You are on page 1of 11

Karangan Laras Sastera

Budaya hedonisme merupakan cabaran


kepada pembentukan budaya ilmu dalam
kalangan remaja masa kini. Bincangkan
keburukannya jika golongan remaja
terpengaruh dengan budaya tersebut dan
kebaikannya jika memantapkan budaya
membaca.
Pengenalan:
Golongan remaja mempunyai tanggungjawab
besar sebagai pemimpin masa depan.
Mereka perlu menghindarkan diri daripada
pengaruh negatif, khususnya terpengaruh
dengan budaya hedonisme, iaitu budaya yang
mengagung-agungkan hiburan secara
melampau, sebaliknya perlu mempunyai budaya
membaca.
Isi-isi Penting:
A. Keburukan Pengaruh Hiburan:
- Masalah Sosial:
a) golongan remaja tidak berminat terhadap
pelajaran;
b) enggan belajar bersungguh-sungguh;
c) menganggap hiburan lebih menyeronokkan dan
mendapat pulangan yang lebih baik.
- Tidak mementingkan ilmu pengetahuan:
a) remaja kurang minat belajar.
b) sering dilalaikan oleh pengaruh hiburan.

- Wujud generasi yang tiada wawasan:


a) wujud generasi belia yang kurang berkualiti.
b) generasi yang terlalu mementingkan hiburan, tidak
mempunyai kekuatan pegangan jati diri atau kurang
semangat patriotisme.
- Pengaruh terhadap budaya:
a) golongan remaja akan terpengaruh dengan budaya
penyanyi luar negara seperti rock, skin head, punk
dan corak pergaulan yang bebas.
b) remaja tempatan akan terkejut dengan budaya
kehidupan luar.

- Terjebak dengan jenayah:


a) remaja yang tiada panduan ilmu boleh melakukan
masalah jenayah.
b) untuk mendapatkan kebebasan dan hiburan,
remaja akan melakukan tindakan seperti
berpeleseran, terlibat dengan penagihan dadah, dan
kegiatan vandalisme.
B. Kebaikan Jika Mengamalkan Budaya Membaca

 Meningkatkan kematangan berfikir:


a) dapat berfikir secara matang ke arah
kebaikan.
b) dapat berfikir sesuatu perkara dari segi kesan
baik dan buruk.
 Meningkatkan martabat diri atau negara:
a) Seseorang yang banyak membaca akan mencapai
banyak kejayaan dalam hidup.
b) Dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
c) Pasti tidak terjebak ke dalam kancah sosial dan
jenayah.
 Meningkatkan budaya membaca:
a) Akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat.
b) Kejayaan yang dicapai oleh remaja akan
dicontohi oleh remaja lain.
c) persaingan dalam kalangan remaja melalui
pembacaan akan menjadi budaya yang baik.
 Memajukan negara:
a) Akan menggalakkan industri penerbitan buku.
b) Remaja akan menyumbangkan kebijaksanaan
kepada pembangunan negara.
c) Remaja akan mampu mencipta sesuatu melalui
pembacaan mereka.
d) Contoh: remaja sekolah atau penuntut
universiti mampu mencipta sesuatu kajian,
melalui bacaan yang luas.
Kesimpulan

Semua pihak perlu berusaha


membendung gajala hiburan yang
keterlaluan dan berusaha memantapkan
budaya membaca dalam kalangan remaja.

Format jawapan: 2 + 2
Hedonisme menurut pengertian kamus
dewan ialah pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan
atau kesenangan hidup.[8]

You might also like