You are on page 1of 11

BAB 4

PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN

4.1 Pengenalan

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin


pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium
ketika enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan
geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-
komponen yang bersentuhan. Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman
enjin, penuras digunakan sebagai perangkap benda asing di dalam enjin dan
medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian.

4.1.1 Fungsi

Umumnya, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran


yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin.
Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak
pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi

36
pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi
sesebuah enjin.

4.2 Spesifikasi Piawaian

Penyelidikan dan pembangunan dalam industri automotif bertujuan


meningkatkan mutu dan kawalan dalam menentukan jenis dan pengkelasan
minyak pelincir di seluruh dunia. Penghasilan minyak pelincir untuk pelbagai
kegunaan dan tujuan boleh diketahui melalui singkatan perkataan bagi
pertubuhan atau institusi ini sebagai kod piawaian minyak pelincir. Dua jenis
kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod
Piawai API.

4.2.1 Kod Piawai SAE

SAE adalah singkatan bagi ‘Society of Automotive Engineers’ atau


Persatuan Jurutera Automotif. Ia adalah sebuah badan yang terlibat
secara langsung dalam kaji selidik  berkenaan sesuatu produk yang
berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

4.2.2 Kod Piawai API

API adalah singkatan bagi ‘American Petroleum Institute’ atau Institut


Petroleum Amerika. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri
petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan
dan pemasaran dunia. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji
selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar
minyak pelincir akan merujuk kepada Kod Piawai API untuk
menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

37
4.3 Spesifikasi Minyak Pelincir

Minyak pelincir terbahagi kepada dua jenis utama iaitu ‘Monograde’ dan
‘Multigrade’.

4.3.1 ‘Monograde’ atau Gred Tunggal

Rajah 4.1 Minyak pelincit jenis ‘Monograde’ atau Gred Tunggal.

Minyak pelincir jenis ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding


minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan pada kenderaan
atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang
telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi
penggunaan yang lasak.

4.3.2 ‘Multigrade’ atau Pelbagai Gred

Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar


kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair
semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu
meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini
lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’.

38
Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ boleh dikenali berpandukan label
yang tertera pada botol atau bekas minyak pelincir tersebut. Minyak
pelincir jenis ‘multigrade’ mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh
berubah-ubah. Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50,
SAE 20W/50 dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis
‘multigrade’.

Rajah 4.2 Minyak pelincir jenis ‘Multigrade’ atau Pelbagai Grade.

Konsonan ‘W’ bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan


sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara yang musimnya
berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan
rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan
dihidupkan.

Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar


kelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu
panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan
minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

39
4.4 Kaedah Kendalian

Kaedah dan prosedur kerja melibatkan minyak pelincir berbeza-beza


bergantung kepada sebab ia dilakukan. Kerja yang melibatkan minyak
pelincir biasanya ketika melakukan penyelenggaraan:

i. Memeriksa kandungan minyak pelincir dalam enjin.


ii. Membuat tukaran minyak pelincir enjin.
iii. Menukar penuras minyak pelincir enjin.

4.4.1 Kelengkapan dan Peralatan

Peralatan asas yang perlu bagi melakukan kerja tukaran minyak


pelincir termasuklah :

i. Minyak pelincir enjin.

Bergantung kepada spesifikasi kenderaan yang telah


ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi kebanyakan
kenderaan yang membuat penyelenggaraan di Bahagian
Worksyop CKM Negeri Selangor menggunakan Minyak
Pelincir Jenis Gred Tunggal SAE 40.

Rajah 4.3 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.

40
ii. Penuras minyak pelincir enjin.

Penuras minyak pelincir enjin yang biasa digunakan ialah


daripada jenis basah. Penuras biasanya terletak di bahagian
sisi tepi blok enjin.

Rajah 4.4 Penuras minyak pelincir enjin.

iii. Pembuka penuras minyak pelincir.

Rajah 4.5 Pembuka penuras minyak pelincir enjin.

Pelbagai jenis penuras yang terdapat di pasaran kini. Oleh itu


pembuka penuras yang digunakan bergantung kepada saiz
dan jenis penuras yang digunakan.
iv. Set sepana pelbagai saiz.

41
Sepana yang digunakan bergantung kepada saiz skru lantai
pada takung minyak kenderaan. Kebanyakkan kenderaan
menggunakan skru lantai bersaiz 17mm dan 19mm.

Rajah 4.6 Set sepana pelbagai saiz.

v. Bekas tadahan minyak pelincir. Bekas tadahan digunakan


ketika proses pembuangan minyak lama bagi mengelakkan
tumpah ke lantai.

Kain perlu untuk membersihkan alatan setiap kali hendak


digunakan dan ketika membuat pemeriksaan paras minyak
pelincir ketika isian minyak baru.

vi. Kain buruk/terpakai.

4.4.2 Langkah Keselamatan

Langkah bagi pencegahan kemalangan ketika kendalian proses


tukaran minyak pelincir.

i. Pastikan menggunakan minyak pelincir enjin yang sesuai


kerana minyak pelincir mempunyai kelikatan yang berbeza.

42
ii. Pakai sarung tangan.
iii. Tidak merokok.
iv. Kendalian kerja ketika enjin dalam keadaan sejuk.
v. Elakkan minyak tertumpah ke lantai.

4.5 Prosedur Kerja

i. Buka penutup minyak pada bahagian atas enjin. Biarkan enjin sejuk
dahulu.

Rajah 4.7 Tempat penutup minyak pelincir pada bahagian atas enjin.

ii. Tempatkan kenderaan di atas ram dan letakkan pada ketinggian


sesuai. Skru lantai berada pada takung minyak yang terletak di
bahagian bawah enjin.

43
Rajah 4.8 Skru lantai.

iii. Pusing lawan arah jam untuk bukaan skru lantai menggunakan
sepana dengan soket.
iv. Longgarkan dengan tangan dan tadah minyak yang keluar dengan
bekas. Tunggu hingga minyak keluar sepenuhnya.
v. Buka penuras minyak menggunakan pembuka penuras mengikut
putaran arah lawan jam. Setelah longgar pulas dengan tangan.

Rajah 4.9 Membuka penuras menggunakan pembuka penuras.

vi. Bersihkan skru lantai dengan kain. Periksa ulir palam untuk
memastikan ulir skru lantai berkeadaan baik.
vii. Pasang skru lantai dengan memutar ke arah lawan jam dan ketatkan.

44
viii. Pasang penuras yang baru di mana ‘O-Ring’ disapu sedikit dengan
minyak pelincir supaya tidak kesat ketika pemasangan. Kebocoran
boleh berlaku jika tidak disapu dengan minyak.

Rajah 4.10 ‘O-Ring’ disapu dengan minyak pelincir.

ix. Isi minyak pelincir yang baru.

Rajah 4.11 Isian semula minyak pelincir.

x. Periksa paras minyak yang telah di isi menggunakan ‘dipstick’ yang


terletak di bahagian tepi blok enjin.
xi. Hentikan isian apabila minyak berada pada paras tengah penanda
pada ‘dipstick’.

45
Rajah 4.12 ‘Dipstick’.

xii. Tutup penutup minyak pada atas enjin dan kemas peralatan.
xiii. Hidupkan enjin bagi menggerakkan minyak ke komponen dalaman
enjin.

4.6 Kesimpulan

Penggunaan minyak pelincir mestilah betul dan sesuai bagi mengekalkan


ketahanan enjin. Tukaran mengikut jadual mampu mengelakkan kehausan
komponen akibat geseran.

46

You might also like