Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ManualPenyelarasan pbs

ManualPenyelarasan pbs

Ratings: (0)|Views: 1,148|Likes:
Published by iyatieku

More info:

Categories:Types, Reviews, Book
Published by: iyatieku on Jan 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2014

pdf

text

original

 
 1
manual penyelarasan 
MANUAL PENYELARASAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH1.0 DASAR PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponenpentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannyadilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam prosespengajaran dan pembelajaran.PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikutprosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan danpemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dankesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:a)
 
Projek b)
 
Kerja Kursusc)
 
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)d)
 
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)e)
 
ModulMatlamat kurikulum bahasa sekolah menengah adalah untuk melengkapkanmurid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhikeperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Matlamatini diukur di peringkat sekolah dalam bentuk Pentaksiran Lisan BerasaskanSekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah.
UNIT PMR,LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 
 
 2
manual penyelarasan 
UNIT PMR,LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikanmata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang memberi penekanan yang seriusterhadap kemahiran bahasa yang empat iaitu kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Melalui instrumen ini kemahiran-kemahiran tersebutkhasnya kemahiran mendengar dan bertutur dapat dipertingkat. Ini dapatmelahirkan generasi yang celik bahasa Al-Quran dan mampu menggunakannyadalam komunikasi.Pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangatsetia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.Sebahagian dari matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibatsecara langsung dalam menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah disekolah yang mana, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah airdan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaanmasyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokuskepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supayadapat melahirkan murid berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenaliserta mencintai negara Malaysia. Seperti pendidikan Sejarah, sebahagianmatlamat ini , diukur semasa murid melaksanakan projek PBS.Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan muridyang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologidan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikapsaintifik dan nilai murni untukmembuat keputusan dan menyelesaikan masalahdalam kehidupan harian. Jesteru, murid mempunyai landasan sains dan teknologiuntuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains danteknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram,dinamik, progresif,bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
 
 3
manual penyelarasan 
UNIT PMR,LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu,beriman, berketerampilan beramal soleh, beradab dan berakhlak muliaberdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yangbertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. PentaksiranBerasaskan Sekolah yang melibatkan Tilawah & Hafazan serta Pemerhatian Adab& Akhlak Islamiah merupakan alat pengukuran bagi sebahagian matlamatPendidikan Islam.Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi sertakreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubahuntuk kehidupan harian. Modul-modul kerja kursus KHB yang perlu dilaksanakanoleh semua murid menjadi alat pengukuran dalam PBS.Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakansatu lagi cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Kamarul Khamis liked this
NOOR AZNI liked this
NOOR AZNI liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->