You are on page 1of 4

Dapatan kajian

8.1 Konsep kitar semula

Kitar semula adalah suatu proses mengolah semula termasuk mengumpul,

memproses dan menggunakan semula bahan-bahan terbuang. Kitar semula adalah

komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi

"Reduce, Reuse, Recycle" 3R hieraki buangan. Sebagai contohnya, kita harus

mengurangkan penggunaan kertas serta menggunakan semula kertas-kertas terbuang

supaya tidak dibazirkan. Di samping itu, kitar semula juga berperanan mendidik konsep

berjimat-cermat terhadap sumber tenaga atau barang-barang yang digunakan. Sebagai

contohnya, kita bukan sahaja mengurangkan penggunaan kertas, malah juga mengitar

semula kertas yang digunakan untuk menghasilkan produk baru.

8.2 Jenis bahan dan amalan kitar semula.

Bahan-bahan boleh dikitar semula biasanya dikategorikan kepada beberapa jenis

bahan seperti kaca, kertas, plastik dan aluminium. Bahan-bahan yang juga dapat

dikitarkan semula adalah seperti bahan mineral, getah, tekstil, sisa makanan, kayu dan

air. Bahan-bahan tersebut bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan-bahan mentah

untuk menghasilkan produk baru, malah juga boleh digunakan lagi untuk tujuan lain.

Daripada aktiviti kitar semula yang diadakan di Sekolah Menegah Sung Siew,

saya telah memperlajari amalan kitar semula dan cara-cara untuk melaksanakannya. Pada

mulanya, bahan-bahan kitar semula yang biasanya dikumpulkan di sekolah kami akan

dijual dengan harga yang ditetapkan. Sesetengah daripada bahan-bahan kitar semula

terutamanya seperti plastik dan kertas boleh digunakan semula untuk aktiviti
kokurikulum atau tujuan-tujuan lain. Sebagai contohnya, pihak penganjur kem selalu

menggunakan kotak dan botol terbuang sebagai media dalam permainan kem motivasi.

Selain itu, kita sebagai pelajar Sekolah Menegah Sung Siew banyak digalakkan

supaya mengamalkan amalan kitar semula untuk mengumpulkan bahan-bahan kitar

semula dan menyumbang kepada pihak sekolah. Pihak sekolah telah berusaha untuk

membuat galakan tersebut lebih berkesan seperti mengadakan pertandingan antara kelas-

kelas dan sebagainya. Tambahan pula, amalan kitar semula juga dapat menjadikan bahan

terbuang sebagai bahan-bahan mentah untuk menghasilkan produk baru. Sebagai

contohnya, tin aluminium boleh dijadikan sebagai bahan membuat hasil kraf tangan

manakala surat khabar lama biasanya dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan

model.

Dengan mengamalkan amalan kitar semula, kita bukan sahaja menyumbang

kepada pihak sekolah sahaja tetapi juga membakti kepada masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, amalan kitar semula berperanan penting untuk memberi kesedaran

menjaga alam sekitar demi masa depan negara dan generasi yang akan datang.
8.3 Kepentingan Kitar Semula

Kitar semula adalah cara terbaik untuk mengubah amalan kehidupan kita daripada

melakukan banyak pembaziran. Tidak dapat dinafikan bahawa kitar semula sangatpenting

kepada setiap orang dan bumi planet kita. Daripada aktiviti kitar semula yang telah saya

sertai, saya telah mengetahui betapa pentingnya melaksanakan amalan kitar semula

dalam kehidupan seharian kita.

Kitar semula boleh menceriakan persekitaran serta menjamin kebersihan

secara kekal. Bayangkan bagaimana kita dapat belajar dengan selesa dalam keadaan

persekitaran yang berselerakan dengan sampah-sarap yang terbuang. Sebaliknya,

sampah-sarap yang dikumpulkan dapat dikitar semula untuk membuat produk baru dan

dijual di pasaran. Sebagai contohnya, kita boleh membahagikan bahan-bahan terbuang

yang dikumpulkan kepada beberapa jenis bahan dan memasukan sampah-sarap ke dalam

tong kitar semula mengikut warna yang melambangkan bahan-bahan sepeti kertas,

aluminium dan kaca di kawasan sekolah.

Kitar semula juga dapat menjimatkan dan mengurangkan penggunaan sumber

kita. Sekolah kami telah banyak menggunakan bahan-bahan terbuang terutamanya bahan-

bahan produk plastik dan kertas-kertas terbuang untuk menanam tanaman dan aktiviti-

aktiviti koukurikulum lain. Secara tidak langsung, pihak sekolah telah menjimatkan

banyak wang perbelanjaan supaya dapat digunakan untuk tujuan atau kegunaan lain yang

berfaedah.

Di samping itu, kitar semula boleh menggalakkan daya kreativiti dan inovasi kita.

Dalam zaman yang mengalami kekurangan bahan mentah ini, kami telah mempelajari
cara menggunakan bahan terbuang sebagai pengganti untuk menghasilkan produk lain di

sekolah. Sebagai contohnya, kami pernah menggunakan bahan-bahan plastik terbuang

untuk menghasilkan kraf tangan dan barangan hiasan untuk kerja menceriakan kawasan

sekolah. Kami juga dikehendaki mencari jalan untuk menjadikan surat khabar lama

sesuatu benda atau produk yang menarik semasa menyertai aktiviti kem di sekolah.

Tambahan pula, kitar semula boleh mengurangkan pencemaran yang berlaku di

sekolah kita. Banyak fakta menunjukkan bahawa kitar semula memang dapat

menurunkan jumlah sampah-sarap yang didapati di sekeliling kawasan sekolah. Sebagai

contohnya, pelajar-pelajar boleh memasukkan bekas minuman buatan plastik dan kertas-

kertas terbuang yang telah digunakan ke dalam tong-tong kitar semula yang disediakan.

Guru-guru yang bertugas juga berperanan penting untuk memastikan para pelajar tidak

membuang sampah-sarap di merata-rata tempat tetapi menggunakan semulanya untuk

keceriaan kelas dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan

memulihara alam sekitar kita. Kita harus mengamalkan amalan kitar semula untuk masa

depan negara kita dan bersyukur atas anugerah Tuhan yang unik dan indah kepada kita.

You might also like