You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

10.0
18.0
23.0

42.0 lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk

menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan

berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

43.0 Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan

sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid- murid. Kebosanan dapat dielakkan

sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang

diajar.
44.0 Lirik lagu
45.0 : Pak Mamat Tukang Kebun
46.0 Gubahan
47.0 : Mazwan Mohd

48.0 Pak Mamat ada kebun

Luasnya luasnya...

Kebun Pak Mamat banyak sayur

Segarnya segarnya...

Setiap pagi ia ke kebun

Bersama dengan anaknya...

Pak Mamat ada kebun

Luasnya luasnya...
49.0 (ii)
50.0 Matapelajaran
51.0 :Sains (Tahun 4)
52.0 Tajuk
53.0 :Bahagian-bahagian Pokok
54.0 Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
55.0 1) Muzik
56.0 :Bunyi yang kuat....pokok tumbang
57.0 Bunyi yang lembut….daun augur, angin bertiup.
58.0 2) Pergerakan
59.0 :Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang
60.0 berbeza fungsi, rendah dan berterbangan.
61.0 3) Seni Visual

62.0 :Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti

gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus

dengan pelbagai warna.


63.0 Integrasi Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk ‘Bahagian-bahagian Pokok’ bertujuan membantu

mempertingkatkan kefahaman murid. Pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran juga

dapat mempertingkatkan daya kreativiti murid-murid.

64.0 Dalam tajuk ’Bahagian-bahagian Pokok’, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan

aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna dan menamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui

aktiviti mewarna pula, murid dapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya

melalui warna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagi

pemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajar dengan melukis,

mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.

65.0 Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini dengan meminta pelajar

membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yang bertiup daun gugur dan sebagainya.

Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung murid dapat menggunakan pengalaman sedia ada

mendengar bunyi-bunyi tersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

66.0 Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit dengan menerapkan nilai-nilai

menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yang diajar. Guru akan memasukkan contoh-

contoh keadaan semasa bagi menggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan

berlaku jika manusia tidak menjaga alam sekitar.


67.0 (iii)
68.0 Matapelajaran
69.0 :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
70.0 (Tahun 2)
71.0 Tajuk
72.0 :Koordinasi
73.0 Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
74.0 1) Muzik
75.0 :Nyanyian lagu ‘Jika Rasa Gembira’
76.0 2) Pergerakan
77.0 :Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan
78.0 menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.
79.0 3) Seni Visual
80.0 :Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.

81.0 Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untuk menekankan aspek psikologi.

Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak positif secara tidak langsung kepada minda dan

tubuh murid-murid.

82.0 Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti fizikal.

Dalam tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh murid- murid melakukan pergerakan fizikal

seperti berlari, bertepuk tangan dan menghentak kaki bersama-sama. Walaupun murid-murid
melakukan pergerakan secara bebas namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan

melakukan pergerakan-pergerakan tersebut, murid dapat belajar sambil bergerak.

83.0 Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan bersama dengan

menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan aktiviti ini, murid dapat

menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak,

berfikir dan merasai sesuatu secara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor,

kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang diri

sendiri.

perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-


kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru atau pengajar itu mestilah

memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran, sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi

kandungan secara terperinci. Alat dan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat merangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru akan mempelbagaikan

pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa

penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukan secara

bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat,

nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran

keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka

ilmu.

SENI DALAM PENDIDIKAN / SDP

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi
kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan
menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk
meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.
Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus
- Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai
asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran;
- Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan
pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;
- Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif
melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;
- Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk
memperoleh pengetahuan dan pengalaman
- Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain
- Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan.

KONSEP DAN LATAR BELAKANG


Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak.

Kefahaman dalam ketiga –tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh
pengalaman dan ekspresi.

Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata


pelajaran lain.

Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar
belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak
tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara
aktif.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang
lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui
kecerdasan yang pelbagai

Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran


rasional dan intuitif seseorang individu.

Kepentingan Seni dalam pendidikan


Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.
FAEDAH SENI DALAM PENDIDIKAN
- Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar
- Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi
- Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
- Belajar cara belajar – aplikasi informasi secara berkesan
- Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan “Lateral Leaps”

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran


- Teori Konstruktivisme
- Teori Kecerdasan pelbagai
- Teori Behaviorisme Sosial
- Teori Perkembangan
- Teori Otak Kiri Otak Kanan
- Teori Pemprosesan Maklumat

BIBLIOGRAFI
Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.
Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi
Teras.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.
Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN
BHD, Selangor Darul Ehsan.
Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan,
Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.
Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi
Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni


Visual, didapati pada 15 September 2006 dari
84.0 mm

You might also like