You are on page 1of 14

Karangan SPM - Kepentingan Menguasai

Ilmu
Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks
Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan
ilmu dalam pelbagai bidang akan
menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan menguasaai ilmu
dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- penguasaan ilmu penting – tuntutan
zaman – banyak manfaat

Isi-Isi Penting
i. mencipta inovasi - kemudahan
manusia
ii. menguasai bidang perniagaan – k-
ekonomi
iii. memajukan negara – pemimpin
berilmu
iv. melahirkan masyarakat yang proaktif

Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan
menguasai dunia

Karangan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan


ilmu dalam pelbagai bidang memang
penting dan perlu diberikan perhatian
utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan
zaman telah membuktikan ilmu atau
pengetahuan akan menjamin kejayaan
seseorang itu jika digunakan dengan
bijaksana. Oleh itu, semua orang
hendaklah berusaha untuk mencari
seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk
kesejahteraan hidup seperti kata-kata
hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua
orang khususnya para remaja hendaklah
menggunakan masa ketika muda ini untuk
mencari ilmu sebanyak mana yang
mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu
seseorang itu akan mendapat manfaat
yang banyak terutamanya dalam era
globalisasi ini.
Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada
kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini,
contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu
memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti
budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan
bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-ekonomi merupakan trend baru
dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan
pada masa ini. Oleh itu, jika seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu
akan ketinggalan zaman iaitu,seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal untuk
memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri.
Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras
dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan
yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah
pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah,
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu
terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang
proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau
optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa.
Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu
sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang
hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan
perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa
kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan
masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian.
Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang
teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.
STRATEGI MEMBINA KARANGAN GRED A

Tajuk / tema karangan: Kehidupan


Bermasyarakat
Fokus karangan: Langkah memupuk
semangat kejiranan/ Kepentingan /
kebaikan
Format karangan: Tiada

(Pendapat/Perbincangan)
1.  PERENGGAN INTRODUKSI JENIS
GABUNGAN
[Ayat Rangsangan] Dato’ Dr. Fadzilah
Kamsah pernah menekankan bahawa
kehidupan bermasyarakat merupakan
satu ciri signifikan (bermakna/penting)
dalam kamus hidup rakyat Malaysia.
[Ayat Huraian 1] Malangnya, semangat
kehidupan bermasyarakat dan nilai-
nilai kemasyarakatan, terutamanya
konsep jiran sepakat membawa berkat,
dalam kalangan masyarakat kita
semakin terhakis. [Ayat Huraian 1]
Menurut beliau, mereka hidup
berkonsepkan enau dalam belukar
melepaskan pucuknya masing-masing.
[Ayat Huraian 2] Saya memang
menyetujui pandangan beliau kerana
rakyat kita tidak merasakan diri mereka
bertanggungjawab untuk mengetahui
keadaan sekitar rumah mereka sama
ada rumah jiran dimasuki pencuri, anak
jiran menghidu gam, isteri jiran curang,
anak jiran menjadi mangsa penderaan
ataupun anak gadis jiran lari dari
rumah. [Ayat Arahan] Jadi, langkah-
langkah proaktif dan pragmatik
haruslah diambil dalam usaha
menghidupsuburkan semangat
kehidupan bermasyarakat sebelum
kudis menjadi tokak.

2.  PERENGGAN ISI 2 (JENIS DEDUKTIF)


[Ayat Judul] Kehidupan bermasyarakat,
tidak dapat disangkal, dapat diamalkan
menerusi semangat kejiranan.
[Pengembangan: Ayat Huraian 1]
Antaranya termasuklah amalan
bertegur sapa sesama jiran,
meluangkan masa untuk bertandang ke
rumah jiran, menghulurkan bantuan
kepada jiran, aktiviti bergotong-royong
seperti berderau, perkelahan keluarga,
dan aktiviti riadah. [Pengembangan:
Ayat Huraian 2]Semangat ini dapat
menjalin persaudaraan, mewujudkan
keharmonian, memupuk perpaduan,
dan melahirkan masyarakat yang
prihatin. [Pengembangan: Ayat Contoh
1]Apabila jiran tetangga ditimpa nasib
malang, seperti mangsa kebakaran, kita
bukan sahaja perlu menyumbangkan
wang ringgit malah memberikan
sokongan moral. Dengan ini,
konsep berat mata memandang, berat 
lagi bahu memikul terpupuk dalam
lubuk kalbu masyarakat.
[Pengembangan: Ayat Contoh 2]
Apabila tanah sawah diusahakan secara
berderau, kerja yang berat dapat
diringankan bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Lebih-lebih lagi, bertandang ke rumah
jiran tetangga pada hari perayaan
mahupun kenduri perkahwinan dapat
menjalin tali persahabatan yang erat.
[Ayat Penyimpul]Dengan erti kata lain,
semangat kejiranan dalam pelbagai
aspek kehidupan dapat mewujudkan
kehidupan bermasyarakat.

3.  PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)


[Ayat Judul]Sistem hidup bermasyarakat
juga dapat dihidupsuburkan
melalui majlis-majlis sosial dan
perayaan. [Pengembangan: Ayat
Huraian 1] Kegiatan-kegiatan sosial
dapat memupuk konsep bulat air dek
pembetung, bulat manusia dek
muafakat dan ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni dalam kalangan
penduduk setempat. [Pengembangan:
Ayat Huraian 2] Antara aktiviti
kemasyarakatan yang menekankan
konsep hidup bermasyarakat
termasuklah Hari Keluarga, Rumah
Terbuka, dan sebagainya.
[Pengembangan: Ayat Huraian 3] Dalam
hal ini,  masyarakat tidak seharusnya
melibatkan ahli-ahli keluarga sahaja,
sebaliknya haruslah meluaskan skopnya
dengan membabitkan seluruh
masyarakat setempat, sanak saudara,
dan sahabat handai. [Pengembangan:
Ayat Contoh Dalam menjayakan majlis-
majlis tersebut, semua anggota
masyarakat berganding bahu
menyediakan juadah dan minuman,
mendirikan tenda, dan menyusun atur
kerusi meja untuk tetamu.
[Pengembangan: Ayat Huraian 4] Dalam
situasi inilah, rakyat dapat berinteraksi
dan berkomunikasi sekali gus
mempererat tali silaturahim antara satu
sama lain tanpa mengira warna kulit,
budaya, agama, adat, dan kepercayaan,
di samping memeriahkan lagi suasana
majlis ataupun perayaan. [Ayat
Penyimpul] Pendek kata, aktiviti-aktiviti
sosial perlu diperbanyak dan dipergiat
demi memupuk budaya bermasyarakat
dalam kalangan warga desa mahupun
warga bandar.

3.  PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)


[Ayat Judul]Selain itu, budaya hidup
bermasyarakat dapat dipupuk
melalui didikan agama dan moral.
[Pengembangan: Ayat Huraian 1] Dalam
masyarakat Melayu tradisional,
umpamanya, fungsi dan tanggungjawab
jiran dianggap penting dari segi agama.
[Pengembangan: Ayat Huraian 2] Hal ini
demikian kerana agama menegaskan
keperluan yang dipikul bersama oleh
semua anggota masyarakat bagi
menunaikan sesuatu ibadat.
[Pengembangan: Ayat Contoh] Ketika
menyambut Hari Raya Aidiladha
ataupun Hari Raya Korban, umat Islam
menggembleng tenaga untuk
menyembelih korban untuk
disedekahkan kepada fakir miskin.
[Pengembangan: Ayat Huraian 2] Dari
perspektif yang lain pula, semangat
kejiranan dapat diterapkan melalui
didikan moral. [Pengembangan: Ayat
Huraian 2] Dalam konteks ini, pihak
sekolah memainkan peranan yang
penting dalam memupuk dan
menyemaikan semangat bekerjasama
dan bertolak ansur dalam kalangan
warga sekolah. [Pengembangan: Ayat
Contoh] Melalui kempen gotong-
royong, warga sekolah bukan sahaja
akan membantu menceriakan
pekarangan sekolah malah menjalin tali
ukhuwah antara satu sama lain. [Ayat
Penyimpul] Dengan ini, kehidupan
bermasyarakat akan menjadi sebati
atau menjadi darah daging masyarakat
kita.

5.  PERENGGAN INTIHA


[Ayat Kesimpulan] Sebagai intiha,
kehidupan bermasyarakat dapat
menjadi realiti sekiranya langkah-
langkah yang dibincangkan
dipraktikkan oleh segenap lapisan
masyarakat. [Ayat Penilaian] Semangat
ini dapat mendorong terjalinnya
hubungan baik antara kaum dan
mewujudkan integrasi kaum. [Ayat
Penilaian]Perpaduan kaum akan
membolehkan rakyat Malaysia hidup
harmoni dan sejahtera, bak kata
pepatah bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh.[Ayat Cadangan]Jadi, semua
pihak sewajarnya menjadikan
kehidupan bermasyarakat sebagai
agenda kehidupan demi menikmati
kebahagiaan, kemakmuran, keamanan,
dan kemajuan. [Ayat Harapan 2]Dengan
ada kesedaran ini, bunga-bunga
kesejahteraan, kegemilangan dan
keharmonian akan mekar di empat
pojok di tanah tumpah darah kita.[Ayat
Harapan 2]Tidak ketinggalan juga,
konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020
akan menjadi kenyataan dan kita
dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan bangsa-bangsa
maju yang lain di persada
antarabangsa.

You might also like