You are on page 1of 13

PENGENALAN

Kajian-kajian awal dalam pendidikan jasmani menghasilkan sedikit sahaja maklumat dan
pengetahuan mengenai pengajaran menyebabkan penyelidik mula menyedari kesulitan-
kesulitan mendapatkan maklumat yang tepat dan berguna. Atas kesedaran inilah penyelidik
mula menjalankan kajian yang memusatkan pengajaran.
Locke (1977) mengatakan bahawa perkembangan dan penggunaan alatan untuk
pemerhatian sistematik adalah signifikan kerana kaedah ini membenarkan penyelidik
mengumpulkan maklumat secara terus daripada pengajaran guru. Ini diikuti pula oleh Anderson
dan Bearrette (1978) yang menjalankan kajian mengenai tingkahlaku guru dan pelajar dalam
kelas pendidikan jasmani.
Kajian mengenai cara pemerhatian terhadap masa pembelajaran akademik bermula
dengan kajian 'Beginning Teacher Evaluation study' atau BTES di California dalam tahun 1978
oleh Fisher et al. Kajian tersebut telah meneliti tahap keberkesanan pengajaran guru melalui
tiga aspek
Proses pengajaran akademik pendidikan jasmani perlu di tingkatkan dengan
menggunakan berbagai teknik pengajaran yang berlandaskan model, prinsip dan teori
pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan perlulah
berpusatkan pelajar. Sehubungan itu, proses pembelajaran perlulah berasaskan kepada
interaksi antara pendidik dengan pelajar, disusuli dengan objektif dan kandungan pelajaran
yang terancang serta persekitaran pembelajaran yang positif untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran ( Mosston, 1965; Metzler, 1990 ).
Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) telah menjalankan kajian mengenai tiga
gaya pengajaran iaitu gaya latihan, gaya inklusi dan gaya resiprokal dan keberkesanannya
terhadap prestasi psikomotor dan perkembangan kemahiran. Dapatan daripada kajian ini
menunjukkan bahawa ketiga-tiga gaya pengajaran yang diuji mendatangkan kesan terhadap
prestasi psikomotor dan perkembangan kemahiran peserta kajian.
Begitu juga kajian mengenai pengaruh pendekatan yang berbeza telah dijalankan oleh
Salter dan Graham (1985) untuk melihat gaya arahan, gaya pemenuan terbimbing dan gaya
tanpa arahan terhadap penguasaan kemahiran dalam unit pembelajaran secara eksperimal.
Hasilnya menunjukkan tidak terdapat sebarang perubahan yang bererti diantara kemajuan
kemahiran dan kepercayaan diri bagi peserta terlibat.
Penekanan yang diberikan terhadap pendekatan tradisional amat luas sekali sehinggakan
hampir semua kajian dibuat berdasarkannya. Bagaimananapun terdapat satu pendekatan baru
yang diperkenalkan oleh pensyarah Pendidikan Jasmani UPM iaitu Dr. Siti Rehani Che Hussain
yang di namakan pendekatan pengajaran berstesen atau PPB.
Penyelidikan ini dilakukan untuk mendedahkan PPB kepada guru-guru supaya ia dapat
digunakan dalam P&P mereka. Ia melibatkan penggunaan stesen-stesen untuk proses
pengajaran dimana pelajar diberikan kumpulan-kumpulan mengikut bilangan yang sama rata
dan ditempatkan di stesen-stesen tertentu dengan permainan tertentu.
Pendekatan ini sangat mementingkan pengurusan masa dan segala perancangan dibuat
dengan teliti supaya pergerakan kumpulan-kumpulan ini akan lebih licin dan teratur. Disamping
itu PPB sangat sesuai digunakan apabila sekolah menghadapi masalah tidak cukup peralatan
sukan. Hanya dengan sebiji bola sahaja sudah cukup untuk sesuatu stesen itu. Peruntukan
masa yang ditetapkan adalah berdasarkan formula berikut:
Masa Pengajaran
N+2
N= Bilangan Kumpulan
Contoh : Peruntukan masa 40 minit (tolak 10 min. untuk salin pakaian) dan bilangan kumpulan
adalah 3.
Maka 30
3+2
30
5
= 6 minit diperuntukkan bagi setiap stesen.
Dalam pendekatan pengajaran berstesen ini guru akan menetapkan bentuk permainan
atau aktiviti yang dijalankan di setiap stesen dan guru akan menyediakan dua buah stesen
tambahan (stesen= N+2) untuk aktiviti pengajaran guru dan berlatih kemahiran baru. Stesen-
stesen tersebut adalah seperti berikut:
I. Stesen A untuk stesen kumpulan 1
II. Stesen B untuk stesen kumpulan 2
III. Stesen C untuk stesen kumpulan 3
IV. Stesen D untuk stesen guru mengajar kemahiran baru.
V. Stesen E untuk stesen pelajar berlatih kemahiran baru.
Setelah membahagikan kumpulan dan menetapkan aktiviti yang akan dijalankan distesen-
stesen, guru akan memilih satu kemahiran baru yang hendak disampaikan kepada pelajar.
Pelajar akan bergerak ke stesen guru untuk mempelajari kemahiran baru dan kemudian akan
bergerak ke stesen latihan di mana mereka akan mengaplikasikan kemahiran yang baru
dipelajari tadi. Setelah tamat masa berlatih mereka akan beredar kembali ke stesen asal
masing-masing dan bermain permainan yang telah ditetapkan tadi.
Pernyataan Masalah
Pendidikan jasmani adalah di antara mata pelajaran yang diajar di sekolah. Ia
merupakan mata pelajaran yang melibatkan domain psikomotor, afektif dan kognitif pelajar.
Oleh yang demikian mata pelajaran tersebut amat memerlukan pendekatan pengajaran yang
mantap serta mampu menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh meliputi fizikal, mental
dan rohani pelajar. Sehingga kini masih terdapat masalah yang berkaitan proses pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani.
Pendidik yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani biasanya akan mengunakan
kaedah tradisional untuk menyampaikan pengajaran mereka. Faktor ini amat ketara apabila
pendidik itu sendiri bukan mendapat latihan perguruan di dalam bidang pendidikan jasmani.
Manakala pendekatan pengajaran berstesen adalah salah satu cara terkini untuk menyampaikan
pengajaran pendidikan jasmani di sekolah-sekolah. Persoalannya sekarang ialah sejauh
manakah kesan pengajaran melibat dua pendekatan yang berbeza ini dapat meningkatkan
kualiti masa pembelajaran akademik pendidikan jasmani pelajar-pelajar di sekolah.
Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perbezaan kesan pengajaran yang
berbeza terhadap pencapaian pelajar berdasarkan masa pembelajaran akademik pendidikan
jasmani bagi domain psikomotor (MPA-PJ[M])dalam satu waktu pendidikan jasmani. Pencapaian
pelajar adalah berdasarkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pos serbis bawah tangan
permainan bola tampar. Pendekatan pengajaran yang dibandingkan ialah pendekatan
tradisional dan pendekatan pengajaran berstesen di mana mempunyai pendekatan yang
berbeza sekali. Kajian ini melihat perhubungan antara kedua-dua pendekatan pengajaran
dengan MPA-PJ[M] dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Ia penting demi membezakan
pendekatan mana yang lebih baik pengajarannya disamping membuktikan MPA-PJ(M)
mempunyai perhubungan yang bererti dengan pencapaian pelajar.
Hipotesis Kajian

1. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan yang sig. antara min ujian pra dan pos.
2. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan sig. antara min MPA-PJ[M] kaedah tradisional
dan stesen.
3. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan yang signifikan antara min pencapaian kaedah
tradisional dan kaedah stesen
Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada pendidik dan pelajar di sebuah sekolah menengah di
Bandar Kajang. Jangkamasa pemerhatian adalah terbatas kepada masa pendidik jasmani mula
mengajar sehingga tamat sesi pengajarannya. Penyelidik juga terbatas kepada waktu yang
sesuai untuk menjalankan pemerhatian. Akhir sekali penyelidik juga terbatas kepada reaksi dan
kesediaan pendidik dan pelajar untuk diperhatikan.
Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan daripada dua pendekatan
pengajaran yang berbeza dan masa pembelajaran akademik terhadap pencapaian pelajar.
Perbandingan yang dibuat terhadap kedua-dua pendekatan ini akan membolehkan guru-guru
memilih pendekatan mana yang paling sesuai digunakan dalam pengajaran mereka kelak. Ini
adalah kerana kedua-dua pendekatan di atas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-
masing yang akan mempengaruhi pengajaran guru dan penglibatan pelajar. Kedua-dua
pendekatan itu boleh digunakan mengikut situasi atau bergantung kepada kesesuaian sesuatu
keadaan dan tidak ada mana-mana kaedah atau pendekatan yang benar-benar sesuai untuk
semua situasi.
Definisi Operasional
Pendekatan Tradisional: Kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di mana masa belajar selama 40 minit dibahagikan seperti berikut:
1. 5 minit - menukar pakaian
2. 5 minit - memanaskan badan.
3. 10 minit - guru mengajar kemahiran baru
4. 10 minit - gerakerja kumpulan/individu
5. 5 minit - permainan kecil/penutup
6. 5 minit - bersurai/menyalin pakaian
Pendekatan Pengajaran Berstesen: Satu format yang menggunakan konsep pengajaran
berstesen di mana terdapat stesen pelajar, mereka bebas memilih kemahiran/permainan
dengan persetujuan guru, stesen guru di mana guru akan menyampaikan pengajarannya dan
stesen latihan khas untuk pelajar berlatih kemahiran yang baru diperkenalkan. Setelah melalui
ketiga-tiga stesen mereka di anggap telah menyelesaikan pembelajaran untuk hari itu. Masa
yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama empat puluh minit.
Rotasi kumpulan ini dapat dilihat melalui jadual 1 dibawah:

Jadual 1.1
Rotasi pelajar PPB dalam kajian ini

Masa 0-10 minit 10-20 minit 20-30 minit 30-40 minit


Kumpulan
A D E A A

B B D E B

C C C D E

MPA-PJ[M]: Masa Pembelajaran Akademik - Pendidikan Jasmani bagi Domain Psikomotor.


Masa yang ditumpukan oleh pelajar yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
berkaitan dengan kriteria kemahiran motor, kognitif dan tingkah laku sosial. Domain yang akan
dinilai iaitu domain psikomotor (Beckett,1989, Young & Metzler,1982)
Pemerhatian sistematik: Melihat, meneliti dan merekod kandungan pengajaran guru
pendidikan jasmani dan tingkah laku pelajar bertindak terhadap tugasan tugasan yang
diberikan. Perlakuan ini akan berjalan terus berdasarkan masa 6 saat memerhati dan 6 saat
merekod.
Waktu Pendidikan Jasmani: Jangkamasa yang di peruntukkan untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah yang mengambil masa selama 40 minit
untuk satu sesi.
Masa: Kuantiti jangka waktu yang diukur oleh 'timer' dalam unit saat pada kadar jeda ia itu
selama 6 saat.
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah tertumpu kepada perbandingan


pencapaian peserta kajian melalui ujian sebelum dan selepas pengajaran menggunakan
pendekatan tradisional dan pendekatan pengajaran berstesyen berdasarkan masa pembelajaran
akademik - pendidikan jasmani (MPA-PJ[M]) bagi domain psikomotor dalam satu waktu
pendidikan jasmani di sekolah menengah.
Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) telah menjalankan kajian terhadap tiga
gaya pengajaran iaitu gaya latihan, gaya inklusi dan gaya resiprokal serta keberkesanannya
terhadap prestasi psikomotor dan perkembangan kemahiran. Aktiviti psikomotor yang
dijalankan ialah menjaringkan salur getah ke sasaran yang telah di tetapkan. Kajian ini
dijalankan ke atas sembilan puluh enam pelajar gred lima yang dibahagikan kepada tiga
kumpulan dan setiap kumpulan didedahkan dengan satu gaya pengajaran.
Kajian ke atas model pemerhatian 'Academic Learning Time in Physical Education' (ALT-
PE) oleh Siedentop, Birdwell, & Metzler (1979) telah banyak dijalankan. Hasil dari kajian yang
telah dijalankan dengan mengunakan model tersebut, penyelidik-penyelidik mendapati bahawa
masa pembelajaran akademik dalam pendidikan jasmani mempunyai hubungan di antara teknik
pengajaran guru dengan pelajar yang diberi tugasan berkaitan dengan objektif pelajaran.
Silverman, Dodd, Placek, Shute & Rife(1984) telah menjalankan kajian berkenaan MPA-PJ
ke atas kumpulan pelajar dan unit aktiviti pengajaran di sekolah rendah. Peserta kajian terdiri
dari dua kumpulan besar pelajar dan guru yang berbeza dari sekolah yang berbeza. Dua situasi
yang berbeza digunakan iaitu melalui:
1. "pendekatan pendidikan pergerakan" menggunakan konsep Laban (ruang, masa, daya dan
kelancaran) untuk aktiviti pembelajaran. Pemerhatian dijalankan ke atas 105 pelajar di 20
Tadika.
2. "Pendekatan penerokaan pergerakan" yang melibatkan guru yang mempunyai 19 tahun
pengalaman dan menjalankan kurikulum pengajaran tradisional. Seramai 53 pelajar gred
satu, tiga dan lima terlibat dalam eksperimen ini. Tujuan utama kajian adalah untuk melihat
perbezaan MPA-PJ daripada sub-kategori:
i. penglibatan dalam aktiviti motor atau kognitif
ii. penglibatan dalam latihan motor
iii. pengilbatan dalam aktiviti motor tahap mudah, untuk dua situasi pengajaran
berbeza, untuk unit aktiviti berbeza dan untuk pelajar berbeza jantina, tahap
kemahiran serta status keperluan khas.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang dipilih oleh seseorang penyelidik dalam sesuatu penyelidikan banyak
bergantung kepada persoalan-persoalan yang dikemukakannya untuk menjawab segala
permasalahan yang dikaji. Pemilihan kaedah yang baik dan tepat akan menghasilkan data yang
bermutu. Di samping itu, cara ia mempersembahkan data yang telah dianalisa juga adalah
aspek yang amat penting untuk menarik minat pembaca.
Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah penyelidikan eksperimental untuk
melihat sejauh mana kesan pendekatan yang berbeza dalam masa pembelajaran akdemik
pendidikan jasmani bagi domain psikomotor MPA-PJ[M]. Penyelidik berharap dapat
mengumpulkan data-data melalui pemerhatian sistematik terhadap setiap pendekatan
pengajaran yang berbeza dan mengenalpasti pendekatan pengajaran yang terbaik antara
keduanya.
Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah pendekatan pengajaran tradisional
dan pengajaran berstesen manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian pelajar dalam
ujian servis bawah tangan bola tampar.
Peserta Kajian
Peserta kajian terdiri seorang guru pendidikan jasmani yang mengajar mata pelajaran
pendidikan jasmani di tingkatan satu dan 30 orang pelajar tingkatan satu yang mengikuti kelas
pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah di sekitar Bandar Kajang, Selangor. Pemilihan
ini berdasarkan arahan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia yang tidak melibatkan kelas-kelas peperiksaan pusat.
Alat Kajian
Alat kajian ini dipadankan dari 'Academic Learning Time in Physical Education' atau MPA-
PJ oleh Siedentop, Tuosignant & Parker (1982) akan digunakan untuk mendapatkan data-data
bagi menjawab persoalan kajian ini. Kebobehpercayaan alat kajian MPA-PJ telah diuji dan
mempunyai kolerasi r = 0.86. Young & Metzler(1982), Metzler (1983) telah menjalankan kajian
mengenai masa pembelajaran akademik bagi domain psikomotor MPA-PJ[M] dan mendapati
bahawa ianya mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian kemahiran pelajar.
DePaepe (1985) menyatakan alat ukur MPA-PJ [M] mempunyai kolerasi yang positif dengan
peningkatan dalam keseimbangan statik bagi populasi tertentu. Sistem pemerhatian
dilaksanakan dengan menilai keseluruhan kandungan pengajaran guru serta memerhatikan
reaksi tingkahlaku seorang pelajar yang bertindakbalas terhadap pengajaran guru (Beauchamp,
Darst & Thompson, 1990).
Proses Mentadbir Pemerhatian
Pemerhatian terhadap masa pembelajaran akademik dalam pendidikan jasmani akan
dijalankan oleh penyelidik sendiri. Penyelidik akan membuat latihan pemerhatian dengan
menggunakan alat kajian (ALT-PE) versi kedua oleh Siedentop, Tousignant dan Parker (1982).
Penyelidik terlebih dahulu akan menyesuaikan diri dengan alat kajian dengan mengadakan
kajian rintis terhadap pelajar sekolah penyelidik bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan
kebolehpercayaan.
Alat Ukur Pencapaian
Alat ukur yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam kemahiran yang
disampaikan ialah bateri ujian kemahiran bola tampar North Carolina State University (NCSU)
untuk kemahiran serbis bawah tangan (Bartlett, Smith, Davis & Peel, 1991) yang mempunyai
kesahan isi dan kebolehpercayaan 65% ( r = 0.65 ).
Peserta yang diuji dikehendaki melakukan serbis bawah tangan sebanyak 10 kali setiap
seorang dari belakang garisan serbis. Setiap bola yang mendarat di dalam gelanggang akan
diberikan markah berdasarkan petak yang terlibat (rujuk lampiran). Bola yang tersentuh jaring,
antena atau mendarat di luar gelanggang tidak akan mendapat sebarang markah. Markah yang
lebih tinggi akan diberikan pada bola yang mendarat di atas garisan diantara dua petak. Pita
akan digunakan untuk menandakan petak-petak tersebut yang mempunyai markah antara dua
hingga empat.
Prosidur kajian
Peserta kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah di Kajang. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar A dan B. Peserta
dalam kumpulan A akan mengikuti pengajaran berdasarkan pendekatan berstesen dan peserta
dari kumpulan B akan menerima pengajaran berdasarkan pendekatan tradisional. Pemilhan
sampel akan dilakukan secara rawak berdasarkan senarai nama yang diberikan oleh guru.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih dari setiap kumpulan pendekatan pengajaran untuk
tujuan pemerhatian. Jeda berkod digunakan 6 saat pemerhatian, 6 saat merekod secara
berulang-ulang untuk 3 orang pelajar sehingga tamat pengajaran guru.
Guru yang telah dipilih untuk kajian ini adalah merupakan guru yang telah mengikuti
dan pernah menjalankan kedua-dua pendekatan semasa kuliah kaedah pengajaran PJ di UPM
Data MPA-PJ[M] yang telah dicatatkan melalui jeda berkod dianalisa dan ditukarkan kepada
peratusan.Pemerhatian tersebut telah mengambil masa selama 10 hari.Pengiraan peratusan
data adalah seperti berikut:
12 saat pemerhatian X 10 jeda = 120 saat
Jumlah masa pengajaran guru = 1800 saat
= masa pemerhatian X 100%
masa pengajaran sebenar
= 120 X 100%
1800
= 6.666%

Penyelidik telah menjangkakan bahawa data yang diperolehi mempunyai taburan yang
tidak sekata kerana kadar MPA-PJ [M] yang tidak dikawal dan ia berdasarkan penglibatan dan
keaktifan pelajar itu sendiri. Segala data yang di perolehi dicatat dan dianalisa setepat mungkin.
Akhir sekali penyelidik akan menggunakan ANOVA Dua Hala untuk memproses data mentah
yang telah di tukarkan kepada peratusan dan membandingkan:
i. min ujian pra dan pos
ii. min MPA-PJ[M] kaedah tradisional dan stesen.
iii. min pencapaian kaedah tradisional dan kaedah stesen

DAPATAN KAJIAN

Semua maklumat yang diperolehi telah dianalisis untuk melihat jika terdapat sebarang
perbezaan antara kaedah tradisional dan kaedah stesen serta masa pembelajaran akademik
bagi domain psikomotor dalam pendidikan jasmani (MPA-PJ[M]) terhadap pembelajaran pelajar.
Tahap pencapaian pelajar atau tahap pembelajaran adalah diukur daripada perbezaan antara
ujian pos dengan ujian pra selepas sesuatu sesi pengajaran. Untuk pengujian hipotesis
penyelidik telah menetapkan paras signifikan 95% atau p < 0.05. dan bagi memudahkan
penyelidik menganalisis data program SPSS (Statistical Package for Social Sciences) telah
menggunakan sepenuhnya.

Penyelidik telah menggunakan Ujian-t sampel berpasangan untuk melihat perhubungan di


antara data-data ujian sebelum dan selepas pengajaran. Ia juga digunakan untuk menguji
kaedah pengajaran serta menguji pencapaian peserta kajian. Dapatan daripada Ujian-t ini akan
digunakan untuk mencari min kaedah latihan, min tahap MPA-PJ[M] dan min tahap pencapaian
peserta kajian. Dapatan kajian adalah seperti berikut:

Ujian-t sampel berpasangan

perbezaan antara sampel

min 95% perbezaan


sisihan kesilapan paras keyakinan signifikan
min piawai std. bawah atas t df (2-hala)
pasang. MPA-PJ
1 STESYEN -
.320 8.958 2.313 -4.641 5.281 .138 14 .892
MPA-PJ
TRADISIONAL

Ujian-t sampel berpasangan

perbezaan antara sampel

min 95% perbezaan


sisihan kesilapan paras keyakinan signifikan
min piawai std. bawah atas t df (2-hala)
pasang. UJIAN POS -
1 UJIAN PRA 3.600 2.621 .479 2.621 4.579 7.523 29 .000

 Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara MPA-PJ Kaedah Tradisional dan
MPA-PJ Kaedah Berstesyen di dapati min ialah 32.247 % dan 32.567 %
 Nilai kritikal yang dikira adalah tk=0.138 manakala nilai t (df=14) adalah sebanyak
2.145 hipotesis nol di terima – tidak terdapat perbezaan pendekatan antara kedua-
duanya.
 Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara pencapaian Kaedah Tradisional
dan Kaedah Berstesyen di dapati min ialah 3.0667 dan 4.1333.
 Nilai kritikal yang dikira adalah tk=-1.119 manakala nilai t (df=28) adalah sebanyak
2.048 hipotesis nol di terima – tidak terdapat perbezaan pencapaian antara kedua-
duanya.
Ujian sampel tidak bersandar

Ujian Levene untuk


persamaan varians Ujian-t untuk persamaan min

perbezaan 95% perbezaan paras


signifikan perbezaan kesilapan keyakinan
F signifikan t df (2-hala) Min std. bawah atas
CAPAIAN Persamaan
varians .360 .553 -1.119 28 .272 -1.0667 .9529 -3.0185 .8852
jangkaan
Persamaan
varians tidak -1.119 26.864 .273 -1.0667 .9529 -3.0222 .8889
dijangka

 Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara ujian pos dan ujian pra bagi
pencapaian pelajar min pos ialah 6.633 dan min pra ialah 3.033
 Nilai kritikal yang dikira adalah tk=7.523 manakala nilai t (df=29) adalah sebanyak
2.045 hipotesis alternatif diterima – terdapat perbezaan pencapaian antara ujian pra
dan pos bagi pencapaian pelajar.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan bagi pendekatan pengajaran yang berbeza dan MPA-PJ[M] terhadap pencapaian
pelajar. Bagaimanapun kita dapat perhatikan terdapat juga kesan terhadap pencapaian pelajar
yang telah mengikuti kaedah pengajaran tersebut. Ia jelas terbukti dalam pencapaian pelajar
melalui ujian-t untuk ujian pos dan ujian pra. Begitu juga MPA-PJ[M] yang dicatatkan
menunjukkan ianya berkadar dengen pencapaian pelajar yang mengambil kajian ini.
Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah penyelidikan eksperimental untuk
melihat sejauh mana kesan pendekatan yang berbeza dalam masa pembelajaran akdemik
pendidikan jasmani bagi domain psikomotor (MPA-PJ[M]). Penyelidik berharap dapat
mengumpulkan data-data melalui pemerhatian sistematik terhadap setiap pendekatan
pengajaran yang berbeza dan mengenalpasti pendekatan pengajaran yang terbaik antara
keduanya. Masa pembelajaran akademik pendidikan jasmani bagi domain psikomotor untuk
kedua-dua pendekatan pengajaran dicatatkan bagi melihat perbezaannya dengan pencapaian
pelajar.
Format pemerhatian adalah berpandukan kriteria asas kandungan dan aras penglibatan
pelajar. Rekod pemerhatian berdasarkan masa selama 6 saat memerhati dan 6 saat merekod.
Satu set lembaran jeda berkod akan digunakan untuk untuk mendapatkan maklumat mengenai
peratusan masa pembelajaran akademik, masa tugasan pelajar, masa tugasan kandungan,
peruntukan masa mengajar, masa menunggu dan masa pengurusan dalam satu jangka waktu
pengajaran pendidikan jasmani.
Perbincangan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan daripada dua pendekatan
pengajaran yang berbeza dan masa pembelajaran akademik terhadap pencapaian pelajar.
Perbandingan yang dibuat terhadap kedua-dua pendekatan ini akan membolehkan guru-guru
memilih pendekatan mana yang paling sesuai digunakan dalam pengajaran mereka kelak.
Kedua-dua pendekatan itu boleh digunakan mengikut situasi atau bergantung kepada
kesesuaian sesuatu keadaan dan tidak ada mana-mana kaedah atau pendekatan yang benar-
benar sesuai untuk semua situasi.
Dapatan kajian ini menunjukkan ia menolak hipotesis alternatif dan menerima hipotesis
nol. Analisa SPSS menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-
dua kaedah pengajaran yang digunakan berdasarkan MPA-PJ[M] ke atas peserta kajian ini.
Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Beckett (1990) terhadap kaedah
pengajaran. Keputusan kajiannya mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara
kedua-dua kaedah pengajaran yang digunakan dalam kajiannya. Keadaan ini lebih ketara
apabila dalam kajian ini hanya satu domain sahaja yang dilihat iaitu domain psikomotor tanpa
melibatkan domain-domain lain seperti kognitif dan afektif. Oleh itu ia akan memberikan
maklumat MPA-PJ[M] yang sedikit bagi pendekatan pengajaran terutama kaedah stesyen yang
memerlukan penglibatan ketiga-tiga domain tersebut.
Salah satu punca yang menyebabkan MPA-PJ[M] yang diperolehi daripada kajian ini
didapati agak rendah berbanding kajian lalu kerana subjek kajian mengambil masa yang agak
lama untuk menukar pakaian dan berada di padang bagi mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar-pelajar lelaki ini banyak membuang masa berbual sesama mereka tanpa
menghiraukan arahan guru dan ramai diantara mereka lansung tidak menukar pakaian seragam
sekolah mereka. Masa yang tinggal biasanya agak terhad untuk guru meneruskan untuk sesi
P&P kelas tersebut. Adakalanya subjek menunjukkan sikap yang negatif dan kurang
memberikan tumpuan terhadap aktiviti yang sedang berlangsung. Keadaan ini sebenarnya telah
menjejaskan dapatan bagi MPA-PJ[M] untuk kedua-dua kaedah pengajaran kajian ini.
Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat positif dalam
pencapaian pelajar berdasarkan ujian pos dan ujian pra yang dijalankan terhadap servis bawah
tangan. Ini membuktikan bahawa pengajaran guru tanpa mengira kaedah mana yang
digunakan akan mendatangkan kesan yang positif jika ianya dijalankan dengan teratur.
Dapatan ini disokong oleh Salter dan Graham (1985) melalui kajian mereka yang menunjukkan
bahawa pembelajaran berlaku ke atas semua peserta kajiannya dalam ujian kemahiran kriteria.
Manakala kajian oleh Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) ketasa gaya pengajaran
mendapati ia mendatangkan kesan ke atas prestasi psikomotor dan perkembangan kemahiran
peserta kajian.
Cadangan
Beberapa masalah telah dikenalpasti semasa melakukan kajian seperti:
 Keadaan cuaca yang tidak menentu
 Program sekolah yang sibuk menyebabkan kelas PJK selalu ditangguhkan. (M.desa/
sukan)
 Sekolah kurang tegas dgn pelajar yang turun lewat ke padang.
 Bilangan alatan perlu cukup supaya proses P&P tidak tergendala.
 Kajian ini hanya menerokai satu domain sahaja (psikomotor)
 Subjek kajian perlu ditambah supaya bilangannya lebih ramai merangkumi kedua-dua
jantina.

You might also like