You are on page 1of 1

Berita Harian Online | Ramai tidak sedar bahaya makanan yang disimpan lama Page 2 of 8

Ramai tidak sedar bahaya makanan yang disimpan lama

2010/12/01
GEORGETOWN: Kesedaran mengenai bahaya mikotoksin masih rendah apabila ramai di
kalangan rakyat negara ini tidak menyedari makanan yang dimakan mungkin dicemari bahan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Mikotoksin, Prof Baharuddin Salleh berkata


mikotoksin, iaitu sejenis racun atau toksin, terhasil daripada kulat yang tumbuh pada makanan dan
hasil pertanian.

"Contohnya roti atau makanan lain yang kita simpan lama dan ditumbuhi kulat, kulat berkenaan
akan menghasilkan mikotoksin dan jika kita memakan makanan itu, ia boleh mengakibatkan kesan
jangka panjang terhadap kesihatan," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan itu
di sini hari ini.
Baharuddin yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Biologi, Universiti Sains Malaysia
berkata, apa yang membimbangkan ialah racun berkenaan mempunyai sifat yang tahan panas dan
akumulatif.

"Bila kita masak pun ia tidak akan musnah dan apabila ia berada dalam mana-mana organ badan
kita, ia akan membiak dari masa ke masa hingga mengakibatkan kerosakan pada organ
berkenaan," katanya.

Baharuddin berkata, sesetengah kulat itu menghasilkan mikotoksin yang sangat berbahaya yang
dinamakan aflatoksin.

Katanya, manusia yang memakan makanan yang mengandungi aflatoksin boleh menghidapi
kerosakan hati dan barah hati.
Selain itu, katanya, mikotoksin juga boleh didapati dalam susu dan daging binatang ternakan yang
memakan makanan yang dicemari racun itu.

"Pengambilan susu dan daging yang dicemari mikotoksin itu turut membahayakan kesihatan,"
katanya.

Justeru, katanya, orang ramai perlu menyimpan makanan dengan baik bagi mengelak daripada
dicemari kulat yang menghasilkan mikotoksin. - BERNAMA

Komen Anda

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramaitidaksedarbahayamakananyangdisi... 1/12/2010

You might also like