You are on page 1of 2

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Oleh itu
implikasi kepada setiap perkembangan kank-kanak ini perlu dilakukan oleh orang
yang lebih dewasa terutama ibu bapa bagi mencorak anak-anak mereka.

Dari dalam kandungan, simulasi visual dan pendengaran perlu diberikan


supaya bayi dalam kandungan sudah mula menerima rangsangan yang akan
mengembangkan otak serta membaiki bahagian-bahagian yang terbabit dengan
penyusunan maklumat.

Pada usia 2 hingga 6 tahun, kebanyakan peajar sudah mula melakukan


pelbagai kerja secara bersendirian. Guru-guru hanya memberi bimbingan di
sekolah dan ibu bapa memberi sokongan dan semangat di rumah. Kanak-kanak
ini tidak boleh diberikan segala-galanya untuk mengelakkan mereka mula
bergantung harap kepada kita dalam melakukan segala tugasan mereka. Kanak-
kanak ini juga sudah mula aktif dengan sukan dan permainan yang mereka
minati.

Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, iaitu di mana penggunaan sensori motor


mereka semakin cekap. Guru-guru digalakkan untuk merancang suatu aktiviti
yang menggunakan motor yang halus dan kasar secara seimbang seperti aktiviti
motor halus ialah seni lukis, tarian, dan bermain alat muzik.Kanak-kanak pada
peringkat umur ini adalah yang paling menyeronokkan. Kanak-kanak sudah boleh
diberi pendedahan minat terhadap sukan, seni dan muzik. Aktiviti permainan
seperti berenang, gimnastik dan sukan padang dapat menguatkan stamina dan
kekuatan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap.Kanak-kanak juga
memerlukan bimbingan dalam pengambilan makanan bergizi bagi memastikan
mereka terus membesar dengan sihat.

14
Peringkat usia 12 hingga 15 tahun, kanak-kanak mula mengalami perubahan
yang ketara dari segi fizikal dan emosi. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh
dan perempuan juga mula mendapat haid. Perubahan suara lelaki dan kelunakan
suara perempuan mula ketara. Di sini, guru kebanyakannya digalakkan untuk
memberi kan aktiviti seperti cermah dan motivasi serta kaunseling agar remaja ini
dapat menerima perubahan ketara yang berlaku ke atas diri mereka . Guru juga
boleh menyediakan latihan membina daya tahan dan daya tenaga. Mereka wajar
diberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dari segi pemakanan, senaman dan
mengelakkan gejala-gejala negatif seperti merokok dan mengambil dadah.

Guru perlu merancang aktiviti sosial yang menyeronokkan dan sihat seperti
perkhemahan, aktiviti riadah yang harmoni. Guru-guru seharusnya
mengurangkan pergaulan yang terlalu bebas antara pelajar lelaki dan
perempuan. Pada peringkat umur ini juga remaja mengalami kematangan
seksual atau akil baligh. Bimbingan daripada guru dapat diberikan melalui
ceramah, kursus tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja
memahami aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka.
Remaja diberi peluang dan ruang untuk berbincang dan bertanya tentang
perubahan yang mereka sedang alami.

Peringkat perkembangan bagi setiap individu adalah berbeza. Guru perlu


sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia
mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat remaja dalam pembelajaran.
Guru juga perlu mengenalpasti remaja bermasalah dan menjadi mentor kepada
mereka.

15

You might also like