You are on page 1of 10

Busana Kaum Cina

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi


pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua
adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang
emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal
dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri
China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan
ragamhias benang emas dan perak
Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai
yang berbelah di depan..
Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt
labuh dari kain satin bersulam.
Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan
kesejahteraan
Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam
moden dari
sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.
Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun
dengan motif-motif mewah
Wanita memakai Samfoo
yang digemari wanita separuh umur.
dan seluar yang dibuat dari kain broked benang sutera. Pakaian
, Baju Makua daripada broked Cina.
Pakaian lelaki Bangsawan
Sepasang pengantin menggayakan busana tradisional pengantin yang tampak mewah
menggunakan fabrik broked Cina dan sutera serta lengkap perhiasan kepala.
Pakaian seni persembahan. Lelaki memakai Samfoo dan seluar longgar dari kain satin
manakala wanita memakai Baju Shanghai dan skirt kembang juga dari kain satin.

You might also like