1.0PENDAHULUAN
Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat menilaikedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yangdipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik,sumbangan terhadap negara seperti mempunyai rekod-rekod peringkat Malaysia atau dunia, pencapaiandi dalam sukan, anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki dan lain yang berkaitan. Persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa dan duityang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladanggetah bersawah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antaraindividu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas lari daripada kejadian ‘social inequality’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepadaketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibatsistem strasifikasi.R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai
‘a level in society made up of peopleconsider themselves equal due to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race,and attitudes toward social issues’
. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelassosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yangsama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yangsama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Mark telah mengkategorikan masyarakat kepada tiga golongan iaitu :
•
Golongan kapitalis atau borjuis iaitu mereka yang menguasai tanah dan pengeluaran.
•
Golongan menengah yang terdiri daripada pengawai pemerintah.
•
Golongan proletar iaitu mereka yang terdiri daripada buruh.Ahli-ahli sosiologi ada hari ini termasuk Max Weber bersetuju, terdapat lima kelas sosial yang bolehdibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.
•
Golongan atasan :
Golongan ini terdiri daripada orang kaya dan juga ahli-ahli korporat. Merekamendapat kekayaan hasil titik peluh mereka.
•
Pertengahan atasan :
Terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi, profesional danmemegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mampu memiliki kemewahan keranamempunyai pendapatan yang tinggi dan lumayan.2