Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
29Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI

SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI

Ratings:

4.83

(6)
|Views: 7,947|Likes:
Published by kiedd_04
Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripada
satu sel stem hemopoietik dan berkembang melalui satu proses
diferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsi
seperti monosit, granulosit dan limfosit Sel stem ini mempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri.
Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripada
satu sel stem hemopoietik dan berkembang melalui satu proses
diferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsi
seperti monosit, granulosit dan limfosit Sel stem ini mempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri.

More info:

Published by: kiedd_04 on Aug 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/31/2013

pdf

text

original

 
BAB
2
SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI
2.1 Pengenalan
Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripadasatu sel sterr^ hemopoietik dan berkembang melalui satu prosesdiferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsiseperti monosit, granulosit dan limfosit (Rajah 2.1). Sel stem inimempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri. Pada awal kehidupan,sel ini didapati dalam pundi yolk, kemudian dalam hati dan limpa fetusdan akhirnya dalam tulang sum-sum. Masih tidak jelas tentang sifat selstem pluripotent atau regulasi yang terlibat untuk mendapatkanketurunan sel tertentu.
Rajah 2.1 Proses diferensiasi sel-sel stem kepada sel darah.
 
Sistem imuniti mesti mempunyai kebolehan untuk bertindak denganpelbagai bahan asing yang terdapat pada beberapa kawasan badan. Selyang paling penting dalam sistem imuniti ialah limfosit. Limfosit ialahsel yang mengenali antigen secara spesifik dan bertindak terhadapnya.Setelah limfosit spesifik mengenali sesuatu bahan asing atau antigen,limfosit ini akan mengaktifkan mekanisme efektor yang diperlukan untuk eliminasi bahan asing tersebut. Limfosit juga bertanggungjawab untuk menentukan ingatan yang merupakan satu lagi sifat penting responsimun.Limfosit biasanya bersirkulasi dalam darah, tisu dan organ limfoid.Kebolehan sel ini untuk bersirkulasi dan saling bertukar dalam darah,limfa dan tisu adalah penting dalam sesuatu respons imun.Selain limfosit, sel seperti makrofaj, mononuklear fagosit dan seldendritik (yang dikenali sebagai sel aksesori) juga diperlukan untuk pengenalan dan aktivasi respons-respons imuniti spesifik kerana sellimfosit mesti bekerjasama dengan sel ini untuk mewujudkan sesuaturespons imun. Sel aksesori ini tidak perlu spesifik untuk sesuatu antigenkerana spesifisiti sesuatu respons imun ditentukan oleh sel limfosit. Tetapilimfosit dan sel aksesori mesti berinteraksi antara satu sama lain untuk memulakan dan mengamplifikasikan respons imuniti.
2.2 Limfosit
Limfosit dihasilkan dalam organ limfoid primer dan berfungsi dalamorgan sekunder tempat ia mengenali dan bertindak terhadap bahan asing.Terdapat tiga jenis sel limfosit iaitu sel NK, sel T dan sel B, tetapi hanyasel T dan sel B mempunyai spesifisiti dan ingatan untuk sesuatu antigen.Morfologi am limfosit dalam keadaan rehat adalah seperti berikut:mempunyai saiz yang kecil dengan diameter antara 8-10 um(mikron)mempunyai nukleus yang besar dengan heterokromatin yangbanyak mempunyai satu kawasan sitoplasma yang nipis yangmengandungi beberapa organel seperti mitokondria, lisosomdan ribosomtiada organel khusus yang lainDalam peringkat awal perkembangannya, limfosit tidak mempunyaireseptor permukaan tetapi apabila menjadi matang, ia mulamengekspreskan reseptor antigen yang berlainan untuk menjadi responsif terhadap stimulasi antigen. Limfosit juga mengekspreskan molekul-molekul permukaan lain yang penting untuk berinteraksi dengan sel-sellain Ini termasuk molekul yang diperlukan untuk aktivasi dan untuk reerakan ke dalam dan ke luar tisu badan. Molekul permukaan iniiuea bertindak sebagai penanda untuk membezakan sel T dan sel B.2.2.1 Limfosit BLimfosit B mula dikenali sebagai B kerana ia berkembang dan matangdalam
Bursa of Fabricius
pada burung. Dalam mamalia tidak terdapat
 Bursa of Fabricius
dan maturasi peringkat awal sel B berlaku dalam tulangsum-sum. Limfosit B yang matang bermigrasi ke tisu limfoid sekunderapabila ia bertindak terhadap antigen asing. Limfosit B mempunyaiantibodi permukaan sebagai reseptor antigen. Apabila diaktivasikan olehantigen, dan dalam beberapa keadaan dengan bantuan sel T, limfosit Bberproliferasi dan berdiferensiasi untuk menghasilkan sel memori yangterus wujud untuk bertindak dengan antigen yang sama dalam sesuatureinfeksi atau menjadi sel plasma (Rajah 1.3). Sel plasma ini ialah selefektor yang secara aktif merembeskan molekul antibodi yangmempunyai spesifisiti yang sama seperti reseptor antigen padapermukaan sel B induk.Terdapat dua jenis sel B:1. Sel Bl yang wujud awal dalam ontogeni dan mengekspreskanantibodi IgM. Sel ini tidak bermaturasi dalam tulang sum-sum.Ia mengenali antigen bebas daripada pertolongan sel T.2. Sel B2 yang merupakan sel yang bertanggungjawab untuk perkembangan imuniti humoral. Sel ini dihasilkan dalam tulangsum-sum dengan bantuan sel T untuk menghasilkan antibodiIgG, IgA dan IgE.Selain reseptor utama untuk antigen, sel B juga mempunyai beberapamolekul permukaan yang penting: untuk memodulasikan aktivasi sel B(CD19, CD20, CD21, CD32 dan CD81); sebagai molekul adhesi untuk interaksi dengan sel T (ICAM-1 dan LFA-3); untuk persembahan antigenkepada sel Th (molekul MHC kelas II); dan untuk interaksi denganreseptor komplemen (CD35).
2
-2.2 Limfosit TKelas utama kedua limfosit ialah limfosit T. Prekursor sel T wujud dalamtulang sum-sum yang akan bermigrasi dan bermaturasi dalam timus dan
 
oleh itu dikenali sebagai sel T. Sel T boleh diidentifikasikan secara
invitro
dari satu populasi sel darah putih menggunakan reseptor spesifiknyaseperti reseptor sel T (TCR) atau CD3.Limfosit T boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berasaskanfungsi masing-masing:1. Sel T penolong (helper T cell, Th)2. Sel T sitotoksik atau sitolitik (cytotoxic T cell, Tc)Fungsi utama limfosit T adalah untuk meregulasikan semua responsimun terhadap antigen protein dan bertindak sebagai sel efektor untuk menghapuskan sel yang mengalami jangkitan mikrob dan untuk membantu respons sel B. Sel T tidak, menghasilkan antibodi.Sel Th, seperti namanya, memberikan bantuan kepada sel B melaluiisyarat terus dari permukaan sel dan daripada penghasilan sitokin-sitokinyang penting untuk pertumbuhan dan diferensiasi sel B. Sel Tcmempunyai kesan sitotoksik iaitu mengeliminasikan sel yang dijangkitioleh virus.Sel Th boleh dibahagikan kepada sel Thl dan sel Th2, bergantungpada kebolehan untuk menolong dalam perkembangan respons imunyang berlainan. Sitokin-sitokin yang terlibat dalam menginduksikandiferensiasi sel ThO menjadi sel Thl ialah IFNy dan TNFa, sementarauntuk sel ThO menjadi sel Th2 ialah IL-4, IL-13, IL-5, IL-10.Limfosit T penolong dan sitolitik mempunyai spesifisiti yang luarbiasa untuk antigen. la hanya boleh mengenali peptid antigen yang terikatkepada protein yang dikodkan oleh gen daripada komplekshistokompatibiliti utama (MHC). Molekul MHC ini diekspreskan padapermukaan sel tertentu yang dikenali sebagai sel persembahan antigen(APC).Satu penemuan penting dalam identifikasi dan analisis subset sel Tini ialah bahawa populasi ini mengekspreskan protein permukaan yangberlainan yang bertindak sebagai penanda fenotip. Misalnya, sel Thmengekspreskan satu protein permukaan yang dipanggil CD4, sementarasel Tc mengekspreskan satu protein permukaan yang dipanggil CD8.Maka, antibodi terhadap protein ini, iaitu anti-CD4 dan anti-CD8, boleh juga digunakan untuk mengenali dan mengasingkan populasi limfositT.Selain CD4 dan CD8, terdapat penanda fenotip lain yang memainkanperanan penting dalam aktivasi dan fungsi sel T. Antaranya ialah CD3yang memediasikan aktivasi sel T selepas pengikatan MHC-antigenkepada TCR; CD28 yang mengikat kepada B7-l,2 pada sel B dan APCuntuk memulakan aktivasi sel T; LFA-1 dan CD2 sebagai molekul adhesiuntuk interaksi dengan sel B; CD45RA dan CD45RO sebagai molekulyang terlibat dalam transduksi isyarat dan CD154 (CD40L) yang mengikatada CD40 pada sel B; dan APC untuk memulakan aktivasi APC danaktivasi serta diferensiasi sel B.
2.3 Sel Natural Killer
Kelas ketiga limfosit ialah sel Natural Killer (NK). Sel ini berbeza daripadalimfosit T dan B kerana mempunyai saiz yang lebih besar, mengandungilebih sitoplasma dan mempunyai granul tumpat. Sel-sel ini dihasilkandalam tulang sum-sum dan didapati pada semua tisu badan, terutamanyadalam sirkulasi. Jumlahnya adalah antara 5-15% bilangan limfosit. Selini tidak mempunyai reseptor spesifik untuk pengenalan antigen tetapihanya mempunyai reseptor terhad seperti reseptor permukaan Fc untuk IeG (CD16), molekul adhesi dan aksesori untuk interaksi sel (CD2, CD56,LFA1) dan reseptor unik yang dikenali sebagai
'killer activation receptors' 
(KAR) dan
'killer inhibitory receptors' 
(KIR).Sel NK mula-mula ditemui melalui kebolehannya untuk membunuhsel tumor tetapi sekarang diketahui mempunyai fungsi penting dalamimuniti inat. Walaupun tidak mempunyai reseptor antigen-spesifik, selNK boleh mengesan dan menentang sesetengah sel yang dijangkiti virusiaitu sel yang mengekspreskan protein virus pada permukaannya yangboleh dikenali oleh antibodi. Pembunuhan sel target yang diselaputiantibodi oleh sel NK dikenali sebagai sitotoksisiti yang dimediasi danbergantung pada antibodi (ADCC -
antibody-dependent cell-mediated cytotoxicity).
Tindakan ini dimulakan apabila antibodi yang terikat padapermukaan sel berinteraksi dengan reseptor Fc pada sel NK. Mekanismepenentangan adalah seperti yang berlaku pada sel Tc yang melibatkanpembebasan granul sitoplasmik yang mengandungi perforin dan granzim(enzim proteolitik). Perforin akan membuat lubang pada membran seluntuk membenarkan granzim ke dalam sel untuk menginduksikanapoptosis. Sel NK juga, seperti sel sitotoksik T, dapat menginduksikanapoptosis melalui molekul permukaan FasL yang meligasikan molekulFas kepada permukaan sel yang dijangkiti virus.Jika sel NK adalah sel penting dalam pengawalan hos terhadap jangkitan dengan virus, maka ia mesti mempunyai suatu mekanismeuntuk membezakan di antara sel sendiri yang telah dijangkiti denganyang tidak dijangkiti. Mekanisme sebenar yang digunakan oleh sel NKuntuk menenrukan pembunuhan yang tepat ini belum diketahui lagi.Salah satu penerangan yang telah dicadangkan adalah apabila sel NKmengikat kepada sel sendiri yang tidak mengalami apa-apa jangkitan,reseptor KlR_.rn
e
mberikan
isya
rat negatif kepada sel NK untuk menghalangnya daripada membunuh sel sendiri. Jika jangkitan dengan

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Purwanto Akp liked this
Muhammad Agung W liked this
Huda Cg liked this
Ana Nurjannaa liked this
zinirah_128400 liked this
Nida Hildani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->