You are on page 1of 1

Nama : Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Kelas : T1 MTE 1

Tarikh : 23 Januari 2011

Tajuk : Refleksi Sistem Nombor

Kehidupan dan Matematik tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Setiap hari manusia
berhadapan dengan masalah diantaranya ialah berkisar dengan kuantiti dan pengukuran. Pada
zaman dahulu manusia belum mempunyai suatu sistem nombor sehinggalah lahir suatu revolusi,
manusia sudah mempunyai sikap untuk mencatat, maka dengan itu wujudlah sistem nombor.

Sistem nombor yang digunakan telah pun dikesan sejak 35 000 tahun sebelum masihi lagi.
Sistem nombor yang dicipta pada masa dahulu adalah sangat kompleks tidak seperti sistem
nombor yang dipakai sekarang, yang mengandungi 10 angka, iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9.
Sistem yang digunakan pada masa kini diambil dari sistem Hindu – Arab.

Sebelum wujudnya sistem Hindu – Arab sistem nombor seperti Sistem Nombor Tally, Sistem
Nombor Mesir, Sistem Nombor Roman, Sistem Nombor Babilon dan Sistem Nombor Maya.
Tamadun – tamadun ini menggunakan simbol – simbol seperti gambar manusia dan juga garisan
– garisan yang dibentuk. Sistem – sistem nombor yang digunakan tidak mempunyai angka sifar.

Disebabkan sistem nombor yang sangat kompleks dan terhad ( tidak boleh menulis angka yang
berskala besar ) tamadun demi tamadun berlalu sehingga wujud suatu sistem yang lebih kemas,
ringkas dan boleh digunakan untuk mencatat nombor – nombor yang berskala besar, iaitu Sistem
Hindu – Arab. Sistem nombor ini mempunyai angka sifar dan menggunakan asas sepuluh, ianya
mudah dari sistem nombor sebelumnya.

Oleh itu kita perlu berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi sumbangan
memperbaiki sistem nombor. Untuk menghasilkan sistem nombor yang mudah dan boleh
diterima pakai bukanlah sesuatu yang mudah. Kehadiran angka sifar dalam sistem nombor telah
merubah dunia matematik menjadi lebih harmoni.

You might also like