Professional Documents
Culture Documents
DEFINISI
PSM
DEFINISI
Suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam
usaha untuk mencapai matlamat organisasi –Courtland (1993)
PERANAN PSM
2. Memastikan bilangan pekerja yang diperlukan dapat dipenuhi dan mampu menarik pekerja
lain untukmenyertai organisasi.
4. Bertindak sebagai instrumen yang mengawal aktiviti serta menyelesaikan masalah. Cth;
persoalan pampas an dan ganjaran kakitangan supaya mereka berdaya saing, wakil organisasi
untuk menyelesaikan pertikaian industri dengan kesatuan pekerja
OBJEKTIF PSM
1. Menarik calon yang layak untuk memohon pekerjaan di BNN firma berkenaan.
2. Membangunkan tahap kebolehan dan kepakaran pekerja bagi mendapatkan tingkat prestasi
yang tinggi.
3. Mengekalkan kakitangan yang berkualiti dan berpotensi
AKTIVITI PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
1. PERANCANGAN (spesifikasi kerja, huraian kerja)
2. PENGREKRUTAN
3. PEMILIHAN
4. ORIENTASI DAN SUAI KENAL
5. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
6. PENILAIAN PRESTASI
7. PENTADBIRAN GANJARAN & PAMPASAN
8. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
•Melibatkan 2 aktiviti:
i. Analisis pekerjaan
ii. Ramalan sumber manusia
i) Analisis Pekerjaan
• Kajian mendalam yang dilakukan bagi mengenalpasti tugas- tugas yang perlu disempurnakan
oleh penjawat sesuatu jawatan serta syarat-syarat yang mesti ada sebelum seseorang individu
menyandang sesuatu jawatan.
• 2 perkara yang akan diperolehi hasil dari pada analisis pekerjaan:
a.Huraian kerja (JobDescription)
b. Spesifikasi kerja (Job Specification)
a) Huraian Kerja
Senarai bertulis yang menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh seseorang penjawat. Cth
b) Spesifikasi Kerja
Dokumen yang menerangkan tentang kemahiran, pendidikan dan pengalaman yang perlu
dimiliki oleh seseorang individu yang akan menjawat sesuatu jawatan. Cth,
Melibatkan usaha membuat jangkaan ke atas keperluan semasa dan masa depan sumber
manusia.Unjuran dengan teknik tertentu dan data sejarah digunakan.Kegagalan membuat
ramalan mengakibatkan berlakunya masalah seperti lebihan pekerja pada masa beban kerja
sedikit, ketiadaan kakitangan dengan kemahiran yang diperlukan dan kakitangan yang ada tiada
kemahiran.
2. PENGREKRUTAN
Merupakan proses mengenal pasti dan menarik minat calon yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan kosong dalam organisasi.
Pengrekrutan Dalaman
• Tawaran pekerjaan dilakukan kepada pekerja di dalam organisasi itu sendiri
• Terbahagi kepada dua jenis:
- Kaedah tertutup; pengurus akan memutuskan pekerja mana yang perlu dinaikkan pangkat
setelah mengambil kira pandangan dari penyelia yang berkaitan.Pekerja berkelayakan boleh
mengisi borang permohonan, mengambil ujian dan ditemuduga oleh pengurus.
- Kaedah terbuka; maklumat tentang jawatan kosong di hebahkan melalui papan buletin atau
surat pekeliling organisasi. Pekerja yang berkelayakan bolehlah mengisi borang permohonan,
mengambil ujian dan ditemu duga oleh pengurus.
Pengrekrutan Luaran
3. PEMILIHAN
Proses mengambil pekerja yang terbaik dari pada sejumlah calon–calon yang memohon sesuatu
pekerjaan.
•Pekerja yang dipilih mestilah mempunyai kelayakan yang diperlukan berdasarkan
spesifikasi kerja.
•Antara kaedah lazim yang digunakan dalam melakukan pemilihan kakitangan:
- Borang permohonan
- Saringan
- Ujian
- Temuduga
- Semak rujukan dan latar belakang
- Ujian fizikal dan kesihatan
Borang Permohonan
•Calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja.
•Calon perlu menyertakan maklumat peribadi (resume) dan salinan sijil-sijil yang disahkan
Saringan
• Tapisan awal ke atas borang permohonanbagi memilih calon yang memenuhi syaratuntuk di pilih
ke proses seterusnya
Ujian
•Ujian dilakukan untuk memilih pemohon yang benar-benar mempunyai pengetahuan, kebolehan
dan keupayaan untuk memegang jawatan yang ditawarkan.
Temuduga
• Calon yang sesuai dan memenuhi syarat akan dipanggil untuk temu duga.
• Ia adalah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada calon berhubung dengan
kelayakan, pengalaman, kemahiran, sikap terhadap pekerjaan, komunikasi, idea dsb.
• Calon akan diberitahu tentang tugas- tugasnya, sekiranya ditawarkan tempat untuk berkhidmat,
polisi syarikat, gaji yang ditawarkan dan aspek lain yang berkait rapat dengan organisasi.
Usaha organisasi untuk membolehkan pekerja mempelajari pengetahuan, kemahiran atau gelagat
yang berkaitan dengan kerja. Terdiri daripada:
i. Latihan semasa kerja (On the job training)
ii.Latihan di luar waktu kerja (Off the job training)
a. Program Perantisan
- Pekerja baru dibimbing oleh pekerja lama dalam waktu bekerja.
b. Pusingan Kerja
- Latihan kepada pekerja melalui pemindahan secara sistematik dari satu bahagian ke
bahagian yang lain. Pekerja dapat memperolehi pelbagai kemahiran danpengetahuan
•Program ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran konseptual, analitikal dan penyelesaian
masalah.
•Biasanya dijalankan oleh pengurus atau pakar seperti memberi latihan kepimpinan kepada
pengurus bawahan
6. PENILAIAN PRESTASI
• Merupakan satu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan/kelemahan pekerja dalam
melakukan kerjanya.
Tujuan:
* Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung prestasi mereka.
* Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan prestasi mereka.
* Memberi asas kepada pihak pengurusan dalam menentukan ganjaran kepada pekerja.
* Memberikan maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan
dan pembangunan pekerja.
* Memberikan maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan
pertumbuhan organisasi.
•Skala Perkadaran
menggunakan borang yang diformatkan.Pekerja dinilai dari segi kualiti atau ciri-ciri lain.Setiap
faktor diberi skala. Contohnya 1 (sangat tidak memuaskan) 5 (sangat memuaskan) dll.
•Perbandingan Pekerja
mengkelaskan pekerja berdasarkan faktor-faktor seperti prestasikerja dan nilainya kepada
organisasi. Hanya seorang individu saja diletakkan di kelas tertentu.
•Esei
Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan kelemahan dalam bentuk
esei, dikemukakan juga cadangan bagi membaiki prestasi pekerja.
- Merupakan bayaran dan imbuhan yang diberikan kepada pekerja dalam bentuk ganjaran
kewangan atau bukan kewangan sebagai pertukaran bagi pelaksanaan sesuatu kerja yang telah
ditetapkan
- Merupakan bayaran dan imbuhan yang diberikan kepada pekerja sebagai pertukaran bagi
pelaksanaan sesuatu kerja yang telah ditetapkan
- Boleh dilakukan mengikut senioriti atau merit pekerja
Cth ganjaran ialah gaji, upah, bonus dll
Cth pampasan, ganjaran persaraan.