You are on page 1of 7

Apa itu prostat?

Prostat ialah kelenjar seks bagi lelaki. Bagi lelaki dewasa, kelenjar ini biasanya hampir

sama besarnya dengan biji walnut. Kedudukannya di bawah pundi kencing, di pangkal

zakar dan di hadapan rektum.

Prostat mengeluarkan sebahagian cecair dalam air mani lelaki.

Prostat mempunyai lubang sempit ditengahnya. Tiub (uretra) yang mengeluarkan air

kencing dari pundi kencing melalui lubang ini hingga ke hujung zakar.

Kelenjar prostat boleh bertukar menjadi kanser baik secara sendirian ataupun ekoran perebakan sel-
sel kanser dari

organ berhampiran, seperti kanser rectum, kanser colon dan kanser pundi kencing. Walaupun
insidennya tidak tinggi

seperti mana BPH - iaitu sekitar 20-30 peratus, namun masalah kanser prostat sangat serius
kerana apabila ia

merebak, kesan kemusnahan setempat amat serius dan menyukarkan rawatan. Kira-kira 60%
kanser prostat didapati

berlaku secara bersendirian dan setempat.


Bagaimanakah saya tahu jika saya ada masalah prostat?

Masalah prostat adalah biasa bagi lelaki apabila umur mereka meningkat (50 tahun ke

atas). Anda mungkin mengalami masalah semasa kencing. Anda mungkin mengalami beberapa

atau semua perubahan yang berikut:

 Sukar untuk mengeluarkan air kencing

terutamanya dalam keadaan terkejar-

kejar.

 Sukar untuk menghentikan aliran air

kencing.

 Mengambil masa kerana aliran air

kencing lemah atau sering terhenti.

 Air kencing masih menitis walaupun


sudah selesai membuangnya.

 Sering berasa hendak kencing diwaktu

siang .

 Sering bangun malam untuk kencing.

 Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa

apabila hendak kencing.

 Berasa tidak puas kencing.

 Sakit atau pedih semasa kencing.

 Kadang-kadang ada darah didalam air

kencing. Keadaan ini memerlukan

pemeriksaan doktor.

Jika anda mengalami masalah ini, berjumpalah dengan doktor. Jangan hanya

menganggap masalah ini sebagai masalah yang berlaku kerana umur anda meningkat.

Rawatan yang sesuai dapat menyelamatkan anda.

Apakah yang menyebabkan masalah ini?

Lapan (8) daripada sepuluh (10) kes yang berlaku adalah kerana prostat menjadi bengkak. Prostat
yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH)
dan ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam prostat. Masalah ini dialami oleh hampir
separuh daripada lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan ia tidak menyebabkan kanser. Ada
kalanya prostat menjadi bengkak disebabkan oleh jangkitan yang dikenali sebagai prostatitis yang
mempunyai simptom yang sama dengan BPH. Masalah ini selalunya dialami oleh lelaki yang lebih
muda. Kurang daripada seorang dalam sepuluh lelaki yang mempunyai masalah prostat akan
mendapat kanser prostat. Perlu diingat- kebanyakan masalah prostat bukanlah kanser, dan
kebanyakannya boleh dirawat.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan terlebih dahulu mencari punca masalah ini. Beberapa ujian perlu dilakukan

termasuk:
Pemeriksaan Rektum

Doktor akan memasukkan jari yang bersarung ke dalam rektum untuk merasai saiz,

bentuk dan tekstur prostat anda.

Ujian Prostate specific antigen (PSA)

Ini adalah ujian darah untuk melihat PSA yang dikeluarkan oleh prostat. Jika bacaannya

tinggi, anda mungkin mengalami kanser prostat - tetapi doktor perlu melakukan

beberapa ujian lain untuk memastikan masalah tersebut.

Biopsi

Jika hasil ujian PSA dan pemeriksaan rektum anda tidak normal, doktor mungkin akan

merujukkan anda kepada doktor pakar (pakar urologi). Doktor pakar mungkin akan

mencadangkan supaya anda mengambil ujian biopsi. Dalam ujian ini, pengesan

ultrasound diletakkan di bahagian rektum untuk mencari kawasan yang tidak normal

pada prostat. Contoh atau sampel daripada prostat (selalunya 6 atau lebih) diambil dan

dihantar untuk dilihat dibawah mikroskop.

Prosedur ini selalunya tidak menggunakan bius. Doktor akan memberi keterangan

tentang prosedur ini.

Biopsi adalah kaedah utama untuk mengetahui jika anda mangalami kanser prostat.

Biopsi akan memberikan petunjuk atau indikasi bagaimana kanser tersebut boleh

merebak dan kadar bahaya kanser tersebut (keagresifan). Ini dapat membantu untuk

memilih kaedah rawatan.

Apakah kaedah rawatan masalah prostat dan kanser prostat?

Kaedah rawatan bergantung pada punca masalah dan tahap bahaya. Doktor akan
memberi nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu anda ambil . Jika prostat anda

bengkak, ini tidak semestinya anda menghidap kanser.

Benign prostatic hyperplasia (BPH)

Masalah ini dapat diatasi dengan ubat atau pembedahan.

Ubat dapat menukar tahap hormon, merelakskan atau mengecutkan prostat supaya ia

tidak menekan uretra. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk beberapa bulan

sebelum simptom masalah tersebut berkurangan. Anda perlu terus mengambil ubat

sehingga simptom dapat dikawal dan perlu mendapat pemeriksaan doktor.

Pembedahan mungkin dilakukan untuk membuang sebahagian daripada prostat supaya

ia tidak lagi menekan uretra. Rawatan laser atau gelombang mikro juga mungkin diguna-

kan.

Prostatisis

Selalunya prostatisis dirawat dengan antibiotik. Anda perlu mengambil antibiotik selama

beberapa bulan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk

menghalang prostat yang bengkak daripada menekan uretra.

Kanser prostat

Kadangkala kanser prostat tidak memerlukan rawatan. Doktor akan sentiasa melakukan

pemeriksaan untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku. Rawatan akan dicadangkan

apabila sel kanser telah merebak.

Rawatan akan bergantung pada sejauh mana kanser telah merebak, umur dan tahap

kesihatan pesakit. Jika sel kanser tidak merebak, pesakit mungkin akan menjalani
pembedahan untuk membuang prostat ataupun radioterapi untuk membunuh sel kanser.

Radioterapi boleh diberi melalui mesin (radioterapi sinaran luaran atau external beam

radiotherapy) ataupun melalui pembedahan, apabila sumber radiasi diletakkan di

bahagian yang hendak dirawat (brakiterapi).

Jika sel kanser telah merebak, pesakit mungkin menjalani rawatan hormon untuk

mematikan sel kanser atupun melemahkan sel tersebut. Sesetengah pesakit menjalani

rawatan hormon untuk mengecutkan sel kanser sebelum menjalani rawatan brakiterapi.

Pesakit mungkin memerlukan pendapat kedua sebelum memilih kaedah rawatan yang

terbaik.

Terdapakah komplikasi rawatan?

Pembedahan dan radioterapi untuk kanser prostat mempunyai tiga komplikasi utama.

Pertama, selalunya pesakit tidak lagi mengalami ereksi atau ketegangan zakar (mati

pucuk) selepas pembedahan. Ini adalah disebabkan saraf yang menyebabkan ereksi

melalui prostat. Dalam beberapa kes, agak sukar untuk mengelakkan daripada

merosakkan saraf tersebut kerana kedudukan kanser.

Kedua, selepas pembedahan, sesetengah pesakit mungkin akan kehilangan daya mengawal

air kencing kerana otot dikeliling prostat telah rosak.

Ketiga, rawatan radioterapi kadangkala akan menjejaskan usus.. Pesakit mungkin

mengalami cirit-birit semasa rawatan atau kerosakan usus yang memerlukan rawatan.

Terdapat bantuan awal untuk mengatasi komplikasi rawatan. Berbincanglah dengan


doktor sebelum memilih kaedah rawatan atau sila hubungi KanHelp Line di 03-89472706.

Perlukah saya menjalani pemeriksaan - walaupun saya tidak ada simptom?

Memilih untuk membuat pemeriksaan adalah tindakan bijak.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perbahasan yang menarik dan kadangkala

kompleks tentang ujian untuk kanser prostat. Ada yang berpendapat bahawa lelaki yang

mencapai peringkat umur tertentu perlu menjalani pemeriksaan berkala. Sesetengahnya

berpendapat masalah ini adalah pilihan individu.

You might also like