Cerpen : Cinta Seindah Langit
Oleh :
Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop
RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa.Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi.Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan.Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.“Ain, ada surat untuk Ain.”Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu.Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?**************“Ini untuk cikgu.”Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.“Petai?” tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, denganbaju sekolah yang sudah kusam.“Ayah bagi,” jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masihbelum diambil Ain.Ain jadi kasihan. Tangannya lantas menyambut huluran anak itu. “Cakap pada ayah,cikgu ucap terima kasih.” Ipin angguk-angguk.“Cikgu, terima kasih kerana pujuk ayah saya,” ucap Ipin.