You are on page 1of 3

PUNCA KEMALANGAN DALAM BENGKEL

Pengenalan

 Kemalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan yang


mengakibatkan kecederaan atau pun kerosakan harta benda.
 Antara faktor kemalangan adalah:
o Faktor fizikal
o Faktor kemanusiaan
o Faktor pentadbiran

Faktor Fizikal

a) Persekitaran
 Kawasan tempat kerja yang tidak diberi perhatian seperti tidak
dibersihkan, licin dan berselerak.
 Pencahayaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan individu sukar
untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.
 Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan
memberikan kesan psikologi seperti terperanjat dan hilang tumpuan,
mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran.
 Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan
minda dan tumpuan individu kerana suasana bengkel yang sangat panas
dan tidak selesa semasa membuat amali.
 Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh
membawa akibat buruk kepada persekitaran.

b) Peralatan dan mesin


 Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja.
 Keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai digunakan lagi.
 Keadaan mesin dan peralatan tangan yang tidak diselenggarakan dengan
baik.
 Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah.
 Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teratur.
c) Sistem pendawaian
 Pendawaian yang telah melebihi 40 tahun adalah tidak selamat untuk
diguanakan lagi.
 Terdapat kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran
arus elektrik.
 Beban lebih had juga merupakan salah satu punca kemalangan dalam
aspek sistem pendaiwaian.
 Pendawaian tambahan tanpa kebenaran.
 Pemasangan wayar yang salah iaitu memasang wayar hidup kepada
punca bumi pada alatan yang digunakan.

Faktor Kemanusiaan

Kita tidak dapat nafikan bahawa terdapat kemalangan yang berlaku disebabkan oleh
kecuaian dan kesilapan manusia sendiri.

a) Kecuaian
 Kurang memberi tumpuan kepada kerja
 Mengelamun atau berkhayal semasa kerja

b) Kurang pengetahuan
 Tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan dengan kerja
yang dilakukan.
 Tiada pengetahuan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu
dilakukan semasa membuat kerja.
 Kurang latihan untuk melakukan tugas.
 Bersikap tidak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam
melaksanakan tugas dengan betul.

c) Tidak berdisiplin
 Bergurau semasa kerja
 Gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam bengkel
 Mengambil jalan pintas semasa membuat kerja
d) Keadaan mental dan fizikal manusia.
 Emosi, kesihatan, keletihan dan mengantuk semua ini akan
menyebabkan individu melakukan kesilapan semasa membuat amali dan
secara tidak langsung akan berlaku kemalangan dan kecederaan kepada
diri sendiri, rakan-rakan dan harta benda.

e) Pengulang kemalangan (accident repeater)


 Individu yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang peka dan cermat serta
reaksi pada kesakitan yang rendah ini akan cenderung untuk melakukan
kesilapan yang sama.

Faktor Pentadbiran

1. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan


baik.
2. Kurang atau tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas.
3. Kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan murid-murid hilang kawalan
sehingga mereka tidak mendengar arahan dan terjadinya kemalangan.
4. Tiada atau kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas dan amali.
5. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan.
6. Tiada memberi latihan pencegahan keselamatan untuk kesedaran tentang
keselamatan di dalam bengkel.
7. Sikap guru dan pentadbir sekolah yang tidak serius dalam pengurusan
bengkel akan menjadikan bengkel tempat yang tidak selamat.

You might also like