You are on page 1of 2

PLOT

Permulaan

Cerita ini bermula dengan menerangkan sifat dan memperkenalkan watak utamanya
iaitu Bujei. Pengarang ingin memberi gambaran rapi keadaan semasa Bujei berehat di
tebing sungai sambil teringat kisah zaman kanak-kanaknya yang pahit antaranya ibunya
selalu dipukul oleh bapa tirinya, Harun hingga peristiwa kebakaran yang meragut nyawa
ibunya.

Perkembangan

Digambarkan Alias yang sering mempermainkan dan memperbodohkan serta membuli


Bujei. Bujei dianggap kurang siuman dan dungu oleh seluruh penduduk kampung. Adila
sepupu Same’ah dari Kuala Lumpur menaruh simpati terhadap nasib Bujei. Dia ingin
membantu memulihkan Bujei.

Klimaks

Bermula apabila Adila mengajak Bujei ke rumah Sidang Saman untuk mengkaji sifat
Bujei yang dikatakan tidak normal dan kurang siuman oleh penduduk kampung. Alias
yang menaruh minat tehadap Adila berasa cemburu atas kemesraan Adila dengan Bujei.
Harun, bapa tiri Bujei belasah Bujei dengan teruk kerana merosakkan surat tanah pusaka
milik arwah ibu dan bapanya. Bujei memeberanikan diri untuk mempertahankan haknya
apabila Alias merosakkan radio baharunya dengan mengugut Alias. Pertelingkahan
tercetus antara Bujei dengan Alias. Alisa menabur kata-kata fitnah kepada Bujei bahawa
Adila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata fitnah itu menjadi buah mulut orang
kampung. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hampir sebulan,
Adila pulang ke kampung.

Peleraian

Sahak dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang ketika bermula motosikal dengan
Alias. Oleh kerana sifatnya yang angkuh dan mementingkan diri, Alias kehilangan rakan-
rakannya. Pelbagai muslihat dan usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila
tetapi semuanya gagal. Dia juga gagal untuk memperalatkan Bujei. Alias semakin hilang
arah sehingga menjadi kurang siuman.

Penamat

Adila mencurah isi hatinya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujei
sebagai suaminya tetapi Sidang Saman memberitahu Adila bahawa Bujei masih belum
bersedia. Adila gembira kerana Bujei sudah mampu berdikari dan berfikiran wajar seperti
orang biasa. Adila tidak memberitahu Bujei isi hatinya. Bujei setuju untuk mendalami
ilmu agama. Adila memberitahu Bujei bahawa dia ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk
menjadi pensyarah dan mengajaknya untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur. Mereka
berdua ternampak seorang pemuda yang berkelakuan pelik dan terkenang sifat Bujei
dahulu.

You might also like