta petunjuk yang difahami
daripada al-Quran dan al-Sunnah. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-
An’am,6:108:

Terjemahan:Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah


selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui
batas tanpa pengetahuan…..

Allah s.w.t telah melarang orang beriman memaki tuhan yang disembah oleh orang kafir
kerana mungkin menjadi sebab mereka akan mencaci Tuhan yang disembah oleh orang
mukmin.

Selain dari itu, adalah haram menyewakan bangunan kepada pengusaha perjudian atau

29
perusahaan-perusahaan haram yang lain kerana ia akan mendatangkan mudharat kepada
umat manusia.Begitu juga tidak harus bagi seorang hakim atau pemerintah menerima
hadiah daripada orang yang tidak biasa memberi hadiah kepadanya untuk mengelakan
termakan budi yang mungkin boleh membawa kepada kezaliman atau tidak adil di dalam
menghukum.

iv) Al-‘Urf (Adat / Kebiasaan)

Al-‘Urf dari segi bahasa: Sesuatu yang baik yang dibiasakan dengannya. Menurut istilah
ialah sesuatu yang biasa dilakukan oleh manusia dan diamalkan dalam kehidupan mereka
sama ada kata-kata atau perbuatan yang berulang kali dilakukan sehingga sebati dalam jiwa
mereka dan benar-benar diterima oleh akal mereka.

AI-‘Urf diterima sebagai sumber hukum berdasarkan dalil-dalil berikut:

i. Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf, ayat 199, bermaksud:

Terjemahan: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan serulah


dengan perkara yang baik (yang menjadi kebiasaan orang), serta
berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan
kejahilannya)....

ii. Hadith RasuluIlah s.a.w.(maksudnya):

“Apa yang dilihat (difikirkan) oleh orang Islam itu baik; maka ianya juga
adalah baik di sisi Allah.”

Contoh-contohnya:

i. ‘Uruf (qauli) ialah kebiasaan dalam kata-kata sebagai contoh; masyarakat sudah
biasa menggunakan lafaz – “aulad” untuk anak-anak lelaki bukan anak perempuan,
sedangkan ia dari sudut bahasa merangkumi kedua-dua sekali.
ii. ‘Uruf (amali) ialah perlakuan yang sudah menjadi biasa sebagai contohnya;
kebiasaan masyarakat berjual beli tanpa ada sebutan sighah jual beli sedangkan
lafaz ijab qabul adalah rukun jual beli. Tetapi sudah menjadi kebiasaan masyarakat
menjual dan membeli dengan hanya mengunjukan wang dan mengambil barang
tanpa ada ijab qabul. (Fadilah Sarnap,1998.ms: 385).

v) Shar’un Man Qablana (Syariat Terdahulu)

Syar’un Man Qablana ialah apa yang diceritakan kepada umat Muhammad s.a.w. dari
hukum hakam syariat-syariat yang ditaklifkan ke atas umat-umat terdahulu sebagai suatu
yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan begitu juga apa yang diterangkan oleh para Rasul
terdahulu. Tiada nas yang mengaitkan pensyariatannya kepada umat Nabi Muhammad
s.a.w.

Apabila timbul permasalahan baru yang tidak dijumpai hukumnya di dalam al-Quran dan al-
Sunnah atau sumber-sumber hukum lainnya, maka untuk menyelesaikannya ulama
berpendapat bolehlah membuka kembali lembaran kitab Taurat, Injil atau suhuf-suhuf Rasul
terdahulu untuk mengetahui hukumnya kalau-kalau terdapat kaedah yang boleh dijadikan
panduan dan dasar untuk menyelesaikan permasalahan itu, asalkan tiada keterangan
bahawa ia sudah mansuh dan tidak berlaku lagi.

30
Sebagai contoh: Imam Abu Hanifah telah berani memfatwakan wajib dijalankan qisas keatas
orang Islam yang membunuh kafir zimmi dan begitu juga keatas seorang laki-laki yang
membunuh seorang perempuan. Ini berdasarkan hukum yang ditetapkan di dalam kitab
Taurat di mana Al-Quran tidak memansuhkannya. (Sheikh Ali Hassan Ahmad Ad-Dariy,
1995:72).

Sebagai kesimpulan di bahagian ini, Islam merupakan merupakan satu cara hidup yang
lengkap kepada seluruh manusia di mukabumi ini. Sebagai satu sistem yang bersifat
rabbani, syariat Islam unggul dengan ciri-cirinya yang tersendiri jauh lebih baik berbanding
undang-undang ciptaan manusia. Ia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip tertentu yang
sentiasa menjamin kemaslahatan kepada manusia. Syariat menjadi lebih istimewa dengan
adanya sumber-sumber yang kukuh dari sisi Allah s.w.t. melalui wahyu ia seterusnya
menjadi lebih praktikal apabila turut meraikan kemampuan akal manusia dengan mengiktiraf
sumber ijtihadi sebagai antara sumber-sumber perundangan yang sah. Dengan itu, syariat
wajib diterima serta dipraktikkan oleh umat Islam secara menyeluruh supaya kesempurnaan
dan keindahannya dapat memberi faedah kepada mereka di dunia dan di akhirat.

1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Berbanding dengan agama-agama ciptaan manusia (agama wadie), Islam merupakan


agama yang unik dan istemewa apabila dilihat pada ciri-ciri sebagaimana berikut:

1.6.1 Rabbani

Ajaran Islam bersifat rabbani (ketuhanan) kerana sumber utamanya ialah wahyu Allah s.w.t
Wahyu ini diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan dua pendekatan. Pertama
wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan kedua wahyu dalam bentuk makna
sahaja iaitu al-Sunnah. Atas faktor kewahyuan ini syariat Islam lebih istimewa berbanding
agama ciptaan manusia dilihat dari beberapa sudut antaranya:

i. Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kesilapan dan kekurangan. Ia
didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan. Manakala undang-
undang wad’ie ia tidak sunyi dari sebarang silap atau kelemahan kerana ia lahir dari
pemikiran insan yang sudah diakui umum sebagai tidak terlepas dari kesilapan dan lupa.
(Abdul Karim Zaidan, (Dr.), 1969:40)

ii. Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia dihadapan
hukum Allah. Firman Allah dalam surah al-Hujurat,49:3:

Terjemahan: “Wahai manusia sesungguhnya Kami ielah menjadikan kamu


berbilang bangsa den berpuak-puak supaya kamu saling berkenalan antara
satu sama lain. Sesungguhnya yang paIing mulia antara kamu ialah yang
paling bertaqwa kepadaNya”.

Dalam sebuah hadith riwayat al-Baihaqi Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadis
yang bermaksud:

“Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan aku
potong tangannya”

31
1.6.2 Syumul dan Lengkap

Maksud kesyumulan Islam ialah ia merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi
segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat
Ia juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada
dengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan
manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama-agama tersebut tidak menentukan
peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak walaupun banyak
menyentuh aspek lain. (Dr.Abdul Karim Zaidan, 1969:59).

Kesempurnaan Islam sudah dijamin oleh Allah s.w.t. Jaminan itu tertera dalam surah al-
Ma’idah,ayat 53:

Terjemahan:Pada hari ini, Aku telah sempumakan bagi kamu ugama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

1.6.3 Sepadu dan Seimbang

Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan di atas dasar sepadu. Setiap satu
bahagian daripada bahagian yang lain saling berkaitan antara satu sama lain. OIeh itu Islam
perlu diamalkan secara keseluruhanya oleh manusia, bukan sebahagian yang tertentu
sahaja. Apabila manusia hanya mengambil bahagian yang tertentu dan meninggalkan
perintah yang lain, akan cacatlah Islam mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat itu.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah,2:208:

Terjemahan:Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam


Ugama lslam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah
kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi
kamu yang terang dan nyata.

Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum hakam
bahkan juga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi serta
peredaran bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan seimbang.

Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat
dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.Islam juga menjamin keseimbangan antara
kepentingan individu dan masyarakat supaya tldak ada satu hak pun yang teraniaya di
antara kedua-duanya. Undang-undang ciptaan manusia pula ternyata lebih cederung
kepada keduniaan serta berpegang kepada konsep pengasingan dalam banyak perkara.

1.6.4 Tetap Dan Anjal

Tetap merupakan ciri penting Islam. Ia bermaksud segala prinsip serta dasar yang telah
digariskan oleh Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bersifat tetap dan tidak akan
berubah hingga ke hari kiamat. Prinsip-prinsip tersebut sama ada menyentuh aspek akidah,
ibadah ataupun muamalat tidak boleh dipinda oleh sesiapa kecuali oleh Allah s.w.t semasa
wahyu masih diturunkan melalui kaedah nasakh dan mansukh.

Contoh Islam bersifat anjal dan fleksibel boleh dilihat dari sudut perlaksanaan syariah Islam.
Terdapat beberapa aspek yang menunjukkan keanjalan syariah antaranya ialah:

i. Terdapatnya nas-nas syarak yang bersifat umum serta terbuka kepada pelbagai

32
tafsiran. Contohnya suruhan menutup aurat yang terdapat di dalam al-Quran tidak
menghadkan satu fesyen tertentu sahaja. Pokok permasalahannya ialah menutup
aurat dengan sempurna. Bagaimana caranya adalah terpulang kepada keselesaan
dan kesesuaian manusia itu sendiri mengikut adat dan kebiasaan mereka.

ii. Syariah sentiasa bertolak ansur dengan pelbagai kelemahan manusia seperti lupa,
sakit, jahil, terpaksa dan sebagainya. Di samping itu syariat juga memberi kemudahan
kepada manusia apabila mereka berhadapan dengan kesukaran,
kesempitan,masyaqqah serta darurat.. (Dr. Abdul Karim Zaidan,1969:47)

1.6.5 Praktikal

Islam bukanlah agama yang berbentuk teori semata-mata, tetapi ianya perlu dihayati dalam
bentuk pelaksanaan. Penghayatan terhadap Islam bukan sahaja bersangkut kepada
persoalan hati dan pemikiran, tetapi perlu dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan yang
disebut sebagai ‘amal’ dan ianya tetap di dalam kemampuan manusia. Sebagai Pencipta
Yang Maha Mengetahui, Allah s.w.t. tidak mensyariatkan sesuatu yang di luar kemampuan
hamban-hambaNya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,2:286:
      
Terjemahan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya…

1.6.6 Tinggi

Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah s.w.t. Firman Allah dalam
surah Ali-Imran,3:19:
     
Terjemahan: Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah
Islam.

Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa Islam itu agama samawi yang
datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang
mempunyai kedudukan tertinggi yang tiada bandingannya dengan lain-lain agama wad’ie
atau agama budaya hasil ciptaan manusia.

1.6.7 Universal

Agama Islam dan ajarannya bersifat universal atau sejagat. Ertinya ia meliputi semua
tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan syariat daripada manusia
walau di mana mereka berada. Firman Allah dalam surah al-A’raf,7:158:

              
             
    

Terjemahan: Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya Aku adalah utusan


Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan
bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang
menghidupkan dan mematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-
kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat
petunjuk".

Atas sifat universal ini, maka syariat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta
segala keperluan mereka sepanjang masa.

33
1.7 KESIMPULAN

Islam merupakan ajaran yang lengkap, menyeluruh dan mampu memandu kehidupan
manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Terdapat berbagai
keistimewaan yang meletakkan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dengan fitrah
kejadian manusia dan fitrah penciptaan alam. Ia amat berbeza dengan agama-agama lain
dan tiada yang setanding dengannya. Akidah, syariah dan akhlak merupakan prinsip-prinsip
asas ajaran Islam yang melengkapi setiap sudut dan aspek keperluan hidup manusia.
Semuanya ditunjangi oleh sumber-sumber utama ajaran Islam, iaitu sumber asasi yang
bersifat samawi; al-Quran dan al-Sunnah, serta sumber ijtihadi seperti ijmak dan qias.

RUJUKAN

Abu Husny, 1987,Pembinaan Perundangan Hukum Islam, Singapura: Pustaka Nasional.

Badran Abul ‘Ainain Badran, 1983, Usul al-Fiqh al-Islami, Iskandariah: Muassasah Syabab
al-Jamiah.

Haron Din, Prof. Dr., 1988,Manusia Dan Islam, Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Husin Hamid Hassan, 1972, al-Madkhal Li Dirasah al-Fiqh al-Islami, Al-Qahirah: Dar al-
Nahdhah al-Arabiah.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid (penyelenggara),1997,Dinamisme Pengajian Syariah,Kuala


Lumpur: Berita Publishing.

Mohd. Ali Abu Bakar, Kejadian Manusia Dan Perjuangan Hidup, Cet.2, 1991,Pustaka Aman
Press.

34
Stephen Fuchs S.V.D., Origin of Religion, 1975, Kerala: Pontifical Institute Publication.

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, 1985, Kuala Lumpur: Bahagian
Agama, Jabatan Perdana Menteri

Yusuf al-Qaradawi, al-Khasais al- ‘Ammah Lil Islam. 1977, Al-Qahirah: Maktabah Wahbah,

Yusuf Zaki Yaakub, Dialog Dengan Etheis: Benarkah Tuhan Ada, September 1987. Artikel
dalam Majalah Pengasuh, Vol. 488.

Zaidan, Abdul Karim, Usul al-Da ‘wah, ed.3, 1972,Baghdad: Jami’at Baghdad.

Zaidan, Abdul Karim, 1969,Al-Madkhal li Dirasat al-Syariat al Islamiyyah, Baghdad :


Mataba’ah al-Aani.

35

You might also like