You are on page 1of 27

PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu medium dalam membentuk masyarakat yang berilmu
pengetahuan. Dalam menongkah arus globalisasi pada masa kini, keperluan tenaga
rakyat yang terlatih amat diperlukan bagi mencapai pembangunan negara. Perkara
ini terkandung dalam Dasar Pendidikan Negara di mana sebuah Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih. Selain itu,
kerajaan juga melalui Dasar Pendidikan Negara ini juga telah menyediakan
pendidikan rendah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di samping memperluas pendidikan
teknik dan vokasional. Kesemua aspek tersebut dapat dicapai melalui pendidikan
yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara pula terkandung elemen – elemen bagi


memperkembangkan potensi individu di mana para pelajar tidak hanya tertumpu pada
kejayaan dalam bidang akademik sahaja malah memperoleh kejayaan dalam bidang
lain umpamanya bidang sukan dan kokurikulum. Sekiranya pendidikan dijalankan
secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu maka akan lahirlah masyarakat yang
bukan sahaja bijak tetapi mempunyai nilai tambah yang boleh memajukan lagi diri
mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu matlamat Falsafah
Pendidikan Negara juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang dapat
menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Hal ini memperlihatkan
bahawa dasar tersebut mementingkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh yang
demikian, pendidikanlah merupakan platform yang sesuai bagi merealisasikan
matlamat tersebut.

Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara menyeluruh melalui penekanan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, tahap intelektual termasuk ilmu sains,
teknologi dan keusahawanan, pembudayaan sikap progresif serta pengamalan nilai,
etika dan moral yang tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti
Nasional (PIN). Misi Nasional pula memberikan penekanan tinggi ke atas
pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan
utama bagi melonjak ke status negara maju. Selain itu dalam Teras ke – 2 dan ke
- 3 Misi Nasional menyatakan bahawa jurang prestasi serta jurang digital  antara
sekolah di luar bandar dengan sekolah di bandar akan dirapatkan. Dalam hal ini
dapat dilihat bahawa kerajaan amat komited dalam menyediakan pendidikan yang
seimbang, menyeluruh dan bersatu padu kepada semua rakyat.

Pembangunan perkembangan pendidikan kebangsaan adalah berteraskan kepada empat


teras, iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam
pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Berdasarkan
teras utama ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)merancang serta
melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat
pendidikan seperti memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi
melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI), meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar dan
sebagainya. Di samping itu, usaha murni kerajaan dalam menubuhkan beberapa jenis
sekolah seperti sekolah harian biasa, sekolah kluster, sekolah berasrama penuh,
sekolah teknik dan vokasional dan sekolah agama menunjukkan kerajaan sememangnya
mahu melahirkan para pelajar yang seimbang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AKADEMIK
 
Baru – baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa kurikulum baru sekolah rendah
yang juga dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula
diperkenalkan pada tahun ini. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa
subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang
bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Pelaksanaan KSSR ini memperlihatkan
para pelajar tahap satu sekolah rendah, iaitu tahun 1 hingga 3 akan tertumpu
kepada penguasaan membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M) serta kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara itu tahap dua sekolah
rendah, iaitu tahun 4 hingga 6 akan menfokuskan kepada pengukuhan dan aplikasi
4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan
nilai. Usaha kerajaan memperkenalkan KSSR ini menunjukkan bahawa kerajaan mahu
menyediakan pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Hal ini kerana
KSSR tidak hanya memfokuskan kepada aspek akademik sahaja seperti aspek 4M,
malah turut mendekatkan para pelajar dengan aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI).
Sebelum pelaksanaan KSSR, kerajaan telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Renda (KBSR) di mana kesepaduan menjadi tumpuan utama dalam penggubalan
KBSR. KBSR mendukung cita – cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Penggubalan KBSR berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Dalam pelaksanaan KBSR terdapat sembilan prinsip yang
terkandung di dalamnya. Antara prinsip tersebut ialah perkembangan menyeluruh,
penguasaan kemahiran asas, pemupukan nilai – nilai murni, bahasa merentas
kurikulum, penilaian berterusan dan lain – lain lagi. Aspek yang terkandung
dalam kemahiran asas ialah 3M, iaitu kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik,
iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Bagi unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai, ia digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Ia merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi
melahirkan insan yang seimbang manakala pembelajaran di bilik darjah
diperkukuhkan melalui kokurikulum. Di samping itu penyerapan nilai-nilai murni
juga diterapkan secara menyeluruh kepada para pelajar melalui semua mata
pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni
dijalankan secara khusus seperti mana yang disarankan oleh Al – Quran dan sunah
Rasulullah S.A.W.
Aktiviti kokurikulum telah diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai satu mata
pelajaran dalam KBSR. Ia dijalankan di luar jadual waktu persekolahan lebih
kurang dua hingga tiga jam seminggu. Lazimnya aktiviti kokurikulum terdiri
daripada tiga jenis kumpulan, iaitu pasukan unit beruniform, persatuan atau
kelab dan sukan. Setip pelajar biasanya dikehendaki menyertai mana – mana satu
kegiatan kokurikulum yang mereka sukai. Tujuan utama kegiatan kokurikulum
dijalankan ialah bagi memperkukuhkan interaksi di antara pelajar – pelajar yang
berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat mengasah bakat
para pelajar, menanam sikap rajin dalam kalangan pelajar, bertanggungjawab
kepada rakan – rakan serta masyarakat, mematuhi undang – undang yang telah
ditetapkan serta menjadi warganegara yang berdisiplin.

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan SK akan diberikan kepada sekolah rendah kerana
sekolah ini mempunyai peranan penting sebagai tapak untuk menyemai dan memupuk
perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal persekolahan. Dasar
memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa
pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan
utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan
memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru,
pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai
semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi
nasional.
Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk
menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan
kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Sasaran
jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan
daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar,
pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan
sekolah. Satu penanda aras akan ditetapkan bagi memastikan agenda memperkasakan
SK akan terus berada pada landasan yang betul dan usaha akan dilaksanakan bagi
mengenal pasti SK yang cemerlang untuk dijadikan model kepada SK lain. Walaupun
KPM memberikan penekanan kepada usaha memperkasakan SK, namun SJK tidak akan
diabaikan supaya pendidikan kepada anak bangsa Malaysia di sekolah-sekolah
tersebut terjamin.
            Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula telah dilaksanakan
pada tahun 1988 yang merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan KBSR. Menurut
Abu Bakar Nordin, beliau berpendapat bahawa perlunya kurikulum baru untuk
sekolah menengah adalah kerana terdapatnya beberapa masalah yang dihadapi dalam
kurikulum lama. Antara masalah – masalah tersebut ialah penekanan yang terlalu
berat ilmu pengetahuan yang melampaui keperluan sekolah menengah. Ia seterusnya
membawa kepada terjejasnya perkembangan watak, sahsiah dan bakat para pelajar.
Selain itu, walaupun kurikulum lama memberi penekanan kepada kemahiran
menyelesaikan masalah tetapi kemahiran menyelesaikan masalah dalam perhubungan
sosial kurang diberi perhatian. Tujuan pelaksanaan KBSM adalah lebih kurang sama
dengan tujuan pelaksanaan KBSR, iaitu melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Selain itu matlamat KBSM
adalah berteraskan perkembangan diri individu yang merangkumi aspek kognitif
atau pemikiran, kerohanian dan sosial. Apabila kesemua aspek tersebut dapat
digabungkan maka akan mudah bagi seseorang pelajar itu untuk berfikir secara
logik dan rasional, membina kemahiran diri, mempunyai daya kreatif dan mampu
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Unsur – unsur dan penekanan
tersebut banyak dikaitkan dalam amalan pengajaran di sekolah.

Terdapat beberapa prinsip yang terkandung di dalam penggubalan KBSM. Antaranya


ialah kesinambungan dari peringkat sekolah rendah. Dalam usaha untuk menggubal
KBSM kesinambungan pembelajaran dari peringkat rendah diambil kira bagi
memastikan tumpuan, isi kandungan dan cara belajar adalah selaras dengan apa
yang telah dialami. Di samping itu prinsip KBSM adalah kesepaduan unsur – unsur
intelek, jasmani, rohani dan emosi. Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, KBSM digubal supaya wujudnya persepaduan antara unsur – unsur
intelek, rohani, jasmani dan rohani. Persepaduan unsur – unsur ini akan
membolehkan potensi individu berkembang dengan menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan umum untuk semua pelajar juga merupakan satu daripada prinsip
penggubalan KBSM. Pendidikan di sekolah seharusnya membekalkan pelajar dengan
kemahiran – kemahiran asas untuk berbagai-bagai bidang pekerjaan dan bukan
kemahiran – kemahiran khusus untuk sesuatu pekerjaan sahaja. Penggubalan KBSM
dirancang supaya semua pelajar mendapat pendidikan yang umum, iaitu tidak ada
sebarang pengkhususan dalam mana – mana bidang tertentu. KBSM juga digubal
kerana pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Peringkat persekolahan
hanyalah sebahagian awal yang diperlukan dalam proses pendidikan. Oleh itu
pendidikan di sekolah seharusnya menyediakan pelajar untuk pembelajaran
seterusnya dalam menghadapi cabaran hidup. Sesuai dengan prinsip ini pengetahuan
dan ilmu yang diberi dalam rancangan KBSM merupakan asas – asas yang diperlukan
oleh semua pelajar sebagai keperluan dalam menghadapi kehidupan seharian dan
juga asas untuk pendidikan seumur hidup.  Oleh itu pelaksanaan KBSM dapat
melahirkan pelajar yang serba boleh, produktif dan dapat menyahut keperluan dan
wawasan negara. Justeru melalui KBSM juga dapat dilihat bahawa kerajaan
sememangnya menginginkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dijalankan
secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu.
Dalam struktur persekolahan peringkat menengah terdapat dua tahap, iaitu
peringkat menengah rendah dan peringkat menengah atas. Pendidikan pada peringkat
menengah rendah tertumpu pada pencapaian sebahagian besar pendidikan umum dan
perkembangan sifat – sifat kewarganegaraan bagi menyediakan tenaga manusia yang
berdisiplin dan bertanggungjawab. Pendidikan menengah atas pula memberi tumpuan
kepada pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas dan mendalam bagi menyediakan
tenaga pakar untuk proses pembangunan negara. Bagi bidang mata pelajaran pula,
KBSM membahagikannya kepada dua kriteria, iaitu kriteria pertama ialah mata
pelajaran teras yang merupakan mata pelajaran wajib yang perlu diikuti oleh
semua pelajar. Mata pelajaran ini diwajibkan dengan tujuan untuk memenuhi
keperluan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. Seterusnya
kriteria kedua ialah mata pelajaran pilihan. Mata pelajaran pilihan di peringkat
menengah rendah dinamakan mata pelajaran tambahan, iaitu Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Di peringkat menengah atas pula mata pelajaran pilihan dinamakan mata
pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif bertujuan untuk memenuhi keperluan
pelbagai minat dan kebolehan pelajar serta memenuhi keperluan negara yang sedang
membangun.
Seperti di peringkat sekolah rendah yang mempunyai tiga jenis sekolah, peringkat
sekolah menengah pula mempunyai pelbagai jenis sekolah seperti selain daripada
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian, terdapat juga Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
dan Sekolah Sukan. Selain. Bagi menambah pilihan dalam SBP, pada tahun 2002
konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang menawarkan aliran Sains,
Agama dan Teknikal telah diperkenalkan. Pada tahun 2005 pula terdapat sebanyak
1,823 buah SMK harian, 54 buah SBP di mana 12 buah SPBI di dalamnya, 90 buah
SMT, 55 buah SMKA dan 2 buah Sekolah Sukan. SMT menyediakan pengetahuan dan
kemahiran asas yang kukuh dalam bidang teknikal dan vokasional yang diperlukan
oleh sektor industri dan perdagangan. SMT juga menyediakan kursus dalam bidang
kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, pertanian,
perdagangan, ekonomi rumah tangga dan teknologi. Bagi memenuhi permintaan
pelajar yang cenderung dalam bidang Vokasional, Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
telah diperkenalkan di SMK harian mulai 2004. Sebanyak 22 mata pelajaran telah
ditawarkan meliputi bidang pembuatan, pembinaan, ekonomi rumah tangga, teknotani
dan aplikasi komputer. Bagi para pelajar yang ingin mendalami ilmu Pendidikan
Islam, Kelas Aliran Agama (KAA) diperluaskan ke SMK harian. Cabaran KPM adalah
untuk memastikan sekolah-sekolah daripada pelbagai aliran ini dapat menyediakan
pendidikan berkualiti kepada setiap pelajar. Selain itu, KPM juga perlu
memastikan setiap bidang pengkhususan dan mata pelajaran terus relevan dengan
kehendak pasaran dalam negara dan juga peringkat antarabangsa. Oleh yang
demikian dapat dilihat bahawa kerajaan telah menyediakan pendidikan yang
seimbang, menyeluruh dan bersepadu kepada para pelajar agar mereka dapat
mempelbagaikan serta mengembangkan potensi diri mereka.

            Pada sesi persekolahan 1995 telah berlaku satu perubahan dalam
kurikulum sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas iaitu Kurikulum Reka
Cipta. Tujuan Kurikulum Reka Cipta ialah melahirkan pelajar yang kreatif,
inovatif dan inventif serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan
perkembangan teknologi. Cadangan awal Kurikulum Reka Cipta dalam kurikulum
sekolah telah dinyatakan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu, iaitu Datuk
Amar Dr. Sulaiman Daud.  Untuk peringkat sekolah rendah reka cipta telah
dijadikan sebagai satu tajuk utama kepada tiga tajuk yang sedia ada, iaitu
Kemahiran Manipulatif, Usaha Niaga dan Pengurusan Diri kepada Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah sekarang. Tajuk Reka Cipta akan memberi perspektif yang lebih
luas dan kemahiran yang lebih mendalam. Pada peringkat sekolah menengah rendah,
reka cipta adalah satu pilihan elektif tambahan kepada tiga pilihan yang ada
sekarang, iaitu Kemahiran Manipuatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan
Pertanian. Pada peringkat menengah atas reka cipta diwujudkan sebagai mata
pelajaran tersendiri dan diletakkan dalam kumpulan vokasional dan teknologi.
Para pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran Reka Cipta sebagai mata
pelajaran pilihan akan dinilai melalui ujian bertulis dan kerja projek. Dengan
penilaian tersebut para pelajar akan dapat membuat sesuatu rekaan dengan lebih
bermutu dan bersifat kreatif.
 
 
BIBLIOGRAFI
1)      Dr Saedah Hj Siraj, Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak & Lee Pau Wing.
(1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
2)      Editor. (1992). Asas KBSR II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3)      Mohd Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing.

 
 
 
-HANANI-

RIS

                                                                           SEMESTER 2 SESI 2010/2011

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

                          PENDIDIKAN YANG SEIMBANG,MENYELURUH DAN BERSEPADU

 
KUMPULAN KULIAH: J

NAMA PENSYARAH

DR. IHKSAN BIN OTHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO. ID TANDATANGAN

MOHD KHIRRUDIN BIN ALIAS D20101037744  

NUR HANANI BINTI ABDUL HALIM D20101037748  

NURUL SAKINAH BINTI MOHAMAD SAYUTY D20101037861  

SITI HAJAR BINTI ZAINOL D20101037660  

TIDA IMA D20101037880  

TARIKH SERAH: 15 FEBRUARI 2011

Pendahuluan
Keadaan dunia sekarang ini yang serba maju dan canggih, pendidikan negara
memerlukan beberapa perubahan ataupun idea-idea baru untuk memastikan taraf institusi
pendidikan negara adalah setanding dengan negara-negara maju yang lain. Bagi memastikan
pendidikan di Malaysia berlaku secara seimbang, bersepadu dan menyeluruh, kerajaan telah
merangka pelbagai kaedah ataupun cara tertentu dari semasa ke semasa agar sesuai dengan
peredaran masa. Antara contoh tindakan yang dilakukan oleh kerajaan ialah memperkenalkan
Rancangan Malaysia dan turut memasukkan unsur-unsur berkaitan pendidikan di dalam setiap
rancangan yang diperkenalkan. Hal ini dapat dilihat melalui pengenalan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Setiap Rancangan Malaysia yang
diperkenalkan, bidang pendidikan turut diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia.
Selain hal-hal berkaitan pendidikan di Malaysia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia,
bidang pendidikan turut ditekankan melalui kewujudan Dasar Pendidikan Negara.
Menariknya di sini, setiap perkara yang berkaitan dengan pelajaran ataupun pendidikan
khususnya pasti akan merangkumi tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India tanpa mengambil kira sebarang faktor perbezaan. Namun, keistimewaan yang dimiliki
oleh orang-orang Melayu dalam bidang pendidikan sejak merdeka tidaklah dihapuskan.
Perkara yang diberikan perhatian dan melibatkan ketiga-tiga kaum itu hanyalah seperti
kemudahan yang terdapat di sekolah, penyediaan guru-guru terlatih dan berpengalaman serta  
menggalakkan penyertaan semua kaum dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat yang serupa,
sesuai dengan konsep “1 Malaysia” seperti yang telah diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ketika ini iaitu Datuk Seri Najib bin Abdul Razak. Kesannya, sebagai contoh
masalah kekurangan guru-guru terlatih dan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan dapat
diperbaiki melalui kajian yang dilakukan oleh pihak yang terbabit. Ini menunjukkan ciri-ciri
keseimbangan mula diberikan penekanan selain turut menuntut hak-hak yang sebelum ini
dianggap tidak penting bagi sesetengah masyarakat. Selain itu, aspek-aspek yang berkaitan
jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam kalangan pelajar turut akan disentuh secara
menyeluruh.

Langkah-Langkah/Pendapat/Cadangan

Bagi menjadikan pendidikan di Malaysia adalah seimbang, menyeluruh dan bersepadu,


terdapat beberapa langkah ataupun cadangan yang diharapkan dapat  membantu tujuan
tersebut, antaranya adalah seperti berikut:-

1.Satu Murid Satu Sukan

-Setiap aktiviti sukan yang dilakukan oleh pihak sekolah ataupun di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) perlulah melibatkan semua pelajar tanpa mengambil kira perbezaan
dari segi bangsa seseorang pelajar itu. Bagi peringkat sekolah menengah, sukan merupakan
perkara wajib diambil bahagian oleh para pelajar sebagai syarat wajib untuk memasuki atau
melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada awam ataupun swasta. Selain menjadikan seseorang
pelajar itu aktif, sukan turut membantu para pelajar dalam mengurus tugas-tugas harian secara
berdikari. Perkara sedemikian dapat kita lihat bagi para pelajar yang telah pun menjejakkan
kaki ke universiti. Namun, aktif semata-mata dalam bidang sukan bukanlah matlamat utama
sebaliknya para pelajar perlulah berjaya dalam bidang akademik dan sukan supaya negara
mampu melahirkan para pelajar yang bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malahan
berjaya melahirkan atlet yang mempunyai kemahiran yang baik dari segi rohani dan jasmani.
Dalam hal ini, isu pendidikan negara bukanlah hanya menekankan aspek pembelajaran dalam
kelas semata-mata sebaliknya para pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun
peringkat universiti perlulah melibatkan diri dalam bidang sukan. Kementerian Pelajaran
Malaysia tidaklah memaksa ataupun mewajibkan para pelajar untuk terlibat dalam beberapa
sukan yang wajib pelajar ikuti sebaliknya pelajar hanya perlu memilih satu sukan untuk
diikuti oleh para pelajar. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidaklah terlalu mengharapkan
para pelajarnya untuk menumpukan perhatian dalam bidang akademik semata-mata
sebaliknya bidang sukan juga penting terhadap pelajar.Ini merupakan satu kelebihan terhadap
para pelajar apabila mereka ingin memohon sesuatu pekerjaan setelah tamat belajar kelak.

            Selain untuk meningkatkan mutu atau taraf sukan negara dan keperluan sumber
manusia, kerajaan juga berpendapat sesuatu sukan itu mampu untuk menyatukan para pelajar
yang berbilang kaum di Malaysia. Jika kita lihat, sesuatu sukan seperti bola sepak
memerlukan pemain yang ramai. Justeru, sudah semestinya semua kaum akan terlibat dalam
sukan tersebut. Tambahan pula, bola sepak merupakan sukan utama dunia. Penyatuan kaum
akan mula wujud apabila para pemain yang berbilang kaum itu berlatih bersama dan  bermain
bola bersama. Hubungan tersebut tidak semestinya terhenti di situ sahaja sebaliknya besar
kemungkinan turut berlarutan di dalam kelas. Kesannya, perasaan perkauman akan mula
terhakis  sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam hal ini, pendidikan
dijadikan medium untuk menyatukan para pelajarnya. Penyatuan ini juga bukanlah terhad di
sesuatu kawasan ataupun negeri sebaliknya turut melibatkan semua negeri di Malaysia. Ini
bagi memastikan pendidikan negara dilakukan secara menyeluruh dan seimbang tanpa
meninggalkan perkara-perkara yang dianggap penting terhadap negara.

2.Ceramah Motivasi ataupun Jati Diri

-Apabila kita menyentuh berkenaan ceramah motivasi diri khususnya, program tersebut
dilihat tidak lari daripada didominasi oleh kaum tertentu. Di peringkat sekolah, biasanya
pihak sekolah lebih memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk mengikuti program
tersebut. Hal ini patut diatasi dengan segera dan pihak sekolah perlulah memberi peluang
yang sama kepada para pelajar daripada kaum lain. Ini bagi memastikan semua pelajar yang
berbilang kaum mendapat manfaat yang sewajarnya daripada setiap program yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah, lebih-lebih lagi yang bercorak motivasi diri. Selain itu,
semua sekolah-sekolah di Malaysia sama ada daripada sekolah harian biasa hinggalah ke
sekolah cemerlang haruslah membuang sikap meminggirkan para pelajar yang agak
ketinggalan dalam kelas sebaliknya para pelajar tersebut perlu diberikan peluang yang sama
seperti para pelajar lain.Ini bagi memastikan hasrat dan tujuan kerajaan dalam aspek
pendidikan negara mencapai matlamatnya.Ini bertujuan untuk mengikis perasaan pilih kasih
antara guru-guru terhadap para pelajarnya. Tambahan pula, semua pelajar sebenarnya
mempunyai potensi diri masing-masing jika kena pada ‘acuannya’. Justeru, tidak wajar
sekiranya guru-guru hari ini mengetepikan pelajar tertentu daripada menyertai program
sekolah yang berbentuk ilmiah.

3.Kelengkapan Pelbagai Kemudahan

-Kerajaan Malaysia perlu menyediakan dana yang cukup untuk memastikan segala keperluan
pelajar-pelajar di Malaysia adalah mencukupi tidak kira sama ada dari aspek kemudahan
kelas, bilik kuliah, bahan-bahan bacaan, tempat untuk membaca dan persekitaran kelas yang
selamat. Hari ni, antara masalah yang timbul adalah kekurangan atau lebihan bahan-bahan
bacaan di sekolah-sekolah mahupun di peringkat universiti. Di sesetengah universiti, bahan
bacaan adalah mencukupi malahan lebih banyak dari universiti lain. Dalam hal ini, kerajaan
perlulah memastikan setiap bahan di semua perpustakaan universiti awam adalah Malaysia
mencukupi dari segi bahan bacaannya. Ini bagi mengelak daripada timbulnya masalah kepada
pelajar seperti terpaksa pergi ke universiti lain untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan.
Selain itu, masalah tersebut juga menyebabkan para pelajar ataupun mahasiswa mahasiswi itu
sendiri mengalami banyak kerugian, antaranya ialah mengeluarkan duit yang banyak, banyak
masa dibuang begitu sahaja malahan faktor keselamatan juga perlu diambil kira, lebih-lebih
lagi jika golongan pelajar tersebut adalah wanita. Masalah tersebut mungkin juga berlaku di
peringkat sekolah. Kekurangan bahan bacaan di perpustakaan ditakuti akan membantutkan
minat para pelajar terhadap ilmu pelajaran. Tambahan pula, bukan semua pelajar hari ni
mempunyai azam yang kuat untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Kerajaan mungkin
kekurangan dana ketika ini namun, masalah tersebut diharapkan dapat diatasi dari semasa ke
semasa. Untuk melahirkan insan yang cemerlang, masalah tersebut memerlukan perhatian
yang sewajarnya daripada pihak terbabit.

4.Ganjaran
-Bagi menggalakkan para pelajar berusaha dengan lebih cemerlang, kewujudan sesuatu
ganjaran dalam bentuk wang khususnya  perlu dilakukan dengan berterusan setiap tahun.
Usaha tersebut bukanlah hanya dilakukan di sekolah-sekolah bandar sahaja sebaliknya perlu
turut dilakukan di sekolah-sekolah luar bandar. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadikan
wang itu segala-galanya tetapi ganjaran yang berbentuk wang itu hanyalah dijadikan sebagai
alat untuk meningkatkan motivasi diri para pelajar. Wang ataupun ganjaran yang diterima
oleh para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam hanyalah sebagai tanda sokongan
terhadap para pelajar supaya usaha gigih mereka akan diteruskan lagi ke peringkat yang lebih
tinggi. Bagi memastikan pelajaran adalah seimbang dan menyeluruh dari semua aspek,
kewujudan beberapa anugerah di universiti-universiti awam telah lama diperkenalkan. Antara
anugerah yang diperkenalkan ialah Anugerah Dekan dan Anugerah Seri Diraja. Di peringkat
universiti, beberapa syarat telah dilakukan sebelum para pelajar dapat membolot anugerah-
anugerah tersebut. Antara kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh para pelajar universiti
tentunya cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pernah melakukan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebajikan. Hari ini, pelajar bukanlah perlu menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran semata-mata sebaliknya hubungan sosial sesama
manusia juga perlu ditekankan dan dimiliki oleh pelajar-pelajar.

5.Mewujudkan Penasihat Akademik

-Bagi memastikan semua pelajar berjaya dalam pelajaran, kewujudan penasihat akademik
yang terdiri daripada guru-guru di sekolah dan para pensyarah di universiti dilihat adalah
perlu. Tujuan mewujudkan penasihat akademik di sekolah mahupun di peringkat universiti
adalah untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam aspek pelajaran
mahupun masalah-masalah lain. Dalam hal ini, penasihat akademik perlu sedaya-upaya untuk
membantu para pelajar yang berada di bawah seliaan mereka. Walaupun di setiap sekolah dan
universiti hari ini mempunyai kaunselor masing-masing, namun tidak mungkin kaunselor
berupaya untuk memberi nasihat dan pandangan terhadap semua pelajar yang begitu ramai
jumlahnya. Kewujudan penasihat akademik bukan hanya membuatkan para pelajar lebih
nampak akan haluan masa depan mereka tetapi ianya akan menjadikan hubungan antara
pelajar dan guru, pensyarah dan mahasiswa mahasiswi  lebih erat seterusnya menjadikan
pelajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila berada di dalam kelas ataupun bilik
kuliah. Langkah tersebut dilihat mampu menjadikan pendidikan itu adalah seimbang dari segi
segala aspek.

6. Meningkatkan Kualiti Guru

-Pengambilan bakal-bakal guru perlu dilakukan dengan lebih ketat lagi. Antaranya ialah
menilai calon-calon yang ingin menjadi guru melalui temu duga secara berperingkat dan ujian
bertulis yang ketat dan tinggi status soalannya. Tambahan pula, pihak media sama ada media
massa ataupun media elektronik sering memaparkan mengenai keburukan guru ketika
mengajar di sekolah. Guru adalah sesuatu pekerjaan yang mulia di mata masyarakat. Selain
itu, guru juga dijadikan ikon ataupun idola terhadap para pelajar. Justeru, sekiranya gelagat
ataupun kelakuan seseorang guru itu adalah buruk, bagaimana kita ingin mengekalkan status
guru di mata masyarakat? Antara tajuk yang sering terpampang di dada-dada akhbar ialah
berkenaan guru mencabul pelajar, guru dituduh merogol pelajar dan guru terlibat dengan najis
dadah. Sekiranya masalah-masalah seperti itu tidak dicegah dari awal adalah mustahil untuk
kerajaan mengekalkan kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa terhadap guru. Oleh itu,
pengambilan  bakal-bakal ‘cikgu’ perlu diperketatkan. Para penemu duga perlulah melakukan
proses temu duga dengan telus dan adil tanpa mewujudkan jurang antara calon yang dianggap
menarik dari segi rupa paras dan saiz badan dengan calon yang kurang menarik rupa parasnya
dan saiz badan yang agak besar. Aspek yang perlu diberi perhatian oleh para penemu duga
ialah berkenaan sikap ataupun kelakuan calon sama ada mereka mempunyai kriteria-kriteria
tertentu sebagai seorang guru. Guru yang baik ialah guru yang penyabar, bijak menyelesaikan
masalah dan pandai mencuri tumpuan pelajarnya.

            Dari aspek kemudahan tempat tinggal, kemudahan tempat tinggal untuk para guru
yang mengajar di kawasan-kawasan pedalaman perlulah ditingkatkan. Masalah hari ini ialah
terdapat guru-guru yang terpaksa tidur di dalam kelas, tiada bekalan elektrik dan kekurangan
bekalan air bersih. Selain itu, ruang tempat tinggal guru juga adalah sempit. Masalah tersebut
mungkin agak terpencil bagi guru-guru yang mengajar di bandar yang lengkap dengan segala
kelengkapan tetapi itulah cabaran yang terpaksa di hadapi oleh guru-guru, terutamanya yang
ditugaskan untuk mengajar di Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, guru merupakan seorang yang
sanggup  berkorban untuk masa depan anak-anak muridnya tanpa mengenal penat lelah. Oleh
itu, adalah wajar sekiranya kemudahan untuk keselesaan para guru yang bertugas di luar
bandar turut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak yang terlibat. Kesannya, diharapkan
agar produktiviti seseorang guru itu dapat ditingkatkan sekiranya segala keperluan guru telah
diselesaikan kelak. 

7. Memperbanyakkan Kewujudan Sekolah Kebangsaan

-Kewujudan sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini adalah dominan dalam kalangan orang
Melayu namun, adakah kewujudan sekolah tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan
dalam kalangan orang-orang Cina dan India? Persoalan ini sering berlegar dalam kalangan
masyarakat. Jika kita lihat sekolah kebangsaan hari ini, tiada bezanya dengan sekolah-sekolah
jenis kebangsaan (SJKT) sama ada dari segi pembelajaran, kaedah mengajar guru-guru dan
kemudahan yang terdapat di sekolah. Sepatutnya, semua pelajar sekolah sama ada Melayu,
Cina dan India perlulah memilih untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Ini bagi mengelak
wujudnya perasaan perkauman antara pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tidak dinafikan
kewujudan SJKT adalah untuk memelihara adat ataupun budaya kaum masing-masing namun
untuk jangka masa yang panjang, para pelajar perlu dihantar ke sekolah-sekolah kebangsaan
supaya para pelajar yang berbeza kaum itu lebih erat hubungan mereka antara kaum yang
berbeza. Ini sesuai dengan konsep “1 Malaysia” seperti yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri kita, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Selain menyatukan kaum, kerajaan
lebih mudah untuk mengawal dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada sekolah-sekolah
kebangsaan sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Penggunaan dana ataupun
pengeluaran kewangan dapat dikurangkan sekiranya semua sekolah SJKT dijadikan sekolah
kebangsaan. Penghapusan sekolah SJKT bukanlah bertujuan untuk menghapuskan adat,
budaya dan bahasa ibunda kaum Cina dan India sebaliknya kewujudan mata pelajaran yang
berkaitan dengan kaum Cina dan India juga boleh diterapkan di sekolah-sekolah kebangsaan
dengan mewujudkan kelas tambahan, kelas-kelas khas dan sebagainya. Penggunaan buku teks
untuk semua sekolah juga lebih mudah untuk dikawal dari segi kandungannya dan
diseragamkan untuk setiap sekolah di Malaysia, tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Namun, ini hanyalah cadangan dan pendapat semata-mata sebaliknya perkara ini
sudah tentulah memerlukan pandangan dan nasihat semua pihak agar apabila cadangan
tersebut dilaksanakan, yang diharapkan ialah dapat memuaskan hati semua pihak, lebih-lebih
lagi bagi kaum Cina dan India memandangkan perkara tersebut mungkin asing bagi mereka.
Anak-anak kaum Cina dan India juga memerlukan masa untuk menyahut cadangan tersebut
disamping untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah kebangsaan.

-DIN-

IMPAK PENDIDIKAN YANG HOLISTIK       


 
          Menurut Kidd J.R pada tahun (1973) beliau menyatakan bahawa pendidikan
merupakan perkembangan dan penyuburan minda melalui kuasa-kuasa semula jadi secara
sistematik. Hal ini bermula ketika  prasekolah berterusan di sekolah dan juga berlangsung
seumur hidup. Perkataan sistematik di dalam definisi ini membawa andaian hahawa
pembelajaran telah dirancang dan meliputi pendidikan formal dan bukan formal. Pendidikan
formal ialah pendidikan yang sangat diinstitusikan, berperingkat-peringkat mengikut umur
dan berstruktur, mengikut hierarki ynag berlangsung dari sekolah rendah hinggalah ke
kemuncak universiti, manakala pendidikan bukan formal adalah aktiviti pendidikan yang
berorganisasi dan bersistematik yang berlaku di luar system formal untuk memberikan jenis-
jenis pembelajaran yang terpilih kepada beberapa kumpulan kecil untuk orang dewasa dan
juga kanak-kanak. Walau bagaimanapun perkara yang penting ialah pengisian dalam sesuatu
pendidikan. Sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu adalah sangat
penting. Hal ini kerana melalui sistem pendidikan yang holistik akan memberi impak positif
dari setiap aspek.
            Impak positif yang utama ialah dari segi pembangunan insan. Hal ini bermula daripada
kaedah pendidikan yang diberikan oleh para pendidik terutamanya guru-guru kepada para
pelajarnya. Pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan
menjadikan seseorang itu menjadi lebih sempurna. Seperti yang diketahui umum ilmu
pengetahuan sangat penting kepada semua insan. Tanpa ilmu pengetahuan hidup seseorang
tidak lengkap sepenuhnya. Sungguhpun akademik sangat penting tetapi ilmu kokurikulum
tidak harus diketepikan begitu sahaja. Hal ini kerana, untuk melahirkan modal insan yang
cergas, keadaan fizikal dan mental harus berada di tahap yang maksimum. Pendidikan yang
seimbang, menyeluruh dan bersepadu juga memberi kesan positif kepada kemahiran kognitif
seseorang. Oleh itu, pendidikan yang seimbang dari segi ilmu akademik dan kokurikulum
bakal melahirkan pemimpin masa hadapan. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa
peristiwa kes bunuh diri yang melibatkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak
mendapat semua Adalam setiap matapelajaran yang diambilnya. Oleh itu, dalam kejadian ini
dapat kita lihat bahawa seorang pelajar yang kekurangan kekuatan mental tidak dapat berfikir
dengan waras disebabkan oleh kekurangan ilmu agama. Oleh itu, semua manusia memerlukan
pendidikan yang seimbang dari segi ilmu keduniaan dan akhirat.

            Pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu juga boleh memberi impak
fositif kepada masyarakat iaitu pembentukan masyarakat dan generasi yang penyayang seperti
yang ditegaskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 iaitu ``Teras keseluruhan
perkhidmatan sosial dalam dekad selepas tahun 1991, ialah untuk meningkatkan pencapaian
matlamat pembangunan sosio-ekonomi serta pencapaian satu masyarakat yang penyayang``
Pendidikan secara holistik sememangnya telahpun termaktub dalam KBSR dan KBSM.
Dengan perkataan lain nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata palajaran akan
diperkukuhkan pulan melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum. Terdapat 16 belas nilai murni
yang diterapkan ke dalam setiap jiwa pelajar dan satu daripada nilai tersebut ialah nilai kasih
saying atau sifat penyayang sebagaimana yang dikehendaki di dalam mencapai Wawasan 
2020. Aspek nilai-nilai murni ini juga ada diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam. Penekanan nilai-nilai kasih sayang yang terdapat dalam KBSM ini akan
melahirkan generasi akan datang yang yang mempunyai nilai kasih sayang  kepada diri
sendiri, keluarga, jiran tetangga, bangsa, agama dan negara. Oleh itu tidak ada lagi rakyat
Malaysia yang keluar negara dan memberikan maklumat palsu mengenai keadaan negara atau
menyebarkan risalah dengan memburuk-burukan negara di mata dunia. Selain itu diharapkan
tidak ada lagi ibu bapa yang telah lanjut usianya ditinggalkan oleh anak-anak serta dibiarkan
terlantar di rumah-rumah kebajikan atau menjadi pengemis di tengah-tengah kota dan tidak
ada lagi ibu bapa yang sanggup mendera anak sendiri seperti yang sering kedengaran di
corong-corong radio dan di dada-dada akhbar.

            Sektor pendidikan juga diberi peranan untuk membentuk generasi yang mempunyai
pengetahuan dan berkemahiran dalam semua bidang kehidupan. Perkara ini sememangnya
telah digarapkan oleh Kementerian Pendidikan di dalam KBSM dengan memperkenalkan
mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara
mulai 1991. Mata pelajaran ini mengandungi tujuh komponen utama iaitu Perdagangan dan
Keusahawanan, Pertanian, Pengurusan Diri, Kerja Kayu, Kerja Paip, Elektrik dan Elektronik,
dan Kesjahteraan Keluarga. Dengan wujudnya mata pelajaran ini pelajar dapat menguasai
kamahiran asas bagi membolehkan mereka mengedalikan kehidupan secara proaktif dalam
dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pendidikan yang
bersepadu berupaya melahirkan generasi yang dapat mengharungi hidup yang penuh cabaran,
penuh bersemangat berjiwa positif dan terus maju dalam semua bidabg kehidupan tanpa
mengabaikan tanggungjawab keluarga menjelang tahun 2020.

            Pendidikan yang holistik juga dapat mewujudkan masyarakat yang peks kepada sains
dan teknologi, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi dan canggih tetapi juga tahu
membuat inivasi dan perubahan kepada teknologi yang ada untk diperkenalkan di pasaran
tempatan dan pasaran antarabangsa. Oleh itu, untuk memajukan bidang sains dan teknologi, di
dalam Rangka Rangcangan Jangka Panjang 2 kerajaan akan terus meningkatkan pelaburan
dalam bidang pendidikan sains dan teknologi serta pembangunan sumber tenaga dalam bidang
teknikal dan penyelidikan. Perhatian juga diberikan kepada penyusunan semula sistem
pendidikan sains dan teknologi bagi memupuk daya cipta dalam kalangan generasi muda.

            Di samping itu, pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu serta
komprehensif  juga berupaya menghasilkan golongan teknokrat bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja dalam bidang kolar biru dan menambahkan sumber tenaga manusia dalam bidang
sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020. Jika sekiranya, Malaysia
mempuyai tenaga kerja yang mencukupi dari segi tenaga kerja mahir dan separa mahir,
negara kita tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepada tenaga kerja asing. Secara tidak
langsung kebanjiran tenaga kerja asing dapat dikurangkan dan secara automatik juga statistik
indek jenayah negara dapat dikurangkan. Hal ini membolehkan pembangunan negara kita
dapat berjalan dengan lancar dan rakyat Malaysia dapat berbangga dengan kemajuan yang
dicapai adalah atas titik peluh rakyatnya sendiri. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran
telah membuat beberapa perubahan dalam system pendidikan dengan memberikan tumpuan
dalam pendidikan sains dan teknologi. Selain aliran sains sebagai pilihan di sekolah
menengah, aliran vokasional dan teknologi juga turut diperkenalkan di sekolah-sekolah di
samping sekolah vokasional dan teknik.

            Dengan adanya pendidikan yang menyeluruh juga, kelunturan dan mobiliti tenaga
kerja akan dapat ditambah. Ini disebabkan seseorang yang mempunyai pendidikan tinggi
mudah untuk berpindah dan meyesuaikan diri dengan sesuatu pekerjaan. Dalam sesuatu
pekerjaan yang sama, seseorang pekerja yang berpendidikan akan mudah mempelajari sesuatu
kemahiran dan kos melatih pekarja yang berpendidikan lebih murah daripada pekerja yang
tidak berpendidikan.

            Pendidikan yang menyeluruh juga memberi impak yang besar dalam keutuhan
perpaduan negara. Hal ini bermula apabila sistem pentadbiran negara memainkan
peranannaya untuk menyatukan semua kaum, dan kumpulan etnik melalui dasar pendidikan
negara. Denganitu negara akan stabil dan ekonomi dapat berkembang tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak. Mengikut laporan Jawatankuasa Kabinet, dalam konteks negara
sekarang ini yang menganggap perpaduan adalah matlamat utama. Pengenalan mata pelajaran
Sivik dan Kewarganegaraan dapat melahirkan pelajar yang amat mementingkan keutuhan
perpaduan. Dalam mata pelajaran tersebut, penekanan dalam soal hubungan antara kaum
dititikberatkan. Hal ini akan memberi kesan positif kapada pelajar yang berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, India dapat belajar mengenai budaya masing-masing dengan baik. Seperti yang
sedia maklum, perpaduan kaum perlu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi. Oleh itu,
pengenalan mata pelajaran yang sebegitu dapat meningkatkan lagi perpaduan antara kaum di
Malaysia.

            Negara kita terdiri daripada berbilang kaum.  Peristiwa peristiwa sejarah menjadikan
kaum-kaum yang berlainan tidak setaraf dari segi perkembangan ekonomi dan social. Jurang
perbezaan ini perlu dihapuskan demi perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat. Oleh itu
pendidikan sebagai satu instrument yang paling cekap dan efektif dalam mencetuskan mobiliti
sosial dan mempertingkatkan status sosial bagi kumpulan sasaran sudah seharusnya
diperkenalkan untuk memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha ke arah cita-
cita ini. Oleh yang sedemikian, permintaan untuk pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu khasnya pendidikan tinggi sememangnya akan meningkat.
            Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dapat melahirkan pakar penyelidik dan
kegiatan penyelidik menghasilkan penemuan dan teknik baru. Antaranya ialah para intelek
dan para penyelidik seperti yang berada di institusi pengajian tinggi atau institusi
penyelidikan ynag lain seperti di PORIM, MARDI, RRI, FRIM. Kegiatan penyelidikan
mereka ini dapat melahirkan penemuan dan idea baru dalam perkembangan pengetahuan
khususnya dalam bidang sains. Penemuan-penemuan baru dalam industri pertanian atau
pengurusan adalah penting dalam kemajuan rakyat. Beberapa contoh penyelidikan di
Malaysia yang telah menyumbangkan pembangunan sosia-ekonomi adalah kegiatan
penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Getah yang menolong meningkatkan mutu getah asli
untuk bersaing dengan getah tiruan. Selain itu, kejayaan yang ditempa oleh Pusat
Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) telah dapat memajukan mutu minyak sawit
dan dapat mempelbagaikan kegunaan minyak sawit. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa
pendidikan secara holistik ini mampu melahirkan generasi pewaris negara yang kreatif dan
inovatif dan berupaya memberi sumbangan dalam bidang penyelidikan sains di Malaysia.

            Oleh itu sebagai kesimpulannya, pendidikan yang holistik ini sangat mustahak bagi
melahirkan generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara yang produktif dan berkualiti
setanding dengan negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, korea dan beberapa
buah negara lain lagi.

BIBLIOGRAFI:

1. TJUK BKU: PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENULIS: DR SAEDAH HJ. SIRAJ, SHARIL @ CHARIL MARZUKI

THN TERBITAN: 1993

TMPT TERBITAN: UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD, CHERAS,


KUALA LUMPUR.

2. TJUK BUKU: PENGAJARAN PAKAR

N.PENULIS: ROSIE TURNER-BISSET (TERJEMAHAN MOHD FAUZI YAACOB)

THN TRBTN: 2004


TMPT TRBTN: INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD, KUALA
LUMPUR

(HAJAR)

RIS

                                                                           SEMESTER 2 SESI 2010/2011

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

                          PENDIDIKAN YANG SEIMBANG,MENYELURUH DAN


BERSEPADU
 

KUMPULAN KULIAH: J

NAMA PENSYARAH
DR. IHKSAN BIN OTHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO. ID TANDATANGAN


MOHD KHIRRUDIN BIN ALIAS D20101037744  
NUR HANANI BINTI ABDUL HALIM D20101037748  
NURUL SAKINAH BINTI MOHAMAD D20101037861  
SAYUTY
SITI HAJAR BINTI ZAINOL D20101037660  
TIDA IMA D20101037880  

TARIKH SERAH: 15 FEBRUARI 2011


Pendahuluan

Keadaan dunia sekarang ini yang serba maju dan canggih, pendidikan negara
memerlukan beberapa perubahan ataupun idea-idea baru untuk memastikan taraf institusi
pendidikan negara adalah setanding dengan negara-negara maju yang lain. Bagi memastikan
pendidikan di Malaysia berlaku secara seimbang, bersepadu dan menyeluruh, kerajaan telah
merangka pelbagai kaedah ataupun cara tertentu dari semasa ke semasa agar sesuai dengan
peredaran masa. Antara contoh tindakan yang dilakukan oleh kerajaan ialah memperkenalkan
Rancangan Malaysia dan turut memasukkan unsur-unsur berkaitan pendidikan di dalam setiap
rancangan yang diperkenalkan. Hal ini dapat dilihat melalui pengenalan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Setiap Rancangan Malaysia yang
diperkenalkan, bidang pendidikan turut diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia.
Selain hal-hal berkaitan pendidikan di Malaysia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia,
bidang pendidikan turut ditekankan melalui kewujudan Dasar Pendidikan Negara.
Menariknya di sini, setiap perkara yang berkaitan dengan pelajaran ataupun pendidikan
khususnya pasti akan merangkumi tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India tanpa mengambil kira sebarang faktor perbezaan. Namun, keistimewaan yang dimiliki
oleh orang-orang Melayu dalam bidang pendidikan sejak merdeka tidaklah dihapuskan.
Perkara yang diberikan perhatian dan melibatkan ketiga-tiga kaum itu hanyalah seperti
kemudahan yang terdapat di sekolah, penyediaan guru-guru terlatih dan berpengalaman serta  
menggalakkan penyertaan semua kaum dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat yang serupa,
sesuai dengan konsep “1 Malaysia” seperti yang telah diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ketika ini iaitu Datuk Seri Najib bin Abdul Razak. Kesannya, sebagai contoh
masalah kekurangan guru-guru terlatih dan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan dapat
diperbaiki melalui kajian yang dilakukan oleh pihak yang terbabit. Ini menunjukkan ciri-ciri
keseimbangan mula diberikan penekanan selain turut menuntut hak-hak yang sebelum ini
dianggap tidak penting bagi sesetengah masyarakat. Selain itu, aspek-aspek yang berkaitan
jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam kalangan pelajar turut akan disentuh secara
menyeluruh.
 

Langkah-Langkah/Pendapat/Cadangan

Bagi menjadikan pendidikan di Malaysia adalah seimbang, menyeluruh dan bersepadu,


terdapat beberapa langkah ataupun cadangan yang diharapkan dapat  membantu tujuan
tersebut, antaranya adalah seperti berikut:-

1.Satu Murid Satu Sukan

-Setiap aktiviti sukan yang dilakukan oleh pihak sekolah ataupun di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) perlulah melibatkan semua pelajar tanpa mengambil kira perbezaan
dari segi bangsa seseorang pelajar itu. Bagi peringkat sekolah menengah, sukan merupakan
perkara wajib diambil bahagian oleh para pelajar sebagai syarat wajib untuk memasuki atau
melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada awam ataupun swasta. Selain menjadikan seseorang
pelajar itu aktif, sukan turut membantu para pelajar dalam mengurus tugas-tugas harian secara
berdikari. Perkara sedemikian dapat kita lihat bagi para pelajar yang telah pun menjejakkan
kaki ke universiti. Namun, aktif semata-mata dalam bidang sukan bukanlah matlamat utama
sebaliknya para pelajar perlulah berjaya dalam bidang akademik dan sukan supaya negara
mampu melahirkan para pelajar yang bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malahan
berjaya melahirkan atlet yang mempunyai kemahiran yang baik dari segi rohani dan jasmani.
Dalam hal ini, isu pendidikan negara bukanlah hanya menekankan aspek pembelajaran dalam
kelas semata-mata sebaliknya para pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun
peringkat universiti perlulah melibatkan diri dalam bidang sukan. Kementerian Pelajaran
Malaysia tidaklah memaksa ataupun mewajibkan para pelajar untuk terlibat dalam beberapa
sukan yang wajib pelajar ikuti sebaliknya pelajar hanya perlu memilih satu sukan untuk
diikuti oleh para pelajar. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidaklah terlalu mengharapkan
para pelajarnya untuk menumpukan perhatian dalam bidang akademik semata-mata
sebaliknya bidang sukan juga penting terhadap pelajar.Ini merupakan satu kelebihan terhadap
para pelajar apabila mereka ingin memohon sesuatu pekerjaan setelah tamat belajar kelak.

            Selain untuk meningkatkan mutu atau taraf sukan negara dan keperluan sumber
manusia, kerajaan juga berpendapat sesuatu sukan itu mampu untuk menyatukan para pelajar
yang berbilang kaum di Malaysia. Jika kita lihat, sesuatu sukan seperti bola sepak
memerlukan pemain yang ramai. Justeru, sudah semestinya semua kaum akan terlibat dalam
sukan tersebut. Tambahan pula, bola sepak merupakan sukan utama dunia. Penyatuan kaum
akan mula wujud apabila para pemain yang berbilang kaum itu berlatih bersama dan  bermain
bola bersama. Hubungan tersebut tidak semestinya terhenti di situ sahaja sebaliknya besar
kemungkinan turut berlarutan di dalam kelas. Kesannya, perasaan perkauman akan mula
terhakis  sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam hal ini, pendidikan
dijadikan medium untuk menyatukan para pelajarnya. Penyatuan ini juga bukanlah terhad di
sesuatu kawasan ataupun negeri sebaliknya turut melibatkan semua negeri di Malaysia. Ini
bagi memastikan pendidikan negara dilakukan secara menyeluruh dan seimbang tanpa
meninggalkan perkara-perkara yang dianggap penting terhadap negara.

2.Ceramah Motivasi ataupun Jati Diri


-Apabila kita menyentuh berkenaan ceramah motivasi diri khususnya, program tersebut
dilihat tidak lari daripada didominasi oleh kaum tertentu. Di peringkat sekolah, biasanya
pihak sekolah lebih memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk mengikuti program
tersebut. Hal ini patut diatasi dengan segera dan pihak sekolah perlulah memberi peluang
yang sama kepada para pelajar daripada kaum lain. Ini bagi memastikan semua pelajar yang
berbilang kaum mendapat manfaat yang sewajarnya daripada setiap program yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah, lebih-lebih lagi yang bercorak motivasi diri. Selain itu,
semua sekolah-sekolah di Malaysia sama ada daripada sekolah harian biasa hinggalah ke
sekolah cemerlang haruslah membuang sikap meminggirkan para pelajar yang agak
ketinggalan dalam kelas sebaliknya para pelajar tersebut perlu diberikan peluang yang sama
seperti para pelajar lain.Ini bagi memastikan hasrat dan tujuan kerajaan dalam aspek
pendidikan negara mencapai matlamatnya.Ini bertujuan untuk mengikis perasaan pilih kasih
antara guru-guru terhadap para pelajarnya. Tambahan pula, semua pelajar sebenarnya
mempunyai potensi diri masing-masing jika kena pada ‘acuannya’. Justeru, tidak wajar
sekiranya guru-guru hari ini mengetepikan pelajar tertentu daripada menyertai program
sekolah yang berbentuk ilmiah.

3.Kelengkapan Pelbagai Kemudahan

-Kerajaan Malaysia perlu menyediakan dana yang cukup untuk memastikan segala keperluan
pelajar-pelajar di Malaysia adalah mencukupi tidak kira sama ada dari aspek kemudahan
kelas, bilik kuliah, bahan-bahan bacaan, tempat untuk membaca dan persekitaran kelas yang
selamat. Hari ni, antara masalah yang timbul adalah kekurangan atau lebihan bahan-bahan
bacaan di sekolah-sekolah mahupun di peringkat universiti. Di sesetengah universiti, bahan
bacaan adalah mencukupi malahan lebih banyak dari universiti lain. Dalam hal ini, kerajaan
perlulah memastikan setiap bahan di semua perpustakaan universiti awam adalah Malaysia
mencukupi dari segi bahan bacaannya. Ini bagi mengelak daripada timbulnya masalah kepada
pelajar seperti terpaksa pergi ke universiti lain untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan.
Selain itu, masalah tersebut juga menyebabkan para pelajar ataupun mahasiswa mahasiswi itu
sendiri mengalami banyak kerugian, antaranya ialah mengeluarkan duit yang banyak, banyak
masa dibuang begitu sahaja malahan faktor keselamatan juga perlu diambil kira, lebih-lebih
lagi jika golongan pelajar tersebut adalah wanita. Masalah tersebut mungkin juga berlaku di
peringkat sekolah. Kekurangan bahan bacaan di perpustakaan ditakuti akan membantutkan
minat para pelajar terhadap ilmu pelajaran. Tambahan pula, bukan semua pelajar hari ni
mempunyai azam yang kuat untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Kerajaan mungkin
kekurangan dana ketika ini namun, masalah tersebut diharapkan dapat diatasi dari semasa ke
semasa. Untuk melahirkan insan yang cemerlang, masalah tersebut memerlukan perhatian
yang sewajarnya daripada pihak terbabit.

4.Ganjaran

-Bagi menggalakkan para pelajar berusaha dengan lebih cemerlang, kewujudan sesuatu
ganjaran dalam bentuk wang khususnya  perlu dilakukan dengan berterusan setiap tahun.
Usaha tersebut bukanlah hanya dilakukan di sekolah-sekolah bandar sahaja sebaliknya perlu
turut dilakukan di sekolah-sekolah luar bandar. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadikan
wang itu segala-galanya tetapi ganjaran yang berbentuk wang itu hanyalah dijadikan sebagai
alat untuk meningkatkan motivasi diri para pelajar. Wang ataupun ganjaran yang diterima
oleh para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam hanyalah sebagai tanda sokongan
terhadap para pelajar supaya usaha gigih mereka akan diteruskan lagi ke peringkat yang lebih
tinggi. Bagi memastikan pelajaran adalah seimbang dan menyeluruh dari semua aspek,
kewujudan beberapa anugerah di universiti-universiti awam telah lama diperkenalkan. Antara
anugerah yang diperkenalkan ialah Anugerah Dekan dan Anugerah Seri Diraja. Di peringkat
universiti, beberapa syarat telah dilakukan sebelum para pelajar dapat membolot anugerah-
anugerah tersebut. Antara kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh para pelajar universiti
tentunya cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pernah melakukan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebajikan. Hari ini, pelajar bukanlah perlu menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran semata-mata sebaliknya hubungan sosial sesama
manusia juga perlu ditekankan dan dimiliki oleh pelajar-pelajar.

5.Mewujudkan Penasihat Akademik

-Bagi memastikan semua pelajar berjaya dalam pelajaran, kewujudan penasihat akademik
yang terdiri daripada guru-guru di sekolah dan para pensyarah di universiti dilihat adalah
perlu. Tujuan mewujudkan penasihat akademik di sekolah mahupun di peringkat universiti
adalah untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam aspek pelajaran
mahupun masalah-masalah lain. Dalam hal ini, penasihat akademik perlu sedaya-upaya untuk
membantu para pelajar yang berada di bawah seliaan mereka. Walaupun di setiap sekolah dan
universiti hari ini mempunyai kaunselor masing-masing, namun tidak mungkin kaunselor
berupaya untuk memberi nasihat dan pandangan terhadap semua pelajar yang begitu ramai
jumlahnya. Kewujudan penasihat akademik bukan hanya membuatkan para pelajar lebih
nampak akan haluan masa depan mereka tetapi ianya akan menjadikan hubungan antara
pelajar dan guru, pensyarah dan mahasiswa mahasiswi  lebih erat seterusnya menjadikan
pelajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila berada di dalam kelas ataupun bilik
kuliah. Langkah tersebut dilihat mampu menjadikan pendidikan itu adalah seimbang dari segi
segala aspek.

6. Meningkatkan Kualiti Guru

-Pengambilan bakal-bakal guru perlu dilakukan dengan lebih ketat lagi. Antaranya ialah
menilai calon-calon yang ingin menjadi guru melalui temu duga secara berperingkat dan ujian
bertulis yang ketat dan tinggi status soalannya. Tambahan pula, pihak media sama ada media
massa ataupun media elektronik sering memaparkan mengenai keburukan guru ketika
mengajar di sekolah. Guru adalah sesuatu pekerjaan yang mulia di mata masyarakat. Selain
itu, guru juga dijadikan ikon ataupun idola terhadap para pelajar. Justeru, sekiranya gelagat
ataupun kelakuan seseorang guru itu adalah buruk, bagaimana kita ingin mengekalkan status
guru di mata masyarakat? Antara tajuk yang sering terpampang di dada-dada akhbar ialah
berkenaan guru mencabul pelajar, guru dituduh merogol pelajar dan guru terlibat dengan najis
dadah. Sekiranya masalah-masalah seperti itu tidak dicegah dari awal adalah mustahil untuk
kerajaan mengekalkan kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa terhadap guru. Oleh itu,
pengambilan  bakal-bakal ‘cikgu’ perlu diperketatkan. Para penemu duga perlulah melakukan
proses temu duga dengan telus dan adil tanpa mewujudkan jurang antara calon yang dianggap
menarik dari segi rupa paras dan saiz badan dengan calon yang kurang menarik rupa parasnya
dan saiz badan yang agak besar. Aspek yang perlu diberi perhatian oleh para penemu duga
ialah berkenaan sikap ataupun kelakuan calon sama ada mereka mempunyai kriteria-kriteria
tertentu sebagai seorang guru. Guru yang baik ialah guru yang penyabar, bijak menyelesaikan
masalah dan pandai mencuri tumpuan pelajarnya.

            Dari aspek kemudahan tempat tinggal, kemudahan tempat tinggal untuk para guru
yang mengajar di kawasan-kawasan pedalaman perlulah ditingkatkan. Masalah hari ini ialah
terdapat guru-guru yang terpaksa tidur di dalam kelas, tiada bekalan elektrik dan kekurangan
bekalan air bersih. Selain itu, ruang tempat tinggal guru juga adalah sempit. Masalah tersebut
mungkin agak terpencil bagi guru-guru yang mengajar di bandar yang lengkap dengan segala
kelengkapan tetapi itulah cabaran yang terpaksa di hadapi oleh guru-guru, terutamanya yang
ditugaskan untuk mengajar di Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, guru merupakan seorang yang
sanggup  berkorban untuk masa depan anak-anak muridnya tanpa mengenal penat lelah. Oleh
itu, adalah wajar sekiranya kemudahan untuk keselesaan para guru yang bertugas di luar
bandar turut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak yang terlibat. Kesannya, diharapkan
agar produktiviti seseorang guru itu dapat ditingkatkan sekiranya segala keperluan guru telah
diselesaikan kelak. 

7. Memperbanyakkan Kewujudan Sekolah Kebangsaan

-Kewujudan sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini adalah dominan dalam kalangan orang
Melayu namun, adakah kewujudan sekolah tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan
dalam kalangan orang-orang Cina dan India? Persoalan ini sering berlegar dalam kalangan
masyarakat. Jika kita lihat sekolah kebangsaan hari ini, tiada bezanya dengan sekolah-sekolah
jenis kebangsaan (SJKT) sama ada dari segi pembelajaran, kaedah mengajar guru-guru dan
kemudahan yang terdapat di sekolah. Sepatutnya, semua pelajar sekolah sama ada Melayu,
Cina dan India perlulah memilih untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Ini bagi mengelak
wujudnya perasaan perkauman antara pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tidak dinafikan
kewujudan SJKT adalah untuk memelihara adat ataupun budaya kaum masing-masing namun
untuk jangka masa yang panjang, para pelajar perlu dihantar ke sekolah-sekolah kebangsaan
supaya para pelajar yang berbeza kaum itu lebih erat hubungan mereka antara kaum yang
berbeza. Ini sesuai dengan konsep “1 Malaysia” seperti yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri kita, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Selain menyatukan kaum, kerajaan
lebih mudah untuk mengawal dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada sekolah-sekolah
kebangsaan sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Penggunaan dana ataupun
pengeluaran kewangan dapat dikurangkan sekiranya semua sekolah SJKT dijadikan sekolah
kebangsaan. Penghapusan sekolah SJKT bukanlah bertujuan untuk menghapuskan adat,
budaya dan bahasa ibunda kaum Cina dan India sebaliknya kewujudan mata pelajaran yang
berkaitan dengan kaum Cina dan India juga boleh diterapkan di sekolah-sekolah kebangsaan
dengan mewujudkan kelas tambahan, kelas-kelas khas dan sebagainya. Penggunaan buku teks
untuk semua sekolah juga lebih mudah untuk dikawal dari segi kandungannya dan
diseragamkan untuk setiap sekolah di Malaysia, tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Namun, ini hanyalah cadangan dan pendapat semata-mata sebaliknya perkara ini
sudah tentulah memerlukan pandangan dan nasihat semua pihak agar apabila cadangan
tersebut dilaksanakan, yang diharapkan ialah dapat memuaskan hati semua pihak, lebih-lebih
lagi bagi kaum Cina dan India memandangkan perkara tersebut mungkin asing bagi mereka.
Anak-anak kaum Cina dan India juga memerlukan masa untuk menyahut cadangan tersebut
disamping untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah kebangsaan.

You might also like