Professional Documents
Culture Documents
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan
dengan anggota.
Rukun
Sifat Allah
Wajib Mustahil Harus
20 Lawan sifat 20 1
Kitab Samawi
Al-Quran Injil Zabur Taurat
Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa
Muhammad Isa Daud Musa
Arab Siryani Qibti Ibrani
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti :
Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu
ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu
ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan,
kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan
atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang
yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja
dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat
yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat
yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana
menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang
pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan
yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukumnya :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui
sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian
atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu
fardhu kifayah .
9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana
menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal
daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya
,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah
daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya
ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau
menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak
kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak
tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan
dengan hukum Syari'e ).
Pengertian 'Aqal :
Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga
dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima
ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan
segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya
berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.
Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak
juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada
'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal
berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .
1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya
mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka
maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya
mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya
tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka
hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu
adakalanya boleh bergerak atau diam.
1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan
tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu
itu tetap separuh daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas
ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang
menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas
ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang
mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada
syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan
mendatangkan dalil.
1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada
dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti
menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada
boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti
contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka
'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan
dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah
s.w.t yang Maha Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan
orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang
mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih
baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu
serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari
bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada
manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis
dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang
dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-
lain sifat lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari
dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua
makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan
segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini
bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha
luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala
sifat kekurangan.
Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang
menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan
bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui
hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan
mempunyai segala kekurangan.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan
Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-
namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang
lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa
menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-
Salam, Al-Mukmin.
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu
bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus
dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith)
bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan
naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib
tersebut.
1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya
ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta
bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka
dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-
Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu
kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya.
Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir
jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar
maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui
dalil dan keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang
amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-
maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud
melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan
sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini
mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan
lain daripada Allah Ta'ala.
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz
, syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain
daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.
6. Al – Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-
hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-
cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat
Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan –
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta merosakkan iman.
7. Al – Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu.
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang
ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas
pada mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan
menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan
dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang
beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada
baik atau jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar
manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa
Allah s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya
orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak
dan qadar Allah semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh
memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan
Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu
tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan
yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu
yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya
sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk
ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar
serta usaha hamba adalah tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke
atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala dan dosa ).
8. Al – Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada
Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau
setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya
menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan
berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala
tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta
wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam
dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al – Qasash : Ayat 77 )
9. Al – Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara
Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di
Alam yang fana' ini.
10. Al – Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat
Allah Ta’ala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )
Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama’ Bashar dan Kalam.
11. Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada
Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang
maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya
atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan
diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising ,
bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar
akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman
Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 )
15.Kaunuhu Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-
tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.