You are on page 1of 53

ANEKA BISKUT

TAT NENAS/GULUNG

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek


atau..
1 biji nenas     ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air  ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak
dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan
pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan
hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].

cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan
dirumah orang lain..

JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]


kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik
sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas


kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak


der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak
liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam
limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original
masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..

BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:   
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan
saperti merah, kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam
gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.

CHOCOLATE CRUNCH

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.

5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan  kedalam
paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15
minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula aising dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul
rata.
4. Ambil sebesar telur puyuh dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk
bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biarkan sejuk daru dicelupan
8. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
9. Sejukkan dahulu baru disimpan.

                                          

BISKUT MARMAR CARRIE

Bahan – bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul
sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .

Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
Coklat paste
beberapa batang tooth-stick

Untuk membuat aising:


1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung
hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste.
3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan lorekkan
atas permukaan ising putih tadi.
5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

                                           

BISKUT DAM

Bahan – bahan
Putih :
2 biji telur
120 gm susu tepung
1 kg tepung gandum
500 gm mentega
1 sudu teh esen vanila

Coklat :
2 biji telur 20gm serbuk koko
900 gm tepung gandum
300 gm gula aising
500 gm mentega
Cara membuatnya
1. Gaul sebati semua bahan putih dan ketepikan .
2. Kemudian gaul sebati bahan coklat .
3. Canai yang putih setebal setengah inci begitu juga dengan
adunan coklat .
4. Tindihkan 4 lapis berselang seli. Simpan di dalam peti
sejuk selama 1 jam
5. Keluarkan dan potong , susun berselang - seli.
6. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.
7. Setelah itu bolehlah dibakar.

BISKUT SAMPERIT

Bahan
200 g butter
150 g gula kastor
2 butir kuning telur
1 s/k esen vanilla
340 g tepung gandum ]
120 g tepung jagung   ] diayakkan
30 g tepung kastad     ]

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gula hancur dan bergaul
rata.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkkan dan gaulkan
sehingga rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas
loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
5. Potong anggaran 2 inci dan bakar anggaran 10 minit
dalam suhu 180'C.
6. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan dalam bekas kedap
udara.

 
BISKUT KELAPA

bahan
250 g butter
200 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/t esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1 cawan tepung ubi ] diayakkan
1 1/2 cawan tepung gandum ]
bahan hiasan...ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara
1. Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa supaya
samarata.
2. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
4. Masukan kelapa yg telah digaul rata dengan tepung tadi.
5. Gaulkan sehingga menjadi doh.
6. Canaikan dan terplah mengikut acuan kegemaran.
7. Hiaskan dengan bahan hiasan dan bakar selama 15 minit
dalam suhu 180'C.
8. Sejukkan sebelum simpan dalan bekas kedap udara.

KUIH TUMPI

Bahan-Bahan:
5 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
1 sudu makan udang kering - dimesin halus
1 biji bawang putih - dimesin halus
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Kacang tanah - mengikut anggaran
Minyak masak secukupnya

Cara
1. Satukan tepung beras, udang kering, bawang putih, jintan
putih dan jintan manis.
2. Kemudian masukkan garam di dalam mangkuk santan.
3. Bancuhkan tepung tadi dengan santan, perlu diingat
hendaklah jangan terlalu cair tetapi sederhana.
4. Terlebih dahulu panaskan minyak di dalam kuali bersama-
sama acuannya.
5. Setelah panas, ambil acuan itu lalu dituang ke atasnya dua
sudu makan tepung adunan dan kembangkan adunan
mengikut anggaran yang dikehendaki.
6. Kemudian taburkan kacang tanah ke atasnya, lalu
masukkan ke dalam minyak panas.
7. Buatlah seterusnya hingga habis adunan tadi.
8. Setelah masak, bolehlah diangkat.

PUTU KACANG

Bahan
500 gm kacang hijau [gorengkan dan mesin jadikan serbuk/tepung]
300 gm gula icing

Cara
1. Gaulkan kedua bahan dan biarkan sebentar supaya gula dan tepung kacang hijau ni mesra.
2.  Masukkan dalam acuan khas untuk putu kacang dan tekan supaya padat.
3. Terbalikkan doh yg telah ditekankan perlahan2 dan susunkan dalam loyang.
4. Jemurkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.
KUEH KARAS

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras -halus
2 cawan gula -mengikut citarasa masing-masing
3 cawan air
Acuan kuih karas

Minyak untuk menggoreng

cara
1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian
masukkan air.
2. Kacau hingga sebati. Kemudian panaskan minyak di dalam
kuali dan tuangkan bancuhan ke dalam acuan seperti
membuat roti kirai.
3. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dan lipatkan
ia. Kemudian toskan minyak.
4. Apabila sudah sejuk, simpan di dalam tin supaya kuih
karas ini supaya tidak masuk angin.
KUEH KAPIT/GULUNG

Bahan-Bahan:
220 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
1 biji kelapa parut
5 biji telur
250 gm gula halus
2 cawan air
Sedikit garam
Acuan kuih kapit yang telah disapu minyak

Cara

1. Telur dan gula halus dipukul bersama hingga rata.


2. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama dan
masukkan bancuhan telur ke dalamnya. Kacau perlahan-
lahan sehingga sebati.
3. Seterusnya tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau
hingga adunan menjadi mesra.
4. Panaskan minyak bersama acuan kuih kapit sebelum
menggoreng.
5. Tuang 1-2 camca adunan ke dalam acuan dan tekan ke
dalam minyak untuk digoreng.
6. Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi
keras di bahagian luar acuan.
7. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.

8. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat


dengan segera.
9. Biarkan ia sejuk sebelum disimpan.
KUIH BANGKIT SANTAN

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:

1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng


terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa
yang telah diparut.
2.  Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama
serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam
tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya
sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.  
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang
sederhana sehingga
7. ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan,
bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap
udara.

BEPANG KACANG

Bahan
300 gm kacang tanah
100 gm bijan
300 gm gula pasir

Cara
1. Kacang tanah dan bijan digorengkan tanpa minya secara
berasingan. Sejukkan.
2. Buangkan kulit kacang tanah.
3. Masakkan gula hingga menjadi karamel.
4. Sapukan sedikit minyak dalam loyang empatsegi besar.
5. Taburkan bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
6. Tuangkan gula karamel tadi sehingga menutupi kacang
dan bijan.
7. Potong bepang ini bentuk panjang atau empat segi ketika
masih panas.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan

  

BISKUT KACANG & COKLAT CIPS

Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang[panggang]
200 g tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan badam cincang dan coklat cips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 215 - 20 minit.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

BISKUT OREN

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu teh pati oren/oren emulco
1 sudu teh 'zest' oren 

Cara:
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan zest oren dan esen oren.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan adun hingga sebati.
4. Rehatkan sebentar dalam petisejuk.  
5. Canaikan doh pada permukaan bertepung dan terapkan dengan
acuan bentuk ulas limau.
6. Bakar selama 15 minit dalam suhu 170'C atau sehingga
keemasan.
7. Sejukkan dan disimpan.

ANEKA PASTRI

 
 
 
KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi
bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.
 
 

 
 
PEACH CHEESECAKE

Bahan Base
200 gm biskut Oreo [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah mangga]
100 gm gula halus [gula kastor]
3 keping buah peach dalam tin [potong dadu keci]

Larutan agar-agar cair [bancuhkan]


130 ml air panas
1 s/b agar-agar serbuk

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut ore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt dan kacau rata [gunakan whisker].
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan potongan buah peach dan kacau lagi perlahan2 supaya buah peach
tidak hancur.
7. Masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
8. Keluarkan dan hiaskan dengan buah peach.
9. Hidangkan.
 
 

 
 
BROWNIES

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
50 gm cooking coklat

Bahan B [kacau rata]


2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b roasted badam cincang

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

 
CHEESE FRUIT CAKE

340 gm mixed fruit + 2 s/b jus oren [rendamkan 2 atau 3


140 gm butter
140 gm cream keju
140 gm gula perang
4 biji telur
160 gm tepung gndum
1 s/k baking powder

Cara.

1. Pukul butter dan gula sehingga ringan dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.

3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

4. Masukkan bahan kering berselang seli dgn mixed fruits. Kacau sebati.

5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.

6. Bakar dalam oven pada suhu  170'C selama 1 jam atau sehingga masak.

7. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

 
 
BLUEBERRY MUFFIN

Bahan
1/2 cawan butter
1 cawan gula halus
2 biji telur [gred A]
1 s/k essen vanilla
2 cawan tepung gandum ]  ayakkan
1 s/k baking powder       ]  
1/2 cawan susu segar [fresh milk]
1 1/2 cawan blueberry

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga naik.
3. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayakkan berselang seli dengan
susu segar.
5. Masukkan blueberry dan kacau rata.
6. Sendukkan kedalam acuan kertas dan letakkan dalam loyang muffin.
7. Masakkan dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 20 minit.
 
 

 
MUFFIN KUKUS PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b cawan serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
1 cawan gula perang
2 biji telur

Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
 
 
 
 
 
BAHULU aka MUFFIN  KUKUS BERLAUK

Bahan Inti
2 cawan isi ayam [cincang]
4 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging
2 s/b minyak
daun sup
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mask sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.

Bahan Kek
3 biji telur
50 gm gula halus
1 s/b susu cair
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/k ovallate
130 gm tepung gandum

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon whisk sehingga
gebu.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas.
5. Lapiskan dengan separuh inti ayam dan kukus selama 15 minit.
6. Keluarkan dari kukusan dan tuangkan lagi separuh adunan kek dalam acuan tadi dan
habiskan juga inti ayam tadi.
7. Kukuskan  adunan lagi 15 minit.
8. Sejukkan baru   dihidangkan.
 
NOTA:
Bahulu ni boleh dibakar dalamm oven pada suhu 180'C selama 15 minit.

 
 
 
 

 
 
KEK CARROT KUKUS
 
Bahan
250 g butter
150 g gula perang
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut halus]
100g prune cincang
50 g kismis
230 g tepung gandum            ]
1 s/k baking powder              ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]
 
Cara.
1. Panasakan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk
kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 - 60 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.
 
Cream Keju
Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1/2 cawan yogurt perisa buahan
 
Cara.
1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk.
 
 
 
 

 
KEK MOCCA KUKUS
 
Bahan
2  cawan tepung gandum         ]
1 cawan serbuk koko                   ]
1 s/k baking powder                    ]  ayakkan
1 s/k soda bikarbonat               ]
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
1 s/b nescafe
2 cawan gula perang
4 biji telur
 
Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan ekrtas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, telur, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan
yg telah diayakkan.
4. Kacau rata dan masukkan dalam loyang.
5. Kukuskan 1 jam.
6. Bila telah masak sejukkan dan hiaskan dengan coklat fresh cream.
 
 
 

KEK KEJU MARBLE

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

1 s/k coklat emulco

Oven setting 140'C


Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn
gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian ndicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
 
 
 
 
TIRAMISU

Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
50 ml fresh milk
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan agar2 cair [1 s/t serbuk agar + 1/2 cawan air panas]
1/2 cawan air nescafe
serbuk kopi dan serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 2 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/2 bahagian air nescafe atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh milk dan gula sehingga gebu.
5. Masukkan agar2 cair dan kacau rata
6. Tuangkan separuh adunan keju serata kek.
7. Ayakkan serbuk kopi dan serbuk kopi serata kek
8. Lapiskan lagi sebahgian kek yg ada dan ulangkan langkah yg sama.
9. Sejukkan beberapa jam atau lebih sebelum dihidangkan.
 
 
 
 
 
KEK AISKRIM

Bahan
500 gm tepung chocolate sponge mix
3 biji telur
100 ml air
100 ml minyak jagung

1 liter ice-cream vanilla [keras]


1 cawan fresh cream [pukul sehingga gebu]

Cara.
1. Masukkan tepung, telur dan air dalam mangkuk dab pukul dengan whisker
sehingga gebu selama 5 -6 minit pada kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak dan pukul lagi.
3. Lapikkan kertas minyak dalam loyang dan masukkan adunan.
4. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C.
5. Bila telah masak sejukkan dulu.
6. Kek yg sejuk dibahagikan 2.
7. Letakkan aiskerim vanilla ditengah.
8. Lapiskan aiskerim dengan bahagian kek yg dipotong tadi.
9. Sapukan fresh cream yg dipukl dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
10. Sejukkan kek dan hidangkan bila hendak makan.
NOTA.
Kek ni amat sensetip bila terbiar kat suhu bilik...mudah cair..Bila nak makan baru
hidangkan ...
 
 

 
KEK OREN KISMIS

Bahan
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 s/k esen vanilla
270 gm tepung gandum   ] ayak
1 s/k baking powder       ]
Rendamkan selama 3 jam
100 gm kismis
1 biji buah oren [parut kulit dan perahkan airnya]
3 s/b oren sunquick

Cara.
1. Butter dan gula di pukul sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayakkan berselang seli
dengan kismis yg drendamkan dengan jus.. Kacau rata.
4. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
5. Bakarkan dalam suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan potong.
 
 

 
 

 
KEK KEJU COKLAT

Bahan Base [boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1  s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat      ] ayakkan

3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]

Cara
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul.
Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah
dipanaskan.

 
KEK MARBLE
 
BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko
80 ml susu segar/fresh milk

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga
benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam
bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan
warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan
dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang
dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara
berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60  minit dengan suhu 180 C.
 

 
KEK BLACK FOREST

Kek Span Coklat


Bahan-Bahan:
250 gm tepung coklat sponge mix [selalunya kak liza beli tepung ni kat kedai bahan kek]
3 biji telur A
100 gm air
100 gm minyak jagung
1 s/k coklat paste

Cara:
1. Panaskan oven.
2. Pukul semua bahan hingga gebu..anggaran 10 minit dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan ke dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 170'C selama 30 minit.
4. Setelah masak, sejukkan dan potong dua lapis.

Krim segar:
250 gm fresh cream sejuk[beli dari kedai bahan kek]
hiasan..buah ceri/strawberry/kiwi
coklat rice/hirisan cooking coklat

Cara:
1. Pukulkan fresh cream sehingga gebu dan ringan [bila diterbalikkan ..tak jatuh]
2. Sapukan sedikir cream ni pada bahagian yg telah dipotong sebagi lapisan tengah.
3. Sapukan lebihan cream ni disekeliling kek san juga atas kek.
4. Susunkan potongan bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri.

 
 
KEK KEJU BUAH CAMPUR

1 biji kek span coklat 10" x 10" x 1"

Bahan krim:

250 gm keju dream


1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1/2 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju crean dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span  dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan.

 
 
KEK KOPI

Bahan A [ cairkan dan biarkan suam ]

190gm butter
1 cawan gula biasa
200 ml susu cair

1 s/b nescafe

Bahan B [pukul biasa]


2 biji telur
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayak 2 kali dan masukkan dalam mangkuk]


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Lapikkan kertas minyak dalam loyang yg akan digunakan.
3. Masukkan nescafe kedalam bahan A. Kacau supaya larut
4. Campurkan bahan B kedalam bahan A.
5. Tuangkan perlahan kedalam bahan C. Kacau rata.
6. Masukkan dalam loyang/bekas yg dilapikkan tadi. Pastikan tudung kukusan kering
semasa menutup periuk kukusan.
7. Kukuskan dengan api sederhana selama 40 minit dengan api yg sederhana.
8. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cream.

COKLAT CREAM

Bahan-bahan
250 coklat masakan
2 s/b minyak jagung atau butter
2 s/b susu cair atau whipping cream
coklat putih [parutkan]

cara
1. Cairkan coklat dalam mangkuk secara double boiler.
2. Masukkan susu atau whipping cream dan minyak atau butter. Kacau sebati.
3. Tuangkan diatas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
 
 
KEK KOPI [BAKAR]

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
210 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
50 gm serbuk koko....]

Bahan C
80 ml susu segar/fresh milk
1 s/b nescafe
1 s/k kopi pes

CARA:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu yg dibancuhkan kopi
pes dan nescafe.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam kertas minyak.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 50 - 60 minit.
6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.

Bahan Cream Coklat:


250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin
dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.
 
 
MUFFIN COKLAT CHIPS
Bahan A:
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

Bahan B:
210 gm tepung gandum.......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
50 gm serbuk koko..............]
50 ml susu segar/fresh milk
100 gm coklat chips

CARA:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Masukkan coklat chips.
5. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan kertas yg diletakkan dalam  muffin tray.
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 minit.
7. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.

                                 

                        


KEK KEJU
Bahan
1 biji span biasa/vanilla nipis dalam acuan bulat 9 inci
Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

Hiasan..cream coklat cair

Oven setting 140'C


Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis taadi.
8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
9. Bakar sehingga masak.
10. Kelauarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair.
11. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.

KEK BUAH KUKUS

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan.

NO BAKE CHEESECAKE

Bahan:
250 gm cream cheese
75 gm gula kastor
100 gm fresh cream
100 gm agar-agar cair

Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya

Cara:
1.  Pukul cheese dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata.
3.  Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.
4.  Jika suka bolihlah letakkan topping...
saperti blueberry atau sbarang perasa lain.
5.   Potong dan hidangkan.

TAT TELUR
Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning 

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.

KEK KEJU BLUEBERRY

Bahan:
250 gm krim keju
65 gm butter
120 gm fresh cream
125 gm gula halus
60 gm tepung jagung
30 gm tepung gandum
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam

Topping:

Filling blueberry.. bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek


atau dalam tin dari supermarket.

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit.
2. Pukul semua bahan sehingga gebu[lebihkurang 20 minit].
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah dialaskan kertas minyak.
4. Masakkan dalam suhu 150 C selama 60 minit.
5. Biarkan kek sejuk betul2 baru di sapukan blueberry topping dan hidangkan

  
MUFFIN COKLAT

BAHAN:
150 gm butter
200 gm gula kastor/halus
3 biji telur ayam
220 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
3 sudu besar serbuk koko....]
200 ml susu segar/fresh milk

CARA:
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan kertas yg diletakkan dalam muffin tray.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit.
5. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat icing.

COKLAT ICING:
250 gm coklat masakan
1 cawan susu cair

1. Panaskan dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan dalam kuali.


2. Tuangkan atas muffin bila muffin telah sejuk.
3. Jika sukan boleh taburkan coklat rice juga.

ROTI SOSEJ

Bahan Roti
1 kg tepung gandum             )
2 paket yeast..mauripan        )
200 gm gula kastor/halus     )  Gaul rata
4 s/b susu tepung                  )
Secubit garam                       )

2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter

30 biji sosej

Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur……………..)
3 s/b susu segar……………….) Kacau rata
Sedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak

CARA MEMBUAT ROTI:


1.  Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan  dengan kain bersih yang lembab.
3.  Biar dalam suhu bilik  sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 – 45 minit)
4.  Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.
5.  Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek  supaya menjadi panjang (macam kopok
lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6.   Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7.   Biarkan adunan ini naik semula (15 – 20 minit ).
8.   Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 – 25 minit).
PENKEK JAGUNG

Bahan:
Tepung naik sendiri........................2 cawan
Telur............................................1 biji
Susu tepung.................................2 sudu
Jagung dalan tin............................3 sudu
gula.............................................2 sudu
garam.......................................... 1 sudu kecil
air................................................agak-agak jer..
[Jangan pekat sangat]

Cara:
1. Gaul rata semua dan biarkan sekejap...
2. Ratakan butter sikit dalam kuali tak lekat..
3. Tuangkan adunan dalam kuali dan tutup kuali..
4. Gunakan api yang kecil aje...biarkan sekejap dan terbalikkan penkek tu..
Hidangkan suam-suam...

 
 
CROISSANT

Bahan Roti
1 kg tepung gandum )
2 paket yeast..mauripan )
200 gm gula kastor/halus ) Gaul rata
4 s/b susu tepung )
Secubit garam )

2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter
Marjerin beku [pastri marjerin]secukupnya untuk melapisi doh
Kuning telur (untuk pelekat)

Cara:
1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali pastri marjerin dan uli hingga sebati dan lembut.
2. Biarkan naik sekali ganda dan tumbukkab supaya angin keluar.
3. Canaikan doh setebal 1 sm. Taburkan tepung rata-rata di atasnya.
4. Kemudian hiris pastri marjerin nipis-nipis dan aturkan rata-rata di atas doh yang dicanai tadi.
5. Lipatkan doh sekali dan ratakan bahagian tepinya.
6. Setelah itu, canai doh menjadi lebih nipis. Kemudian lipatkan kepada tiga lapisan.
7. Simpan adunan dan biarkan selama 30 minit.
8. Ulangi percanaian dan lipat dua kali lagi.
9. Kemudian simpan semula di dalam peti sejuk untuk mengelak marjerin menjadi cair. Canai doh
supaya menjadi bentuk empat segi bujur.
10. Kemudian potong doh kepada bentuk tiga segi berukuran 3 inci lebar dan 5 inci panjang.
11. Setelah itu, gulung doh dari bahagian lebar ke hujung segi tiga.
12. Bentukkan seperti tanduk dan sapukan dengan kuning telur. Susun di atas dulang pembakar.
13. Biarkan selama 20 minit sebelum dibakar dalam suhu 180'C selama 20 minit.
 
 

KEK BUAH PRUNE

Bahan
240g butter
2 cawan gula kastor
5 biji telur
1 s/k esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko
1 paket prunes[rebuskan sehingga lembut]

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan naik.Massukkan esen vanilla.
3. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan bahan penaik.
4. Masukkan kedalam adunan yg dipukul berselang seli dengan buah prunes yg direbus.
5. Kacau rata dan bakar dalam suhu 170'C selama 1 jam

KEK KUKUS LAPIS BUAH

Bahan;
1 mangkuk telur...asingkan kuning dan putih
3/4 mangkuk gula
1 mangkuk tepung gandum ]
1 s/teh baking powder ] diayak
1 mangkuk buah campur
1 mangkuk butter
1 s/teh esen vanilla
6 s/b susu pekat
pewarna hijau dan kuning
Cara:
1. Pukulkan putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Dalam mangkuk yg lain masukkan gula & kuning telur dan pukul sehingga kembang.
3. Pukul butter sehingga gebu dan ringan dan campurkan esen vanilla dan susu.
4. Tuangkan kedalam mangkuk gula dan kuning telur.
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan putih telur dan kacau rata lagi.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan.
8. Kukuskan sebahagian sehingga masak.
9. Taburkan buah campur dan tuangkan sebahagian lagi adunan.
10. Buat sehingga adunan habis.

KEK KUKUS MASAM MANIS

bahan:
8 biji telur
1 cawan butter
2 cawan biskut cream cracker ..dimesin halus
3/4 tin susu pekat
1 s/t esen vanilla
asam flake

Cara:
1.Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Pukul butter dan susu sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu.
Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Masukkan putih telur dan gaul rata.
5. Tuangkan 1 cawan adunan dan kukus sehingga masak.
6. Lapiskan asam flake dan tuangkan lagi adunan.
7. Kukuskan lagi.
8. Ulangkan adunan begini sehingga habis.

KEK LOBAK BERKEJU

Bahan-bahan: -
300 gm tepung kek
350 gm gula kastor
½ sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk penaik (baking powder)
1 sudu besar soda bicarbonate
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
350 ml marjerin – dicairkan
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm walnut – dipecah-pecahkan
90 gm kelapa parut
1 tin kecil kepingan nenas – dicincang kasar
250 gm lobak merah – diracik halus & dicelur

Cara membuatnya: -
1.  Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan kedalam acuan pembakar.
2.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 175ºC selama  50 - 60  minit.

Hiasan
Bahan-bahan: -
250 gm keju krim
50 gm marjerin
100 gm gula ising
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya: -
1.  Pukul marjerin  dengan gula ising hingga sedikit kembang.
2.  Masukkan keju krim dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan gaul rata.
4. Sapukan diatas kek dan sejukkan.

KEK BUAH (Bakar)

Bahan 
250 gm butter
180 gm gula perang
3 biji telur ayam
3 s/b madu
225 gm tepung gandum )
5 s/b susu tepung) ) ayak
1 s/k baking powder )
1 s/k serbuk kayu manis )
1 s/k esen vanilla
200 gm mixed fruits )
100 gm prune cincang ) direndam
½ cawan oren jus cosway ) 3 jam

CARA:
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vailla
3. Masukkan madu dan pukul sehingga kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan gaul rata
5. Masukkan buah yang direndam.
6. Bakar 180 C sehingga masak (lebih kurang 1 jam)
 

 
KEK LOBAK MOIST
 
Bahan
250 g butter
100 g gula halus
3 biji telur
100 g carrot [parut dan celur -toskan kering]
100g prune cincang
50 g wamnut cincang
50 g kismis
220 g tepung gandum
1 s/k baking powder
 
Cara.
1. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan tepung andum yg telah diayakkan bersama baking powder.
4. Masukkan carrot, kismis, kacang walnut dan prune.
5. Raul rata dan masukkan dalam acuan.
6. Bakar dalam oven suhu 180'C selama 50 minit
7. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.
 
Cream Keju
Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
100 g fresh cream
1 biji jus lemon
 
Cara.
Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk.
 

You might also like