You are on page 1of 8

TABU

R AN
TE N A
GA S
GLOB INAR
AL AN
ADRI, FIRDAUS, SHAH
Pemindahan Tenaga Haba Secara Mendatar
• Pengangkutan haba secara mendatar berbentuk
sel pusingan yang dikenali sebagai pusingan
umum atmosfera .
• Dalam pusingan umum atmosfera, kawasan
panas khatulistiwa akan mengalami tekanan
rendah yang menyebabkan jisim udara akan
mengembang, naik ke atas lalu dibawa alir
lintang ke kawasan kutub.
• Kekosongan udara di kawasan khatulistiwa di
isi oleh udara sejuk dari kawasan kutub.
• Mekanisme pusingan umum atmosfera tidak
mengambil kira Daya Coriolis yang terhasil
akibat putaran bumi. Mekanisme yang lebih
kompleks dikemukakan oleh Hadley pada
tahun 1735 dengan mengambil kira kesan
Daya Coriolis.
• Pusingan ini dikenali sebagai Model Tiga Sel
yang menunjukkan kekurangan haba di
kawasan sejuk diatasi dengan sumbangan haba
dari kawasan khatuliswa dan sebaliknya pula
lebihan haba di kawasan khatulistiwa
dikurangkan dengan pemindahan haba sejuk
dari kawasan kutub.
• Proses pengangkutan haba secara mendatar dari kawasan khatulistiwa ke kutub
berlaku melalui atmosfera dan lautan.
• Melalui atmosfera dikenali “air lintang haba” kerana ia melibatkan pergerakan
angin. Tenaga yang terlibat ialah haba pendam. Haba pendam berlaku di lapisan
atmosfera. Lapisan atas atmosfera terdapat zon tekanan tinggi (khatulistiwa) dan
zon tekanan rendah (kutub utara dan kutub selatan). Haba akan mengalir melalui
arus udara jet (dari atmosfera khatulistiwa ke atmosfera kedua-dua kutub).
• Melalui lautan dilakukan oleh arus lautan yang melibatkan tenaga haba rasa.
Arus panas akan mengalir di permukaan lautan (dari kawasan khatulistiwa ke
kutub) dan arus sejuk yang mengalir di permukaan lautan (dari kutub ke
khatulistiwa).
Taburan Suhu Secara Menegak
• Taburan suhu secara menegak merujuk kepada taburan suhu mengikut
ketinggian bumi. (semakin tinggi muka bumi, suhu semakin menurun).
• Dari segi tenaga, proses ini berlaku melalui pengeluaran haba pendam
akibat pemeluwapan, penyejukan bahagian udara dan air lintang.
(Pengangkutan wap air yang tersejat ke udara yang melibatkan haba pendam)

• Dari segi tekanan, kawasan tekanan tinggi dikaitkan dengan penurunan suhu
manakala kawasan tekanan udara rendah dikaitkan dengan peningkatan suhu.
(Pengangkutan oleh arus perolakan)

• Pengangkutan haba secara menegak juga melibatkan pemindahan haba


dari permukaan bumi ke atmosfera oleh pergerakan udara menegak bagi
mewujudkan keseimbangan bersih antara tenaga haba suria dengan tenaga
haba bumi. ( Pengangkutan oleh udara panas di permukaan bumi )
• Proses pengangkutan secara menegak berlangsung dalam 3 keadaan :-
• Pengangkutan oleh arus perolakan
• Pengangkutan wap air yang tersejat ke udara yang melibatkan haba pendam
• Pengangkutan oleh udara panas di permukaan bumi

• Pergerakan sel Hadley wujud antara kawasan khatulistiwa dengan kawasan garis lintang
tengah. Pergerakan Sel Hadley amat pesat di zon tropika dan semakin kurang di kawasan
iklim dan hampir tiada di kawasan kutub.
•  Haba pendam dipindahkan ke atmosfera melalui sejatan wap air. Wap air yang tersejat
mengandungi haba pendam yang diperoleh dari sinaran matahari semasa sinarannya
memanaskan badan air (laut, sungai, tasik).
• Setiap gram air yang tersejat pada suhu = 600 kalori tenaga haba pendam akan diserap.
Pada suhu = 540 kalori tenaga haba pendam akan diserap.
• Haba dari permukaan bumi dipindahkan ke atmosfera bersama wap air yang tersejat.
Tenaga haba pendam akan dilepaskan ke atmosfera apabila wap air bertukar kepada
titisan hujan (proses kondesasi).
• Pengangkutan haba rasa dari permukaan bumi dilakukan oleh pengaliran udara panas.
Apabila lapisan udara yang hampir dengan permukaan bumi menerima bahangan bumi,
maka ia menjadi panas dan ringan. Udara panas akan naik ke atmosfera bersama tenaga
haba rasa dengan bantuan angin.
• Penurunan suhu mengikut ketinggian (semakin tinggi sesuatu tempat maka suhu akan
jatuh). Kadar pengurangan suhu mengikut ketinggian adalah tidak sama antara
tempat,masa dan musim.
• Kadar pengurangan tersebut : setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak .
Kadar tukaran ini ialah “Kadar Tukaran Normal”. Faktornya disebabkan lapisan
atmosfera yang berada paling hampir dengan permukaan bumi mempunyai suhu tinggi
kerana ia menyerap bahangan bumi ekoran daripada lapisan atmosfera bawah.
• Olak suhu ialah suhu lapisan atmosfera semakin meningkat apabila ketinggian sesuatu tempat
bertambah (berbeza dengan keadaan atmosfera biasa iaitu suhu akan jatuh apabila ketinggian
bertambah).
• Faktor olak suhu berlaku :
• Waktu malam lebih panjang dari siang (musim sejuk) kerana pembebasan bahangan bumi lebih lama
berbanding penerimaan bahangan matahari.
• Tidak terdapat litupan awan @ litupan awan nipis pada waktu malam menyebabkan pembebasan bahangan
bumi disekat.
• Keadan udara kering yang mampu menyerap sedikit sahaja bahangan matahari.
• Keadaan udara tenang membolehkan lapisan bawah atmosfera menerima pembebasan bahangan bumi pada
waktu malam.
• Permukaan bumi yang dilitupi salji akan membalikkan bahangan matahari pada waktu siang dan bahangan
bumi pada waktu malam untuk lesap.

• Fenomena olak suhu terbahagi kepada 2 :


• Olak suhu permukaan
• Olak suhu di atas permukaan

• Olak suhu permukaan berlaku hampir dengan permukaan bumi dan pada waktu malam
(bahangan bumi diserap oleh lapisan bawah atmosfera). Keadaan ini menyebabkan semua
pergerakan ke atas tersekat dan akan menghalang pembentukan awan serta hujan.
• Olak suhu di atas permukaan terjadi di lapisan atmosfera atas yang jauh dari permukaan bumi
akibat pertembungan dua jisim udara yang panas dan sejuk. Akibat pertembungan, jisim udara
panas naik ke atas manakala jisim udara sejuk turun ke bawah. Keadaan ini lah yang
menyebabkan suhu meningkat apabila ketinggian meningkat.

You might also like