You are on page 1of 5

TAJUK: 

Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian


Tinggi Awam

Sinopsis
Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah
berjaya menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan pendidik,
pemimpin masyarakat dan politik. Ia berpunca daripada satu laporan kononnya pelajar
bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yang disediakan oleh IPTA berkenaan.Masyarakat
Melayu semakin resah apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
membayangkan kesediaan kerajaan menghapuskan system kuota bagi kemasukan pelajar ke
IPTA sekiranya langkah itu dipersetujui rakyat. 
Kenyataan Perdana Menteri itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak.Ada pihak yang
menyokong, ada pihak yang ragu-ragu dan tidak kurang juga ada yang membantah  kerana
mereka lihat tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan itu berakhir apabila
Kementerian Pendidikan menjelaskan perkara yang sebenarnya bahawa tidak wujud kekosongan
seperti yang dilaporkan. Kuota itu sudah dipenuhi malahan ramai yang tidak dapat memasuki
IPTA. Ramai di kalangan bumiputera yang menarik nafas lega dan berpuas hati dengan
penjelasan Kementerian Pendidikan itu. 
Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya masyarakat
bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yang ada sekiranya tidak
mampu diisi , ia akan diisi oleh orang lain. Justeru itu dalam keratan akhbar yang dipilih, rencana
ini telah dapat mengupas kepentingan system meritokrasi kepada kemajuan orang melayu .
Perbincangan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres
Pendidikan Melayu Pertamayang juga bekas pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau
menerangkan maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa
kini,meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasi dan
system kuota pada masa akan datang.Sesungguhnya dengan penerangan yang diberikan oleh
beliau sekurang-kurangnya  dapat saya membincangkannya dalam  tugasan sosiologi saya.

Pengenalan
 Unsur-unsur kebimbangan jelas tertera dalam kebanyakan reaksi yang dikemukakan oleh
pelbagai pihak mengenai cadangan kerajaan menggunakan dasar meritokrasi bagi pemilihan
pelajar-pelajar ke IPTA dan yang akan diberi pelbagai bantuan dan kemudahan tambahan setelah
dipilih. Malah ada pihak yang turut menyatakan kebimbangan masing-masing akan implikasi
penggunaan dasar itu. Kononnya, penggunaan dasar meritokrasi akan menyekat peluang pelajar-
pelajar Melayu(bumiputera) ,khususnya mereka yang dating dari luar Bandar, untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama ada pula pihak yang mendakwa
bahawa tindakan menggunakan dasar meritokrasi adalah keterlaluan . Tidak syak lagi,
sebahagian daripada unsure-unsur kebimbangan dan dakwaan ini berpunca daripada kekeliruan
mengenai dasar meritokrasi yang akan dilaksanakan itu.
 Meritokrasi sebenarnya telah diterima dan diamalkan oleh kebanyakan masyarakat secara sedar
atau tidak sedar dalam kehidupan seharian mereka contohnya pemberian hadiah kepada murid-
murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam peperiksaan., system
penggredan peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman atau awam contohnya PMR,SPM dan
lain-lain. Terdapat banyak kelebihan sekiranya sistem meritokrasi diamalkan di antaranya  kita
akan dapat masyarakat yang berkualiti, dapat meminimakan jurang pengkelasan dan membuka
peluang kepada individu yang berkebolehan dari kalangan rakyat bawahan dan miskin.

Definisi
 Meritokrasi berasal daripada dua perkataan iaitu ‘merit’ dan ‘krasi’. Merit bermaksud kepujian
atau kecemerlangan atau dalam bahasa mudah,bermakna ‘hanya yang terbaik layak’ manakala
krasi pula berasal daripada perkataan latin iaitu pemerintahan atau sistem pentadbiran sesebuah
negara.
 Definisi lain pula, meritokrasi bermaksud status social boleh dimiliki melalui pencapaian
akademik dan bukannya melalui kriteria askripsi. Pencapaian boleh diperolehi oleh setiap
individu berdasarkan keupayaan dan kebolehan semulajadi sedia ada. Terdapat dua jenis
meritokrasi yang utama iaitu moderated meritocracy dan unrestricted meritocracy.
 Bagi tafsiran-tafsiran lain pula, meritokrasi ialah sistem yang menggalakkan individu yang
berkebolehan dipilih dan dibantu berdasarkan pencapaian yang dimiliki oleh mereka. Ia juga
adalah satu sistem sosial di mana individu manusia dipilih berdasarkan kebolehan, intelektual
dan amalan dan bukannya prinsip kekayaan, penampilan, latarbelakang keluarga atau status
sosio-ekonomi mereka.
 Menurut Dr. Alias Mohamed, pelaksanaan meritokrasi dalam bidang pendidikan terutama pada
peringkat IPTA dapat menjamin hanya anak Melayu yang terbaik di antara beribu-ribu mereka
yang layak diterima masuk ke universiti.
Menurut Amir Hassan Dawi, sistem pendidikan Malaysia moden meneruskan dasar-dasar
meritokrasi dalam pendidikan melalui pengaliran. Setelah memasuki sistem persekolahan,
seseorang itu akan menerima pendidikan dan bersaing antara satu sama lain. Persaingan 
disahkan oleh sistem peperiksaan. Murid – murid  yang “intelligen” telah diutamakan  dalam
sistem.Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid  mengikut tahap intelligen dalam
bilik darjah berlainan.
Namun begitu  bagi kemasukan ke IPTA di Malaysia, Amir Hassan Dawi mempunyai pandangan
beliau sendiri. Meritokrasi untuk kemasukan ke IPTA tidak diamalkan di Malaysia sebaliknya
kuota yang diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan akademik
mereka.Kelayakan masuk ke IPTA bagi pelajar-pelajar Melayu lebih rendah berbanding pelajar-
pelajar bukan bumiputera. Ini menyebabkan pelajar-pelajar Bumiputera tidak perlu berusaha
lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera.

Teori Sosiologi Yang Berkaitan Dengan Isu.


Teori Fungsionalisme
Teori yang berkaitan dengan tajuk ini ialah teori fungsionalisme. Teori ini mengkaji fungsi
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan  yang menyumbang  kepada penerusan
masyarakat. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-
bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Menurut teori ini, struktur-
struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.
Brinkerhoff dan White(1989:9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme
iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk
menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan
bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuannya.Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada
masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan. Di samping itu proses
evolusi juga akan melenyapkan segala apa yang ada pada struktur yang tidaklagi diperlukan oleh
masyarakat. Oleh itu jelas bahawa teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota-
anggota masyarakat atau konsensus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat
berkenaan.(Amir Hasan Dawi: 29).
 Di  Malaysia, sistem pendidikan masih mengekalkan kehendak pendekatan fungsionalisme
kerana Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.Dasar meritokrasi mungkin akan dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat tetapi tidak setulen dasar atau sistem yang dipelopori oleh pihak-
pihak yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja sepatutnya diberi peluang yang sama berdasarkan
kemampuan, kebolehan dan pencapaian masing-masing. Untuk menjalankan sistem meritokrasi
di Malaysia , teradapat banyak perkara yang perlu dikenalpasti. Sebagai permulaan kita perlu
mengenalpasti struktur-struktur sosial. Kemudian peranan-peranan yang dimainkan oleh
struktur-struktur berkenaan dan peraturan-peraturan yang mengawal perjalanannya perlu
dikesan. Teori fungsionalisme akan mengkaji bagaimana sistem sosial bergerak atau berfungsi.
Kita cuba menilai sejauh manakah perjalanan sistem sosial membawa kepada keharmonian
sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Dengan itu kita akan melihat sama ada
proses yang berlaku pada struktur-struktur berlangsung dan berjaya mencapai apa yang
dijangkakan ataupun kesudahannya tidak sebagaimana yang diharapkan. Apa yang telah
dibincangkan oleh Dr. Alias Mohamed, masyarakat  Malaysia perlu memahami kenyataan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa sistem kuota akan terus dikekalkan
walaupun meritokrasi diperkenalkan. Beliau juga berkata, walaupun meritokrasi akan
dilaksanakan dengan mengekalkan sistem kuota, masyarakat Melayu perlu ingat bahawa
pencapaian mereka dalam pelbagai bidang  masih lagi rendah.Sistem kuota mungkin tidak
digunakan apabila tiba satu masa kelak jumlah penduduk Cina lebih tinggi daripada Melayu. Ada
pendapat mengatakan keadaan itu pasti akan berlaku selepas 100 tahun akan datang ataupun
menjelang tahun 2030.

Definisi satu konsep daripada tiga konsep  yang berkaitan dengan isu.
Definisi Mobiliti Sosial
Kemajuan sesebuah negara menyebabkan taraf sosioekonomi sesebuah masyarakat berubah-
ubah. Golongan yang mempunyai kesedaran kepentingan pendidikan biasanya berlumba-lumba
untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar masa depan keluarga lebih
baik daripada keluarga. Dengan cara ini sahaja dapat meningkatkan taraf hidup atau mobility
social khususnya golongan bawahan.
Menurut John Jarolimek(1981):
 Social mobility refers to the movement of person upwards or downwards in the social structur.
Lower middle-class parents, for instance, who want their children to get good education in order
to become lawyer, doctor, scientists or business executives are expressing an aspiration for the
upwards social mobility of their children.
Menurut Noran Fauziah Yaakub(1990) menjelaskan mobility social ialah perubahan kedudukan
dalam system susun lapis: pertambahan atau kekurangan pendapatan atau kekayaan atau kedua-
duanya sekali; pertambahan atau kekurangan kuasa; pertambahan atau kekurangan prestij.
 Kesimpulan daripada definisi di atas ialah tidak ada cara lain yang dapat membantu untuk
meningkatkan taraf hidup sosialnya melainkan dengan pendidikan.

Analisis isu berdasarkan 3 konsep yang sesuai.


 Daripada isu yang telah dipilih ini, terdapat tiga konsep yang berkaitan iaitu:
a)mobiliti sosial
b)modenisasi
c)reformasi pendidikan

a)Mobiliti sosial
 Pendidikan merupakan factor yang penting bagi meningkatkan taraf hidup seseorang. Semua
negara di dunia ini inginkan rakyatnya maju dalam bidang pendidikan contohnya Amerika
Syarikat ,England dan lain-lain negara maju. Begitu juga Malaysia pada masa kini, boleh
dikatakan perubahan dalam bidang pendidikan sedang berlaku apabila menjelang wawasan 2020.
Dengan adanya pendemokrasian dalam bidang pendidikan , semua rakyat berpeluang untuk
mendapatkannya sehingga ke peringkat universiti. Apabila mereka diberi peluang melanjutkan
pelajaran ,maka mereka berpeluang mengubah mobiliti diri dan keluarga ke arah yang lebih
tinggi. 
 Begitu juga sekiranya meritokrasi diamalkan di IPTA, ia mungkin dapat membangunkan
mobiliti masyarakat dan bangsa Melayu yang kuat serta memiliki daya saing yang tinggi.
Kebanyakan anak Melayu bukanlah lemah dan gagal mencapai kecemerlangan akademik tetapi
masalah yang membelenggu anak Melayu ialah sikap dan kesungguhan mereka untuk belajar
berbanding dengan Cina dan India. 

b) Modenisasi
 Modenisasi boleh diterima sebagai keadaan masyarakat tradisional memodenkan sikap, autoriti,
hubungan dari nilai-nilai yang lama kepada yang baru.Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai
gaya hidup moden. Pendidikan di Malaysia telah mengalami modenisasi secara beransur-ansur
dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Dalam pengisian kemerdekaan, pelbagai usaha
telah dan sedang dijalankan dalam memodenisasikan pendidikan negara. Segala perubahan ke
arah kemodenan memerlukan pemikir dan pelaksana. Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang pintar
dihantar melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju dengan harapan supaya mereka pulang ke
tanahair, mereka akan dapat memodenkan negara.
 Di dalam rencana yang dipilih ini, Dr Alias mengatakan bahawa kesan daripada amalan
meritokrasi yang dilaksanakan , pelajar MCKK yang berjaya dikeluarkan dulu terutama ketika
pra dan awal merdeka adalah antara lepasan pelajar yang paling baik dan menonjol bakatnya
berbanding dengan pelajar lain.Dengan adanya mereka ini dapat membantu membangunkan
negara.

c) Reformasi pendidikan
Komitmen kerajaan terhadap reformasi pendidikan juga jelas ditunjukkan dengan pertambahan
peruntukan pendidikan pada setiap tahun.Sejak merdeka hingga kini,banyak kemudahan
pendidikan telah dibangunkan. Untuk menghadapi abad ke 21 berbagai-bagai strategi telah diatur
dan salah satunya adalah pelaksanaan sistem meritokrasi secara berperingkat. Sistem kuota
mungkin tidak diperlukan lagi apabila jumlah penduduk Cina lebih tinggi daripada Melayu.
Meritokrasi merupakan cabaran bagi pelajar-pelajar Melayu untuk menjana semangat juang yang
lebih tinggi,meningkatkan iltizam keilmuan dan keintelektualan, merangsang produktiviti dan
kecekapan. Meritokrasi juga boleh dijadikan mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih
kasih,pilih bulu dan kronisme. Dalam Islam sendiri, meritokrasi menjadi keutamaan dalam
banyak perkara contohnya untuk menjadi seseorang pemimpin, seseorang itu mesti memiliki
cirri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu,bertanggungjawab, amanah dan taat pada
perintah Allah.Kesimpulannya apa-apa juga kemestian atau syarat dalam sesuatu amalan,di
situlah terletaknya unsure meritokrasi secara langsung.

Cadangan dan Kesimpulan


 Pada pendapat saya pelaksanaan meritokrasi seperti yang dicadangkan oleh kerajaan mesti
dipandang secara positif selagi ia tidak mengorbankan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Selagi ia bertujuan untuk menaikkan taraf, kedudukan dan maruah orang-orang Melayu, ia wajar
disokong demi kebaikan bersama. Dasar meritokrasi ini seharusnya mencabar para pentadbir dan
guru-guru supaya  berusaha dengan lebih cekap dan kreatif serta komitmen yang lebih besar.
 Pihak yang lebih wajar berusaha dengan kuat dan gigih tentulah para pelajar Melayu itu sendiri.
Sikap sambil lewa dan enggan bersusah payah mencapai kejayaan, dalam apa-apa keadaan
sekalipun, tidak akan menjadi seseorang itu cemerlang. Maka dasar meritokarasi yang akan
dilaksanakan perlu dijadikan cabaran untuk membuktikan bahawa kemampuan, kebolehan dan
pencapaian yang tinggi, segala persaingan boleh dimenangi dan segala rintangan boleh diatasi.

Sumber: http://tuanmat.tripod.com/kuota.html

You might also like