You are on page 1of 6

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Thursday, March 22, 2007


Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek
lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali
sebagai buah.

Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Posted by bib at 6:08 PM 8 comments

Permainan Gasing

Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai
jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing
telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu
sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya
supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh
melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan
sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.
Posted by bib at 5:34 PM 9 comments

Permainan sepak Raga

Pengenalan

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada
masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan
oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi
buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke
bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Posted by bib at 5:12 PM 3 comments

Permainan Wau

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari
dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau
pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau
sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak
biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan
diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil
kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua
orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan
memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya
matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Posted by bib at 6:47 AM 21 comments

Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita
dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam
permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli
kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh
dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar
di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak


a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah
dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada
buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh
meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah,
ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di
kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing.
Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing.
Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah
Posted by bib at 6:09 AM 15 comments

You might also like