Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman pelaburan dan pertukaran wangdisalurkan kepada perkembangan sektor perindustrian.
Institusi bank memberikan pinjaman bagi membantu golongan kapitalis mendapatkanmodal yang besar untuk meluaskan kegiatan perdagangan.
2
. Penubuhan negara bangsa
Penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkanperkembangan Kapitalisme.
Raja-raja negara bangsa berperanan dalam menggerak dan mempeloporiperkembangan Kapitalisme dengan mengumpulkan kekayaan demi untukmengukuhkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing.
Untuk mencapai hasrat tersebut, raja-raja negara bangsa turut menjalankan dasar ekonomi merkantilisme dengan tujuan mengumpulkan kekayaan untuk negaramereka pada sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi.
Perubahan dasar ekonomi ini menyebabkan negara-negara bangsa terlibat denganaktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka berlumba-lumba untuk mencarikekayaan dengan melakukan pelayaran ke seberang laut dengan sokongan kuatdaripada raja. Contoh : Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyoltelah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebut.
Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dipelopori oleh Portugal, Sepanyol,Perancis dan Inggeris.
Kesan daripada aktiviti ini, negara-negara bangsa menubuhkan koloni-koloni danmenguasai kekayaan ekonomi di negara tanah jajahan yang memberi keuntungankepada mereka.
3. Dasar Merkantalisme
Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abadke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara bangsa.
Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian danperindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas .
Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur danpedagang tempatan
Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis 1563,undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650 .
4. Pembukaan koloni / Dasar Kolonialisme
Perluasan dasar merkantalisme telah menyebabkan golongan kapitalis menubuhkankoloni-koloni baru untuk tujuan pertanian dan perladangan ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin.
Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Perkembangan inimenyebabkan permintaan untuk buruh meningkat dengan mendadak.
Kesannya telah membawa kepada penghijrahan manusia dari pelbagai tempat untukbekerja sebagai buruh ke kawasan-kawasan pertanian dan perladangan tersebut.
Penggunaan buruh asing telah mengembangkan ekonomi negara Eropah danmerancakkan sistem Kapitalisme di koloni-koloni tersebut.
Segala hasil kekayaan daripada koloni juga mengalir ke Eropah dan merancakkanperkembangan ekonomi di sana.
5. Pertembungan dan perkembangan perdagangan dengan dunia timur.
Perang Salib telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dunia Eropah dengandunia timur.
Selepas tamat Perang Salib, hubungan perdagangan antara Eropah dengan duniatimur terus berkembang dengan pesat.
Kesan daripada itu, bandar-bandar utama di Itali seperti Venice, Genoa, Florencedan Milan telah menjadi pusat-pusat aktiviti perdagangan yang penting.