You are on page 1of 8

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME

GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010


TARIKH: 30 JANUARI 2010
MASA: 7.00-12.30 TGH
TEMPAT: BILIK GERAKAN SMK TUNGKU ,
LAHAD DATU.
DISEDIAKAN OLEH
EN. SABRI BIN CHE SEMAN
SMK TUNGKU, PETI SURAT 60847, 91117, LAHAD
DATU, SABAH.
http://www.smktunku.edu.my
( Laman Bahasa Melayu )2
BAHAGIAN A.
1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20
MARKAH )
1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah
dengan
i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada
itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll
8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas
jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
9. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
anda akan ditolak sebanyak 50%.
11. Contoh soalan ringkasan3
i. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.
ii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).
iii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.
iv. Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat
untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.
v. Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan
sukan di negara kita.
2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).
Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan
soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan
juga. 2 markah )
Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan
petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah
Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan
yang tepat. ( 4 markah )
Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau
penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru
bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda……..
2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).
BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah
sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
3/4 Perenggan- Isi/huraian
1 Perenggan- Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan tepat.
- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak soalan4
- Huraian isi matang dan berkembang.
- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
a. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang
berkaitan dengan kehendak soalan.
b. Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
c. Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung
dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.
1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah
kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Di samping itu, dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
PEMBINAAN KARANGAN.
Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak
mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian
tanah runtuh berulang.
i. Cara menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan sahaja.
- Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang
pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa.
- Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan
berjawab dll.5
Contoh pendahuluanKejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita acap kali
mendatangkan kerugian. Banyak
nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka
menuding
jari menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku.
Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan
masing-masing dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa
digesa
untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
ii. Cara menulis isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
- Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )
Contoh Isi karangan
Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang.
Hal ini
demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara
ini
membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat
dibuktikan
dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Yang
terbaharu, kejadian di Bukit Antarabangsa tahun 2009 juga telah merosakkan banyak
harta
benda.
iii. Cara menulis penutup karangan
- Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.
- Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )
Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan
untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk
kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini
diharapkan
dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Soalan karangan yang popular.
1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk Peribahasa.
6. Karangan Cereka/keperihalan.
7. Karangan Syarahan/perbahasan
BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.
1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh. 6
PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
4. Permarkahan- Isi ( 6 markah )
- Bahasa ( 4 markah ).
5. Topik penting dalam Komsas
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ).
Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan
memberikan
contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi
contoh yang sesuai ( 10 markah ).
6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh
yang sesuai ( 10 markah )
9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda
ketahui ( 10 markah ).
10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
( BARNIAT YANGHORJIN )
BAR = SABAR
NI= BERANI
AT= TAAT
YANG= SAYANG
HOR= HORMAT
JIN= RAJIN.
Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh.
Persoalanpersoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran
menghadapi cabaran
hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang sabar menghadapi karenah
bapanya
Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad sehingga sanggup menuduh Cukgu
Murad
sebagai penjenayah.
Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup.
Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya
bermalam
berhampiran sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik dan ketika hampir
bertembung
dengan seekor harimau di dalam hutan.
Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel
ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak
Jamilah
supaya belajar dengan bersungguh-sungguh..Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak
Musa
semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik.7
Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat pada
watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi
nasihatnya.Hadi
juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara
semasa bercakap.
Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak
Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi
juga
rajin membuat kerja sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah.
FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MELAYU
BARNIAT
Persoalan
Sampingan
Watak &
Perwatakan
Nilai
Kemanusiaan
Latar
Masyarakat
Mesej &
Pengajaran
Citra
Masyarakat
Citra Wanita
YANGHORJIN
YANG= sayang
HOR= hormat
JIN= rajin
BAR= sabar
NI= berani
AT= taat8
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
KA= IMBAS MUKA
LI= IMBAS KEMBALI
MO= MONOLOG
LOG= DIALOG
KALI MOLOG
KALI MOLOG
Imbas
kembali
Imbas
muka
Monolog Dialog9
Soalan yang berkaitan dengan gaya bahasa/ unsur keindahan
FORMULA
* Catatan. Pelajar boleh pilih salah satu formula atau gabung mana-mana 2 formula.
ASOLI ANAPI
ASOLI
ANAPI
Aliterasi
Asonansi
Anafora
Epifora
Hiperbola Metafora
SILI LARA
SILE LARA
Simile
Diksi10
Nyatakan gaya bahasa / unsur keindahan yang terdapat dalam novel yang anda kaji
dan nyatakan contoh yang sesuai.
GUNA FORMULA – ASOLI ANAPI
ASO = ASONANSI ( pengulangan huruf vokal )
LI = ALITERASI ( pengulangan huruf konsonan )
ANA= ANAFORA ( Pengulangan di awal ayat / baris )
PI = EPIFORA ( Pengulangan di akhir ayat / baris )
SI = DIKSI ( Pemilihan kata yang sesuai )
LE = SIMILE ( Gaya bahasa yang menggunakan kata perbandingan-
seperti, umpama, bagai, bak, laksana, ibarat )
LA = HIPERBOLA ( Gaya bahasa kiasan secara berlebih-lebihan )
RA = METAFORA ( Gaya bahasa perbandingan secara terus sama
ada secara konkrit atau abstrak)
Rangka jawapan
1. Asonansi. Pengulangan huruf vokal “a”. Contohnya, Dengan tembakan yang
dilakukan
secara serentak itu banyak yang mengenai sasarannya. ( Teks Limpahan Darah di Sungai
Semur, m/s 114 ).
2. Diksi. Pemilihan kata –kata yang sesuai. Contohnya platun, koperal, Askar Melayu.
( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur ).
3. Simile. Contohnya ialah Gema tembakan yang bagaikan bertih digoreng itu ternyata
daripada senjata-senjata jenis automatik ( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur, m/s 93
).
4. Hiperbola. Contohnya, Darahnya mendidih.
5. Metafora. Contohnya, hujan peluru.11
Soalan yang berkaitan dengan bentuk puisi ( Sajak, pantun, Syair, Seloka,
Gurindam,
FORMULA
Nyatakan bentuk puisi yang yang anda kaji dan berikan contoh yang sesuai.
GUNA FORMULA – RABA PASURI
RA= Rangkap
BA= Baris
PA= Patah Kata
SU= Suku Kata
RI= Rima Akhir
Contoh yang digunakan ialah Teks Komsas ( Anak Bumi Tercinta )-
Pantun Budi ; Muka surat 3.
RABA PASURI
RABA PASURI
RANGKAP BARIS
SUKU
KATA
RIMA
AKHIR
PATAH
KATA12
Berdasarkan ‘Pantun Budi’ dalam Antologi Anak Bumi Tercinta, huraikan
bentuk pantun tersebut.
Rangka jawapan
1. Bilangan rangkap = 4 rangkap. Contohnya terdapat rangkap pertama, kedua, ketiga dan
keempat.
2. Bilangan baris = 4 baris satu rangkap. Contohnya ialah
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
3. Bilangan patah kata = 4 hingga 6 patah kata.
Contohnya, Tenang-tenang air di laut, ( 4 patah kata )
Budi yang baik rasa nak junjung.( 6 patah kata )
4. Bilangan suku kata = 9 hingga 10 suku kata
Contohnya, Tenang-tenang air di laut, ( 9 suku kata )
Budi yang baik rasa nak junjung.( 10 suku kata )
5. Rima akhir = berselang-seli ( a.b.a.b )
Tenang-tenang air di laut, ( a )
Sampan kolek mudik ke tanjung; ( b )
Hati terkenang mulut menyebut ( a )
Budi yang baik rasa nak junjung ( b )
6. Kesimpulannya bentuk pantun ini TERIKAT/TIDAK BEBAS

You might also like