You are on page 1of 25

UNIT 13

POLIMER

13.1 Takrif
13.2 Polimer Penambahan
13.3 Polimer Kondensasi
13.4 Kopolimer
13.5 Homopolimer
13.6 Plastik

1
13. POLIMER

13.1 Takrif

Polimer adalah molekul ‘gergasi’ atau makromolekul.


Polimer adalah suatu molekul “gergasi” yang terdiri dari beribu-ribu unit kecil yang
dikaitkan bersama di dalam satu proses yang dipanggil pempolimeran.
Unit-unit kecil ini ialah monomer.
Di dalam proses pempolimeran, hasil pertamanya adalah dimer (“dua bahagian”).
Jika unit-unit ini dikaitkan di dalam bentuk rantai lurus, polimer linear dibentukkan: M
adalah unit pengulang (atau “mer”) dan n adalah darjah pempolimeran.

-M–M–M–M–M- atau (M)n


Polimer Linear

- M – M – M – M – M- M
- M–M–M–M–M–M–
- M–M–M–M–M–M–
M

Polimer bercabang

Kopolimer

Polimer yang terdiri dari hanya satu jenis monomer M1, dipanggil homopolimer;
jika dua atau lebih jenis monomer, M1, M2 digunakan, hasilnya ialah kopolimer.

- M1 – M2 – M2 – M1 – M2 – M1 – M1 – atau (M1)m(M2)n
Kopolimer

13.2 Polimer Penambahan


Pempoliemran jenis ini adalah hasil dari tindak balas tambahan di antara unit-unit
monomer. Ia terdiri dari suatu turutan tindak balas yang melibatkan langkah-langkah
permulaan, peembiakan rantai dan pengakhiran. Unit struktur (“mer”) bagi polimer

2
tambahan mempunyai formula molekul yang sama dengan monomernya. Monomernya
pula biasanya mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan multipel, misalnya etilena:

NA=B [a – B]n
monomer polimer tambahan

nH2C = CH2 [CH2 – CH2]n


Etilena Polietilena

CH3 CH3
(C 6H5CO2)2
n H2C = C CO2CH3 CH2C
Metil metakrilat n
CO2CH3
Polimetil metakrilat

(C6H5CO2)2
n C6H5CH = CH2 CH2C
Stirena n
C 6H5
Polistirena

13.3 Polimer Kondensasi

Pempolimeran jenis ini pula adalah hasil daripada tindak balas kondensasi di antara
monomer-monomer yang mengandungi sekurang-kurangnya dan kumpulan berfungsi.
Tindak balas ini disertai dengan penyingkiran molekul kecil (seperti air, metanol,
ammonia atau hidrogen klorida). Ikatan kovalen yang terbentuk di antara unit-unit
monomer biasanya adalah hasil dari pembentukan ester, amida atau asetal. Nilon dan
poliester adalah di antara beberapa contoh polimer yang disintesiskan dengan cara tindak
balas kondensasi.

3
O O

n CH3O-C C-OCH3 + n HO CH2CH2O H

Dimetil tereftalat Etilena glikol


(ester)

O O

C C - O CH2CH2O + 2n CH3CH
n metanol
Poli (etilena tereftalat)
(suatu poliester)

Di dalam pempolimeran berperingkat, rantai polimer berkembang selangkah demi


selangkah dengan melakukan tindak blas kondensasi. Ini membentukkan bahan yang
mempunyai berat molekul yang rendah dahulu dan kemudiannya membentukkan bahan
yang mempunyai berat molekul yang lebih tinggi dengan berlakunya tindak balas
kondensasi selanjutnya pada kumpulan-kumpulan berfungsi yang di hujung sekali. Suatu
tindak balas-kondensasi yang lazim ialah pembetnukan nilon 6.6 (setiap monomer
mengandungi enam karbon daripada adipoli klorida dan 1,6-diaminoheksana. Tindak
balas berlaku dengan cara kondensasi ‘bertangga’ di antara amina dan asid klorida itu dan
ia disertakan dengan penyingkiran molekul hidrogen klorida.

****

4
O O

i) Cl -C (CH2)4C-Cl + H2N(CH2)6NH2
Adipoli klorida 1,6-Diaminoheksana
O O

Cl C(CH2)4CNH (CH2)6NH2 + HCl

O O O O

ii) Cl C(CH2)4 C NH (CH2)6NH2 + Cl-C (CH2)4CCl atau H2N(CH2)6NH2


O O

C (CH2)4 C-NH (CH2)6 NH


n
O O Nilon 6.6
(suatu poliamida)
i) Cl -C (CH2)4C-Cl + H2N(CH2)6NH2
Adipoli klorida 1,6-Diaminoheksana
O O

Cl C(CH2)4CNH (CH2)6NH2 + HCl

O O O O

ii) Cl C(CH2)4 C NH (CH2)6NH2 + Cl-C (CH2)4CCl atau H2N(CH2)6NH2


O O

C (CH2)4 C-NH (CH2)6 NH


n
Nilon 6.6
(suatu poliamida)

Kumpulan asid klorida yang dihujung rantai kumpulan itu boleh bertindakbalas dengan
satu kumpulan amino samada dari 1,6-diaminoheksana atau daripada satu rantai polimer
lain. Perkembangan rantai polimer itu dihentikan apabila kumpulan jujung yang reaktif
itu sudah terlalu berkurangan atau apabila tindakbalas sampingan seperti hidrolisis
kumpulan asid klorida yagn di hujung berlaku dan menghentikan tindak balas kondensasi
selanjutnya.

5
Soalan 1:
Nilon 6.6 boleh juga disediakan daripada asid adipik [HOOC(CH2)4COOH] dan 1,6-
diaminoheksana [H2N(CH2)6NH2]. Tuliskan persamaan untuk menunjukkan bagaimana
tindak balas ini berlaku.

Molekul-molekul polimer boleh dibentukan menjadi rantai-rantai linear, rantai-rantai


bercabang atau pun rantai-rantai yang berkaitan silang untuk menghasil sutu jaringan
molekul yang kompleks.

Rantai linear
Rantai bercabang

Rantai berkaitan silang

Polimer-polimer yang mengandungi kaitan silang biasanya mempunyai takat lebur yang
lebih tinggi, lebih keras, dan kurang senang melarut di dalam pelarut-pelarut jika
dibandingkan dengan polimer-polimer linear atau polimer-polimer bercabang.
Kondensasi ftalik anhidrida dengan glikol membentukkan polimer linear, tetapi
kondensasi ftalik anhidrida dengan gliserol [HOCH2CH(OH)CH2OH] membentukkan
polimer gliptal yang berkaitan silang.

O
O O

O + HOCH2CH2OH C COCH2CH2O + H2O


n
O
Ftalik Etilena
arhidrida glikol

6
Soalan 2:
Ftalik anhidrida bertindakbalas dengan gliserol untuk menghasilkan polimer
gliptal:
O

-H2O
O + CH2- CH -CH2 polimer gliptal
(suatu poliester)
OH OH
O

Dapatkan struktur bagi gliptal dengan melakukan langkah-langkah berikut:


(a) Dalam langkah pertama, poliester linear terbentuk
(b) Dalam langkah kedua pula, molekul-molekul linear ini menjadi bercabang
menghasilkan bentuk jaringan.

Pempolimeran berperingkat melibatkan berbagai-bagai jenis kumpulan berfungsi


dan berbagai-bagai jenis tindak balas. Tindak balas fenol dengan formaldehid
bersama sedikit alkali atau asid memberikan resin fenol-formaldehid, sejenis
polimer sintetik yang amat berguna di dalam perusahaan.
OH
OH
OH
HCHO CH2OH
OH
+
H atau OH- CH2 OH
Fenol

HCHO
C6H 5OH

OH
CH2
CH2

CH2 OH

CH2

HO CH2

CH2

Resin fenol –formaldehid

7
Langkah-langkah yang terlibat di dalam embentukkan resin fenol formaldehid ini adalah
sebagai berikut:
1. Fenol bertindakblas dengan formaldehid untuk membentukkan o-atau p-
hidroksimetilfenol (Kumpulan –OH mengaktifkan orto-para terhadap serangan
elektrofil).
OH O H O
C=O H H2 O
H
bes CH2O

O OH
H CH2OH

o-hidroksimetilfenol

2. Hidroksimetil fenol kemudiannya bertindak balas dengan molekul fenol lain


dengan penyingkiran air untuk membentukkan sebatian yang mengandungi dua
gelongan yang dikaitkan oleh kumpulan –CH2.

OH
CH2OH + OH OH
-H2O
CH2 OH

3. Proses ini seterusnya berlaku untuk membentuk resin fenol-formoldehid yang


mengandungi banyak sekali kaitan silang sehinggakan strukturnya tegak dan berat
molekulnya tinggi. Urea pula bertindakblas dengan formaldehid untuk
menghasilkan resin urea formaldehid, suatu jenis plastik yang amat berguna
sekali.

8
Soalan 3:
Tuliskan struktur bagi resin urea-formaldehid

Isosianat-isosianat organik, RNCO, bertindak balas dengan alkohol menghasilkan


uretana, dan seterusnya menghasilkan polimer,

RN = C = O + R’ OH RNH – C – OR’
Isosianat O

Diisosianat juga digunakan untuk menghasilkan polimer. Ia bertindakbalas


dengan dihidroksi alkohol untuk membentuk poliuretana.

Soalan 4:
Tuliskan struktur bagi polimer yang terhasil daripada tindak balas etilena glikol
(HOCH2CH2OH) dengan 2,4-toluena diisosianat, 2,4-(OCN)2C6H3CH3.

Kaitan di antara struktur dan sifat polimer


Suatu ciri utama bagi sesuatu polimer ialah saiznya. Saiz, sebenarnya tidak memberikan
kesan yang begitu besar ke atas sifat kimia. Sifat kimia bergantung kepada kumpulan
berfungsi; samada ia berada di dalam suatu molekul besar atau kecil, corak tindak
balasnya lebih kurang sama sahaja: Sesuatu ester itu boleh dihidrolisiskan; epoksida pula
mengalami pemecahan gelangan dan seterusnya.

Polimer atau pun makromolekul berbeza dari molekul biasa dari segi sifat fiziknya.
Kegunaan-kegunaan tertentu sesuatu polimer bergantung kepada sifat fizik ini. Sifat-sifat
fizik ini pula bergantung kepada berat molekul purata molekul polimer itu, taburan berat
molekulnya, kaedah penyediaan, struktur unit-unit monomer yang digunakan dan darjah
kewujudan kaitan silang di antara rantai-rantai polimer. Di sini kita perhatikan
bagaimana struktur mempengaruhi sifat polimer. Seperti yang telah diterangkan, jika
unit-unit struktur sesuatu polimer itu disusun secara teratur dan memberikan suatu pola
geometri yang tetap, ia mempunyai darjah kehabluran yang tinggi. Oleh itu, untuk
mendapat sifat kehabluran ini, suatu molekul yang panjang tidak boleh wujud dalam satu
konformasi yang rawak, tetapi mestilah di dalam bentuk rantai zig-zag yang teratur. Ini

9
akan membenarkan pembentukan daya intermolekul yang kuat, misalnya ikatan-hidrogen,
tarikah dwikutub-dwikutub dan juga daya Van der Waals.

Konformasi rawak Rantai zig-zag teratur

Sebenarnya, suatu polimer itu tidak mungkin wujud dalam bentuk kehabluran
tinggi sama sekali disebabkan oleh saiznya. Semasa dalam proses menjadi pepejal,
kelikatan bahan itu bertambah dan sukar bagi molekul itu menyusunkan rantai-rantainya
di dalam susunan yang teratur untuk memberikan sifat kehabluran. Oleh itu, sesuatu
polimer itu harus mengandungi kawasan kehabluran tinggi, yang dipanggil habluran
(kristalit) yang dikelilingi oleh kawasan yang tidak mempunyai sifat kehabluran, iaitu
kawasan amorfus. Jadi, darjah kehabluran suatu polimer ialah jumlah habluran yang
terdapat di dalamnya.

Dari segi struktur, polimer boleh dikelaskan kepada fiber, elastomer dan plastik.

1) Fiber
Fiber adalah bahan yang ebrbentuk panjang, halus dan menyerupai benang. Ciri
penting bagi fiber ialah kekuatan regangannya (tensile strength) mengikut arah
panjang fiber itu). Fiber-fiber semulajadi termasuklah kapas, bulu kambing dan
sutera. Fiber dijadikan barang yang boleh digunakan untuk membuat kain atau
dicampur sekali dengan plastik untuk menguatkan lagi plastik itu.

Molekul-molekul fiber juga adalah panjang seperti benang. Molekul-molekul ini


wujud secara teratur di antara satu sama lain. Kekuatan fiber bergantung kepada
kekuatan ikatan kimia di antara rantai-rantai ini, dan ikatan inilah yang menahan
polimer jenis ini daripada menjadi bentuk rawak.

Apakah sebenarnya daya inter-molekul yang wujud di dalam fiber? Beberapa


contoh fiber sintetik ialah poliamida (nilon), poliester (Dakron, Terilen, Vikron),
poliakrilonitril (orlon, Akrilon), poliuretana (spondex, Vikra) dan propilena

10
isotaktik. Di dalam nilon dan poliuretana, rantai-rantai molekul diikatkan
bersama oleh ikatan-hidrogen.

H O H
N C N
C N C
O H O
H O H

N C N
C N C
O H O
H O H

N C N
C N C
O H O

Ikatan-hidrogen dalam habluran nilon 6.6

Di dalam poliester dan poliakrilonitril pula, kumpulan-kumpulan karbonil dan siano yang
berkutub itu menimbulkan tarikan dwikutub-dwikutub. Propilena isotaktik pula
mempunyai rantai zig-zag yang teratur, dan dalam hal demikian, daya Van der Waals
wujud di antara rantai-rantainya.

Soalan 5:
Terangkan mengapa poli (vinil klorida) bersifat amorfus manakala poli (vinilidena
klorida) bersifat habluran. (Vinilidena klorida ialah 1,1-dikloretena).

i) Elastomer
Elastomer adalah sejenis polimer yang bersifat kenyal, iaitu suatu sifat yang ciri bagi
getah. Ia boleh diubahkan bentuknya dan boleh ditarik hingga berganda-ganda
panjangnya, tetapi balik kepada bentuk asal pula. Seperti fiber juga, ia mengandungi
molekul-molekul yang panjang dan halus, dan menjadi teratur apabila ditarik. Tetapi
selepas dilepaskan, ia berbalik kepada susunan rawak, tidak seperti fiber yang bakal
teratur. Ini adalah kerana daya intermolekul dalam elastomer adalah lemah. Amnya,
elastomer tidak mengandungi kumpulan-kumpulan berkutub yang membolehkan

11
pembentukkan ikatan hidrogen. Ia juga tidak terdiri dari rantai-rantai yang boleh wujud
dengan teratur untuk membentukkan daya Van der Waals. Walaubagaimana pun,
elastomer berantai panjang harus mengandungi sebilangan kecil kaitan silang yang cukup
untuk menahan rantai-rantai itu daripada ‘tergelincir’, tetapi tidak terlalu banyak
sehinggakan rantai-rantai itu tidak boleh berbalik kepada keadaan rawak.

Getah asli (cis-1,4-poliisoprena) adalah contoh elastomer yang paling sesuai. Ia


mengandungi rantai-rantai panjang yang fleksibel, daya intermolekul yang lemah, dan
sebilangan kecil kaitan silang sahaja. Tanpa kumpulan-kumpulan pengganti yagn
berkutub tinggi, tarikan intermolekul adalah jenis daya Van der Waals sahaja.

CH3 H CH3 H
C = C CH2 CH2 C = C

CH2 CH2 C = C CH2 CH2


CH3 H

Getah asli
(konfigurasi cis)

Daya ini pula adalah lemah sekali sebab konfigurasinya adalah cis semua. Tetapi jika
konfigurasinya trans, bentuk zig-zag boleh wujud dan daya Van der Waals adalah lebih
kuat. Trans –1,4-poliisoprena dipanggil qutta percha. Ia adalah polimer habluran dan
tidak elastik

Getah asli (isomer cis)

Gutta percha (isomer trans)

12
Getah asli boleh dikeraskan melalui proses pemvulkanan di mana ia dipanaskan dengan
sulfur. Di dalam proses ini kaitan silang sulfur dibentukkan di antara rantai-rantai
molekul. Tindak balas ini berlaku pada ikatan dubel dalam rantai itu.

Di antara elastomer-elastomer sintetik ialah SBR, (Stirena-Butadiena Rubber) iaitu


sejenis kopolimer dari buadiena (75%) dan stirena (25%) yang dihasilkan mengikut
mekanisme radikal bebas. Ia mengalami persaingan hebat dengan getah asli di dalam
kegunaan utamanya sebaai elastomer, iaitu untuk membuat tayar.

CH = CH2
CH CH2
CH2 CH

Butadiena
Stirena

Jika hanya butadiena digunakan, elastomer yang terhasil mengandungi ketidaktepuan


yang terlalu tinggi. Sesuatu elastomer itu memerlukan ketidaktepuan yang cukup untuk
membentukkan beberapa ikatan silang sahaja. Contohnya ialah di dalam penghasilan
getah butil. Hanya 5% isoprena sahaja diperlukan untuk dikopolimerkan dengan
isobutilena.

Soalan 6:
(a) Satu elastomer yang berguna didapati dengan cara pengkopolimeran Ziegler-Natta
dengan menggunakan sedikit diena diikuti dengan pemvulkanan. Bagaimanakah,
dengan menggunakan kedua-dua etilena dan propilena, dan tidak satu sahaja
(etilena atau propilena) dapat menambahkan sifat elastomer polimer itu?

(b) Kopolimer yang agak serupa boleh juga dibuat tanpa menggunakan diena.
Prosesnya melibatkan pemanasan dengan benzoil peroksida, bukan sulfur.
Bagaimanakah demikian? Apakah jenis kaitan silang yang dihasilkan?

13
(iii) Plastik

Plastik merupakan sebahagian besar dari polimer sintetik. Bahan ini dibuat dan
digunakan dalam bentuk kepingan, paip, filem dan berbagai-bagai bentuk tertentu
seperti permainan kanak-kanak, peralatan dapur, kotak-kotak radio dan television
dan seterusnya.

Dari segi struktur, terdapat dua jenis plastik: yang terdiri dari molekul-molekul
panjang samada linear, atau bercabang, dan molekul-molekul berangkai. Plastik
jenis polimer linear dan bercabang boleh dikatakan bersifat habluran. Ini juga
meliputi setengah-setengah bahan yang digunakan sebagai fiber: umpamanya
nilon. Yang lazimnya ialah pelbagai jenis polialkena seperti polietilena, poli
(vinil klorida), polistirena dan lain-lain. Satu ciri penting bagi plastik jenis ini
ialah ia menjadi lembut apabila dipanaskan, oleh itu dinamakan termoplastik. Di
dalam keadaan lembut inilah ia boleh dibentuk-bentukkan dan ditarik-tarikan.

Polimer berangkai (atau resin) mengandungi banyak sekali kaitan silang, jadi
mempunyai struktur tiga-dimensi yang tidak teratur dan bersifat keras. Contohnya
ialah resin fenol-formaldehid dan urea formaldehid. Pemanasan tidak boleh
melembutkannya, malah menambahkan lagi bilangan kaitan silang dan
menyebabkan menjadi lebih keras. Dengan demikian ia dipanggil polimer
“termosetting polimer” termo-pengerasan.

Beberapa jenis polimer lazim serta kegunaan masing-masing diberikan di dalam


jadual berikut. Struktur rantai juga disertakan, tetapi struktur sebenar sesuatu
polimer itu bergantung kepada susunan dan kaitan di antara rantai-rantainya.

14
Polimer-polimer Sintetik dan Semulajadi

Polimer Monomer Struktur Rantai Kegunaan


Polietilena H2C = CH2 CH2-CH2-CH2-CH2-CH2 Filem, beg, penebat elektrik
botol.

Polipropilena CH Fiber, botol, barang berbagai


3 CH3 CH3 CH3
bentuk
H2C = CH
CH2-CH - CH2 - CH - CH2 - CH

Poli-cis-1,4-isoprena (Getah Asli) H CH 3 H CH3


CH 3 Polimer ini dinulkonkan dengan
CH3
C = C C = C C = C
sulfur dan kegunaan utamanya
H2C=CH-C=CH2
CH 2
ialah untuk membuat tgayar,
CH2 CH2 CH 2 CH2 CH2
kasut

Polikloroproprena (Neoprena) Barang-barang getah yang tahan


Cl H Cl H Cl Cl
(Getah Tiruan) luluhawa
H2C=CH-C = CH2 C = C C = C C = C

CH2 CH2 CH2 CH2


CH2 CH2

Polivinilklorida (PVC) Cl Paip plastik, pengalas lantai


Cl Cl Cl
piring hitam
H2C = Cl CH2 - CH-CH2-CH - C H2-CH

F F F F F F Lapisan tak melekat, peralatan


Politetrafluoroetilena (Teflon) F2C = CF2 C-C-C-C-C-C makmal yang tahan bahan
kimia.
F F F F F F

15
CH3 CH3 CH3
Polimetilmetakrilat CH3 Menggantikan kaca, barang
CH2 -C - CH2 - C - CH2 - C berbagai bentuk
H2C = C - CO2CH3 CO2CH3 CO2CH3 CO2CH3

H2C = CH CH2 - CH - CH2 - CH - CH2 - CH Barang pelbagai bentuk, span


Polistriena untuk perabut.
(Stirofoam)

H2C = CH CH2 - C H - C H2 - CH - CH2 - CH Fiber, kain pakaian


Poliakrilonitril
CN CN CN
(Orion) CN

H2N (CH2)6NH2 O O O O
Nilon 6.6 HO2C(CH2)4CO2H CNH(CH2)6 NHC(CH2 )4CNH(CH2)6NHC(CH2)4
Fiber

O O O O Fiber, kain filem


Poli (etilena tereftalat) HOCH2CH2OH C C-OCH2 CH2-O-C C - OCH2CH2O
(Dakron) CO2H
HO2C

CH3
CH3 Botol, pengganti kaca.
Polikarbonat HO C OH
O C O-C

(Lexan) CH3
CH3

CH 3

O C O-C

CH 3

16
OH
Selulosa HO OH CH2 OH OH Kapas, kayu
(fiber asli) O O
OH OH
O OH O O O
CH OH CH2 OH OH CH2 OH
2

(Glukosa)
OH OH
Barang-barang termo-pengerasan
OH
O
CH 2 CH 2 CH2 CH2 Pelbagai bentuk, bahan pelekat
Resin Fenolformaldehid dan HCH
(Bakelit) CH 2
CH2 CH 2

CH3
Barang-barang serupa getah,
CH3 CH3 CH3 CH3
Poli (dimetilsikloksana) Cl - Si - Cl dan H2O
bendalir tahan suhu.
(silikon) Si - O - Si - O - Si - O - Si - O

CH3 CH3 CH3 CH3 CH3

17
Jawapan

1.a) -CH2-CH-CH2-CH - CH2 - CH - atau ( CH2 - CH )n


CN CN CN

Cl Cl Cl
b) -CH2-C - CH2 - CH - CH2 - C - CH2 - CH - atau (CH2 - C ) ( CH2 - CH )n
m
Cl Cl Cl Cl Cl Cl

c) -CH2-CH2-O-CH2-CH2-O-CH2-CH2-O- atau ( CH2-CH2-O )n

d) -CF2-CFCl - CF2- CFCl - CF2-CFCl - atau ( CF2-CFCl )n

18
2. “Kepala-ke-ekor”

R + CH2 = CH R - CH2 - CH

CH3 CH3

"ekor" "kepala"

R - CH2 - CH + CH2 = CH R - CH2 - CH - CH2 - CH

CH3 CH3 CH3 CH3

“ekor” “kepala” “ekor” “kepala” Radikal bebas sekunder

“kepala-ke-kepala”

R - CH2- CH + CH = CH2 R - CH2 -CH - CH - CH2

CH3 CH3 CH3 CH3


Radikal bebas primer

“Ekor-ke-ekor”

R + CH = CH2 R - CH - CH2

CH3 CH3

Radikal bebas primer

R- CH - CH2 + CH2 = CH R - CH - CH2- CH2- CH

CH3 CH3 CH3 CH3

Pempolimeran radikal bagi propelera berlaku secara “kepala-ke-kepala”


kerana melibatkan pembentukan radikal bebas sekunder manakala
pempolimeran “kepala-ke-kepala” dan “ekor-ke-ekor”, melibatkan

19
pembentukan radikal bebas primer. Radikal bebas sekunder adalah lebih
stabil daripada radikal bebas sekunder.
3. Polimer Monomer
a. ( CH-CHF )n CH2 = CHF

b. ( CF2-CFCl )n CF2 = CFCl

c. CF2 = CF dan CH2 = CF2


( CF2-CF )n ( CFl2- CF2 )m
CF3 CH3

d.
CH3
CH
3
( CH2 - C )
n CH2 = C
COOCH COOCH3
3

e. ( CH2-CCl2 )m ( CH2CHCl )n CH2=CCl2 dan CH2 = CHCl

20
3. Pempolimeran isobutena:

CH CH3
3

H + CH2 = C CH3 - C

CH3 CH3

CH3 CH3 CH3 CH3

CH3 - C + CH2 = C CH3 - C - CH2 - C - dll

CH3 CH3 CH3 CH3

Pempolimeran ini melibatkan pembentukkan karbokation tertier, karbokation ini adalah


lebih stabil daripada karbokation primer yang dibentukkan mengiktu mekanisme berikut:

CH3 CH3

H + C = CH2 CH - CH2

CH3 CH3

CH3 CH3 CH3


dll
CH - CH2 + C = CH2 CH - CH2 - C - CH2

CH3 CH3 CH3

5. Polistirena :
( CH2 - CH )n

C6H5
C6H5 C6H5
C6H5

CH CH
CH CH CH
a) Ataktik :
CH2 CH2 CH2 CH2 CH2
C6H5 C6H5

C6H5 C6H5
21
CH CH CH
CH2 CH2 CH2 CH2
b) Sindiotaktik:

C6H5 C6H5 C6H5 C6H5


c) Isotaktik:
CH CH CH CH
CH2 CH2 CH2 CH2

6. HOOC(CH )4COOH + H2N(CH2)6NH2


2
asid adipik 1,6-dianiroheksana

-H2O
O

HOOC(CH2)4 CNH (CH2) NH2


6

( C(CH2)4 C NH (CH2)6 NH )n
Nilon 6.6

7. C
-H2O
O + CH2CH CH2 polimer gliptal

C
a)
O + CH2CH CH2
C

O
22
O O O O

b) -O-CH - CH2 - O - C C - O - CH - CH2 - O - C C - OCH - CH2O -

O OH

O
CH2 CH CH2
OH OH OH

O O

C - OCH-CH - O- C C - OCH2-CH CH2 - O dll


dll - O - CH2 CH - CH2 - O C
O O
O=C
O=C
O=C
O=C
O O O
O O O
dll - O - CH2 - CHCH2O C C -OCH2 CH CH2 - O - C C - OCH2-CH CH2- O - dll
O
O=C

O=C
O - dll

8. CH2 - N
CH2

N - NH2 - N - C - N
O=C O CH2
N - CH2 - N - C - N
H2C O
23
N - CH2
CH2 CH2 + OCN NCO
9.
OH OH
CH3

O O
CNH NHC - OCH2CH2 - O
n

CH3

10. Poli (Vinil klorida): ( CH2 - CHCl )n

Polimer ini jenis ataktik oleh itu bersifat amorfus.


Cl
Poli (vinilidena klorida): ( CH2 - C )n
Cl
Polimer ini mempunyai kumpulan yang sama pada karbon menghasilkan polimer
isotaktik, oleh itu bersifat habluran.

11a) Dengan menggunakan kedua-dua etilena dan propilena, rantai-rantai mengandungi


susunan rawak atau tidak teratur. Susunan begini menghasilkan daya antara
rantai yang lemah, oleh itu polimer bersifat lebih elastik.

b) Dengan cara pemanasan dengan benzoil proksida, radikal bebas terhasil dan
penyingkiran –H berlaku membentukkan radikal bebas karbon. Radikal-radikal
bebas karbon kemudian berpadu dan kaitan silang jenis C – C dibentukkan.

24
25

You might also like