You are on page 1of 6

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu

berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah,
biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak
pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Papan Congkak

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak


biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar
yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir
bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala
dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm.
dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.
Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan
kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak
kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari


antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan
Papan Congkak buah congkak sama banyak.

Cara Bermain

Dua orang pemain duduk berhadapan


menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai
buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang


terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau
Ana lawan dan pemain hendaklah berhenti,
k- sekiranya buah itu jatuh atau mati di
ana
k kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
gadi kampung lawan yang setentang dengan
s kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
seda
ng (jika ada) di dalam kampung tersebut.
ber
mai Pihak lawan mengambil giliran meneruskan
n
cong
kak
permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah
sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih
banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh


kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah
yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering
digemari oleh mereka.

Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai
sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan
sebagai alat.

Menentukan Nenek

Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi
menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa
dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya
dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan
untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Permainan Cari Cucu

Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan


tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara
beramai-ramai.

Nyanyian

Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana berada.
Nenek kahwin
dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek


seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari
jalan.

Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran
mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian

Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia menjadi.

Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung


mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka.
Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri
disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama
pemain tersebut dengan betul.

Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek
menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek
masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri
dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-
awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan
terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke
badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas


diperlukan, samada di atas tanah, kawasan
bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada
ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi,
tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan
meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter.

Galah Panjang
Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain
bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan
kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk


tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan
permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara
individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali
dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan
bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu
dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan
jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari
mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi


garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan
pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering


memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas


tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di
kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat
dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat
orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap
gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Gelanggang & Gundu

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu


adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh
tapak tangan yang diperbuat
daripada apa sahaja, seperti pecahan
pinggan, kepingan besi atau batu
yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi


para pemain untuk mengerakkan
Gelangang Teng Teng
kedudukan mereka di petak-petak
gelangang.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang


mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah
kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam


petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan
gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali
di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu
juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia
dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua


dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan
kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak
ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di
petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih


dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap
petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi
petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan
semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak
pertama dan keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak


di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang
dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua
belah kakinya ia dikira mati.

You might also like