You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang

umum dan asas. Ianya merupakan salah satu daripada cabang ilmu

pengetahuan. Dalam tugasan kali ini, penulis akan membincangkan tentang

kajian falsafah dan juga sumbangan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

manusia yang diperincikan seperti di bawah.

1.1 Konsep dan Definisi

Menurut sejarah, perkataan falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang

mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam

bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‫ فلسفة‬yang juga berasal daripada

perkataan Yunani iaitu philosophia. Perkataan tersebut merupakan gabungan

dua perkataan, iaitu philos yang bererti “cinta” dan Sophia yang bermaksud

“hikmah”. Orang yang mula-mula sekali menggunakan perkataan ini ialah ahli

falsafah Yunani yang bernama Pythagoras.

Plato pula (428-347 S.M) memberikan telah memberikan definisi falasah

dengan lebih khusus iaitu “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu

benda atau perkara di sebalik sifat luarannya: iaitu apa sebenarnya yang menjadi

asas dan initi pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya,

apa esensinya, apa zatnya”. Namun pentakrifan ini juga dikatakan terlalu umum
maknanya. Manakala pentakrifan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat pula

(2007:406), mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang pengertian

yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Selain itu juga, terdapat tokoh-tokoh falasafah lain seperti Ibnu Sina,

Heralictus, Albertus Magnos dan ramai lagi yang turut memberikan takrifan

terhadap perkataan falsafah itu sendiri. Ibnu Sina mengatakan tujuan falsafah

untuk mencari hakikat sesuatu dengan segala kemampuan akal manusia.

Manakala Albertus Magnos pula menyatakan falsafah ialah menyelidik tiap-tiap

yang mungkin diketahui oleh akal manusia.

Manakala ilmu pengetahuan dalam bahasa Yunani pula ialah

Epistemologi berasal daripada episteme membawa maksud “pengetahuan”,

manakala logos bermaksud “ilmu, kajian”. Maka dapat dikatakan bahawa

epistemologi membawa maksud kajian tentang ilmu pengetahuan. Di dalam

kajian pengetahuan terdapat beberapa konsep penting yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan iaitu : ilmu, pengetahuan, maklumat, data, fakta dan konsep

atau idea, dan juga konsep takrif dan pentakrifan (4)

Selain itu, ilmu pengetahuan pula secara mudahnya dapatlah difahami

dengan dengan apa yang diketahui, iaitu hasil daripada pekerjaan ”mengenali,

menyedari, menginsafi, mengerti dan mengetahui”. Jenis atau peringkat hakikat


pengetahuan dan ilmu itu dihasilkan melalui beberapa jenis kerja oleh manusia,

iaitu:

 Pengetahuan indera yang diperoleh melalui kerja anggota

pancaindera iaitu melihat, mengecapi, mendengar, membaui, dan

meraba atau merasa.

 Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan, pengamatan dan penganalisisan

terhadap pengetahuan pancaindera, untuk lebih mengetahui apa yang

sebenarnya berlaku di sebalik yang nyata secara zahiriah.

Menurut Hashim Musa (2001 : 8) pula ilmu merupakan keadaan atau sifat

mengetahui, mengenali, mengacami, memahami, mengingati, dan mengerti akan

sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian, dan kelakuan dan juga sebagai

himpunan daripada apa yang diketahui, dimengerti, ditemui dan ditanggapi.

Manakala Pengetahuan ialah himpunan daripada yang diilmukan. Dan beliau

merumuskan ilmu pengetahuan ialah sifat mengetahuan berdasarkan himpunan

yang diketahui.

Ilmu pengetahuan tersebut bolehlah disimpulkan sebagai sesuatu yang

ditanggapi oleh pancaindera manusia dalam perihal mengetahui tentang sesuatu

hakikat dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan lain-lain.


2.0 Kajian Falsafah

Kajian falsafah merupakan satu kajian iaitu “usaha mencari hakikat dan

kebenaran tentang sesuatu”. Ini bersesuaian dengan etimologi kata falsafah

tersebut yang berlandaskan kepada paksi pada makna “cinta akan hikmah atau

kebijaksanaan”. (5 : juga disebut sebagai philos dan sophia). Pada masa kini,

terdapat satu takrif kerja (working definition) yang dinyatakan oleh Hashim Musa

(2005: 1) :

“Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian atau ilmu

yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk

merumuskan sifat, hakikat, dan kandungan alam wujud atau alam semesta

dilihat secara keseluruhan sebagai satu keatuan, berdasarkan penelitian dan

pengkajian data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau

semesta”

(B.A.G Fuller A History of Philisophy, 1955: 1)

Berdasarkan takrifan kerja di atas, ilmu falsafah ini sama sahaja dengan

ilmu yang lain iaitu sebagai salah satu bidang penyelidikan dan kajian yang

mempunyai kaedah, matlamat, asas dan bahan kajian yang tersendiri. Ini kerana

kesemua aspek keseluruhan alam semesta ini diambil oleh ilmu falsafah sebagai

data dan juga bahan kajiannya hasil daripada kajian pelbagai bidang ilmu sains.

Antara bidang ilmu sainsnya seperti, sains pasti, ilmu sains hayat, ilmu sains

fizikal dan juga sains kemanusiaan dan kemasyarakatan.


Ilmu falsafah tersebut diperolehi berdasarkan kajian pelbagai bidang ilmu

sains seperti yang telah dinyatakan di atas. Satu kesimpulan dibuat daripadanya

yang secara tidak langsung menghubung dan menggabungkan segala

pandangan tentang aspek alam semesta yang berbeza-beza. Ia bertujuan untuk

mempernyatakannya dalam satu penegasan yang menyeluruh tentang sifat dan

kewujudan alam semesta yang ada ini. Keseluruhan proses tersebut walaupun

berteraskan data dan juga fakta, juga melibatkan renungan, pentaakulan dan

hujahan yang rasional dan logikal yang bersifat spekulatif (berdasarkan

pemikiran semata-mata).

Seperti yang telah dinyatakan, falsafah ialah kajian secara renungan

(reflective) dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh

pengetahuan manusia yang menjadi sari pati (essence) bagi setiap bidang

pengetahuan manusia. Oleh yang demikian, lahirlah sub-sub bidang falsafah

seperti falsafah sains, falsafah kesenian dan estetika, falsafah adab dan etika,

falsafah pendidikan, falsafah agama, falsafah bahasa dan pelbagai bidang lagi.

Namun konsep falsafah itu sendiri begitu luas iaitu merangkumi keseluruhan

bidang-bidang yang ada di dalamnya, iaitu penyatuan gagasan pengetahuan

manusia. Ilmu falsafah itu sendiri cuba mengemukakan struktur umum

pengetahuan konsepsi manusia iaitu dengan kaedah-kaedah intelektual dan juga

empirikal yang akhirnya melahirkan prinsip-prinsip yang membawa kepada

pemahaman dan pengetahuan. Perkara ini berbeza dengan yang bersifat

sementara dan terkadang-kadang.


Selain itu, Hasbullah Bakry (1964 :56) pula menjelaskan falsafah dalam

tiga sudut pandangan, iaitu bahasa, pengertian praktis, dan perbezaan daripada

ilmu-ilmu lain. Falsafah dari sudut bahasa ialah cinta akan hikmah dan

kebijaksanaan, manakala falsafah dari sudut praktis pula ialah alam berfikir atau

fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu. Falsafah dari sudut

perbezaan daripada ilmu-ilmu lain pula mempunyai dua ciri khusus, iaitu :

 falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-

pecahkan sedangkan ilmu lain membataskan skop-skopnya.

 Kedua pula falsafah menyelidik hakikatnya untuk menjawab tiga soalan,

iaitu apa, dari mana dan ke mana, manakala ilmu lain membahas sebab

akibatnya.

Kajian falsafah merupakan sebahagian daripada kajian ilmu. Dalam kajian

ilmu, terdapat tiga kategori ilmu yang digarap oleh manusia sepanjang tamadun

iaitu menurut Sidi Gazalba (1975:2-5) dalam Sistematika Filsafat iaitu ilmu

indera, ilmu sains dan juga ilmu falsafah. Menurutnya, lapangan ilmu indera ialah

segala yang dapat disentuh oleh pancaindera secara langsung, sementara yang

termasuk dalam ilmu sains pula ialah segala yang dapat diteliti atau

dieksperimen. Manakala ilmu falsafah pula menyangkut segala sesuatu yang

dapat difikirkan. Ini membawa maksud bahawa ilmu ini mengatasi ilmu sains. Ini

kerana ilmu sains hanya mampu menggarap proses atau sebab akibat dan tidak

sampai pada hakikat sesuatu. Soal hakikat tersebut adalah soal falsafah.
Sidi Gazalba mengemukakan sebuah ungkapan tentang bertapa tingginya

taraf ilmu falsafah, iaitu:

“apabila terhadap pernyataan yang timbul, tangan tidak mampu mencarikan data

untuk budi, maka diserahkannya kepada budi sewenang untuk menjawabnya

sendiri. Ketika itu, medan sains ditinggalkan, orang memasuki medan filsafat.

Bertolak dari hasil-hasil ilmu, bekerjalah otak filosof. Apa yang dibicarakannuya?

Segala sesuatu yang tak dapat diteliti.”

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa kajian falsafah melihat

dari sudut keseluruhannya kejadian dalam alam sejagat ini; iaitu

menghubungkaitkan sesuatu benda, perkara, kejadian dan sistem yang dikaji itu

dengan benda, perkara dan kejadian dalam sistem yang lain dalam alam

semesta ini untuk melihat pertaliannya. Perkara ini secara tidak langsungnya

dapat dibuat satu kesimpulan yang secara menyeluruh tentang keberkaitannya

iaitu dari segi hakikat dan sifat kejadiannya, kedudukan dan juga matlamat serta

fungsi dan keberkaitannya dengan sistem-sistem yang lain dalam alam semesta

ini.
3.0 Peranan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan itu memberikan pelbagai sumbangan dalam setiap

kehidupan manusia di muka bumi Allah ini. Tanpanya hidup umpama pokok

tidak berbuah. Kepentingan untuk menuntut ilmu ini boleh kita lihat daripada

sabda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu belajarlah hingga ke negara

China. Selain itu juga, mengikut perumpamaan orang Melayu itu sendiri, ilmu itu

umpama pelita hidup yang akan sentiasa menerangi manusia kerana tanpanya,

gelaplah hidup seseorang itu. Oleh yang demikian, di bawah akan diterangkan

secara mendalam tentang sumbangan ilmu pengetahuan di dalam kehidupan

yang berdasarkan pengalaman penulis sendiri.

3.1 Mengetahui Asal Usul Kejadian

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, berdasarkan apa yang

tertanggap difikiran ialah tanpa ilmu seseorang itu tidak akan dapat mengetahui

asal usul sesuatu kejadian. Ini bermaksud ilmu wahyu yang diturunkan kepada

Nabi kita iaitu Muhammad S.A.W kepada seluruh umatnya iaitu agama Islam.

Melaluinya penulis dan seluruh umat Islam di muka bumi ini sedar yang asal usul

manusia itu sendiri yang pada asalnya dari tanah. Namun apa yang penting di

sini ialah terdapatnya pencipta yang agung kepada keseluruhan asal usul

kejadian alam semesta ini, iaitu Allah S.W.T.


Kesemua perkara ini terdapat di dalam Al-Quran diturunkan untuk

mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat

yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru

dan segar. Perkara ini dipelajari oleh penulis sendiri ketika menuntut ilmu-ilmu

agama. Selain itu. di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga

kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa

turunnya Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan

dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam

semua bidang kehidupan. Perkara ini dapat dilihat melalui Riwayat Tirmidzi dari

Abi Umamah, iaitu :

“Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah

seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.”

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran itu sendiri merangkumi

berbagai ilmu dan pengetahuan di dalamnya. Menuntut ilmu merupakan satu

ibadat dan jika seseorang itu menuntut ilmu yang baik disisi agama, maka Allah

SWT akan memberikan ganjaran kepada orang tersebut. itu juga merupakan

penggererak utama seseorang untuk meneruskan kehidupan.


3.2 Memperbaiki Kelemahan

Ilmu pengetahuan juga dapat mengajar manusia untuk hidup dengan

tabah, iaitu bertujuan untuk memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan diri yang

ada. Berdasarkan pengalaman penulis, untuk memperbaiki diri, kita mestilah

tahu tentang setiap kelemahan yang ada dalam diri kita. Untuk berbuat demikian,

kita perlulah belajar daripada sejarah, iaitu pengalaman. Tidak mungkin kita ingin

berada selamanya ditakuk lama.

Dalam tahap-tahap pengilmuan, perkara ini termasuk dalam tahap

pengkongsepsian. Satu pengkongsepsian ini merupakan apabila ilmu, iaitu

tanggapan dan pengertian tentang sesuatu perkara itu menjadi lebih tekal dan

stabil, kerana diperkukuhkan oleh pengalaman yang berulang kali. Perkara ini

boleh difahami dengan ayat yang lebih mudah, iaitu belajar dari kesilapan yang

lalu. Tanpa ilmu pengetahuan yang sewajarnya, mungkin kita akan cepat putus

asa jika gagal. Namun sumbangan ilmu dapat dilihat dalam jiwa individu yang

secara langsungnya membentuk semangat baru seperti kata pepatah Melayu “

gagal sekali, tidak bererti gagal untuk selama-lamanya”.

Oleh yang demikian, dapatlah ditegaskan bahawa sesuatu ilmu itu penting

dalam membentuk keperibadian jiwa seseorang. Jika tinggi ilmu seseorang itu,

dan diamalkannya, maka seseorang itu akan memperoleh keberkatan dalam

hidup jika dia tidak mengenal erti putus asa,


3.3 Sudut Politik

Sudut politik pula memperlihatkan perlunya ilmu pengetahuan untuk

memimpin sesebuah komuniti atau pun organisasi. Ini kerana jika seseorang itu

mempunyai ilmu, beliau akan dipandang tinggi. Dan kata-katanya juga

dipercayai. Selain itu, mereka yang ilmunya penuh di dada, berkaliber untuk

memimpin. Ini kerana pandangan atau pun cadangan mereka dalam

meyelesaikan sesuatu masalah lebih luas dan pelbagai.

Perkara ini penulis belajar sendiri melalui ilmu sejarah, iaitu mengenai

perkara-perkara yang pernah terjadi kepada kerajaan silam. Contohnya adalah

seperti kepimpinan melalui tauladan. Sahabat-sahabat Nabi sendiri

mengamalkannya ilmu kepimpinan ini yang dicontohi daripada Baginda iaitu Nabi

Muhammad S.A.W itu sendiri.

Ketiadaan ilmu pengetahuan dalam kepimpinan juga dapat penulis

ketahui melalui ilmu sejarah juga. Ini terlihat pada Kerajaan Sabak, iaitu

ketiadaan pewarisan ilmu menyebabkan mereka gagal membina semula

Empangan Maarib yang sudah runtuh. Ini kerana di semenanjung Arab pada

waktu itu hanya terdpt 17 orang kaum Quraisy sahaja yang pandai membaca

dan juga menulis. Dengan lain perkataan, pencapaian ilmu pengetahuan pada

zaman masyarakat Arab jahiliah adalah amat rendah. Apatah lagi ramai di

kalangan mereka tidak berminat dengan ilmu pengetahuan, bahkan mereka di


kategorikan sebagai buta huruf. Oleh yang demikian, mereka gagal untuk

membina semula kegemilangan empayar mereka yang telah musnah.

Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa ilmu pengetahuan

merupakan suatu elemen penting dalam kesinambungan politik sesebuah

ketamadunan. Hal ini kerana ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh

masyarakat terdahulu dapat memastikan pemerintahan yang stabil. Selain itu

ianya menjadi warisan untuk dijadikan iktibar oleh generasi yang terkemudian

untuk meneruskan kegemilangan sesebuah ketamadunan.

3.4 Sudut Ekonomi

Sumbangan ilmu dalam sudut ekonomi pula dapat kita lihat sendiri

berdasarkan tindakan yang diambil oleh negara kita Malaysia. Perkara ini apabila

kerajaan mengumumkan hala tuju baru ekonomi negara berasaskan ilmu

pengetahuan atau k-ekonomi, sekali gus Malaysia adalah negara Islam pertama

memartabatkan ilmu pengetahuan sebagai satu daripada pendekatan untuk

memajukan bangsa, agama dan negara. Melalui tindakan ini, kita dapat lihat

kerajaan amat mementingkan ilmu pengetahuan bagi menjana ekonomi negara

itu sendiri.
Ini kerana melaluinya sahajalah dapat membawa kehidupan lebih baik

kepada seseorang individu. Ilmu yang dimanfaatkan akan membawa 1001

kebaikan seperti berlakunya mobiliti sosial dalam sesebuah keluarga. Anak-anak

yang mendapat pendidikan mempunyai hidup yang lebih cerah iaitu lebih baik

daripada orang tuanya, jika kena pada tempatnya. Ini bertentang itu jika

seseorang itu tidak mempunyai pelajaran, beliau akan senantiasa ditindas

golongan atasan.

Tetapi perlulah diingatkan bahawa mencari ilmu harus lebih utama.

Seperti yang kita dapat lihat, ini disebabkan oleh kecenderungan manusia

sekarang ini adalah mencari harta lebih utama daripada mencari ilmu. Akibatnya

ramai orang yang “mendewakan harta”, kemudian mudah menghalalkan segala

cara demi meraih tujuan kekayaan harta. Sebaiknya kita perlulah sedar bahawa

mencari ilmu lebih utama daripada mencari harta. Ini kerana mereka yang

memiliki ilmu tidak akan mudah tergoda oleh rencah kehidupan duniawi yang

menyilaukan yang sesungguhnya adalah penuh dengan godaan syaitan.

Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa mencari ilmu dan kekayaan duniawi

haruslah sejajar untuk menentukan timbal balik yang seimbang. Ini kerana orang

yang tidak berilmu, mudah terjebak dalam kehidupan duniawi kemudian

mengabaikan nilai dan norma masyarakat.

You might also like