You are on page 1of 1

MODEL DAVE EBBUTT (1985)

Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan penyelidik
terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui:
 Tindakan praktis mereka sendiri (terlibat secara langsung)
 Refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan
melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu
keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.

Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah
menggunakan satu siri pusingan berturut-turut,dengan menyediakan kemungkinan
menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan.

RUJUKAN:

Nor Azah Ahmad (2010). Penyelidikan Tindakan:Konsep dan Model, atas talian
http://www.scribd.com/doc/25261556/Tajuk-4-Penyelidikan-Tindakan-Konsep-Dan-Model
diakses pada 10 Januari 2011.

Mahanim Mohd Ayot (2009). Kajian Tindakan dalam Pendidikan atas talian
http://mahanimmohdayot.blogspot.com/2009/11/tugasan-kelas-konsep-kajian-tindakan.html
diakses pada 10 Januari 2011.

You might also like