You are on page 1of 17

PEMULIHAN, PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN OKU

1. LATAR BELAKANG

1.1 Sejak pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang


Upaya 1980 dan pelancaran “The World Programme of Action
Concerning Disabled Persons 1982” Malaysia turut
memperkenalkan berbagai-bagai polisi dan program untuk
membaiki kualiti kehidupan golongan orang kurang upaya.
Penyertaan dan penglibatan komuniti bermula apabila komuniti
mengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan orang
upaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propaganda
“Kebajikan Tanggungjawab Bersama”.

1.2 Seperti Negara-negara membangun, sejak mencapai


kemerdekaan Malaysia telah mengalami pertumbuhan dari
aspek sosial dan ekonomi. Selaras dengan itu, Malaysia telah
membentuk Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990.
DKN bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilan
masyarakat untuk pembangunan negara. Selaras dengan
hasrat kerajaan melalui Wawasan 2020, ingin menjadikan
Malaysia sebagai negara yang menitikberatkan pembangunan
menyeluruh dan seimbang kepada semua masyarakat. Dasar
dan program kepada golongan orang kurang upaya di negara
ini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung
dalam Dasar Kebajikan Negara untuk mencapai keyakinan diri
dan persamaan peluang di samping mewujudkan semangat
saling bantu membantu serta berbudaya penyayang.

1.3 Pertumbuhan ekonomi yang dicapai telah memberi


peluang kepada semua masyarakat memperolehi pengagihan
yang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir
individu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara,
setiap rakyat patut diberi peluang dan hak yang sama rata untuk
menikmati kejayaan negara termasuk kepada golongan orang
kurang upaya. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini Malaysia telah
mengadakan berbagai perancangan, strategi, program dan
aktiviti dengan kolaborasi berbagai sektor untuk mewujudkan
negara maju melalui rancangan-rancangan pembangunan yang
cekap dan pentas.
2. DEFINISI OKU

2.1 Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang


Upaya” (OKU) itu bermaksud seperti berikut:

“ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang


fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan
penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”.

2.1. Bagi maksud pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat


telah mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada enam
kategori utama kecacatan/ ketidakupayaan seperti berikut:-

BIL. KATEGORI PENJELASAN

I Kurang a) Minimum ( Mild ) - (20 - < 30 db)


Upaya
Pendengaran b) Sederhana (Moderate) - (30-< 60
db)
D
c) Teruk ( Severe ) - (60 - < 90 db)

d) Sangat Teruk ( Profound ) - (> 90


db)

II Kurang a) Buta (Blind)


Upaya
Penglihatan

B Penglihatan kurang daripada


3/60 pada mata yang lebih baik
walaupun dengan menggunakan
alat bantu penglihatan (cermin
mata)
b) Terhad –(Low Vision/Partially
Sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18


tapi sama dengan atau lebih baik
daripada 3/60 dalam mata yang
lebih baik penglihatannya
walaupun dengan menggunakan
alat bantu penglihatan (cermin
mata)

c) TunnelVision

Pandangan yang terhad

kepada satu arah dan dalam

ruangan sehala.

III Kurang Kecacatan anggota badan misalnya -


Upaya Fizikal Penyakit Polio, Kudung, Muscular
Dystrophy, Myopathy, Neuropathy,
PH Osteogenesis Imperfecta, kerdil dll.

IV Cerebral a. Hemiplegia
Palsy
Cerebral Palsy yang melibatkan
CP sebelah bahagian badan
b. Diplegia

Cerebral Palsy yang melibatkan


kedua-dua belah kaki

c. Quadriplegia

Cerebral Palsy yang melibatkan


kedua-dua belah tangan dan
kaki.

V Masalah Diagnosa perubatan dibawah


Pembelajaran kategori ini merangkumi :

DL

a. Lewat Perkembangan (Global


Developmental Delay)(bagi
kanak-kanak berumur < 3 tahun)

b. Down’s Syndrome

c. Autisme

d. Attention Deficit Hyperactive


Disorder

e. Terencat Akal ( Mental


Retardation) (bagi kanak-kanak
berumur > 3 tahun)

f. Masalah pembelajaran
spesifik seperti dyslexia,
dysgraphia, dyscalculia dll
VI Lain-lain Diagnosa perubatan dibawah
kategori ini merangkumi semua
masalah kurang upaya yang tidak
dinyatakan dalam format

nota:

1. Slow learner ialah kanak-kanak yang menghadapi


masalah dalam pembelajaran yang mungkin disebabkan
oleh faktor intelek dan/atau persekitaran. Ia boleh dibetulkan
dengan bimbingan di kelas pemulihan. Kanak-kanak ini
perlu dinilai semula sekiranya masih menghadapi masalah
pembelajaran selepas mendapat bantuan dari kelas
pemulihan. Kanak-kanak dalam kategori ini perlu didaftarkan
dengan Unit Pendidikan Khas untuk mendapat kemudahan
pendidikan khas.

4. KAD KENAL DIRI OKU

4.1 Kad Kenal Diri OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang
dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan
Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-
pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 6 jenis
warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:-

i. Pengelihatan - Biru
ii. Pendengaran - Ungu
iii. Fizikal - Hijau
iv. Cerebral Palsy - Merah
v. Masalah Pembelajaran - Kuning
vi. Lain-lain - Oren

4.2 Pendaftaran dan kad Kenal Diri


4.2.1 Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data atau statistik
bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan,
pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal.
Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ianya
seharusnya digalakkan bagi mendapat segala kemudahan dan
insentif yang disediakan oleh Kerajaan dan swasta.

4.2.2 Objektif Pendaftaran dan Kenal Diri OKU

a. Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan orang


kurang upaya di negara ini bagi maksud perancangan
perkhidmatan, program pemulihan, pencegahan, latihan
dan pendidikan.

b. Untuk merancang kesesuaian program-program


latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang
upaya.

c. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang


bertepatan dengan orang kurang upaya.

d. Untuk mengenal pasti orang kurang upaya mengikut


jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri
bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

4.2.3 Borang – borang Pendaftaran OKU


Borang - borang Kegunaan
Borang Permohonan Maklumbalas
Perkhidmatan Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Borang Pendaftaran
dan Cadangan
Penempatan Orang Butir-butir
Kurang Upaya ( 18 pengesahan
tahun ke atas )
Borang Pendaftaran
dan Cadangan
Penempatan Kanak- Butir-butir
Kanak Dengan pengesahan
Keperluan Khas ( 0 – 18 penempatan
Tahun )
Akuan Penerimaan Kad
Kenal Diri OKU/Bantuan
Alat Tiruan/Sokongan Bukti
Penerimaan
4.2.4 Syarat –syarat Pendaftaran
a. Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
b. Telah disahkan/diperkaui oleh Pegawai Perubatan
Hospital Kerajaan
c. Menggunakan borang yang betul
d. Pendaftaran dijalankan di Pejabat
Daerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin

5. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA OKU

5.1 Bantuan Alat Tiruan

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeli


peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi beroda, kaliper, anggota
tiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lain
peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya.
Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan
mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada orang
lain.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-


(i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(ii) Keperluan penggunaan alat dengan pengesahan
dan sokongan Pegawai Perubatan/Doktor
(iii) Ketidakmampuannya membeli
(iv) Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)

5.2 Geran Pelancaran

Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan


dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan
kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini
disebabkan ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini
membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan
jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had
maksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00.
Kelayakan :

(i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


(ii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai
pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil
sebagai mata pencarian.
(iii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai minat dalam
bidang keusahawanan.
(iv) Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih
institusi atau klien Jabatan.

5.3 Elaun Pekerja Cacat (EPC)


Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja
dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau
orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

(i) Sebagai penyenggaraan pendapatan (income


maintenance) untuk memenuhi keperluan asas.
(ii) Sebagai elaun insentif/perangsang bagi menggalakkan
seseorang yang kurang upaya berminat untuk berkerja dan
berdikari.
(iii) Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.

Kelayakan:

Pekerja orang kurang upaya termasuk yang bekerja secara


sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel
Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh
pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program
Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak
menerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya
syarat berikut dipenuhi:-

i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat


sebagai orang kurang upaya;
ii) Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM
750.00 sebulan tidak termasuk pendapatan
keluarga;
iii) Berumur 16 tahun ke atas;

Pemohon mestilah menyertakan slip gaji/surat pengesahan


pendapatan daripada majikan/surat pengesahan pendapatan
daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.

9. PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT


Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi
masalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya atau
memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang
diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada
Pegawai/Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau
kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri-Negeri.

10. AGENSI-AGENSI LAIN YANG TERLIBAT DALAM PERKHIDMATAN,


PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, agensi


Kerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela ( NGOs ) juga
terlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya.
Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas),
Kementerian Sumber Manusia (JabatanTenaga Kerja), Pertubuhan
Kebajikan Sukarela dan lain-lain.

10.1. Kementerian Kesihatan - Program Pengesanan Awal (Early


Intervention) memberi rawatan dan
pemeriksaan untuk kemasukan ke
Institusi Kebajikan.

10.2. Jabatan Pendidikan - Menyediakan pendidikan bagi kanak-


kanak berkeperluan khas (kurang
upaya penglihatan, kurang upaya
pendengaran dan masalah
pembelajaran) melalui tiga program
iaitu (i) Sekolah Khas, (ii) Program
Integrasi dan (iii) Program Inkulsif di
peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah. Program
intergrasi juga disediakan bagi
pelajar kurang upaya pendengaran
di Sekolah Teknik dan Politeknik.
10.3. Jabatan Tenaga Kerja - Menggalakkan pihak swasta
menyediakan peluang pekerjaan
kepada golongan orang kurang
upaya melalui Jawatankuasa
Penggalakan Penggajian Orang
Kurang Upaya Di Sektor Swasta.

10.4. Pertubuhan Keb. Sukarela - Mengadakan Pusat Harian dan


Pusat Latihan bagi orang kurang
upaya sebagai perkhidmatan
sokongan terhadap program-
program Kerajaan dan juga sebagai
memenuhi tanggungjawab
masyarakat dalam pemulihan
golongan tersebut.

11. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU OLEH


AGENSI-AGENSI LAIN

11.1 Kemudahan Pendidikan

Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas


menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori
kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah
pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah
pendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif di
sekolah biasa.

Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan


pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti
latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan
Kementerian Pelajaran. Bagi Pelajar yang berjaya melanjutkan
pelajaran di Institut Pengajian Tinggi diberi elaun bulanan
sebanyak RM 300.00 sebulan (Kemudahan ini adalah di bawah
kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi). Pelajar-pelajar
kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah
diberikan elaun sebanyak RM 25.00 sebulan ( Kemudahan ini di
bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas).
11.2 Kemudahan Akses Untuk Orang Kurang Upaya

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah


mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam
menggalakkan pelbagai kemudahan diwujudkan bagi
membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu
daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa
Teknikal yang urus setianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod
Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam”
yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-
kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana
bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses
kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan
“railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas
dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas
khas dan sebagainya.

11.3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan

Pada tahun 1981 Kerajaan memperluaskan potongan cukai


berganda kepada majikan-majikan yang melatih dan mengambil
pekerja kurang upaya.

Mulai tahun tahun 1991 Kerajaan memberi pelepasan cukai


sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai
anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun.

Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sehingga


RM5,000(maksimum) kepada pembayar cukai bagi membeli
alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan
ibubapa yang kurang upaya.

Kerajaan telah memberi pelepasan cukai tambahan sebanyak


RM6000.00 sebagai tambahan kepada pelepasan diri sebanyak
RM8,000.00 dan pelepasan tambahan sebanyak RM3,500
kepada pasangan yang kurang upaya sebagai tambahan
kepada pelepasan sebanyak RM3,000.00 mulai tahun 2005.

11.4 Pengecualian Cukai Jalan


Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan
pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya
fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal
buatan tempatan mulai tahun 2004.

Syarat-syarat :

i) Kereta, van dan motosikal nasional sahaja;

ii) Berdaftar dengan JKM (kurang upaya anggota);

iii) Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon;

iv) Memiliki lesen memandu yang sah.

v) Pengecualian diberi hanya pada sesebuah


kenderaan dalam satu masa.

11.5 Kemudahan Pengangkutan Awam

Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan


supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya.
Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan
telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang
upaya. Antaranya adalah SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA
memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan
dalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) memberi
tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi
semua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi
50% dari harga tambang dan RAPID KL memberi kemudahan
tambang percuma kepada golongan kurang upaya.

11.6 Kemudahan Perumahan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan


kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi
menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL
dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang
kurang upaya.
Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) memberi diskaun
sebanyak 20 peratus kepada golongan kurang upaya
berpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kos rendah
dan sederhana.

11.7 Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di


Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran
pakar dan ubat-ubatan.

11.8 Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas


perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan
(pasport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

11.9. Kemudahan Peluang Pekerjaan

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada


golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 10 / 1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang
pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan
orang kurang upaya.

Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian


Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam
tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Rakyat Semenanjung
Malaysia. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang
pekerjaan kepada orang kurang upaya. Kod Amalan Penggajian
Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta memberi garis panduan
kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja,
kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta
orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan
kerja di sektor swasta. Orang kurang upaya, boleh membuat
pendaftaran di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri dan
Daerah atau melalui Perkhidmatan Pendaftaran Secara
Online (SPOku) di http://www.elx.gov.my/
11.10. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya

Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke


atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang
kurang upaya.

11.11 Pengecualian 50% Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU


Anggota

Kementerian Kewangan telah memberikan pengecualian 50%


Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yang
berkeupayaan memandu sahaja dengan syarat :

i) Pemohon Berdaftar dengan JKM

ii) Pemohon memiliki lesen memandu yang sah

iii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik


sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan
kebenaran Perbendaharaan; dan

iv) Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah


kenderaan bagi setiap 10 tahun.

11. 12 Pencen Terbitan

Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada


anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan


pencen terbitan kepada anak/tanggungan kurang upaya bagi
penjawat awam yang meninggal dunia.

Tafsiran anak cacat

Seorang anak yang tidak kira apa jua umur yang cacat akal atau
hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak
berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.
Prosedur

i. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan


menyatakan jenis kecacatan anak tersebut.
ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan
diminta membuat siasatan.
iii. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada Pakar
Perubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untuk
dilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.
iv. Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

a. 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinan


Kad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18
tahun.

b. Sekeping gambar foto anak yang menunjukkan


anggota sepenuhnya (full length photograph).

c. 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jika


anak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandung
atau ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).

11.13 Waktu Bekerja Anjal Bagi Pegawai


Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak-
Anak Kurang Upaya

Pegawai perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak


kurang upaya dibenarkan mengunakan Waktu Bekerja biasa
untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka
dengan syarat masa-masa yang digunakan itu digantikan bagi
tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan
Kerajaan tidak terjejas.

11.14 Kemudahan Telekom

Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan


kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:
i) Bayaran Sewa bulanan dikecualikan kepada
golongan kurang upaya.

ii) Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan


sebarang caj

iii) Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan


pindahan secara percuma.

Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka


layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi
mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh
memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-
syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TM.

NOTA

Bagi setiap OKU yang ingin memperolehi insentif dan


kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kerajaan atau swasta
lain , MESTILAH mempunyai KAD KENAL DIRI OKU sebagai
satu perakuan yang sah bahawa mereka orang kurang upaya.

KAD KENAL DIRI OKU hanya boleh diperolehi dengan


mendaftarkan diri di PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT
DAERAH di tempat tinggal OKU tersebut.

You might also like