You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 31 Mac


2006. Rancangan Malaysia Kesembilan ini adalah bertujuan untuk
membangunkan Negara dari pelbagai segi seperti ekonomi dan sosial.
Rancangan Malaysia ini juga adalah untuk mengekalkan kestabilan
Negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya
saing antara masyarakat serta dengan negara-negara luar yang lain.

Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan sebanyak


lima teras untuk dilaksanakan. Kelima – lima teras ini adalah bertujuan
untuk membangunkan negara. Teras pertama dalam Rancangan
Malaysia Kesebilan adalah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai
lebih tinggi. Teras kedua adalah meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas
pertama’. Teras ketiga ialah menangani ketidaksamaan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif. Teras terakhir dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan adalah mengukuhkan keupayaan
institusi dan pelaksanaan.

Kajian separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Kesembilan


telah dibentangkan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang
teras kedua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. Teras
kedua ini telah menetapkan sebanyak lima strategi. Antara strategi
bagi teras ini adalah meningkatkan kualiti dan akses kepada
pendidikan. Strategi seterusnya adalah menjadikan sekolah
kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama. Selain itu, mewujudkan
Institusi Pendidikan Tertiari bertaraf antarabangsa.

1
Strategi keempat adalah memupuk penyelidikan dan pembangunan
berkualiti serta mempertingkatkan keupayaan saintifik dan inovatif.
Strategi terakhir adalah menyemai nilai murni dalam masyarakat.
Setiap perkembangan dan pencapaian selama separuh penggal akan
dibincangkan dan diulas dalam kertas kerja ini.

2.0 Memperkukuhkan Program Pendidikan dan Latihan

Pendidikan merupakan penumpuan utama kerajaan dalam Rancangan


Perbelanjaan Kerajaan. Pendidikan merupakan salah satu input penting
bagi membentuk golongan pelajar yang dapat bersaing diperingkat
antarabangsa sekaligus mengharumkan nama baik negara. Penekanan
yang pernah ditekankan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr.
Abdullah Ahmad Badawi iaitu ingin melahirkan modal insan kelas
pertama akan dapat dibentuk sekiranya penumpuan yang lebih
diberikan dalam program pendidikan seperti kemudahan ICT serta
bantuan kepada pelajar itu sendiri. Suruhunjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia memperuntukkan 45 juta ringgit bagi
melaksanakan projek SchoolNet untk menyediakan perkhidmatan
internet di sekolah-sekolah. Dengan adanya kemudahan seperti ini,
pelajar-pelajar dapat memanfaatkan peluang untuk mendekatkan diri
dengan dunia teknologi maklumat seterusnya dapat memperkasakan
modal insan.

Kemudahan atau infrastruktur merupakan satu perkara yang


perlu diberi penumpuan dalam memberi keselasaan kepada pelajar
untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan adanya kemudahan
infrastruktur, pelajar-pelajar sama ada peringkat rendah mahupun
tinggi akan memberi lebih fokus terhadap pelajaran. Kerajaan
seharusnya lebih peka terhadap pemasalahan pelajar terutama pelajar

2
yang berada di luar bandar agar mereka tidak tercicir dengan arus
kemodenan.

Dengan terbinanya tiga buah universiti yang telah dilakukan oleh


kerajaan pada sebelum ini akan melahirkan lebih ramai lagi golongan
siswazah yang mampu menongkah arus dalam alam Cyber ini.
Golongan pelajar seharusnya bijak merebut peluang yang terbuka
apabila mereka ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
Dengan aktiviti penyelidikan yang dilakukan dengan kerjasama
universiti-universiti lain, akan mewujudkan perkongsian ilmu serta
pertukaran pendapat dengan pakar-pakar asing. Malaysia akan
melahirkan lebih ramai pakar-pakar professional yang semestinya
dikagumi oleh negara lain. Bidang-bidang penyelidikan berupaya
melahirkan modal insan berpengetahuan yang tinggi dan berinovasi.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional ( PSPTM ) telah


dilancarkan yang bertujuan untuk mentransformasikan sektor
pengajian tinggi negara bagi membangunkan institusi pengajian tinggi
bertaraf dunia. Langkah kerajaan dalam Bajet 2008 merupakan satu
langkah ke hadapan bagi menghasilkan modal insan kelas pertama.
Kecemerlangan pelajar terbukti mengikut statistik dengan lahirnya 81
peratus graduan UiTM mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat
pengajian. Ini menunjukkan perkembangan yang baik bagi golongan
bumiputera untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Selain itu, keciciran pelajar teknikal dan vokasional dapat


dielakkan dengan penumpuan yang lebih terhadap golongan pelajar
ini. Sejumlah 480 juta ringgit telah diperuntukkan kepada pelbagai
agensi latihan kerajaan semata-mata untuk meningkatkan bilangan
dan kualiti pekerja terlatih selaras keperluan pasaran. Hal ini secara

3
tidak langsung dapat mengurangkan masalah pengangguran
dikalangan siswazah.

Disamping itu, kerajaan seharusnya mempertimbangkan mengenai


soal pembayaran balik pinjaman duit PTPTN. Dengan pengurangan
kadar bunga yang seharusnya dijelaskan oleh pelajar-pelajar, ini dapat
mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelajar apabila mereka
tamat menghabiskan pengajian di peringkat universiti. Menurut akhbar
Utusan Malaysia pada 13 Ogos 2008, Menteri Pengajian Tinggi
menyatakan mana-mana peminjam yang gaji mereka tidak mencapai
satu tahap yang diklasifikasikan sebagai munasabah untuk
menanggung perbelanjaan setiap bulan akan diberikan pengecualian
tersebut. Dengan langkah ini, pelajar tidak terlalu memikirkan untuk
pembayaran balik pinjaman PTPTN dan ini akan lebih memberi
penumpuan dalam pembelajaran. Pada masa kini, universiti yang ada
di negara Malaysia melahirkan lebih ramai pelajar yang memiliki sifat-
sifat kepimpinan, intelek dan pengetahuan, daya komunikasi, serta
berpandangan jauh seterusnya mewujudkan modal insan kelas
pertama yang berjaya mengharumkan nama negara.

3.0 Menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai Sekolah Pilihan

Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait


serta pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di
samping itu juga, pendidikan memainkan peranan yang penting bukan
sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk
meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk

4
menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk
menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu
juga, pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.

Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Pada 16 Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap
kecemerlangan sekolah dan memantapkan sistem pendidikan negara
di mata dunia. Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah
rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. PIPP memberi tumpuan
kepada pembinaan negara bangsa, membangunkan modal insan,
mengukuhkan SK, pemartaban profesion perguruan dan pengukuhan
institusi pendidikan. Selain itu, bagi memperkasakan SK penumpuan
diberikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sehubungan
itu, ia dapat menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional,
meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan
meningkatkan kualiti prasarana.

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan telah


dinyatakan kadar enrolmen pelajar Cina di sekolah kebangsaan pada
tahun 2007 adalah 6% dan pelajar India adalah 40%. Kerajaan telah
merancang supaya meningkatkan kadar enrolmen pelajar Cina dan
India di sekolah kebangsaan. Selain itu, enrolmen mengikut jenis
sekolah, lokasi pula menunjukkan bagi SK, peratusan murid
Bumiputera adalah hampir sama di bandar dan luar bandar iaitu 50.2%
bandar dan 49.8% luar bandar. Sehubungan itu, enrolmen bagi sekolah
rendah akan meningkat daripada 3.07 juta pelajar pada tahun 2007

5
kepada 3.20 juta pada tahun 2010, manakala enrolmen di sekolah
menengah adalah 2.24 juta kepada 2.38 juta pelajar.

Sehingga tahun 2005, jumlah guru siswazah di sekolah rendah


adalah seramai 11,539 (6.1%) orang manakala, di sekolah menengah
pula seramai 112,578 (82.4%) orang. Sasaran adalah untuk
memastikan 25 peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru
di sekolah menengah ialah guru siswazah menjelang 2010.
Pencapaian daripada sasaran tersebut adalah meningkat kepada
13.7% oarng guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2005 dan
87.1% di sekolah menengah.

Seterusnya, sasaran untuk menjadikan SK sebagi sekolah bestari


melalui Program Pembestarian Sekolah telah menghasilkan 3025 buah
sekolah rendah iaitu sebanyak 40% yang siap dilengkapi kemudahan
untuk capaian internet. Sebanyak 4,639 projek infrastruktur baru
pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dilaksanakan
Kementerian Pelajaran sehingga akhir bulan lalu, merangkumi 27.7
peratus daripada 16,735 projek infrastruktur baru bernilai RM20.704
bilion yang dirancang dalam program lima tahun itu. Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan kementerian berpuas
hati dengan pencapaian itu kerana pelaksanaannya mengikut jadual
dan memenuhi sasaran dan kementerian itu turut mendapat
peruntukan tambahan RM2.6 bilion untuk melaksanakan 9,355 projek
berimpak tinggi yang memanfaatkan 2.2 juta pelajar dan 14,000 guru
di luar bandar serta pedalaman.

4.0 Mewujudkan Institusi Pendidikan Bertaraf Antarabangsa

6
Mengikut komitmen kerajaan dalam Teras Dua di bawah RMK9
(Rancangan Malaysia Ke-9), dengan mewujudkan institusi pendidikan
antarabangsa dapat melancarkan usaha kerajaan dalam meningkatkan
kemajuan negara.

Kerajaan mengharapkan universiti-universiti tempatan sama ada


kerajaan atau swasta dapat melahirkan pekerja akademik yang
berkelayakan ijazah doktor falsafah (Phd) bagi memastikan matlamat
yang ingin dicapai iaitu mahu mewujudkan institusi pendidikan yang
bertaraf antarabangsa. Perlaksanaan Skim Latihan Akademik ini mahu
memastikan kelayakan atau taraf pekerja akdemik tersebut mampu
untuk menjalankan kajian atau penyelidikan disamping mahu
meningkatkan prestasi pekerja tersebut. Sehubungan dengan itu,
kerajaan mahu mencapai sebanyak 60% daripada pekerja akademik
yang ada disetiap universiti kerajaan atau pun swasta menjelang tahun
2010.

Selain itu, kerajaan juga mahu meningkatkan enrolmen


diperingkat lepasan ijazah kepada 25% daripada jumlah enrolmen
diperingkat ijazah menjelang tahun 2010. hal ini menunjukkan jumlah
pelajar memainkan peranan dalam mewujudkan institusi yang bertaraf
antarabangsa disamping dapat menjalankan kajian atau penyelidikan
di universiti tersebut. Contohnya, dengan siapnya tiga universiti baru
iaitu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia
Kelantan(UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
serta pembinaan kampus cawangan UiTM dan perluasan program
fraincais UiTM. Secara tidak langsung, universiti-universiti tersebut
akan menarik pelajar antarabangsa datang ke Malaysia bagi mengikuti
pengajian di sini disamping dapat menjalankan kajian yang berkaitan
kajian antarabangsa.

7
IPTA juga memberi tumpuan kepada kandungan kursus yang
berkualiti iaitu subjek-subjek yang dapat membawa kepada pasaran
kerja tempatan dan antarabangsa. Program juga perlu dianalis
mengikut pasaran dan bertaraf antarabangsa contohnya bioteknologi,
kewangan Islam dan sebagainya.

4.1 Pencapaian

Pencapaian yang terhasil menunjukkan kesan yang positif


dimana pekerja akademik di universiti talah meningkat daripada 26%
pada tahun 2005 telah menjadi 31.6% pada tahun 2007. Kemungkinan
untuk terus meningkat adalah besar dan mengikut universiti yang
diketahui iaitu Universiti Putra Malaysia talah mencapai sebanyak 64%,
Universiti Malaya telah meningkat sebanyak 51% dan Universiti Sains
Malaysia telah meningkat menjadi 50% pada tahun 2007. Hal ini telah
menunjukkan bahawa peningkatan yang telah ditunjukkan kesan yang
berguna untuk menjadikan institusi pendidikan bertaraf antarabangsa.

Selain itu, pencapaian yang seterusnya adalah Malaysia sebagai


hab pendidikan serantau dimana mahu menjadikan universiti di
Malaysia adalah bertaraf antarabangsa. Begitu juga dengan
mengharapkan universiti tempatan berada di dalam kelompok seratus
universiti terkemuka. Contohnya Universiti Malaya yang telah
menunjukkan kemampuannya berada dalam kalangan seratus
universiti terkemuka. Selain itu, program akademik yang bertaraf dunia
seperti bioteknologi, kewangan Islam, biodiversiti dan sebagainya telah
banyak terdapat di universiti-universiti tempatan dimana mempunyai
pasaran antarabangsa bagi mewujudkan institusi bertaraf dunia.
Begitu juga, dengan penambahan dalam kelayakan ijazah doktor
falsafah (Phd) yang dapat membantu universiti tempatan membuat
kajian.

8
5.0 Memupuk Penyelidikan dan Pembangunan Berkualiti serta
Mempertingkat Keupayaan Saintifik dan Inovatif

Teras kedua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah


meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama‘. Teras ini telah menetapkan sebanyak
lima komitmen yang perlu dilaksanakan dan dicapai. Salah satu
komitmen dalam teras ini adalah ‘Memupuk Penyelidikan dan
Pembangunan Berkualiti serta Mempertingkatkan Keupayaan Saintifik
dan Inovatif’.

Sasaran telah ditetapkan dalam memupuk penyelidikan dan


pembangunan berkualiti serta mempertingkatkan keupayaan saintifik
dan inovatif. Sasaran yang telah ditetapkan adalah dengan
menyasarkan nisbah antara ahli sains dan jurutera penyelidikan ( RSE )
dengan jumlah tenaga buruh di Malaysia. Nisbah yang ditetapkan dan
ingin dicapai adalah seramai 50 orang ahli sains dan jurutera
penyelidikan ( RSE ) bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun
2010.

Beberapa strategi dan perancangan telah dibuat dalam


mencapai sasaran yang ditetapkan. Segala strategi dan perancangan
ini dilaksanakan secara berperingkat – peringkat. Antara strategi yang
telah dirancang adalah dengan menyediakan lebih banyak biasiswa
untuk pelajar diperingkat ijazah. Biasiswa ini diberikan adalah untuk

9
menambahkan lebih ramai pelajar yang menyambung pengajian
mereka dalam pelbagai bidang berkaitan Sains dan Teknologi.

Negara menghadapi masalah kekurangan personel bagi


Pembangunan dan Penyelidikan ( R&D ). Bagi menangani masalah
kekurangan personel R&D ini, satu kajian komprehensif telah
dilaksanakan. Kajian komprehensif ini adalah bertujuan mengenalpasti
bidang – bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Selain itu,
kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bilangan ahli sains dan
jurutera penyelidikan ( RSE ) yang diperlukan.

Sektor – sektor swasta juga terlibat dalm meningkatkan


penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Sektor – sektor swasta
ini digalakkan supaya menyediakan dan memberi lebih banyak
biasiswa serta bantuan kewangan. Biasiswa dan bantuan kewangan ini
adalah bertujuan untuk menjalankan serta memperluaskan
penyelidikan yang strategik dan pengkomersilan.

Selain itu, penyelidikan dalam bidang pelbagai sains dan teknologi


diperluaskan. Perluasan penyelidikan ini adalah bagi program lepasan
ijazah kedoktoran. Bagi pelajar program ijazah kedoktoran akan
digalakkan melakukan penyelidikan. Selain itu, kerajaan juga
menggalakkan pelajar ijazah pertama untuk melakukan penyelidikan.
Bagi pelajar ijazah pertama ini digalakkan melakukan penyelidikan
bersama dengan staf atau kakitangan di fakulti masing – masing.
Galakkan dan penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan
kemahiran pelajar tersebut dalam melakukan projek penyelidikan.

10
Kerajaan juga menggalakkan kerjasama antara Institut
Pengajian Tinggi dengan industri. Kerjasama antara kedua – dua pihak
ini adalah bertujuan untuk menggiatkan lagi dan memperluaskan
aktiviti serta projek – projek pembangunan dan penyelidikan serta
pengkomersilan ( R&D&C). Aktiviti – aktiviti ini akan dipergiatkan di
Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) yang terdapat di seluruh
Malaysia.

Kerajaan telah merancang untuk menubuhkan sebuah Institut


Penyelidikan Malaysia. Penubuhan institut ini adalah bertujuan
menggalakkan dan meningkatkan kerjasama dalam projek – projek
penyelidikan. Institut Penyelidikan Malaysia ini ingin mengadakan
hubungan dengan universiti – universiti terkemuka antarabangsa
dalam menjalankan projek – projek penyelidikan.

Pembangunan dan penyelidikan (R&D) diberi keutamaan dalam


tempoh Rancangan Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan perbelanjaan kasar negara ke atas Pembangunan dan
Penyelidikan (GERD). Peningkatan perbelanjaan ini adalah daripada
RM1.7 bilion pada tahun 2000 kepada RM4.3 bilion pada tahun 2005.
peningkatan ini adalah pada kadar tahunan purata 20.8 peratus.
Nisbah perbelanjaan kasar Negara ke atas pembangunan dan
penyelidikan (GERD) kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK)
merupakan satu ukuran kepada intensity penyelidikan. Nisbahnya
telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 2000 kepada 0.9
peratus pada tahun 2005.

Bilangan siswazah dalam bidang sains dan teknologi di setiap


peringkat ijazah telah meningkat. Peningkatan ini adalah pada kadar
tahunan purata 25.3 peratus. Jumlah keluaran siswazah dalam bidang
sains dan teknologi meningkat daripada 40.1 peratus pada tahun 2000

11
kepada 52.4 peratus pada tahun 2005. Pertambahan ini seterusnya
telah meningkatkan potensi bekalan ahli sains dan jurutera
penyelidikan (RSE).

6.0 Memupuk Nilai Moral dan Etika yang Kukuh

Dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke Sembilan


(RMKe-9), teras kedua strategi kelima ialah memupuk nilai moral dan
etika yang kukuh. Kerajaan telah berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang memiliki pemikiran minda kelas pertama. Dalam usaha
untuk melahirkan modal insane ini, Masyarakat hendaklah memupuk
nilai moral dan etika yang kukuh. Melalui perlaksanaan Pelan Integriti
Nasional, modal insan ini dibentuk melalui penerapan prinsip- prinsip
islam hadhari. Integriti adalah sebenarnya bermula daripada diri kita
sendiri. Amanah, jujur, adil, ikhlas, telus, benar, berpegang kepada
prinsip, tidak mudah dipengaruhi serta boleh dipercayai adalah asas
kepada integriti. Jika semua masyarakat mempunyai integriti dalam
diri maka modal insan senang dibentuk.

Kerajaan telah berkomitmen untuk menyemai nilai murni dalam


masyarakat iaitu dengan menyemai nilai toleransi dengan semangat
kekitaan dan patriotik dalam diri masyarakat. Oleh itu, prinsip Islam
Hadhari telah dibentuk untuk mencapai sasaran kerajaan untuk
menyemai nilai murni dalam masyarakat. Islam Hadhari mempunyai
sepuluh prinsip asas iaitu yang pertama ialah keimanan kepada Allah
SWT. Nilai yang hendak dibangun ialah keimanan, ketakwaan dan
pegangan agama yang teguh. Prinsip kedua ialah kerajaan yang adil
dan amanah. Nilai yang hendak dibangun pentadbiran yang adil dan
pentadbiran yang berkesan. Prinsip yang ketiga ialah rakyat berjiwa
merdeka. Keempat ialah penguasaan ilmu pengetahuan. Nilai yang
hendak dibangun ialah masyarakat yang cintakan ilmu, iaitu

12
mendalami ilmu fardhu ain dan menguasai ilmu kifayah. Prinsip kelima
ialah pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. Prinsip
ini menghendaki masyarakat maju dalam bidang ekonomi. Nilai yang
hendak dibangun ialah masyarakat yang maju dalam bidang ekonomi,
tiada pembaziran, aktiviti yang halal dan barakah. Prinsip keenam ialah
kehidupan yang berkualiti. Nilai yang hendak dibangun ialah ibadat
sebagai asas kehidupan yang berkualiti, tempat tinggal, kesihatan,
pemakanan dan prasarana yang lengkap. Ketujuh ialah pembelaan hak
minoriti dan wanita. Prinsip kelapan ialah keutuhan budaya dan moral.
Nilai yang hendak dibangun ialah memelihara budaya berdasarkan
nilai-nilai agama. Pendekatan Islam Hadhari mementingkan keutuhan
budaya dan moral serta jauh daripada perkara-perkara yang mungkar.
Prinsip kesembilan ialah pemuliharaan alam semulajadi. Nilai yang
hendak dibangun ialah pemuliharaan alam semulajadi, memelihara
sumber air dan udara. Prinsip yang terakhir iaitu yang kesepuluh ialah
kekuatan pertahanan. Nilai yang hendak dibangun ialah membina
ketahanan mental dan spiritual. Mereka yang memiliki ketahanan ini
akan dapat mempertahankan diri dan negara daripada diceroboh.
Prinsip-prinsip islam hadhari ini dirangka adalah untuk melahirkan
modal insan yang sejati dan meransang minda masyarakat ke arah
perubahan yang positif iaitu menyeluruh, bijaksana dan sistematik.

Kesemua prinsip islam hadhari ini adalah berkait rapat dengan


integriti yang ada dalam diri seseorang individu itu dan seterusnya
masyarakat. Jika integriti yang ada dalam diri masyarakat adalah
tinggi, maka hasrat kerajaan untuk membentuk modal insan yang
berkualiti akan tercapai. Melalui pembangunan modal insan ini,
pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan. Antaranya
Program Pendidikan ialah pendidikan prasekolah dan rendah iaitu
enrolmen kanak- kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam
tahun meningkat kepada 702,897 pada tahun 2005. Pelbagai program

13
sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, kemudahan
asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin disediakan terutamanya kepada pelajar daripada
keluarga berpendapatan rendah. Bagi memupuk nilai moral dan etika
serta untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, pelbagai
program telah dilaksanakan. Antaranya ialah pada tahun 2005,
program j-QAF2 yang diperkenalkan kepada pelajar muslim di sekolah
rendah yang melibatkan pelajar tahun satu. Bagi pendidikan
menengah pula, enrolmen di sekolah kerajaan dari sekolah bantuan
kerajaan meningkat kepada 2.1 juta pelajar pada tahun 2005. antara
contoh program pendidikan lain ialah Pendidikan Khas, Peningkatan
Kualiti, Pembangunan Guru dan Pendidikan Tertiari. Pelaburan dalam
modal insan adalah sangat penting dan diberi penekanan dalam
tempoh rancangan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan
daya saing yang tinggi berasaskan pengetahuan serta membentuk
masyarakat dengan nilai yang boleh diteladani oleh masyarakat lain.

Disamping itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang disusun


semula sebagai sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
yang terunggul di samping ditambah jumlahnya dengan objektifnya
ialah untuk meningkatkan keberkesanan dalam memerangi jenayah
rasuah yang semakin berleluasa sekarang ini di negara kita.
Pencapaian yang ingin dicapai kerajaan adalah untuk membentuk
sikap masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi. Hal ini kerana, dengan adanya semangat bersatu
dan semangat patriotik ini, maka hubungan dalam masyarakat dapat
dieratkan dan perpecahan sukar untuk berlaku.

7.0 Kesimpulan

14
Kesimpulannya, kejayaan negara melaksanakan dasar-dasar dan
program-program negara yang terbaik mengikut acuan kita sendiri
adalah kejayaan kepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan
masyarakat seluruhnya. Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk ”Minda Kelas Pertama”.

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem


pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi
aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang
bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina
kemajuan dan kesejahteraan diri
serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.
Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara-
negara maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan negara ke
tahap tertinggi dan bertaraf dunia.

Secara umumnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia


pendidikan amatlah diperlukan dalam menghasilkan dan
membangunkan modal insan sekaligus memenuhi wawasan negara.

15

You might also like