You are on page 1of 1

Persediaan Sebelum Membaca.

1. Pilih masa belajar yang sesuai.  Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya
gangguan terhadap tumpuan.  Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang.  Waktu subuh
adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.

2. Pilih suasana yang sesuai.  Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan
tersusun.

3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.

4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

Membaca secara kritikal.  Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep,
istilah, logik dan sebagainya.  Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata
pelajaran anda.  Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak
membosankan.  Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

 Melihat seimbas.  Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.


-  Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
-  Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
-  Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk
utama.
-  Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.

 Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.

 Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.  Terjemahkan setiap
penjelasan dalam bentuk gambaran minda.

 Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan
rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar.  Ulang baca beberapa kali sekiranya
perlu.

 Gariskan fakta-fakta penting.  Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.

 'Highlight' setiap kata kunci.

 Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan
sebagainya.

 Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.

Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda.  Fikirkan atau gambarkan semula apa yang
telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang
telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

You might also like