You are on page 1of 6

SISTEM HIDRAULIK

PENGENALAN
Semua jenis bahan yang tidak mempunyai bentuk dan boleh mengalir termasuk cecair dan
gas dikenali sebagai bendalir.Tetapi dalam system penghantaran hidraulik,istilah ini merujuk
kepada bahan antara tak boleh mampat yang digunakan untuk menghantar tenaga tekanan
dari pam kepada mekanisme yang dapat melakukan kerja,contoh silinder dan motor
hidraulik.Penggunaan jenis bendalir hidraulik yang sesuai dan bersih adalah penting kerana
lebih kurang 70% daripada masalah atau kerosakan system hidarulik berkait dengan bendalir.

FUNGSI-FUNGSI BENDALIR HIDRAULIK


Dalam sistem hidraulik,bendalir yang digunakan mesti dapat memenuhi fungsi berikut:

I. Menghantar kuasa
II. Melincirkan kompenan-kompenan yang bergerak
III. Menyengal atau menutup sela dan kelegaan antara kompenan-kompenan yang
dipasang rapat.
IV. Melesapkanhaba yang terjana kerana geseran
V. Mencegah karatan dan kakisan
VI. Menyinkirkan bendasing yang mungkin mengakibatkan kerosakan.

SIFAT-SIFAT YANG MESTI DIMILIKI OLEH BENDALIR HIDRAULIK

1. Kelikatan dan indeks yang sesuai.


 Pengukuran ketebalan atau kesenangan sesuatu bendalir mengalir
dikenali sebagai kelikatan
 Ianya merupakan pengukuran rintangan bendalir mengalirterhadap
aliran atau pengubahan bentuk yang disediakan oleh daya ricih
 Kelikatan bendalir hidraulikhendaklah cukup tinggi untuk pelinciran
dan penyendalan bagi kompenan yang bersentuh.
 Penggunaan bendalir yang terlalu nipis boleh minimbulkan masalah
seperti kehausan kompenan bergerak,pergerakan selinder terlalu
perlahan,penyusutan tekanan system dan kejatuhan kecekapan pam
kerana kebocoran.
 Bendalir dengan kelikatan tinggi juga menyebabkan kendalian yang
perlahandan lembap,penyusutan tekanan yang tinggi di sepanjang
litar,keperluan kuasa tambahan,penjanaan haba berlebihan
 Pemilihan bendalir untuk sesuatu system penghantaran hidraulik
mengikut kelikatan yang disyorkan oleh pembuat adalah amat penting.
2. Sifat pelinciran
 Bendalir hidraulik hendaklah mempunyai sifat keminyakan supaya
dapatmelekat pada celah-celah antara kompenen bergerak dan
mengurangkan geseran.
3. Kestabilan kimia
 Rencaman kimia bendalir hidraulik hendaklah stabil walaupon pada
keadaan suhu dan tekanan tinggi supaya pengenapan hampas,gam,dan
karbon tidakberlaku
4. Pencegahan karat dan kakisan
 Kakaratan disebabkan oleh tindakan kimia antara bahan logam dengan
oksigen
 Kakisan disebabkan oleh kewujudan asid organan dalam bendalir
ekoran daripada tindakbalas kimia antara bendalir dengan air
5. Rintangan terhadap pembusan(buih)
 Kendalian system hidraulik yang cekapbergantung kepada sifat
ketidakbolehmampatan bendalir pada tekanan lazim system.
 Kesannya,kendalian system hidraulik menjadi lambat dan lembat serta
menjejaskan pelinciran.
 Bahan tambahan yang mencegahkan pembusaan dinamakan perencat
busa
6. Keupayaan untuk bendasir daripada air
 Campuran minyak atau air emulsi ini mempercepatkan proses
pengkaratan dan pengoksidaan yang menghasilkan asid dan hempas
7. Sifat tidak toksid
 Bendalir hidraulik hendaklah tidak toksid
8. Takad curah rendah
 Merupakan suhu minimum dimana bendalir boleh mengalir dengan
bebas
 Mestilah lebih rendah daripada suhu kendalian minimum.
9. Takat kilat tinggi
 Suhu minimum dinamakan permukaan minyak mengeluarkan wao
yang mencukupi untuk dinyalakan oleh api.
 Takat kilat yang tinggi sentiasa dikehendaki untuk mencegah
kebakaran.
JENIS-JENIS BENDALIR HIDRAULIK

Bendalir hidraulik yang lazim digunakan boleh dikelaskan seperti

a) Minyak galian
b) Bendalir tiruan
c) Campuran air-glycol
d) Emulsi air-minyak.

FAKTOR-FAKTOR SEMASA MEMBUAT PILIHAN BENDALIR HIDRAULIK

I. Kelajuan kendalian
II. Keadaan atmosfera sekeliling
III. Penjanaan haba
IV. Yekanan kendalian
V. Kualiti pelinciran
VI. Kebolehdapatan bendalir gentian
VII. Kemungkinan berlaku pencemaran
VIII. Kos/harga minyak

JENIS BENDALIR HIDRAULIK

a) Minyak galian:
 Bendalir hidraulik yang paling lazim digunakan
 Mempunyai sifat pemincir yang baik
 Tidak menyebabkan karatan
 Boleh melesap haba dengan mudah dan boleh dibersihkan dengan
penapis
 Boleh diperolehi dengan julat kelikatan yang besar,sesuai untuk
berbagai keadaan suhu kendalian
 Menjadi lebih likat pada suhu rendah dan lebih nipis pada suhu tinggi.

Terdapat 3 kumpulan umum minyak galian:

I. Parafinik
II. Neptherik
III. Aromatic
Minyak parafinik digunakan dengan lebih meluas kerana nilai indeks kelikatan yang tinggi

kelemahan minyak galian sebagai bendali hidraulik:

-suhu tinggi menyebabkan penguraian minyak

-mudah terbakar

b) Minyak hidraulik tiruan

 Kelebihan
-tahan api
-sesuai untuk kendalian pada suhu tinggi
-tahan lama
-kerencaman kimia yang stabil dan penguraian tidak mudah berlaku
-contoh-ester fosfat,hidrokarbon berklorin

 Kelemahan
-kos lebih mahal
-indeks kelikatan yang rendah
-memerlukan kedap khas kerana bahan umum seperti getah nitril dan
neoprene tidak sesuai digunakan.

c) Campuran air-glycol
 Mengandungi lebih kurang 40% air dan mempunyai sifat bahan api
 Bahab-bahab tambah diperlukan untuk mencegah karatan dan
pembusaan serta memperbaiki sifat pelinciran
 Suhu kendalian agak rendah antara -10ºF dan 180ºF kerana
pengewapan yang berlaku pada suhu lebih tinggi akan menjadikan
bendalir ini terlalu likat.
 Kebanyakan bahan kedap dan pengalas adalah sesuai dengan campuran
air-glycol tetapi logam seperti zink,kadnium dan magnesium akan
bertindak dengan bendalir ini.
d) Emulsi air-minyak
 Mengandungi lebih kurang 5% minyak
 Merupakan bendalir bahan api yang paling murah
 Kualiti pelinciran agak lemah kerana kelikatan rendah,tetapi sifat
penyejuk yang baik
 Bahan-bahan tambah mesti digunakan untuk mencegah karatan dan
kakisan
 Julat suhu kendalian ialah -20ºF hingga175ºF untuk mengelakkan
masalah pengewapan atau pembekuan
 Keserasian bendalir ini dengan bahan-bahan kedap dan pengalas tidak
minimbulkan banyak masalah

BENDALIR BAHAN API

-bendalir bahan api ialah bendalir boleh dinyalakan tetapi tidak akan menyokong pembakaran
apabila sumber nyalaan dibuang

-bendalir ini mengurangkan bahaya api tetapiia mempunyai gravity tentu yang lebih tinggi
dari bendalir berdasarkan petroleum

-bendalir ini lebih mahal dan lebih mempunyai masalah penyesuaian dengan bahan
penyendal

-semarakan ditakrifkan sebagai kemudahan atau kesenangan penyalaan dan keupayaan untuk
membesarkan semarakan

-ciri-ciri untuk mementukan semarakan sesuatu bahan:

I. Titik ‘flash’
-suhu pada mana permukaan minyak mengeluarkan wap yang
mencukupi untuk menyala apabila api dilalukan di atas permukaan.
II. Titik bakar
-suhu pada mana minyak mengelurkan wap yang cukup untuk
menyonhkaong pembakaran secara berlarutan selama 5 saat apabila api
dilalukan di atas permukaan.
III. Suhu penyalaan autogenous
-suhu pada mana penyalaan berlaku dengan sendirinya.

UNSUR KEROSAKAN PADA MINYAK HIDRAULIK

1) Pengoksidaan disebabkan oleh reaksi kimia antara oksigen dari udara dengan partikel-
partikel minyak
2) Karat disebabkan oleh lembapan masuk ke dalam minyak.
3) Buihan(foaming) disebabkan oleh gelembung udara masuk kedalam minyak bila
digongcangkan

PENAMBAH KEPADA MINYAK HIDRAULIK

1) Penghalangan pengoksidaan seperti phosphates zinc di-thio phosphates.


2) Anti karat seperti zinc di-thio phosphates,sulphurised waxes ,compound containing
nitrogen dan sebagainya
3) Anti buih seperti bendalir silicon
4) Pengecil(depressates) titik pour seperti ester,chlorinated paraffinic wax.
5) Pencuci yang berfungsi untuk mengurangkan pembetukan karbon.contohnya synthetic
sulphates,polysulphides dan complex esters.
6) Pembaiki indeks kelikatan.

You might also like