You are on page 1of 23

Ê Ê 


    Ê
Satu Sensitiviti atau Perpaduan Kaum ?

c 

Sasterawan Negara (SN) Dato¶ Abdullah Bin Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di

Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, beliau mula belajar di

Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Beliau meneruskan

pendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932

hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo Chinese

School, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII.

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk

menjalani kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai

Tinggi) selama tiga bulan. Pada tahun 1939, beliau telah berkhidmat sebagai penolong

penjaga stor di perusahaan lombong bijih di Pahang dan pernah berkhidmat di bahagian

penerbitan, syarikat surat khabar Sahabat, di Pulau Pinang. Pada tahun 1940, beliau

berkhidmat di Pulau Pinang sebagi pembantu pengarang surat khabar Saudara dan pada

tahun 1941 pula (sehingga kedatangan tentera Jepun), beliau berkhidmat di Sungai Petani,

Kedah sebagai kerani dan tukang dobi di kem tentera Inggeris. Beliau juga pernah menjadi

wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Beliau

juga pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernah

menjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,

beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telah

berkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernah

berkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalah

Angkatan Baru pada tahun 1965-1968.

c
Selama 10 tahun mulai tahun 1968, beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Seterusnya, pada tahun 1978, beliau telah

berkhidmat sebagai ketua unit bahasa dan sastera di DBP cawangan Sabah sehingga tahun

1979. Sehingga tahun 1981, beliau berkhidmat sebagai ahli cipta di Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang. Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di DBP Brunie

Darussalam sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera. Pada tahun

1993, beliau berkhidmat sebagai Karyawan Tamu DBP sehingga tahun 1996. Abdullah

Hussain dinobatkan sebagai SN yang kelapan pada tahun 1996. Selain penganugerahan

SN, beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan

Aceh (LAKA) pada tahun 1995 dan Darjah Kebesaran Dato¶ Setia Diraja Kedah (DSDK)

yang membawa gelaran Dato¶. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran

Panglima Jasa Negara (PJN) yang juga membawa gelaran dato¶ oleh Yang di-Pertuan

Agong.

Sepanjang penglibatan beliau dalam penulisan kreatif, terdapat pelbagai hasil

penulisan yang telah beliau lahirkan. Karya pertama beliau adalah sebuah karaya lucu yang

disiarkan dalam majalah Tanah Melayu pada tahun 1939. Beliau juga telah menghasilkan

25 buah novel, tiga buah cerpen, Sembilan buah buku terjemahan sastera, sebuah

autobigrafi dan enam buah biografi. Novel Imam telah diangkat sebagai pemenang Hadiah

Sastera Malaysia 1994/95 dan tempat pertama dalam Hadiah Novel Nasional 1992/94.

Kini, novel beliau yang telah menjadi kontroversi iaitu Interlok, yang diterbitkan oleh DBP

pada tahun 1971.


Kontroversi ini dicetuskan apabila novel ini dijadikan teks pilihan Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk Komponen Sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu

(KOMSAS) tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011.

Interlok menjadi kontroversi kerana ada beberapa perkataan di dua halaman yang

didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agama

Hindu pada halaman 211 dan 220.

« satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaul


kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria«.

( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)

Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut :

³Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;


dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang
mati.´

( Interlok Edisi Pelajar )

 

Novel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan oleh DBP.

  

Novel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan pada tahun 2010.

   !"

Novel Interlok Edisi Pelajar mengandungi empat bab iaitu Bab Satu : Keluarga Seman,

Bab Dua : Keluarga Ching Huat, Bab Tiga : Keluarga Maniam dan Bab Empat : Interlok.

ÿ
Dalam bab satu diselitkan dua pepatah Melayu iaitu ½ ar lam½at asal selamat,

takkan lar gunung d kejar. Dalam bab dua pula, diselitkan pepatah Cina iaitu kalau tak

½erwang, ke mana perg tetap ter½uang dan dalam bab tiga pula diselitkan pepatah India

iaitu varant nal varataku lla (hat yang tetap akan mencapa kemenangan). Manakala

dalam bab empat pula diselitkan motto yang tertera pada jata negara Malaysia iaitu

Bersekutu Bertam½ah Mutu.

Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis. Bab satu

dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pula

mempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodata

masing-masing mempunyai 13 dan satu halaman.

0 #    !"

Novel Interlok Edisi Pelajar mengisahkan kehidupan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan

India. Ketiga-tiga kaum itu memang terdapat di Malaysia pada masa kini dan semakin utuh

dalam mewujudkan perpaduan antara kaum masing-masing.

$!%

Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak

Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu

membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta

Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak

Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari

kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak

D
Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang

sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan

surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung

kerana semua harta bukan miliknya lagi.

 $!&

Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini

menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung

itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan

menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok

bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang

tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak

Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi

penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia.

Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan

dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan

keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

$!'%

Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu

petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay

tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay

akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di

0
kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia

perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak

disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini

meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di

kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa

Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar

tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

%#$!

Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam

berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa,

kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan

ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana

kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih

timah.

Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah

meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung.

Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.

Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah

Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba

berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada

masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang

kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew

º
Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang

berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas

komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan

beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak

memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan

melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini,

iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan

cuba membebaskan Mak LImah.

Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia

ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya

orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng

(Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang

mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak

Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang.

Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk.

Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula

berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang

komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


º !! 

Tiga bab pertama Interlok iaitu bab satu, bab dua dan bab tiga telah diceritakan sebagai

satu latar masyarakat yang hidup secara realiti setiap kaum yang diwakilinya iaitu keluarga

Seman (Melayu), keluarga Ching Huat (Cina) dan keluarga Maniam (India) dengan watak

dan perwatakan masing-masing. Penceritaannya dalam ketiga-tiga bab tersebut tidak

mengambil kira watak dan perwatakan yang baik atau buruk seperti yang telah diperagakan

oleh pengarang sebagai rakaman sejarah. Watak dan perwatakan yang baik atau buruk itu

hanya diperhalusi oleh pengarang untuk menimbulkan plot penceritaan yang menarik.

Pengulas telah memilih Bab Empat : Interlok sebagai bab yang menarik untuk

dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua pembaca. Sinopsisnya adalah seperti

yang berikut :

Ketika Maniam teringat akan Rama Krishnan dan Malini yang sudah

ditinggalkannya selama 21 tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk

mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah

kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa

membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari

rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah

menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan

memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam

itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya.

Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa

dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu

ü
Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal

mereka nanti.

Selepas Ching Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam,

Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke

sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di

lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia

juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim.

Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew

Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan

bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan

seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong

Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan

bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia

bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan

apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau

bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man

untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat Ranggi untuk dijadikan isterinya.

Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi

akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat

menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam

bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan

u
berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa

mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai

Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram

dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut

akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan.

Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina

untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Ching Huat pada suatu malam,

Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan

emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera

Jepun datang ke kedai Ching Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan

pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula

balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya

untuk mencari Poh Eng yang hilang.

Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang

mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali

telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah

dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap

oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap

oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan,

Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan

anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya.

c
Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya

membebaskan Mak Limah. Ching Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan

Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat

kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil

pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya

mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap

dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu

malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun

dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya

jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku

penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula

semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat

Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor

Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa

dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus

membebaskan kawannya itu.

Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak

orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang

hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri

kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakkan untuk mewujudkan sebuah

kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris.

cc
Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya

daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa

melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa

merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk

meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap

malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus

menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih.

Ching Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di

kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina

akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-

orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan

memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman

iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa

ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika

Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak

Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan

serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut

pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew

Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup

telah ditangkap.

c
Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia

selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang

anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula

berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan

berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila

Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew

Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan

kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka

datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

( ! 

 (c 

Pertama sekali, pengulas menganggap novel ini mempunyai kekuatan yang sendiri.

Pengulas menyokong penuh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan novel

ini sebagai teks KOMSAS tingkatan lima kerana pengulas berpegang pada maksud

Interlok itu sendiri. Interlok berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ?nterlocked yang

membawa maksud memancakan atau berpancakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,

panca bermaksud merapatkan kedua-dua belah tangan atau mengenggam. Justeru, Interlok

menunjukkan satu keakraban dalam pelbagai kaum yang menuju ke arah satu jalan yang

makmur iaitu perpaduan.

Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan Interlok sebagai teks

KOMSAS tingkatan lima bagi zon Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya),

Selangor dan Negeri Sembilan memang tepat. Hasil garapan idea SN Dato' Abdullah

cÿ
Hussain, Interlok bercirikan pensejarahan dengan kemunculan masyarakat majmuk di

Tanah Melayu menerusi watak-watak tiga kaum utama di semenanjung iaitu Melayu, Cina

dan India. Setiap watak yang mewakili kaum masing-masing digarap dan digambarkan

mengikut kisah-kisah sejarah yang sebenar.

Selain itu, pengarang menembusi watak kaum India dalam Interlok adalah semata-

mata untuk menunjukkan Watak Maniam yang selalu membantu orang lain tidak kira

kaum Melayu iaitu Seman atau kaum Cina iaitu Ching Huat. Sejarah penderitaan dan

survival Maniam menjadikannya lebih berperikemanusiaan kepada kaum-kaum yang lain.

Perhubungan antara Maniam, Seman dan Ching Huat dalam perjalanan cerita ini

menunjukkan gagasan perpaduan yang ditunjukkan oleh pengarang. Gagasan perpaduan

yang ditonjolkan oleh pengarang menunjukkan pembinaan ke arah penyatuan bangsa.

Pemilihan novel ini dalam pendidikan amat tepat kerana kebanyakan pelajar pada

masa kini sudah tidak mementingkan perpaduan. Malah, ia bertepatan dengan gagasan

1 Malaysia yang telah digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato¶ Seri Mohd Najib Bin

Tun Abdul Razak. Wawasan perpaduan ini amat jelas diwakili judul novel ini sendiri iaitu

Interlok yang bermakna tautan, jalinan, kemas, kejap atau memanca.

Secara sosiologinya, Interlok ditulis dengan menggambarkan latar sebenar

masyarakat yang menghuni Malaysia selepas kemerdekaan. Semua kaum di Malaysia

bersatu padu dalam membentuk perpaduan dalam apa jua bidang sama ada politik,

ekonomi dan sosial. Citra masyarakat dalam setiap kaum digambarkan secara lengkap

dengan kehidupan yang hakikatnya berlaku pada masa sekarang.

Interlok yang ditukangi pengarang adalah menggambarkan satu landasan untuk

mempupuk semangat baharu kepada sebuah negara yang sudah keluar dari kurungan

cD
penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya

dalam kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berbeza latar belakang sejarahnya.

Interlok mempunyai auranya sendiri setelah pembaca mula membacanya. Bacaan

yang penuh penghayatan dan garapan pengarang melalui plot penceritaan yang baik dan

dramatis membuktikan pembaca seolah-olah turut berada di latar peristiwa yang

diperincikan, mendengar sendiri percakapan watak dan menyelinap masuk dalam fikiran

dan perasaan mereka.

Interlok juga menunjukkan perwatakan ketiga-tiga watak yang mewakili setiap

kaum di Malaysia jelas sudah berbeza berbanding dalam tiga bab yang pertama. Seman

mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu.

Ching Huat yang mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum

yang lain. Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakan sebagai watak yang

memupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Rama

Krishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpa

mengira kaum. Justeru, kekuatan Interlok bukan sahaja bergantung pada watak-watak yang

ditonjolkan pengarang, malah penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan jalinan saling bantu-

membantu dan saling kasih-mengasihani dalam watak Maniam turut berperanan dalam

menjelaskan tema novel tersebut.

Melalui Interlok, pengarang menceritakan sedalam-dalamnya tentang sebuah

masyarakat yang berbilang kaum pernah hidup dan berjuang demi masa depan masing-

masing. Hal ini diperjelaskan lagi pada setiap watak yang mewakili kaum masing-masing

meneruskan perjuangan hidup semasa pendudukan Jepun sehinggalah tanah air mereka

terkeluar dari kepompong penjajah. Menerusi Interlok, pengarang menjadi ruang saranan

c0
untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat. Malah, Interlok

menjadi wadah perubahan dalam diri golongan remaja pasca merdeka kerana golongan

remaja pada zaman tersebut hanya menjadikan media cetak seperti Interlok untuk

mempelajari sejarah dan mengetahui asal-usul mereka. Justeru, anak-anak pada hari ini

dapat dididik dengan sejarah bangsa dan sangat wajar ditekuni dengan akal yang panjang

penuh saksama.

Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalam

hasil seni mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang mampu menarik hati dan minat

pembaca. Melalui pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing dan

mengajar manusia menjadi insan berguna. Sesebuah novel mampu membangunkan modal

insan yang cemerlang. Tidak hairanlah Interlok diangkat sebagai sebuah novel yang

membangunkan bangsa Malaysia di alaf ini tanpa menitikberatkan isu-isu perkauman.

Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketiga-

tiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain demi

kesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia.

Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap

perpaduan. Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu

Ramu Krishnan, anak Ching Huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam

Interlok mencerminkan kesungguhan anak-anak muda dalam mencapai perpaduan

walaupun masing-masing berbeza latar belakang kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak

rakyat Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang bersatu padu.

Interlok adalah satu hakikat dalam kehidupan. Perjalanan kehidupan Seman

(keluarga Melayu) sebelum merdeka menunjukkan realiti kepada kehidupan masyarakat


Melayu pada masa itu. Begitu juga dengan Ching Huat (keluarga Cina) dan Maniam

(keluarga India) keluar dari tanah air masing-masing iaitu India dan China ke tanah

Melayu untuk mencari rezeki. Jelas menunjukkan pada masa itu tanah Melayu pada masa

itu dunia rezeki bagi orang luar. Akhirnya, ketiga-tiga watak mewakili kaum masing-

masing berusaha untuk memupuk perpaduan di akhir cerita.

 ( !%

Pengulas menganggap Interlok tiada cacat celanya. Kelemahan yang ditonjolkan dalam

Interlok tidak dapat dikupas dengan jelas. Ini menunjukkan Interlok sebuah novel yang

mampu mengubah minda anak-anak muda masa kini terutamanya dalam pengertian

perpaduan dan mengimbau kisah-kisah sejarah dahulu.

Interlok yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini mungkin hanya

disebabkan kaitan dengan sistem kasta Paria dan menyentuh isu lembu yang dianggap

binatang suci dalam kaum India. Malah ada juga menyentuh kaum Melayu yang dianggap

pemalas dan bodoh. Pemilihan diksi tersebut tidak dianggap melampau tetapi bagi

sesetengah pihak ia telah dianggap telah menyentuh sensitiviti kaum India dan Melayu.

Kesemua isu sensitif itu dileraikan di bab empat yang menunjukkan semua kaum bersatu

membina perpaduan demi sebuah Negara yang berdaulat.

)  #%*

Selepas membaca Interlok, jelas meninggalkan kesan mendalam kepada diri seorang

pembaca yang menghayati dan memahami plot cerita Interlok. Dalam Interlok, penerapan

c
nilai-nilai murni dan mesej kepada pembaca dapat dikupas dengan mendalam agar semua

pembaca dapat menilai dan bandingkan dengan kehidupan masa kini.

Antara nilai-nilai murni yang dapat dikupas adalah mengenang budi,

bertanggungjawab kepada keluarga, kesetiaan kepada isteri, kasih sayang dalam keluarga,

tidak mudah putus asa, cintakan tanah air, prihatin dan lain-lain. Semua nilai murni yang

diterapkan dalam Interlok memberi kesan yang mendalam kepada pembaca supaya

menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan pada masa kini.

Selain itu, mesej atau pengajaran dalam Interlok juga boleh membantu para

pembaca dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Antara pengajaran

yang boleh diambil iktibar adalah kita hendaklah mengenang budi, kita juga hendaklah

bertanggungjawab dan menanam sifat kasih sayang dalam keluarga. Selain itu, kita

hendaklah bekerja keras demi keluarga dan tanah air, kita juga hendaklah tidak mudah

putus asa dalam apa jua perkara. Di samping itu, kita hendaklah menanam semangat

cintakan tanah air, kita juga mestilah hidup prihatin dalam komuniti.

Selain penerapan nilai-nilai murni dan pengajan dalam Interlok, penggunaan dan

pemilihan diksi yang senang difahami maksudnya jelas memberikan kesan yang mendalam

kepada pembaca sehingga mereka memahami plot cerita yang disampaikan oleh

pengarang.

Plot penceritaan yang kronologi (mengikut urutan waktu) juga membantu

memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca. Hal ini demikian kerana, para

pembaca tidak keliru dalam memikirkan plot ceritanya malahan dapat membantu para

pembaca memahami perjalanan cerita dari satu plot ke plot yang berikutnya. Penceritaan


mengikut bab (penceritaan satu-persatu mengikut kaum) dapat membantu para pembaca

memahami penceritaan satu demi satu tanpa bercampur aduk.

Penerapan teknik penceritaan sepeerti pemerian, dialog, imbas kembali, suspens

dan sebagainya turut membantu memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca.

Semua teknik penceritaan tersebut dapat membantu pembaca mendalami plot cerita dan

menelaah setiap perwatakan yang diwarnai oleh pengarang kepada setiap watak yang

ditonjolkan.

u  #

Interlok dapat dikaitkan dengan teori Sosiologi Sastera. Teori Sosiologi Sastera merupakan

kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang

berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan

sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori

sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat

tentang perangai kita sebagai manusia atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara

manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses

sosial sejagat.

Ungku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir ( 2006 : 3 ) menjelaskan konteks

Kesusasteraan Melayu, konsep Sosiologi Sastera merangkumi tiga bentuk pemahaman dan

penerapan.

Pemahaman yang pertama bertolak daripada teks sastera yang berandaian bahawa

teks sastera bebas daripada tuntuan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian berpusatkan

teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat yang

cu
terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh daripada kajian instrinsik

yang lumrah ditemui. Namun begitu, kajian intrinsik ini ditumpukan kepada latar

masyarakat yang terdapat dalam sepanjang perjalanan cerita dalam teks yang dikaji.

Pemahaman kedua berkisarkan kepada penghujahan bahawa persekitaran

mempunyai kaitan langsung dalam karya yang dihasilkan. Justeru, kajian menganalisis

dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut memepengaruhi

karya yang terhasil dari segi isi dan bentuknya. Pemahaman yang ketiga pula ialah

pemahaman yang lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigm tertentu untuk

mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.

Kesimpulannya, pemahaman yang pertama lebih dominan dan merupakan satu

ilmu tentang Sosiologi Sastera yang diamalkan dalam kesusasteraan Melayu.

A. Halim Ali dalam http://teor sastera.½logspot.com/20102010/05/pendekatan-

sos olog .html menjelaskan teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan

yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-

aspek historikal iaitu aspek sejarah menjadi latar belakang yang mendasar teks. Ia juga

mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang

menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika

sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan

pengkaryanya serta masyarakat pembaca.

Teori sosiologi sastera menuntut pengarang mengumpul sebanyak mungkin

pengalaman dalam kehidupan kerana pengalaman dalam kehidupan akan mempengaruhi

daya kreativiti sesorang. Pengalaman luas dalam diri pengarang akan membolehkan


menghasilkan teks yang unggul. Ini kerana kepelbagaian pengarang akan menyediakan

pelbagai pilihan dan membolehkan pengarang membuat pilihan yang terbaik.

Pengalaman boleh dikutip melalui peristiwa dalam kehidupan harian, sama ada

yang dialami sendiri, melalui pengamatan, pendengaran, bacaan, penyelidikan dan

sebagainya. Pengalaman yang pelbagai ini pula menuntut proses penyaringan, pemilihan,

dan kesepaduan agar ia dapat mencapai keseimbangan baik dari segi isi, teknik mahupun

nilai estetika. Pendekatan sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang

menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi merupakan salah satu bidang sains

sosial. Walaupun Sosiologi bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai

hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah

sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini. Sosiologi

melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks

mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan

seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur

penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya..Para sosiologi masa

kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada

masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi

seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran,

struktur ini, termasuk jenayah, perceraian dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.

Menurut Fatimah Binti Daud (1992), ahli sosiologi sering kali bergantung kepada

kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model-

model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada

manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara

c
terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang

lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua

kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk

menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai

corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami

bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.

Teori ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana

seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna,

bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan

sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi

pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat

hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial,

nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan

membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi

karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat.


c    + ,

 

Abdullah Hussain, (2010), ?nterlok Ed s Pelajar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa


dan Pustaka.

- 

 Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teor -Teor Sos olog . Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

-!'"!

 Ungku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir, (2006), ›kadem ka 69 : Pemahaman


dan Penerapan Sos olog Sastera dalam Kesusasteraan Melayu Moden, Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

% !

Diperoleh pada 18 Januari 2011 daripada http://teorisastera.blogspot.com.

ÿ

You might also like