You are on page 1of 6

PENGENALAN

Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat
dan cara memegang benda kerja .Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang
atau dipasak terus kepada meja mesin.Benda kerja disusupkan dengan menghantar meja
kepada alat yang sedang berputar.Kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan
meja mesin.

Antara kerja–kerja yang dilakukan dengan menggunakan mesin pengisar ialah:-

1. Mengisar permukaan yang rata.Termasuklah permukaan ufuk tegak dan


permukaan bersudut atau condong.
2. Memotong berbagai-bagai bahu dan alur kunci,lurah T, dan tanggam bajang.
3. Mengisar permukaan berbentuk dan tidak berbentuk dengan menggunakan mata
alat kisar berbentuk.
4. Membuat kerja melubang.

Untuk melakukan kerja-kerja yang disebutkan itu bergantung pada:

1. Jenis mesin yang digunakan.


2. Mata alat yang terdapat.
3. Alat tambah atau aksesori yang dibekalkan.

Bahan-bahan yang digunakan:-

1. Spana ( Y ).
2. Mata alat bersaiz 16mm/20mm.
3. Cholat ( ikut saiz mata alat ) 15mm/16mm.
4. Minyak.
5. Air Kulen.
6. Caliper (alat pengukur bahan kerja)
7. Pemutar ragum.
Langkah-langkah kerja.

1. Ukur dan potong bahan mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu dalam anggaran
110mm.

2
2. Masukkan bahan ke dalam ragum sebanyak lebih kurang 50% = dengan bahan
3
dan aturkan bindu tersebut agar bahan berada dalam keadaan stabil dan statik
kedudukannya.
3. Setkan kelajuan spindal dan kadar penghantaran serta pastikan mesin pengisar
berada dalam keadaan stabil,pastikan semua meter dalam keadaan 0.

4. Masukkan mata alat pada Cholat mengikut saiz mata alat yang dikehendaki.
5. Ketatkan kedudukan dengan menggunakan Spana Y.
6. Laraskan mata alat dan air kulen dan bahan sebelum memulakan kerja.
7. Buat pemotongan untuk dijadikan bentuk heksagon,5 pusingan pada setiap sudut.
8. Buat pemotongan kasar dengan menaikkan meja lebih kurang 3mm dan 0.2mm
hingga 0.6mm untuk pemotongan penyudahan.
9. Bersihkan persekitaran mesin setelah selesai.

Hasil projek.

Hasil projek yang sebenar yang telah Berjaya dihasilkan.


Langkah keselamatan.

Alat keselamatan ketika menggunakan mesin pengisar di bengkel.Langkah-langkah berikut


perlu diberi perhatian dan seterusnya diamalkan untuk mengelakkan,kecederaan ataupun
kerosakkan pada mesin.

1. Goggle ( pelindung mata )


2. Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan kukuh.
3. Pastikan mata alat atau bahagian-bahagian mesin tidak melanggar bahan kerja
sebelum menghidupkan mesin ataupun memulakan operasi mengisar.
4. Jangan membuat sebarang pelarasan atau pengukuran semasa mesin sedang
berputar.
5. Jangan mengeluarkan tatal dengan tangan kerana ini boleh mengakibatkan tangan
atau jari terluka.
6. Pastikan persekitaran tempat bekerja kemas dan bebas daripada minyak atau air
kulen serta tatal.

Mekanisme kepala pembahagi.


Cara mengendalikan lengan sektor.

Mekanisma kepala pembahagi.

Kepala pembahagi menggunakan gear belitan yang mengandungi 40 gigi,dan


dipasangkan pada spindal utama.Gear belitan ini bersirat dengan ulir belitan (jenis tunggal)
yang dipasang bersudut tepat dengan spindal utama.

You might also like