You are on page 1of 15

2.5 MASALAH YANG DIHADAPI.

Antara masalah yang dihadapi adalah :

 Mata Alat yang kurang baik dan mudah tumpul ketika ingin melarik selinder besi.
 Kekosot bergabung tempat untuk memasang mata alat longgar dan akan lari sedikit ketika ingin
melarik selinder besi tersebut.
 Bacaan pada RPM(Round Per Minutes) tidak tepat dan kelajuan mesin larik sering berubah
,menyebabkan bahan kerja kurang memuaskan.
 Kekurangan angkup vernier, banyak pealatan tersebut sudah rosak dan longar.
 Kekurangan minyak pelincir semasa membuat bunga pada bahan kerja.
 Meter RPM pada sesetengah mesin tidak berfungsi menyebabkan sukar untuk menentukan
kelajuan putaran cuk rahang.
 Kekurangan bahan yang lebih sesuai digunakan untuk pembersihan tatal pada mesin.Tatal yang
terlalu banyak sesetengahnya melekat pada berus ketika kerja pembersihan dan menyebabkan
kecederaan ringan pada jari.
2.2 LANGKAH KESELAMATAN

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek
keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara :

Keselamatan Diri sendiri


 Cara pemakaian mestilah sesuai dngan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan.
Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di
dalam bengkel mesin larik.
 Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek dan elakkan memakai barang perhiasan yang
boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
 Jangan bergurau ketika berada di bengkel amali.
 Lengan baju bengkel hendaklah di lipat ketika berada di dalam bengkel mesin larik.

Langkah Keselamatan Ketika Menggunakan Mesin Pencanai

 Gunakan gogal atau pelindung mata bagi mengelakkan habuk atau pecikan api mengenai mata.
 Jangan sekali-kali menyentuh roda pencanai ketika roda sedang berpusing.
 Menghindari mesin pencanai daripada beterusan tanpa penyejuk. Menambahkan penyejuk pada
mata alat selepas mencanai dalam beberapa minit.

Langkah Keselamatan Apabila Menggunakan Mesin Larik

 Memastikan mesin tersebut dalam keadaan yang bagus apabila hendak menggunakan dan
melakukan kerja.
 Pemakaian gogal keselamatan perlu bagi melindung daripada terkena serpihan logam dan
menggunakan ‘hook’ ketika membuang serpihan logam tersebut.
 Memastikan bahan kerja dan mata alat diketatkan sebelum mesin berfungsi.

Kekemasan Tempat bekerja atau worksyop.


Kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mengelakan belakunya
kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah
diambil kira:
 Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
 Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada kesan licin diatas
lantai worksyop.
 Jangan biarkan tatal atau sepihan logan besepah diatas lantai dan sekeliling mesin.
 Ruang worksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis
keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
 Worksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
 Alatan pencegah kebakaran juga hendaklah diletakan ditempat yang sesuai ,mudah dilihat dan
dicapai jika berlaku kecemasan.

Pelengkapan keselamatan

 Kasut/but keselamatan(safty boots) ,Melindungi kaki daripada objek yang terjatuh ke atas kaki
atau tersepak objek keras dan tajam.
 Gogal keselamatan ,Melindungi mata daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik dan
mengelakkan daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting ke arah
mata.
2.3 ALAT DAN BAHAN

ALAT

1. Mesin Larik Tetengah

Kegunaan : Kerja-kerja penyelenggaraan sederhana.

Cuk tiga
Landasan
rahang/
spindal

Cermin
Alat belakang
keselamatan

Brek

Rajah 1 : Mesin larik

2. Cuk tiga rahang/spindal.


Kegunaan : Memegang benda kerja

Rajah 2 : cuk tiga rahang/spindal


3. Landasan
Kegunaan : Mengawal kejituan mesin pelari.

Rajah 3 : landasan
4. Alatan belakang.
Kegunaannya untuk menjajarkan keselarian di antara tetengah mati dan tetengah hidup
mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tirus dengan kaedah ini.

Rajah 4 : Alatan belakang


5. Mesin pencanai.
Kegunaan : Tempat mencanai mata alat.

Rajah 5 : Mesin pencanai.


6. Angkup Vernier.
Kegunaan : Untuk mengukur benda kerja.

Rajah 6 : Angkup Vernier.

7. Kunci Spindal
Kegunaan : Mengetatkan spindal.

Rajah 7 : Kunci spindal


8. Mata Alat Melurah.
Kegunaan : Untuk melarik.

Rajah 8 : Mata alat melurah.

9. Mata Alat Menbunga.


Kegunaan : Untuk membunga.

Rajah 9 : Mata Alat Membunga.

10. Mata gerudi kon.


Kegunaan : untuk menebuk lubang kon.

Rajah 10 : Mata gerudi kon


BAHAN
1. Benda kerja

Rajah 1

2. Mata alat
Kegunaan : Larikan dalam, menehan kejutan dan mengekalkan mata pemotong

Rajah 2
2.7 RUJUKAN

 Buku teknologi waksyop(JJ104)


 Internet : Mesin Larik.
 Nota senior mekanikal.
 Pensyarah dan rakan-rakan.
 Gambar rajah bahan kerja.
 Wikipedia (Internet)
 Mechanical Engineering Textbook Form 4 & 5
2.4 LANGKAH KERJA

Mencanai Mata alat

I. Pertama, potong mata alat menggunakan mesin pencanai pada sudut 15-25

II. Langkah kedua,potong mata alat pada sisi kiri dan kanan menggunakan roda pencanai
pada sudut 15-25.

III. Memastikan pada akhir keja pemotongan mata alat, hujung yang tajam akan di sudut
sedikit.
Melarik dan menampang bahan kerja.

1. Bahan kerja yang berbentuk silinder dikunci pada cuk rahang yang terdapat pada mesin larik dengan
ketat.
2. Mata alat yang telah diasah disediakan untuk melarik bahan kerja tersebut.
3. Bahan kerja dilarik selari untuk mendapatkan panjang 50mm dan dilarik penampang untuk
mendapatkan ukuran diameter 30mm dengan kelajuan 530 Rpm.
4. Bahan kerja sepanjang 20mm dilarik penampang sekali lagi untuk mendapat ukuran diameter 25mm
dengan kelajuan yang sama.
5. Lubang berbentuk kon ditebuk pada bahan kerja di pusat ukuran diameter 25mm menggunakan mata
gerudi yang di pasang pada alat belakang mesin larik dengan kelajuan 30-40 Rpm.
6. Setelah siap kerja ini bahan dikerja dilurah dan dibungakan menggunakan mata alat melurah dan
mata alat membunga. Kerja pengakhiran adalah melarik tirus pada hujung bahan kerja.
7. Bahan kerja yang telah siap diperkemaskan lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih licin.
8. Mesin larik yang telah digunakan dibersihkan dan dibersihkan selepas digunakan.
Penggunaan mesin larik

Sebelum memulakan operasi,sila pastikan :


1. Suiz utama dihidupkan.
2. Suiz pada mesin dihidupkan.
3. Periksa keadaan mesin selamat dan boleh digunakan :
a) Brek dan butang kecemasan.
b) Pelindung keselamatan.
c) Bindu.
d) Sistem penyejuk.
e) Tuil mula
f) Tuil paksi
g) Pemegang mata alat.
4. Laraskan kelajuan ‘Spindle’ mengikut ketetapan yang telah diberi.
5. Jika terdapat sebarang kerosakan, sila laporkan dengan segera kepada pensyarah atau
juruteknik yang terlibat.
6. Utamakan keselamatan ditempat kerja.
Selepas menggunakan mesin, sila pastikan :
1. Kelengkapan mesin disimpan di tempat yang betul.
2. Suiz pada mesin dipadamkan.
3. Suiz utama dipadamkan.
4. Mesin dibersihkan(tatal dibuang di tempat yang disediakan).
5. Sapukan minyak pada meja kerja.
2.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF

PENGENALAN
Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versetail dalam bengkel kejuruteraan.Walaupun
pelbagai bentuk mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, namun mesin pelarik pertama yang
boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik inggeris bernama Henry
Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan
James Watt padaa awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industry England. Sejak dari masa itu
mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan
komonen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap
bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.
Mesin larik berfungsi sebagai blok alat putaran untuk melakukan pelbagai pengoperasian bahan
kerja seperti pemotongan, melarik, membunga, menampang atau perubahan bentuk dengan
menggunakan mata alat semasa kerja dilakukan. Mata alat sedikit demi sedikit akan membentuk sesuatu
objek simetri pada paksi putaran. Mesin larik dilengkapai dengan pelbagai alat dan bahan yang diguna
seperti cuk tiga rahang, landasan, alatan belakang, angkup vernifer, kunci spindal, mata alat membunga
dan sebagainya. Dengan adanya alat dan bahan, mesin larik akan berfungi menjalankan kerja-kerja
yang diperlukan.

OBJEKTIF

 Dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata serta berkebolehan mengendalikan mesin larik.
 Mengetahui fungsi bahagian-bahagian mesin larik tetengah.
 Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik.
 Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat.
 Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat.
 Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat.
 Mempelajari bagaimana memotong bahan kerja menggunakan mata alat.
 Untuk membantu para pelajar mengenal maksud sebenar kerja-kerja memesin.
 Untuk menguji kefahaman dan kemahiran para pelajar tentang cara-cara menggunakan peralatan-
peralatan memesin bagi menghasilkan kerja-kerja pemesinan yang sempurna.
 Untuk membiasakan para pelajar dengan suasana di dalam bengkel mekanikal sebelum menjejakkan
kaki ke alam pekerjaan.
 Bagi membantu para pelajar mengetahui beberapa langkah keselamatan sebelum memulakan kerja-
kerja memesin.
 Dapat mendedah para pelajar dengan kerja-kerja memesin.
 Mendedahkan para pelajar bahagian-bahagian mesin yang digunakan.
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

2.1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 1

2.2 LANGKAH KESELAMATAN 2-3

2.3 ALAT DAN BAHAN 4-8

2.4 LANGKAH KERJA 9-11

2.5 MASALAH YANG DIHADAPI 12

2.6 KESIMPULAN 13

2.7 RUJUKAN 14
KESIMPULAN

Setelah selesai melakukan kerja projek, saya dapat mengetahui fungsi-fungsi kegunaan mesin
seperti pemotongan, melarik, membunga, menampang atau perubahan bentuk dengan menggunakan
mata alat semasa kerja dilakukan. Daripada mata alat dapat membentuk bahan kerja yang diperlukan.
Saya juga dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata alat serta berkebolehan mengendali mesin
larik. Selain itu, pengurusan yang bagus membolehkan bahan kerja dihabiskan dengan segera.
Kerjasama yang tinggi antara rakan sekerja banyak membantu dalam menyelesaikan bahan kerja
tersebut. Disamping itu, bantuan dari pensyarah dan senior turut mempermudahkan kerja-kerja
melakukan bahan kerja. Banyak alat dan bahan yang diperlukan ketika melakukan bahan kerja dan
dapat mengenali fungsi setiap alat dan bahan tersebut.

You might also like