You are on page 1of 1

Memandangkan tahun baru cina hampir tiba maka semakin meningkatlah permintaan ayam-

ayam di pasaran di samping ayam kampung ini.Bagi masyarakat cina lebih-lebih lagi jiran-
jiran cina saya sudah menjenguk ke tempat pemeliharaan ayam kampung ini untuk
menempah bilangan ayam yang mereka mahu.Akan tetapi yang agak pelik tu mereka lebih
berminat ayam betina dara atau ayam betina yang belum pernah bertelur yang berusia
lingkungan beratnya 0.8kg hingga 1.5kg.Maka untuk membiakkan ayam-ayam kampung asli
ini agak sukar jika pembeli lebih suka ayam betina berbanding ayam jantan.

Apabila ditanya mengapakah mereka suka ayam betina kerana ayam betina yang belum
bertelur amat tinggi khasiatnya lebih-lebih lagi jika dibuat ubat.Kebiasaannya mereka akan
merebus ayam betina muda ini kerana mahukan lendir-lendir daripada hasil rebus itu dalam
periuk yang dicampurkan dengan herba-herba.Hasilnya jika diminum boleh menyegarkan
badan dan mudah berpeluh dan permakanan  ini diamalkan sebulan sekali.

Maka semakin banyaklah ayam-ayam jantan yang ada dan mungkin akan ‘mengganas’
apabila kekurangan ayam betina

You might also like