You are on page 1of 7

Bahagian A

Tugasan individu

SOALAN 2A

Seorang pegawai kumpulan pengurusan dan professional yang baru bertugas


selama tiga tahun di sebuah negeri disiasat berhubung dengan pemilikan harta
yang diragui sumber perolehannya.

Pada majlis exco negeri telah mengambil tindakan pengurusan dengan


menukar pegawai ini ke bahagian lain, membekukan asset dan harta serta
merampas sebahagian tanah yang disyaki diperolehi melalui rasuah
berdasarkan Seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

a. Berdasarkan kes di atas, bincangkan aspek nilai-nilai peribadi asas yang


sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam tersebut.

b. Jelaskan nilai-nilai kepimpinan dan nilai-nilai professional yang diamalkan oleh


pengerusi majlis exco dalam menangani kes tersebut.

1
1.0 Pengenalan.

Dalam situsasi di atas penjawat awam tersebut telah melakukan kesalahan tatatertib dan
dikenakan tindakan. Sepatutnya penjawat awam tersebut hendaklah mengamalkan nilai-
nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam. Kesalahan yang telah
dilakukan ialah mengamalkan rasuah. Rasuah ini menunjukkan kurangnya nilai moral yang
diamalkan semasa melakukan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.

2
2.0 Nilai -nilai peribadi asas

Berikut merupakan nilai-nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat
awam tersebut dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan
kepadanya.

i. Amanah
Seorang penjawat awam haruslah menggunakan masa atau waktu pejabat dengan
sebaik-baiknya. Mereka tidak boleh menggunakan masa pejabat untuk kepentingan
peribadi contohnya untuk urusan pembayaran bil ataupun untuk urusan bank. Dari
segi kewangan dan penggunaan harta awam pula, mereka mesti membelanjakan
harta awam mengikut arahan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan. Nilai
amanah juga boleh diukur dari tingkah laku yang tidak melakukan penipuan,
penyelewengan dan rasuah. Menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan
juga merpakan satu amanah yang telah diberikan kepada penjawat awam selain tidak
cuai dalam menjalankan tugas dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
seperti yang telah dilakukan oleh penjawat awam dalam situasi berkenaan.

ii. Bertanggungjawab
Penjawat awam tersebut haruslah bersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan
tugas yang diberi. Kerja yang dilaksanakan harus juga dilaksanakan dengan
sempurna. Sekiranya tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan mengikut tahap
piawaian yang telah ditetapkan penjawat awam akan berasa bersalah. Dengan
memperaktikkan perkara ini maka dia akan dapat menjaga maruah, agama, bangsa
dan Negara.

iii. Ikhlas
Maksud ikhlas di sini ialah tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada
pegawai-pegawai atasannya. Segala perkara yang dibuat adalah berdasarkan rasa
tanggungjawab terhadap kerja dan ikhlas dalam perlaksanaannya. Selain itu
penjawat awam tidak seharusnya memilih sesuatu tugasan untuk dilaksanakan.
Contohnya dengan hanya memberi kesanggupan untuk menjalankan kerja yang
senang dan kurang berisiko selain daripada perkara yang telah dinyatakan, penjawat
awam mesti berdedikasi dan bekerjasama dalam setiap urusan kerjanya.

3
iv. Berdedikasi
Berdedikasi ialah bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dalam melaksanakan pekerjaannya
dan tugasnya penjawat awam mesti tidak berputus asa dan sentiasa mengharapkan
kejayaan. Demi tanggungjawab terhadap organisasi penjawat awam harus sanggup
menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan
maruah agama, bangsa dan Negara.

v. Berdisiplin
Berdisiplin pula bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah
dibuat. Undang-undang ini akan menjadi pegangan dalam aspek pekerjaan yang
dibuat. Selain berpegang teguh kepada undang-undang seseorang penjawat awam
juga mesti sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama. Dengan adanya disiplin
diri yang kuat maka ia akan dapat menjaga imej, maruah dan jabatannya.

vi. Bersih
Bersih dari dalam diri penjawat awam adalah amat penting. Kebersihan diri ini
adalah dari segi moral iaitu dengan adanya hati yang baik, fikiran yang bersih, jiwa
yang murni, tidak sombong, angkuh dan sebagainya. Kebersihan daripada aspek
rohani akan menghindarkan diri daripada perbuatan yang keji seperti rasuah, pecah
amanah dan juga penipuan. Bersih ini akan sentiasa mengingatkan bahawa
pekerjaan harus dilakukan dengan baik kerana ia adalah harapan dan
tanggungjawab yang yelah diberikan kepadanya.

4
3.0 Nilai-nilai professional

Berikut pula merupakan antara nilai-nilai professional yang telah diamal dan dipraktik oleh
pengerusi majlis exco dalam membuat keputusan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh
penjawat awam yang dinyatakan. Nilai-nilai yang dipraktikkan ialah:

i. Berilmu
Pengerusi tersebut haruslah memiliki pengetahuan yang luas. Selain itu nilai
professional yang perlu ada pada pengerusi tersebut ialah memiliki pengetahuan
yang luas dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang tugasnya sendiri. Ini
akan menjadi panduan kepada beliau dalam mengambil keputusan. Ilmu akan
mewujudkan keadilan dalam semua aspek kehidupan. Tindakan yang tidak
berasaskan ilmu akan mewujudkan kezaliman. Kezaliman ini akan timbul sekiranya
keputusan yang diambil adalah salah. Sekiranya keputusan salah diambil maka ia
akan mendatangkan mudarat kepada orang yang terlibat

ii. Integriti
Integriti adalah salah satu nilai penting yang perlu ada pada setiap anggota penjawat
awam. Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur boleh dipercayai dan sentiasa
memelihara kepentingan awam. Dalam situasi yang dinyatakan, beliau tidak boleh
berat sebelah walaupun orang yang akan dikenakan tindakan tersebut beliau kenali.
Selai itu integriti dalam pekerjaan juga bermaksud tidak suka pada pembaziran. Nilai
ini boleh juga dilihat dengan tidak mengamalkan rasuah dan menyeleweng.

iii. Neutraliti
Tidak memihak kepada mana-mana kumpulan adalah maksud kepada neutraliti. Ia
juga memberi maksud tidak berat sebelah. Segala tindakan dan keputusan yang
diambil adalah berlandaskan fakta dan undang-undang yang digunapakai untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu adalah wajib untuk bersedia dan
berusaha melaksanakan semua dasar kerajaan.

5
iv. Akauntabiliti
Akauntibiliti adalah satu kebolehpercayaan kepada seseorang untuk melaksanakan
tanggungjawab. Dalam kata lain akauntabiliti ialah tanggungjawab seseorang
terhadap tugas-tugas yang dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab perlu dijalankan
mengikut prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan. Sekiranya
seorang penjawat awam diberikan tugas oleh atasannya, maka atasannya berharap
bawahannya itu dapat melaksanakan dengan baik seperti yang diharapkan.
Akauntabiliti di peringkat individu boleh ditingkatkan melalui perubahan-perubahan
diri. Perubahan ini pula adalah dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti
Bersih, Cekap dan Amanah serta nilai positif yang lain.

6
4.0 Penutup.

Dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam kita mesti memiliki nilai-nilai yang positif.
Ini kerana kita diupah untuk memberikan yang terbaik. Selain itu penjawat awam diberi
jawatan berkenaan kerana kerajaan merasakan bahawa beliau layak untuk memegang
jawatan tersebut. Itu adalah kepercayaan yang telah diberikan kepada setiap penjawat
awam yang ada. Untuk menjaga kepercayaan yang telah diberikan ini maka penjawat awam
harus membuktikan bahawa mereka layak dan keputusan untuk memberi jawatan itu adalah
betul. Penjawat awam boleh membukti perkara ini dengan memberikan perkhidmatan yang
terbaik dalam usaha kerajaan memakmurkan rakyat dan negara. Nilai-nilai positif dan nilai-
nilai moral yang tinggi adalah salah satu daripada perkara yang dituntut dalam menjalankan
tugas.

You might also like