You are on page 1of 5

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

UJIAN JUN 2010


SESI 1/2010/2011

MATA PELAJARAN : PENGAJARAN MIKRO


KOD : ETD 1263
MASA : EMEL
FAKULTI : PENDIDIKAN
PROGRAM : DPPS DAN DPPI
KUMPULAN : K 5 G1
K 6 G1,G2,G3,G4
DPP1
PENSYARAH : HJ DAUT BIN YUSUP

NAMA : MUHAMMAD IZUAN HAFIZI BIN ISMAIL


KOHORT: 3 GROUP: METRIK : 3081019171

ARAHAN : Jawab semua soalan kembalikan melalui emel

1. Yang mana satu merupakan ciri Pengajaran Mikro ? ( 1 markah)

A. Dilaksanakan di dalam kelas


B. Murid mesti berumur 4 ke 6 tahun
C. Mengajar pelbagai kemahiran
D. Dirakam dan ditayangkan semula
E. Murid boleh bertanya kepada guru
Jawapan : D

2. Pengajaran Makro boleh dilaksanakan (pilih jawapan yang salah) ( 1markah )

A. Dibilik darjah
B. Di luar bilik darjah
C. Di bilik syarahan
D. Dibilik audio kemudian dirakam
E. Dibilik audio dirakam, ditayang semula dan dinilai
Jawapan : A
3. Huraikan sejarah perkembangan pengajaran mikro ( 5 markah)

Jawapan : Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada
tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik
latihan. Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah yang terdapat didalam proses
pendidikan guru pada masa itu bagi mengurangkan masalah dalam kelas secara simulasi.

Konsep mikro dimantanpkan lagi oleh Dwight Allen dan K Ryan dengan
menjadiakannya sebagai satu teknik pengajaran bagi melahirkan guru-guru yang
berkesan dengan corak pengajaran yang lebih teratur dan sistematik. Pengajaran mikro
amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai kemahiran mengajar dalam
situasi yang lebih tenang, kurang kompleks, terkawal dengan cara yang sistemetik dan
analitikal. Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan isi
kandungan. Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar saperti
kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan, kemahiran menerang,
kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran penutup. Secara umum pengajaran
mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and
reflect)

4. Apakah perbezaan antara pengajaran mikro dan pengajaran makro ( 5m )

Jawapan:

PENGAJARAN MIKRO PENGAJARAN MAKRO

1.Kelas kecil (5-8 orang murid) 1.Bilangan murid sebenar lebih kurang 35 orang
murid.

2.Rakan kelas berperanan sebagai murid. 2. Perlu murid sebenar.

3.Waktu mengajar disingkatkan (5-10 minit.) 3.Waktu mengajar sebenar iaitu 30 minit atau lebih.
4.Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja. 4.Dilaksanakan di sekolah dan situasi sebenar.

5.Tidak perlu sekolah. 5.Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan


sebenar.

6.Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di 6.Tidak perlu rakam dan nilai semula.
dalam makmal.

7.Dirakamkan dan ditayangkan semula. 7.Perlu mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

8.Rakan kelas memberi komen/maklum balas 8.Pelbagai kemahiran di gunakan.


(Borang Penilaian).

5. Bincangkan kebaikan atau faedah Pengajaran Mikro ( 5 m)

Jawapan : Memberi peluang kepada guru mempraktikan kemahiran mengajar dalam


situasi terancang berdasarkan kepada teknik-teknik pengajaran yang sistematik. Dapat
mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari.
Membolehkan guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui
pengalaman yang menyeronokkan. Melalui rakaman video, guru dapat membuat refleksi
kelemahan, kekuatan pengajaran yang berfokus. Dapat memperbaiki kelemahan dan
mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas. Mengurangkan
ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang
sebenar. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran

6. Di antara kepentingan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran ( 1 m )


A. Supaya pelajar cepat membaca

B. Kerja rumah dapat dibuat dengan mudah

C. Menarik perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar

D. Tugasan amali dapat dibuat dengan baik.

Jawapan : C

7. Pemilihan Alat Bantu Mengajar dalam P& P sangat penting. Bincangkan ( 5 m)

Jawapan : Pemilihan Alat Bantu Mengajar sangat penting kerana ianya membolehkan
proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Membolehkan peyampian konsep
pengajaran lebih mudah, menarik, tepat dan cepat. Murid-murid juga akan lebih mudah
memahami konsep pembelajaran. Alat Bantu mengajar haruslah sesuai dengan pelajar
dan mengandungi nilai-nilai murni.
Alat bantu mengajar hendaklah mudah diuruskan, mudah dibawa kemana-mana
dan juga disimpan. Memudahkan guru mengendalikannya.

8.. Nyatakan lima prinsip penggunaan papan tulis ( 5 m )

Jawapan : Diantara prinsip penggunaan papan tulis adalah guru terlebih dahulu
merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan juga menarik perhatian. Guru
juga hendaklah memahirkan diri dalam melakar dan membentuk gambar rajah kepada
lukisan pada papan tulis.
Sebarang lakaran dan juga tulisan mestilah jelas dan kelihatan agar murid-murid
dapat melihatnya dengan jelas. Kapur warna juga hendaklah digunakan bagi
mengambarkan teknik penonjolan atau penekanan. Aktiviti penggunaan haruslah
dipelbagaikan supaya murid tidak bosan. Seperti melekatkan gambar dan sebagainya.
Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan, melukis carta
atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru. Masa penggunaan papan
tulis haruslah sepadan dengan aktiviti P&P. Ianya bagi mengelakan pelajar bosan.
9. Di antara impak penggunaan papan tulis ialah ( 1 m )

A. Aktiviti pembelajaran lebih menarik

B. Pelajar tidak yakin dengan pengajaran mikro

C. Aktiviti pengajaran tidak dapat dipelbagaikan

D. Pelajar tidak dapat mengikut perkembangan pelajaran

Jawapan : A

10. Nyatakan dan huraikan komponen-komponen penggunaan papan tulis ( 6m )


.
Jawapan : Kompenen kemahiran penggunaan papan tulis terbahagi kepada empat iaitu
kejelasan, susunan (layout), penonjolan atau penekanan dan teknik persembahan. Dari
segi kejelasan, saiz tulisan haruslah sesuai, tulisan hendaklah kemas dan tepat serta
gambar rajah jelas dan ringkas. Ini penting kerana mempengaruhi minat dan penumpuan
murid. Manakala susunan (layout) pula harulah menggunakan ruang sesuai dan
seimbang, susunan dapat dilihat jelas oleh seluruh kelas dan nota-nota hendaklah disusun
secara sistematik dan teratur.
Kompenan ketiga adalah penekanan atau penonjolan iaitu penggunaan kapur
warna yang sesuai dan menarik. Memudahkan murid membezakan antara major dan
minor. Dan terakhir adalah teknik persembahan yang mana berjaya membentuk konsep
dengan jelas serta memudahkan konsep yang susah. Disamping itu guru juga berjaya
melibatkan pelajar-pelajar. Guru juga dapat menggunakan papan tulis dalam masa yang
sesuai.

SOALAN TAMAT

MARKAH : 35/35 X 10 =

You might also like