Professional Documents
Culture Documents
AA101
ISLAMIC EDUCATION
CLASS/GROUP DET 1A
SESSION JULY 2010
LECTURE MOHD SAAD BIN MOHD SAID
NAMA NO.PENDAFTARAN
NUR AZAM BIN ISYAK 03DET 10F1031
MUHAMAD ZUKHAIRY BIN ZULKPLI 03DET10F1045
AMAR ASYRAF BIN MOKHTAR 03DET10F1030
MUHAMAD HAZWAN BIN AZIS 03DET10F1034
ISI KANDUNGAN
Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif
kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang
murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap
agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah
sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes
yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah
Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan
perhatian. Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela
dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan
asasi secara jelas member isyarat bahawa kedudukan Islam da n masyarakat
muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba
memanfaatkan ruang dan peluang yang ada, meskipun tindakan mereka itu
dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat
muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa
kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian
masyarakat muslim di Malaysia.
KEBEBASAN BERAGAMA
Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali
daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-
mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).
Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan
mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang
disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu
mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama
islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan
niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh
sesiapa atau oleh keadaan.
َ َ ت أَعْ َمالُ ُه ْم فِي ال ُّد ْن َيا َواآْل َخ َِر ِة َوأُولَ ِئ َ ُت َوه َُو َكافِ ٌر َفأُولَ ِئ
ْ ك َح ِب َط ْ و َمنْ َيرْ َتدْ\ِد ِم ْن ُك ْم َعنْ دِي ِن ِه َف َيم.َ
ِ ك أصْ َحابُ ال َّن
َ ار ُه ْم فِي َها َخالِ ُد
ون
Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak
binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :
Secara umumnya, murtad boleh berlaku melalui amalan hati (iktikad), perkataan dan
perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada
Islam dengan salah satu daripada tiga perkara, iaitu;
Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan
sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat,
puasa,haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan
dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan
ulama dan orang awam. (Mustafa al-Khin. 1996 : 466)
Manakala mengingkari hukum yang tidak diijmakkan padanya, atau hukum yang
diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan
manusia, maka keengkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan
seseorang itu menjadi kufur, seperti mengengkari pensyariatan solat duha, mengingkari
haramnya berkahwin dengan perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh
eddahnya dan lain-lain lagi (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).
Kedua : Terputus hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati
salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat
mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW : Tidak mewarisi orang muslim
akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.
Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman
berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu
(Mustafa al-Khin. 1996 : 468).
Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan
bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya,
maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah
seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab :
membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang
meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).
Pertama : Baligh dan berakal, maka kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap murtad
kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan (tiada taklif). Walaubagaimanapun,
hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajaran kepadanya dan
memintanya bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469)
Kedua : Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh menjatuhkan hukuman
bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan segera
sekiranya tidak mahu bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469).
Ketiga : Sabit perbuatan murtad tersebut samada dengan ikrarnya atau dengan
kesaksian (Mustafa al-Khin. 1996 : 469). Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa
kesaksian mestilah dialkukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil (Abdul Karim
Zaidan 1994 : 324)
Kes-kes Murtad
a) Kes Natrah
Kes ini berlaku dalam tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che
Aminah sejak dari kecil lagi. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di
Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun. Bapa Natrah telah membuat
perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya
di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah
kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang keras.
Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah. Kerana takut peristiwa ini
berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi.
Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia
16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus
menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi
tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya.
Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama
bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes tersebut , mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh
sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah
mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan
kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati
syahid dalam pertempuran dengan tentera British (http://forum.ekpkm.com/viewtopic.
php?f=88&t=1003).
Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu,
keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya
dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon
untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan
alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada
Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah
diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya
bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya
beragama Islam dan mengamalkan carahidup sebagai Muslim.
Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk
pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya
masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad
Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama
Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada
tahun 2000. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada
kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar
Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak
membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama
(Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak
kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti
Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau
sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan
diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya
dan laporan yang diperolehi daripada laman web, http://blog.limkitsiang.com dan
Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang
beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya
beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat
suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan
menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di
Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan
diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan
agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha
untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua
usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan
pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan
antara kedua-dua belah pihak.
Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004,
beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu
mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut
tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
kerana perbezaan agama.
Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah
melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan
Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti
Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.
Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh Siti
Fatimah Binti Ab Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka (Kes Mal Bil.
04200-043-
0005 Tahun 2006). Permohonan tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Tuan
Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dengan
kehadiran pemohon dan wakil Majlis Agama Islam Melaka.
Faktor-faktor berlakunya gejala Murtad
1. Jauh dari ajaran Islam yang sebenar
Umat Islam sendiri merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai
sumber hidup manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman.
Terdapat sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar, bahkan
tidak dapat membezakan antara sistem yang ada dalam Islam dan yang datang dari
Barat sehingga mencampuradukkan kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan
kerosakan pada akidah umat Islam tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara
kesahihan ajaran yang ada dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang
digunapakai oleh golongan bukan Islam.
Umat Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan
syiar adalah menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang
diamalkan dalam suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia. Maka,
berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang merosakkan
Islam. Sungguh benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis
yang bermaksud: Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang (di mata
manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang.
Faham sekular dari sudut politiknya telah mula dilaksanakan di Turki selepas
penghapusan sistem Khilafah Islamiah Othmaniah pada tahun 1924. Fahaman ini
seterusnya manjadi kaedah politik yang diamalkan di tanah air umat Islam. Doktrin ini
jika difaham dari pentakrifannya iaitu satu doktrin yang menolak atau memisahkan
agama, ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan
agama seperti pentadbiran awam dan lain-lain serta menganggap perkara keagamaan
adalah satu tugas yang dilaksanakan oleh manusia untuk Tuhannya sahaja. Maka
setiap manusia yang berpegang dengan doktrin ini yang menyokong dan
mempertahankan keabsahan amalan yang tidak berkait dengan agama dipanggil
manusia sekular.
Dengan ini, dapat kita lihat bahawa bahaya fahaman ini adalah merosak seterusnya
menanggalkan aqidah umat Islam. Mereka yang menganut doktrin ini, secara automatik
tidak mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT yang Maha Pentadbir dan Penguasa seluruh
alam.
Pertama : Berusaha memikat wanita melayu bagi tujuan perkahwinan. Bagi tujuan
tersebut wanita itu perlulah terlebih dahulu murtad dari agama Islam.
Kedua : Berusaha melalaikan umat Islam dengan dadah, mat rempit, bohsia dan
sebaginya.
b) Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja
yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan
mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan
telefon bimbit.
Pertama : Murtad merupakan ancaman utama kepada survival dan kewujudan agama
Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan sekadar dianggap keluar daripada
Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah cuba untuk menyerang agama Islam itu.
Kedua : Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang
murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, telah menukar
ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya.
Ketiga : Murtad akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan
semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila
masa apabila dikehendakinya. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi
mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang
lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama
dari segi identitinya
Selain itu, perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan muslim
yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran Islam.
Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang digunapakai oleh golongan musuh Islam untuk
merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah dijelaskan melalui
kata-kata seorang pemimpin Yahudi : “berlakonlah seolah-olah kamu beriman di pagi
hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam) pada waktu petangnya supaya
golongan muslim berkata dalam hati mereka, keluarnya mereka dari Islam adalah bukti
bahawa agama Islam itu tidak sesuai, ini kerana mereka adalah golongan yang telah
diturunkan kitab dari langit terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih
mengetahui”
LAMPIRAN
KEBEBASAN BERAGAMA
Perlembagaan menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak yang dijamin
di bawah bab mengenai kebebasan asasi. Kedudukan ini termasuk dalam hak-hak lain di bawah
bab mengenai kebebasan asasi di dalam perlembagaan yang tidak boleh digantung atau dinafikan
oleh undang-undang yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Perbincangan berkaitan Agama dan Perlembagaan ini perlu diteliti dari segi sejarahnya.
Kedatangan Islam ke negara kita telah lama berlaku sejak zaman dahulu lagi. Manakala semasa
penggubalan Perlembagaan yang di lakukan oleh Suruhanjaya Reid turut mengambil kira
berkaitan dengan agama sebagai salah satu tonggak bagi membentuk perlembagaan negara ini.
Mahkamah dan keputusan berkaitan dengannya juga turut mempengaruhi bagaimana penaksiran
berkaitan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan. Setiap kes yang di bawa dan di berikan
keputusan oleh mahkamah mempengaruhi pandangan terhadap kedudukan agama Islam dalam
Perlembagaan negara.
LAMPIRAN
KESIMPULAN
MURTAD
Oleh itu, dalam menangani isu murtad ini, penulis ingin mencadangkan beberapa
perkara untuk diambil tindakan oleh segenap lapisan umat Islam di Malaysia;
a) Pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah
hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman
mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari
usia kecil sehinggalah mereka dewasa.
c) Golongan muallaf atau saudara baru yang telah memeluk Islam perlulah diberikan
perhatian sama ada dari sudut moral mahupun material. YAA Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang dalam keputusannya berhubung kes Siti Fatimah Tan, sebelum
mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai
dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. Menurut beliau,
MAIPP sepatutnya perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.
Dan jika ini tidak dilakukan, beliau bimbang akan wujud lebih banyak kes-kes seperti itu.
KEBEBASAN BERAGAMA
Secara kesimpulannya, kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah penting.
Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya
ditafsirkan oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka dan universal,
bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua umat manusia. Oleh
itu pendidikan berkaitan Perlembagaan negara perlu ditekankan kepada semua lapisan
masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan yang mengetahui hak dan keperluan sebagai
warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya.
RUJUKAN
http://www.alminbar.net/malafilmy/3okobat/2.htm.
http://www.islamonline.net/arabic/contemporary/2002/02/article2a.shtml
http://forum.ekpkm.com/viewtopic.php?f=88&t=1003
http://al-ulum.com/sinar-jun07-kurang.html
http://www.amos.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?offset=125&Id=436
http://www.eramuslim.com/berita/int/8821143817-empat-strategi-pemurtadan-kaum-
evangelis-terhadap-muslim.htm
http://www.pmium.org/v100/modules.php?name=News&file=print&sid=229