You are on page 1of 1

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Perubahan sistem ejaan Bahasa Melayu berlaku kerana ingin menyelaraskan standard
laras bahasa. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perubahan sistem ejaan Bah
asa Melayu. Penyesuaian sistem ejaan, kepentingan ejaan dalam pendidikan dan mem
perbaiki kekurangan sistem ejaan.
Bahasa mencerminkan tahap tamadun sesuatu bangsa, oleh itu perubahan-perubahan s
istem ejaan perlu wujud supaya bahasa Melayu boleh diterima pakai di dalam mana-
mana bidang. Istilah- istilah baru dicipta berpandukan sistem ejaan yang tersusu
n.
Selaras dengan saranan kerajaan agar mengutamakan pendidikan, maka penyelarasan
sistem ejaan perlu dibuat. Perubahan sebegini amat penting kerana ia akan dapat
menentukan aliran ilmu antara negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu sebag
ai bahasa pengantaraan. Institusi pengajian tinggi menggunakan sistem ejaan Baha
sa Melayu dan tidak lagi menggunakan ejaan Bahasa Indonesia. Kerjasama yang erat
dan dipergiatkan antara institusi pengajian tinggi akan dapat membantu negara m
asing-masing berkembang dengan pesat.
Bagi mengatasi kekurangan sistem ejaan Bahasa Melayu maka beberapa perbahan sist
em ejaan telah diperkenalkan. Contohnya, beberapa tanda baca yang biasa digunaka
n semasa sistem Ejaan Za'ba telah dimansuhkan seperti penggunaan tanda diakritis
pada huruf e untuk membezakan sebutan e pepet dan e taling. Penggunaan tanda di
aktiris ini dirasakan tidak sesuai kerana ia melambatkan proses penulisan dan pr
oses percetakan. Terdapat beberapa jenis kekurangan yang wujud dalam sistem ejaa
n.
Penulisan kata banyak yang tidak seragam dan tidak berasaskan atau mengi
kut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul kerana kejahilan penulis ata
u penyusunnya tentang perkara berkenaan. Ini merangkumi aspek pembentukan kata,
fungsi serta kelas kata.
Perlakuan terhadap fonem asing, khususnya konsonan daripada bahasa Arab,
tidak seragam dan tidak jelas dalam kebanyakan sumber kerana penulis atau penyu
sunnya tidak tidak memahami dan tidak dapat menyebut bunyi konsonan asing dengan
betul seperti dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian penulis terbabit memberikan
petua sebutan yang tidak tepat dan melambangkannya dengan grafem yang janggal p
ula.
Sistem ejaan Bahasa Melayu banyak menggunakan digraf iaitu dua huruf ber
turut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy). Selain daripada itu,
penggunaan tanda sempang dalam penulisan imbuhan atau bentuk terikat dan penguna
an grafem baru terutamanya dalam tulisan Zaâ ba turut dilihat sebagai tidak ekonomis
kerana memerlukan biaya yang besar apabila dilaksanakan.
Pengejaan kata sering tidak tepat kerana kebanyakannya tidak berdasarkan
sebutan penutur asli yang sebenar atau penutur yang terpelajar, sebaliknya bany
ak berdasarkan bahasa pasar.
Penggunaan sistem Ejaan Rumi Baharu ini telah meluas ke negara jiran selain Indo
nesia. Melalui Kongres Kebangsaan Singapura, sebuah jawatankuasa ejaan bahasa Me
layu telah ditubuhkan untuk menyelaraskan Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu yang s
edang digunakan di Singapura supaya dapat disesuaikan dengan Sistem Ejaan Bahasa
Malaysia. Hal ini lebih jelas lagi apabila Kementerian Pelajaran Singapura tela
h mengarahkan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan Daftar Ej
aan Rumi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan rasmi p
embelajaran dan pengajaran. Negara Brunei juga tidak ketinggalan dengan menggang
otai Majlis Bahasa Indonesia (MBIM) pada 4 November 1985 dan serentak dengan itu
MBIM telah bertukar nama kepada Majlis Bersama Brunei Darussalam-Indonesia-Mala
ysia (MABBIM).
Kesimpulannya, pelaksanan sistem ejaan rumi Bahasa Malaysia dapat menyatukan bid
ang kebudayaan, sosial dan ekonomi antara negara-negara yang telibat. Ini bermak
na sistem ejaan baru merupakan alat percantuman kembali sendi kebudayaan Melayu
yang selama ini terpisah akibat penjajahan.

You might also like