You are on page 1of 2

Penyediaan Rancangan Mengajar Semester dan Harian

(a) Laporan hasil temu bual dengan guru berkaitan langkah-langkah menyedia-kan
Rancangan Mengajar Semester

Sukatan Pelajaran adalah garis panduan yang telah ditetapkan sebagai panduan
dalam menyediakan huraian sukatan dan buku teks. Sukatan Pelajaran menduduki
tangga teratas dalam siri pendidikan di Malaysia dan ia merupakan dokumen asas
bersama dengan huraian sukatan pelajaran. Bagi menyediakan rancangan pengjaran
harian dan rancangan pengajaran semester, sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran dijadikan rujukan utama di samping buku panduan guru.

Selepas menemubual dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam, saya dapat


mengetahui langkah-langkah menyediakan rancangan mengajar semester. Menurut
beliau, sebelum membinanya, kita perlulah merujuk kepada rancangan pengajaran
tahunan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak panitia
Pendidikan Islam akan menyusun rancangan pengajaran untuk kegunaan di sekolah
tersebut selari dengan takwim sekolah termasuk waktu cuti dan hari aktiviti. Namun, isi
pelajaran yang telah dirancangkan tersebut sedikit sebanyak akan diubah mengikut
kesesuaian aras dan kemampuan murid.

Rancangan pengajaran semester ini adalah mengandungi dua bahagian iaitu


suntuk semester satu dan semester dua. Setiap semester itu mempunyai 18 hingga 20
minggu. Kemudian di dalam rancangan pengajaran semester tersebut diagihkan waktu
mengikut bidang. Di dalam Pendidikan Islam terkandung lima bidang iaitu asuhan
tilawah al-quran, asas ulum syariah (aqidah, ibadat dan sirah), adab dan akhlak
islamiah dan pelajaran jawi.

Di dalam rancangan pengajaran semester terbahagi kepada lapan lajur utama


seperti berikut :

(i) Lajur pertama ialah lajur minggu,


(ii) Lajur kedua pula adalah lajur bidang
(iii) Lajur lajur ketiga ialah lajur untuk tajuk dan isi kandungan. Lajur tajuk dan isi
kandungan ini diisi berdasarkan isi kandungan dalam huraian sukatan
pelajaran.
(iv) Lajur keempat pula ialah lajur hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini
adalah yang telah ditetapkan oleh pihak penggubal kurikulum.
(v) Lajur kelima pula ialah lajur untuk nilai, di mana nilai-nilai yang diserap
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
(vi) Lajur keenam dalam rancangan pengajaran semester ialah lajur cadangan
pengalaman pengajaran. Guru dapat melaksanakan pengajaran di dalam
kelas berdasarkan cadangan pengalaman pengajaran di samping mencari
kaedah dan aktiviti lain yang lebih menarik.
(vii) Lajur ketujuh iaitu lajur sumber pengajaran dan pembelajaran dalam erti kata
lain bahan bantu mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
(viii) Lajur yang terakhir pula, diletakkan ruangan untuk catatan.

You might also like