You are on page 1of 32

Perlaksanaan Kajian Tindakan

DR HAJI KAMARUDIN HAJI ABU HASSAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
Tajuk
Meningkatkan kemahiran
mengenal huruf di kalangan murid
prasekolah melalui Pendekatan
Belajar Sambil Bermain
FOKUS KAJIAN
Ramai guru yang mengeluh kerana sebahagian besar
anak murid mereka masih lagi lemah dalam 3M. Bila
diajar hari ini, mereka akan lupa pada keesokannya.
Faktor ini berlaku mungkin kerana mereka tidak
memahami apa yang dipelajari oleh guru dan tidak
boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan sempurna.
Apabila keadaan ini berlaku, ia secara tidak langsung
akan menyukarkan perlaksanaan proses P& P untuk
berjalan dengan lancar.
sambungan
• Pada tahun ini, kelas prasekolah baru diwujudkan di
sekolah ini. Ini bermakna ia merupakan perintis
kepada murid-murid prasekolah yang lain. Jika
sebelum ini, tiada kelas prasekolah diwujudkan,
bermakna mereka tiada pendedahan awal tentang P &
P. Dengan adanya kelas prasekolah ini, ia akan
menjadi permulaan kepada proses P & P. Pada
peringkat ini, pelbagai kaedah dan teknik dapat
dijalankan dan diterapkan kepada mereka. Keadaan
ini disebabkan pada peringkat usia ini, mereka mudah
menerima apa sahaja yang dipelajari daripada guru.
Sambungan..
• Pada hari pertama sesi P & P dijalankan,
penyelidik mendapati hampir semua murid
prasekolah ini buta huruf. Hanya segelintir kecil
sahaja yang boleh mengecam huruf. Menyedari
hal demikan, saya telah berbincang dengan guru-
guru yang lain untuk mewujudkan satu sistem
untuk merangsang mereka belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh lagi. Akhirnya kami
memutuskan untuk menggunakan Pendekatan
Belajar Sambil Bermain.
Rasional Kajian
Perlu satu gaya pembelajaran yang menyeronokkan
mereka supaya dapat merangsang pembelajaran
mereka iaitu menerapkan konsep Belajar Sambil
Bermain.
 
Perlu satu pembelajaran melalui pengalaman yang
menggunakan bahan maujud ditekankan

 Perlu mengambil kira perbezaan individu sebelum


aktiviti P&P dirancang
  OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian tindakan ini adalah “ Meningkatkan Kemahiran
Mengenal Huruf di Kalangan Murid Prasekolah dengan menggunakan
“Pendekatan Belajar Sambil Bermain ”.
 
Objektif khusus kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
 Meningkatkan strategi dan kaedah pengajaran guru yang lebih efektif.

 Membantu guru membuat penambahbaikan strategi dan kaedah


pengajarannya sekiranya ada kelemahan

 Membantu guru membuat perancangan yang terperinci sebelum proses


P&P dijalankan

balasan
KUMPULAN SASARAN
  Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini
terdiri daripada 25 orang murid prasekolah.
Kelas ini baru sahaja diwujudkan mulai
tahun ini. Semuanya terdiri daripada suku
kaum asli Temiar. Melibatkan 11 lelaki dan
14 perempuan. Hanya sebahagian kecil
sahaja yang beragama Islam. Pekerjaan ibu
bapa murid-murid ini adalah bekerja
sendiri.
TINJAUAN MASALAH
  Tinjauan kajian adalah sangat penting kerana
ia dapat membantu saya dan rakan –rakan
penyelidik yang lain untuk mengenalpasti
segala kelemahan dan juga masalah yang
timbul sebelum tindakan yang seterusnya
dijalankan. Malah tinjauan kajian ini adalah
penting untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.
Kaedah yang digunakan
Sesi temubual
• Kaedah temubual digunapakai untuk
mengumpulkan maklumat secara langsung. Jenis
temubual yang digunakan adalah temubual tak
berstruktur di mana proses ini dijalankan dalam
suasana yang tidak formal. Tujuan temubual
dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
dan gambaran awal dari responden dan ibu bapa
sebagai tinjauan awal dan panduan asas untuk
memulakan kajian tindakan.
sambungan
Pemerhatian
• Kaedah ini diguna pakai semasa menjalankan
tindakan mengatasi permasalahan yang berlaku.
Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan
murid-murid prasekolah terhadap aspek mengenal
huruf. Ini sedikit sebanyak membantu dalam
kajian.
sambungan
Borang Senarai Semak
• Borang senarai semak juga digunakan sebagai
kaedah untuk mengukur tahap kemahiran
mengenal huruf di kalangan murid-murid
prasekolah ini. Melalui penggunaan borang
senarai semak ini, memudahkan penyelidik untuk
mendapatkan bilangan dan peratusan tahap
kemahiran mengenal huruf murid-murid tersebut.
sambungan
Contoh borang senarai semak yang digunakan
di dalam kajian ini

Bil. Nama murid a b c d e


1

5
sambungan
Ujian Pra dan Pasca
• Ujian pra ini dijalankan dengan tujuan
untuk mengesan kelemahan murid dalam
mengenal huruf. Dengan adanya ujian pra
ini, ia secara tidak langsung akan dapat
membantu penyelidik untuk menilai tahap
penguasaan mengenal huruf di kalangan
murid-murid prasekolah tersebut.
cerita lawak
Analisis Tinjauan Masalah

5
Yang mengenal huruf

buta huruf
20

Carta : Hasil Ujian Pra Yang Telah dijalankan


sambungan

Yang mengenal
huruf
10

15
buta huruf

Carta : Hasil Ujian Pasca Yang Telah dijalankan


Apa itu Pendekatan Belajar
Melalui Bermain
Satu pendekatan yang terancang
dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang
mengembirakan dan bermakna
sambungan
Pendekatan ini memberi penekanan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran kerana
bermain adalah fitrah semulajadi kanak-
kanak. Melalui bermain, mereka akan berasa
gembira dan senang hati untuk membuat
penerokaan dalam proses P & P.
Sambungan
Pendekatan ini bukan sahaja
menjadikan proses P& P yang
mengembirakan tapi ianya dapat
meningkatkan keupayaan
kognitif,perasaan ingin tahu,
kemahiran motor kasar serta
meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan inovatif
Ciri-ciri Pendekatan Belajar
Melalui Bermain
Mempunyai aktiviti yang
mengembirakan.
Aktiviti yang melibatkan
penerokaan dan interaksi dengan
persekitaran.
Permainan yang bebas dan terancang.
Percubaan idea sendiri
Pelaksanaan Pendekatan belajar
Melalui Bermain
Sebelum melaksanakan pendekatan ini,
guru perlu mengambil kira perkara-
perkara berikut:
Hasil pembelajaran yang ingin dicapai
Bahan perlu sesuai dengan murid
Bahan konkrit, benar dan maujud
Permainan yang menarik dan
mengembirakan.
Faedah Pendekatan belajar
Melalui Bermain
Mengukuhkan penguasaan konsep
pembelajaran dari umum kepada khusus.
Meningkatkan keupayaan kognitif
Dapat bersosialisasi dengan rakan-rakan
Meningkatkan penguasaan kemahiran emosi
Mengukuhkan perkembangan fizikal
Menguasai kemahiran daya rekacipta

talipinggang
Tindakan Yang Dijalankan
(Contoh Aktiviti Belajar Melalui
Bermain yang dijalankan )
1. Mengecam huruf yang terdapat pada nama
sendiri.

Rajah: Murid sedang mencari abjad pada nama


sambungan
2. Abjad disembunyikan diluar kelas.

Rajah: Murid sedang mencari huruf di luar kelas dan menampalnya


sambungan
3. Meminta murid-murid menekap huruf-huruf tertentu.

Rajah: Murid-murid sedang menekap huruf


sambungan
4.Menulis huruf atas pasir

Rajah: Murid sedang membentuk huruf atas permukaan pasir


sambungan
5.Membentuk huruf dengan menggunakan doh

Rajah : Murid-murid sedang membentuk huruf menggunakan doh


Refleksi Kajian
Apabila penilaian dibuat selepas semua
aktiviti dijalankan, saya dapati banyak
perubahan yang ketara jika dibandingkan
dengan sebelum ini.

Jika sebelum ini hanya segelintir kecil


sahaja yang boleh mengenal huruf tetapi
apabila aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan,
didapati terdapat peningkatan terhadap
murid-murid itu sendiri.

Hasil ujian pasca yang dibuat


menunjukkan satu perkembangan yang
positif telah ditunjukkan oleh mereka
Dapatan Kajian

Yang mengenal
huruf
10

15
buta huruf

Carta : Hasil Ujian Pasca Yang Telah dijalankan


Kesimpulan
• Secara kesimpulannya, dengan adanya kajian
tindakan ini, ia secara tidak langsung dapat
menyedarkan guru-guru bahawa aktiviti P&P perlu
dirancang dan dikelolakan secara teliti dan
sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat
peluang yang sama dalam proses P&P samada secara
kelas, kumpulan ataupun secara individu. Saya yakin
dan percaya pendekatan belajar sambil bermain akan
dapat meningkatkan penguasaan 3M di kalangan
murid-murid prasekolah suku kaum Temiar ini.
Bahan Rujukan
Amir Awang. ( 1986 ). Teori-teori pembelajaran.Shah Alam:
Fajar Bakti.

2004, Jurnal Kajian Tindkan Guru-guru Sekolah


Pendalaman, Maktab Perguruan Perlis. Jabatan Penyelidikan
dan Pembangunan Profesionalisme . Maktab Perguruan Perlis.
 Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ).Huraian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Pusat Perkembangan
Kurikulum. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd


Sharani Ahmad ( 2004 ). Panduan Kurikulum Prasekolah.Kuala
Lumpur.PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
telefon
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like