Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendahuluan

Pendahuluan

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 3,514|Likes:
Published by anon-436470

More info:

Published by: anon-436470 on Aug 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/23/2012

pdf

text

original

 
Pendahuluan
 Nusantara ialah sebuah kawasan yang terdiri daripada gugusan kepulauan yang berselerakan yang meliputi sebuah petempatan yang dikenali melalui sudut antropologisebagai kawasan
malay archipelago
iaitu kawasan dimana diamnya kelompomasyarakat yang dikelasifikasikan sebagai rumpun melayu(Nik Anuar:1999). Situasinusantara sebagai kawasan petempatan adalah ditandai dengan kedatangan arus pertamamanusia iaitu 3000 tahun sebelum masihi(Clarke:1972). Kedatangan arus yang kedua pula hanya bermula pada 2500 tahun sebelum masihi. Arus manusia yang kedua inilahyang secara teorinya mebentuk petempatan dan membina kerajaan di nusantara dimanaterdapatnya usaha ke arah pembentukan tamadun manusia melalui kebudayaan, pembinaan kerajaan dan hubungan ekonomi. Terdapat pelbagai kerajaan purba yangdibentuk dikawasan nusantara dan antara yang terkenal ialah kerajaan besar Srivijayayang berpusat di Palembang. Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang didasari oleh prinsip keagamaan hindu dimana ketika era tersebut pengaruh hindu adalah begitu kuat dinusantara. Syed Naquib Al-Attas didalam kajian nya yang berjudul “Islam dalam sejarahdan kebudayaan melayu” menyatakan dengan jelas bahawa sebelum kedatangankolonialisasi, masyarakat nusantara sudah mempunyai ketamadunan baik didalam aspek  politik, budaya mahupun bermasyarakat. Namun, pembentukan kerajaan ketika era ini adalah berpaksikan kepada dua agamautama iaitu Hindu dan Buddha yang mana menjadi agama rasmi negara era tersebut.Selepas kedatangan Islam pada kurun ke 13 masihi, segala adat yang bertentangandengan Islam diharamkan kecuali adat istiadat yang tidak bercanggah dengan akidahIslam(Nik Anuar:1999). Ketika era penyebaran Islam di nusantara, terdapat pelbagai perubahan didalam aspek masyarakat khususnya aspek sosiopolitik dimana pelbagaikonsep pemerintahan yang berpaksikan hindu dan buddha diubah kepada prinsip-prinsipIslam(Syed Naquib:1972). Ini dilakukan bersesuaian dengan perubahan-perubahankearah kerajaan Islam. Namun, menurut Syed Naquib, tidak semua penduduk berubahkepada agama Islam pada awal kemunculannya pada kurun ke 13, tetapi hanya berlakukepada golongan pemerintah dan aristokrat dahulu. Selepas pengislaman para aristokrat,terdapat usaha-usaha kearah pengislaman seluruh penduduk nusantara melalui dikri-dikri N
 
 politik pemerintah dan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh pendakwah yangkebanyakan nya berasal daripada Tanah Arab dan India. Selain itu, penyebaran Islamadalah amat berkait rapat dengan faktor strategiknya kedudukan Nusantara dan faktor ekonomi. Kedudukan strategik Melaka umpamanya sebagai penguasa kepada selatMelaka telah menjadi kayu ukur di dalam penyebaran agama Islam. Begitu jugakedudukan negeri-negeri Nusantara yang umumnya kaya dengan bahan-bahan mentahseperti rempah, pertanian dan sebagai nya menjadi penyumbang utama kepadakemasyuran Islam di nusantara dan menjadi faktor kedatangan pihak kolonial kenusantara khususnya Portugis pada tahun 1511 di Melaka dan Belanda di Pulau Jawa.Umum mengetahui bahawa kehadiran pihak kolonial ke nusantara adalah impak yangterhasil akibat revolusi industri yang tercetus di eropah dimana setiap negara perindustrian memerlukan bahan mentah sebagai ramuan utama pembuatan industriseperti pembuatan tayar dan mengetin makanan mentah(Qassim:1994). Selain itu, faktor agama dan sosial juga memainkan peranan yang besar di dalam menyumbang ke arahkolonialisasiEsei ini bukan lah bertujuan untuk membincangkan sejarah kebudayaan dan ekonominusantara, tetapi lebih kepada pengkajian terhadap kontradiksi yang timbul diantara pemikiran intelektual Islam dan orientalis di dalam bidang politik ketika era kolonialisasi.Kontradiksi yang dimaksudkan adalah lebih kepada pertembungan idea-idea Islam dansekular di dalam aspek politik dimana pertembungan aliran pemikiran politik Islam oleh para intelektual tempatan dengan pemikiran sekular orientalis di dalam persoalan politik akan menjadi analisis utama kajian. Para tokoh-tokoh politik dan pimpinan kontemporariseperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim serta beberapa tokoh lain tidak akandisenaraikan kerana kajian ini lebih tertumpu ketika era kolonialisasi.
Sejarah Awal Islam Di Nusantara
Sejarah awal kedatangan Islam ke Nusantara disepakati oleh para pakar sejarah berlakuketika awal kurun ke 13 masihi. Ini bertepatan dengan bukti-bukti arkeologi yangdiperolehi oleh para pengkaji(Nik Anuar:1999). Sebelum kedatangan Islam ke rantau
 
nusantara, agama hindu dan buddha terlebih dahulu bertapak lebih awal dan membentuk kerajaan-kerajaan besar seperti Srivijaya di Palembang dan Majapahit di Pulau Jawa.Secara amnya, aspek pemerintahan ketika era ini adalah cenderung kepada amalanhinduisme dan buddhisme. Ini terjadi lantaran kerajaan Srivijaya dan Majapahit ketika itumengamalkan ajaran agama tersebut. Syed Naquib(1972) menegaskan bahawa aspek amalan hinduisme dan buddhisme mengagaskan tradisi ketuanan mutlak Raja. Ini dapatdianalisis melalui prinsip
“Devaraja”
ataupun Raja dan pemerintah adalah bayanganTuhan dimuka bumi. Melalui konsep ini, segala perbuatan Raja adalah suci dan bersifatsakral dimana tidak boleh dipersoalkan dan dicabar oleh rakyat marhaen. Ini mewujudkankonsep ketaatan buta oleh rakyat kepada pemerintah yang akhirnya mewujudkan penindasan sesama manusia.Secara teorinya, konsep “
 Devaraja
” yang diamalkan oleh kerajaan awal di nusantara berperanan memperkuatkan lagi sistem raja berkuasa mutlak yang sudah sedia kukuh dinusantara. Demi memperkuatkan lagi andaian bahawa Raja sebagai bayangan Tuhandimuka bumi, para golongan “
brahmin
” yang bertindak sebagai pendeta agama Hindudan Buddha di istana menambahkan pelbagai mitos dengan memasukan elemen-elemenkesaktian golonagn bangsawan. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi mitos Raja berdaulat yang diamalkan oleh masyarakat nusantara pra kedatangan sinar Islam.Pada kurun ke 13 masihi, dicatatkan mula terdapat komunikasi diantara masyarakatnusantara dengan para pedagang dari Jazirah Arab yang secara umumnya merupakan para pedagang. Konsep pertukaran barangan diantara para pedagang Arab dan pendudunusantara secara tidak langsung memudahkan interaksi diantara mereka. Hasil interaksiini, terdapat sebilangan penduduk tempatan yang berkahwin dengan pedagang Arab yangakhirnya menarik lebih ramai penduduk lain. Menurut syed naquib(1972), para pedagangArab mempunyai hubungan yang baik dengan para pimpinan tempatan termasuklah darigolongan bangsawan dan Raja. Pemberian hadiah dan sebagai nya telah mewujudkanikatan yang kuat diantara mereka yang akhirnya mewujudkan suatu tarikan ke arah pengislaman. Terdapat pelbagai versi yang mengatakan asal punca kedatangan Islam kenusantara. Para sarjana barat seperti Tom Pires didalam kitab nya yang mashur iaitu
 suma oriental 
” mengemukakan tesis bahawa kedatangan Islam ke nusantara adalah dari

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
MOHD ROZI ISMAIL liked this
Nordiah Ismail liked this
Tengku Nieda liked this
Wong Py liked this
matahari agama liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->